Archive for January 2010

A week of...

What a week huh?

Minggu yang dipenuhi dengan pelbagai dugaan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan aku.

Isnin :

Bos no 3 call. Asked to check on something that already done. Tax agent has requested some info. Haih. Pening nak cari bila benda dah dekat setahun nak kena cari balik.

Bila dah respond to the tax agent, bos cakap ada kemungkinan nak kena menghadap. Sebab company tu owned by one of the Johor Royal family. No, aku bukan nak kutuk. Tapi, cuak wooo. Selama ni buat kerja tak pernah jumpa, tetiba kena jumpa lak. Huhu..

Rabu:

Tengah sibuk-sibuk menguruskan hal HRM, aku tak sedar ada 1 miss call ngan 1 sms drp bos. He asked me to pray for him. Hihi.. Comel. Tapi aku tak reply until aku rasa dia dah available. The result? Alhamdulillah, takde ape yang nak dibimbangkan. Cuma perlu re-shedule task untuk first 3 months nih sebab nak kena start their job by early March. Haiyo~

Khamis

Dapat sms daripada suami kepada salah seorang kawan rapat aku (Ummi), kata yang diorang terlibat dalam kemalangan pagi tu. He was ok, but my friend still in ER at that time. Wah, memang terkejut gila masa tu. Terus call. Dapatkan info. Then terus post kat blog Alumni and FB.

Malam tu pulak, dapat info yang ayah ex-schoolmate merangkap kampung-mate aku (Malek), dah meninggal dunia. Innalillah + Al-Fatihah. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiNYA. Amin..


Jumaat:
One of my close relative has called-off her engagement. Haih. Pity her. But I've already told her to look on a positive side. Tak payah nak fikir yang negatif. Buat sakit hati aje nanti.

****

That's life. Pusingannya memang dah macam tu. Nak atau tak nak. Pahit atau manis, perit atau nikmat, kita kena terima dengan redha. Setiap apa yang berlaku tu ada sebab tersendiri. Cuba muhasabah diri, mungkin ada saatnya kita terlalai dengan apa yang sepatutnya kita hargai, atau sepatutnya kita nikmati tapi kita tak gunakan sebaiknya. Jadi, bila dah sampai janjiNYA pada saat itu, kita tak perlu nak merungut atau mengeluh dengan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Mudah-mudahan kawan-kawan dan saudara rapatku itu diberikan kekuatan menghadapi segala dugaan yang diberikanNYA.

Dan moga diri sendiri juga semakin kuat untuk menghadapi apa jua dugaan yang bakal mendatang. Amin...@senyum

2 Comments

Random facts =p

Taken from blog Cik Azura.
Thanks ya!
@senyum

MEN

1. The nice men are ugly.

2. Handsome men are not nice.

3. Handsome and nice men are gay.

4. Handsome, nice and heterosexual men are married.

5. Men who are not so handsome, but are nice men, have no money.

6. Men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.

7. Handsome men without money are after our money.

8. Handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, doesn’t think we are beautiful enough.

9. Men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, is cowards.

10. Men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, is shy and NEVER MAKES THE FIRST MOVE!!!!

11. Men, who never make the first move, automatically loses interest in us when we take the initiative.


NOW ... .WHO REALLY UNDERSTANDS MEN?

Men are like a fine wine. They all start out like grapes, and it's a women’s job to stomp on them and keep them in the dark until they mature into something you'd like to have dinner with.

Me: Still wondering. Hmm...

2 Comments

How You Remind Me

Lately ni suka sangat dengar balik lagu-lagu lama. And this is one of it.




This is how you remind me
Of what I really am

This is how you remind me
Of what I really am
It's not like you to say sorry

I was waiting on a different story

This time I'm mistaken

For handing you a heart worth breakin'

I've been wrong, I've been down

To the bottom of every bottle

Despite words in my head

Scream "Are we having fun yet?"

Yet?, Yet?, Yet?, no no


- How You Remind Me : Nickelback

2 Comments

Heya~ ;)

Please say hi to our newest family member, Adrianna. (Memang sengaja eja dengan 'i' instead of 'e' sebab tamau mak dia jumpa her daughter pics here. =p).

Yeah, I admit. I'm sooo paranoid ok? Bukan apa, kekadang manusia yang IT-savvy ni suka sangat google nama sendiri @ apa yang berkaitan dengan mereka. Huhu..


Tada~ inilah dia Cik Adrianna. Hehe.. The latest 'collection' of my grandchildren. Huahua..

Oh, did I've mention earlier that I'm already a granny? Haha....

