Archive for 2010

Happy 2011

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2010. Sungguh pantas masa berlalu kan? Hmm..


Anyway, welcome 2011 and goodbye 2010.

Semoga diberikan segala yang terbaik untuk tahun 2011 ni. Amin.. =)

Leave a comment

I'll be fine :')

Hmm, baru ingat nak switch on kan mood happy sebab dapat cuti dua hari - esok dan lusa. Tapi lepas dapat berita yang tak berapa best petang tadi, terus tak jadi switch on. Seems like 2011 will give me some new challenge. =)

Takpela. Kata orang, people will come and go in your life. Cuma setakat mana influence manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita tu bergantung kepada macam mana kita menyesuaikan diri dengan manusia itu. Heh. Suka nak taip ayat berbelit sekarang ni.

Cuma bila fikirkan secara positif, lebih baik dia beritahu awal kan? At least tak adalah aku ni terumbang-ambing dan kelam kabut bila hilang seorang staf. Tak pun menipu, kata dapat sambung belajar, rupa-rupanya kerja tempat lain. Hmm.. Kenapa? Tak percaya? Percayalah, aku dah melaluinya..

Tiba-tiba teringat ada orang pernah tanya,

"Kak, dulu kan akak macam dah bertekad je nak berhenti kerja? Lepas tu kenapa tak jadi berhenti eh?"

Haha. Meh gelak dulu.

To tell you the truth, aku pernah rasa stress yang teramat sampai rasa nak quit bila tiba-tiba kena pindah ke office sekarang dan memegang tanggungjawab baru. Aku pernah menangis (tutup muka dengan bantal X_X), bila salah seorang staf yang agak lama kerja di situ tiba-tiba nak berhenti sebab dapat better offer. Dalam keadaan yang masih blur dengan environment kat situ, tiba-tiba orang yang aku harapkan boleh guide aku pulak berhenti, memang jadi teramat stress lah masa tu. That was the first time aku menangis sebab hal kerja (tutup muka dengan bantal lagi).

But yeah, I managed to survive, Alhamdulillah.

Dan bila dah boleh adapt, dah selesa kedudukan sekarang (which takes about 2 years), aku masih boleh senyum dan tunjuk muka cool bila ada problem - tak kiralah problem kerja ataupun personal.

Susah sebenarnya. Tapi hal yang susah itulah yang banyak mengajar kita jadi manusia yang lebih bersyukur sebab setiap kesenangan tu biasanya bermula dengan kesusahan juga kan? =)

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun aku berada di kedudukan sekarang ni. And I'm already getting used to it. Memang tak sangka, tapi itulah hakikatnya. Hehe. Mudah-mudahan masih mampu bertahan lagi, insya Allah. Cuma sampai bila tu kena tunggu sampai aku betul-betul fed up kot dengan kerja sekarang ni? Atau bila ada orang sudi nak sara hidup aku 100%. Haha.

For the time being, I'm stick to this job. Love the job, love the environment and love the bosses too. Opss! Haha. =)

Untuk yang nak pergi tu, all the best for your future undertakings ya? Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan juga. Amin.. We're gonna miss you, buddy!

Leave a comment

Meriah!

Untuk orang yang tak minat menonton bola macam aku ni, tak perlu on tv pun boleh dapat tau keputusan dengan pantas.

Buktinya ini, newsfeed setelah pasukan Malaysia berjaya menjaringkan satu gol. :)

(Semua post status dalam waktu yang sama. Haha)


All the best untuk pasukan Malaysia! :)

Leave a comment

Sinking

Tuan rumah sudah lemas ditimbuni kerja-kerja yang melampaui batas. (Ok, ada unsur exaggerate di situ. :P)

Jadi tuan rumah memang takde masa nak membebel kat blog ni dalam tempoh terdekat ni.

Sekian, terima kasih.

Yours truly,

Me ;)

P/s: terima kasih enche' sematfon, kini saya tak perlu susah payah keluar bilik - on router - login blogger untuk post entry blog.. :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Stand


=)

.


.



.


Random: Oh, seronoknya kalau dapat cuti panjang... (T_T)

Leave a comment

Mumbling

Rasa macam dah lama tak jumpa bos. Petang tadi barulah dapat jumpa dan bersembang kosong dengan dia setelah sekian lama kami tak jumpa. Ceh, gaya penceritaan macam lokasi kedudukan tu jauh sangat. Tapi memang jauh la kot kalau berjalan kaki. =P

Entah eh, kadang-kadang aku rasa walau marah atau bengang sekali pun dengan dia, aku tak boleh nak simpan rasa marah tu lama. Bila jumpa automatik akan jadi ok. Hmm, wonder ilmu apa yang dia pakai sampai aku tak boleh nak simpan rasa marah tu dalam tempoh yang lama.

Oh, janganla bos terjumpa blog ni. *pray*pray*pray*

Tadi dia kata banyak hal yang perlu diupdate and seems like he needs my help. Tapi aku malas nak offer. Haha. Kejam kan? Bukan apa, banyakkkkk hal dan kerja aku sendiri yang belum diurus. Sibuk pulak nak menguruskan hal orang lain. Sangatlah tak efisyen okeh?

Tak tahulah apa motif belajar paper management kat uni tapi hidup sendiri tak berapa nak terurus. Heh.