So, inilah salah seorang cucuku. Hehe.. ;)

Ha, tau dah. Tak payah tanya. The answer is still the same.. =P

Leave a comment

Tips oo Tips

"Akak, cm ne nak kuatkan ati? sedih.."
Msg received from : 01*-7******
16 Jan 2010 1.21 pm

Aiseh, tetiba rasa jadi motivator tak bertauliah lak sekarang nih. Huhu..

To all my friends, especially adikku yang bertanya itu; heartbroken will not made you stay at the end of the world, ok?

Perjalanan hidup insya Allah masih panjang lagi untuk ditempuhi. Mana yang still ada parents tu, at least you can still lean on them. Walaupun mungkin ada yang kata, "Eiii, gediknya. Baru putus cinta sikit dah lembik camtu." (WTH!) Pedulila apa diorang nak cakap. They are not entitle to judge other's life. Bukan semua orang ada tahap ketabahan yang tinggi bila nak berdepan dengan cabaran dan musibah dalam hidup mereka, ok? Setiap orang ada cara yang berbeza menghadapi tekanan dalam hidup mereka. Selagi kita tak berdepan dengan masalah tu, kita takkan tau apa rasanya. Jadi jangan sesuka hati nak judge orang lain ye? Ingat tuh!

As for me, Alhamdulillah. Benda-benda ni la yang mematangkan aku sekarang nih. Cuba fikir dari sudut yang positif, bukan semua orang rasa 'perit' macam yang aku rasa. Yela, hidup ni tak semuanya indah kan? Kita nampak orang lain bercinta macam senang aje. Mudah macam petik jari. Kenal-bercinta-bertunang-kahwin-beranak-pinak. Mudah kan? Tapi bila kena kat diri sendiri kekadang terfikir juga, kenapa macam susah sangat nak reach 'yang indah-indah' tu. Hehe.. But, back to the first point yang aku dah mention tadi. Dari segi positifnya, bukan semua orang berpeluang 'rasa' macam mana yang aku 'rasa', kan? Mungkin tu salah satu dugaan DIA untuk aku. Bak kata cik Noey hari tuh, "selalunya yang hebat tu sampai lambat." Hehe. Insya Allah. Mudah-mudahannya macam tu la.. Mungkin DIA ada rencana yang lebih baik, siapa tahu kan? So, I should save the best for last. :)

Besides, aku sangat-sangat happy dengan hidup aku sekarang. Alhamdulillah.. Lain-lain tu, terpulang kepada perancanganNYA.

Bila teringat balik zaman-zaman 'perit' itu, memang rasa bersyukur sangat sebab aku tak pernah berseorangan. Di kelilingi kawan-kawan dan ahli keluarga yang sangat supportive memang rasa selamat la. Kalau tak, aku pun tak tau apa yang jadi pada aku masa tu. Hehe..

Apa yang aku buat masa tu? Hmm, here are some of the tips;

1. Jangan dengar lagu sedih-sedih. My playlist memang had 360 degrees twist masa tuh. Haha. And I remember once that I've hated lagu Sampai Hati by Spring tu sooo much! Haha. Bila ingat-ingat balik memang rasa nak gelak berguling. @guling(Yela, sebab masa ni dah boleh berfikir dengan waras, kan? Hehe..)

2. Jangan tengok cerita-cerita sedih. It may ends up with non-stop crying. Mau pergi kerja dengan mata bengkak nanti. Hehe.

3. Jangan cuba-cuba nak selongkar kenangan-kenangan lama tu sume. Kalau boleh sembunyikan atau kalau boleh buangkan terus hal-hal berkaitan 'memori' itu. (Yeah, I know I haven't thrown away all the 'mess', but I will, someday. Tengah cari tempat nak 'burn' all those memories @senyum).

4. Jangan duduk bersendirian, sebab masa ni la akal yang tak berapa nak waras tu akan hasut akal yang waras supaya buat perkara-perkara yang tak berapa nak waras.

5. Ye, waktu ini adalah waktu kritikal. Tahap sensitif pun mungkin jadi lebih tinggi. Jadi, masa inilah, kawan-kawan dan ahli keluarga memainkan peranan yang penting.

6. Dan selagi kita berpegang kepada yang SATU itu, insya Allah kita takkan bersendirian. Banyakkan bersolat, berdoa, mengaji dan berzikir supaya syaitan-syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita tu takkan hasut kita buat perkara-perkara yang hakikatnya takkan menguntungkan kita pun. Salah satu zikir yang Alhamdulillah, masih lagi aku amalkan sampai hari ni adalah doa Nabi Yunus. Amalkan setiap kali lepas solat, insya Allah mudah-mudahan terhindar segala kesulitan. @senyum Thanks to Pakncek ku. Hihi..

Hah, pelik kan? Masa berdepan dengan rasa perit tu memang rasa suffer yang teramat. Tapi bila kita dah melepasi kesulitan tu, Alhamdulillah, matahari pun nampak berseri-seri depan mata. Betapa indah rasanya hidup. Yela, macam aku pernah mention dulu. Survival skills setiap individu tu berbeza. Memang kita rasa kita takkan mampu hadapi bila tak jadi kepada kita. Tapi bila hal tu terjadi, insya Allah kita akan mampu hadapinya disebabkan tahap survival skills yang ada pada kita tu.

Allah takkan jadikan sesuatu tu tanpa sebab. Dan DIA takkan duga kita kalau DIA tau kita tak mampu nak hadapinya. Lagipun, apalah sangat dugaan yang diberi kepada kita ni berbanding dugaan yang diberi kepada umat-umat terdahulu? Apalah sangat dugaan kita berbanding dugaan yang diberi kat para Nabi dan RasulNYA?

Jadi, belajarla terima hakikat. Insya Allah semuanya akan jadi ok. Believe me, bila dah lepas tahap kritikal tu, u'll be laughing out loud! @kenyit

2 Comments

(*_*)

Bos 1: Nanti jangan lupe courier draft audit report tu kat client. Saya dah janji ngan dia minggu ni.

Bos 2: Ha, siapkan report ni eh? Rabu saya nak tengok.

Bos 3: You kat mana? I've e-mailed to you appraisal form. You and the others need to fill in all the particulars. Apa-apa yang tak faham nanti tanya I balik. Next week I datang sana.

***

Me to Bos 1: Saya dah courier hari Jumaat. Supposed to receive by client on Saturday.

Me to Bos 2: Sorry bos, cannot be completed by Wednesday. Format tak dapat lagi. Cemana nak buat report tuh? (Ni ayat pelindung diri, haha..)

Me to Bos 3: Haih, malasnye nak isi borang lagiiiii... (jawab dalam hati jer..@jelir)


End up, sampai la ni form ni belum di isi apa-apa lagi. Encik rajin, silelah ke mari. Hua~

2 Comments

Dilema

Dedicated to my bos. Lama dah tak jumpa dia. Ada 2 minggu kot. Hahak~@jelir Bukan apa, dia selalu bangkitkan isu ni dengan aku. So, malam ni baru teringat nak menulis sket.

Aku memang selalu kena tegur dengan bos tentang hal ni. Yela, bila kita tiba-tiba jadi individu yang agak penting dalam organisasi, secara automatik banyak hal dan tanggungjawab yang selama ni tak terletak atas bahu, diletakkan atas bahu kita. Macam aku sekarang ni la. Banyak hal nak kena handle. Besides my existing job, I have plenty of side job yang aku tak pernah buat sebelum ni. Antaranya? Human Resource Management. Huhuh.. Memang betul la, berurusan dengan manusia ni memang kadangkala boleh menambahkan beban dalam hati dan kepala. Boleh sakit jiwa jadinya. Yela, bila dah jadi macam ni elemen 'kawan' tu kita terpaksa letak tepi. Memang di dalam dilema la dibuatnya.

Susah kan? Tapi kekadang dalam keadaan macam ni ada juga yang suka ambil kesempatan atas 'kelebihan' yang kita ada ni. Misalnya ada yang bertanya increment la. Gaji orang lain la.. Ish, aku bukan jenis yang suka nak menyebar perihal orang lain. Lagipun itu kan amanah, takkanla aku nak disclose sesuka hati kan? Ish..

Dulu pun aku pernah rapat dengan orang kanan bos. She used to be my best friend. Hehe. Memang sengaja bold kan. (Just let it be a history, k?) Tapi, aku tak pernah nak ambik kesempatan even aku rapat dengan dia pun. Attendance record aku jarang lewat daripada jam 9. Aku pun tak pernah nak kecek-kecek berapa increment yang akan aku dapat, berapa banyak increment orang lain, berapa banyak gaji orang lain etc.. Sebab bagi aku, itu kerja dia. And I have my own job. Sebagaimana dia hormati kerja aku, aku pun perlu hormati kerja dia. Betul kan? Tapi, bila ada orang lain yang cuba nak ambik kesempatan atas kelebihan yang kita ada, memang tak patut la kan?

Bukanlah maksud aku semua kawan-kawan di sekeliling aku macam tu, cuma ada segelintir aje. (Nanti ada yang terasa lak, hehe..)

Sekarang ni, aku memang sentiasa kena control apa-apa info yang keluar dari mulut aku nih. Setakat ni, Alhamdulillah tak pernah terlepas lagi apa-apa yang P&C yang tak sepatutnya orang lain tau. Huhu.. Agaknya 2010 ni nak kena upgrade lagi tahap ketegasan tu kot? Dan juga kena lebih pandai differentiate between hal professional dengan pleasure. Haih..

3 Comments

Remake (^_^)

Uh, saya sangat suka lagu ini. And this is a remake by Boyz II Men. @cinta



And you can't fight the tears that ain't coming
Or the moment of truth in your lies

When everything seems like the movies

Yeah you bleed just to know your alive


And I don't want the world to see me
Cause I don't think that they'd understand

When everything's made to be broken

I just want you to know who I am


*Haih, esok nak kena menapak lagi...

2 Comments

Malasnye nak isi borang....

Di saat ibu-ibu dan bapa-bapa sibuk dengan their child's first day at school, aku pulak sibuk nak isi mende alah ni. Inilah yang aku dok delay dari hari Jumaat lepas. Malas sungguh nak isi~


Ni borang penilaian untuk trainee yang dah habis latihan industri. Fuh, mencabar sungguh bila dapat penyelia yang malas terlebih rajin nih. Hoho..

Scale yang diberi 1 sampai 5. Daripada lemah sampailah cemerlang. Tapi rasanya sepanjang setahun lebih aku diberi tanggungjawab jadi penyelia ni tak pernah lagi aku nak bermurah hati bagi scale 5 tuh. Haha. Yer, selain sombong dan garang, saya juga amat berkira. *Evil laugh*

Jadi, untuk adik-adik yang agak-agak nak apply latihan industri kat tempat saya ni silela jangan pilih saya sebagai penyelia anda ye? Haha..@setan

Leave a comment

2010

What a great start of 2010. Huhu..

Oh, welcome aboard 2010 and goodbye to 2009.

Dengan harapan, semoga segala yang 'pahit' tu takkan berulang pada tahun 2010 ni. Bukanlah maksudnya nak perkara-perkara yang 'manis' aje berlaku sepanjang tahun. Tapi, mudah-mudahan tak seteruk 'peristiwa pahit' yang aku terpaksa hadapi dulu tuh. @senyum

Tahun ni juga aku harap diberikan tahap kesihatan yang baik. Tapi malangnya, awal-awal lagi dah sakit gigi. Melarat sampai sakit kepala. La ni dah melarat sampai rasa nak demam. Haih. Dahla esok nak kena pergi stock take. Kalau tak ok juga memang aku terpaksa MC la jawabnya. Huhu. Dahla awal-awal bulan ni banyak hal yang nak kena settle. Dugaan.. dugaan.. @sigh

Dulu, bila cecah umur 10 tahun (tahun 1990), aku selalu fikir what will happen to me in the next 10 years? Bila cecah umur 20 tahun (tahun 2000) pun aku fikir macam tu juga. Sedar tak sedar dah nak masuk 30 tahun pun hidup kat dunia ni. Well, at least aku masih bersyukur. Dapat tamatkan pengajian, ada kerja tetap (walaupun kerja ni bukanlah kerja yang aku nak buat dulu, but still managed to survive, hehe.. Alhamdulillah @kenyit) dan juga mampu hidup macam orang lain. Walaupun tak semewah mana, tapi syukurlah. Ada sumber pendapatan sendiri. Tak perlu nak mintak belas ehsan orang lain. Moga perjalanan karier juga makin dipermudahkan tahun ni. Amin.. Cuma mungkin 1 lagi target aje yang belum tercapai. Biarlah. Tak usah dikejar. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, redha ajela. Lagipun, setiap apa yang berlaku tu ada sebab dan hikmah yang tersembunyi kan?@senyum

One more wish, semoga tahun 2010 ni bakal menjauhkan aku dari segala macam jenis stalkers. Sangat penat dah melayan kerenah stalkers nih. Terbaru, 2 hari sebelum new year ada stalker approached aku, nak berkenalan. Erk.. Biasa kalau tengok filem atau drama yang ada scene macam tu aku selalu cakap, "How sweet." or "Beraninya lelaki ni.." Tapi bila jadi camtu kat diri sendiri rasa nak lari balik rumah pun ada. Macam mimpi ngeri di pagi hari. Huhu.. Lagi-lagi bila teringat ayat stalker tuh, "Saya dah lama perhatikan awak." And I was like, WHAT? He is a STALKER! And I've noticed that he's been following me from home since two days before. Uh, sangat mengerikan ok? Dan aku jadi sangat paranoid sekarang. Rasa macam ada orang dok ikut aku hari-hari. Macam orang kuning DiGi tuh. Huhu.. Tapi itu, mungkin ingatan untuk diri sendiri gak kot? Jangan sesuka hati nak stalking other people's life. @waswas Ok, lepas ni tak buat dah...@ulatbuku

And to all my fellow friends, happy 2010. Moga kedatangan 2010 dan tahun 1431H ni bakal menjanjikan segala kebaikan, kebahagiaan dan segala yang positif buat kita semua. Amin..@adil



All The Right Moves - One Republic

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.