*****
Ok, tiba-tiba terfikirkan ni. Pernah tak terjadi dalam hidup kalian, bila tengah bersedih atau rasa down sebab something, tiba-tiba seseorang yang rapat dengan kita datang menghulurkan kata-kata semangat, walhal dia tak tahu pun kita sebenarnya dilanda kemurungan disebabkan perkara di atas. Haih, tunggang terbalik dah ayat itu. Teehee.

Kalau adalah dikalangan kawan-kawan kita macam tu memang sangat beruntung. Dan sayalah orang yang sangat beruntung itu. Alhamdulillah.

Terima kasih buat kawan-kawan yang prihatin, walau hanya dengan pertanyaan mudah, 'Are you ok?', sebenarnya ia membawa makna yang besar kepada orang yang ditanya tu.


Terima kasih juga buat yang meminjamkan kata-kata ini hari ini. It really means a lot to me. =)

Bersyukur sangat kan dikelilingi manusia penyayang dan prihatin ni? Alhamdulillah.. (^_^)

Leave a comment

Robert Ggosigi

Dalam keadaan emosi dan mental yang tak berapa nak stabil ni tetiba rasa teringin nak tengok KMovie ni semula.



Remember the arrogant Mr. Robert Ggosigi??

Oh, my Daniel Henney~!

Woh, tamak. Then, Damon Salvatore tu nak letak mana pulak?
blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Saya sempurna bila...

Oleh kerana hari ini adalah hari zero-internet buat saya, maka gigihla menaip entry ni kat notepad handphone ni. Ceh, mengada. Itu pun nak bagitau.

Hmm, sebenarnya semalam pihak admin Zero Negativity Day ada buat permintaan untuk buat entry tentang 'Saya sempurna bila...'. Jadi untuk tidak menghampakan harapan kamu, kamu, kamu dan kamu, maka saya ingin berkongsi rasa kesempurnaan hidup saya. Saya rasa saya sempurna bila;

1. dapat menghirup udara pagi yang nyaman. (As if la kan, dapat hirup udara segar dan nyaman kat bandar ni...)

2. berjaya menyempurnakan kewajipan harian saya.

3. berjaya menyiapkan kerja atau tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

4. dapat berkumpul bersama ahli keluarga - tak kira apa ocassion sekalipun and spend some quality time with them. :) Yela, bila masing-masing dah berkeluarga @ berkomitmen, bukan senang nak kumpul beramai-ramai sekaligus tu weh..

5. dapat spend some quality time for myself - shopping ke, bersantai sambil membaca ke, it quite good enough for me though. ;)

6. dapat jumpa kawan-kawan lama, tak kira lah kawan sekolah rendah @ menengah @ uni sekalipun. Rasa sempurna sebab berjaya memanjangkan silatulrahim. Tak gitu? ;)

7. dapat menahan diri daripada mengeluarkan amarah sesuka hati. Bukan apa, nanti bila dah marah orang barulah rasa menyesal. Bak kata bijak pandai, terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata buruk padahnya ya?

8. bila dapat menyudahkan entry yang ni. Haha, boleh??? :P

Rasa macam banyak dalam kepala tadi. Tapi bila dah taip rasa macam sikit pulak. Hoho. Macam mana tu?

Fyi, entri ini adalah entri suka-suka dan ia tidak berantai, tetapi sekiranya anda berminat untuk meneruskannya, dipersilakan dan jangan malu untuk share link entri anda di fan page Zero Negativity Day ya?

Have a nice day, people! ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

My usual 'boring' weekend :P

To some people, I may be boring like that.

But this is the way I'm spending my weekend 'wisely'. :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Sudah jadi ejen ke?

1

Masa : Beberapa minggu lepas

Lokasi: Dalam panggung wayang


Situasi : Panggilan telefon.


Dia: Hello, kak. Nak tanya sikit boleh?

Me: (Tengah blur) Huh, siapa ni?

Dia: Saya ni (Sebut nama - aku tak ingat siapa). Nak tanya pasal kerja kosong kat kedai akak tu, ada lagi tak?

Me: (Masih blur) Huh? Kerja Kosong? (Sambil dalam kepala fikir, bos ada iklankan vacancy ke baru-baru ni?)

Dia: Ha'ah kerja kosong kat kedai makan. Sebelah kedai akak tu.

Me: (That's it! Bila masa pulak aku ada bukak kedai ni? Rupanya orang ini sudah salah nombor.) Oh, awak salah nombor ni rasanya. Saya tak tau pulak ada kerja kosong kat memana ni.

Dia: Oh, ok. (Terus letak phone)


2

Masa : Petang semalam

Lokasi: 7 eleven berhampiran office.


Situasi : Perbualan dengan adik cashier yang comel.


(Pelik juga bila adik tu ajak 'perempuan yang tak berapa peramah by default' ni berbual).

Dia: Dari mana ni kak? (Agaknya pelik tengok aku bawa purse + handphone + other stuffs - tanpa handbag)

Me: (Terkejut) Huh?

Dia: Oh, akak kerja sini eh? Akak kerja kat mana?

Me: Ha'ah. Office akak kat atas Y**** tu.

Dia: Oh, ada kerja kosong kerani tak kak?

Me: (Duh! Lagi sekali??) Huh? Kenapa? Tengah cari kerja lain ke?

Dia: Ha'ahla kak. Kerja ni bla..bla..bla..bla.. tak syok. Nak kerja kerani. Kerja ni bla..bla..bla..bosan. Tak suka kerja shift.

Me: (Duh, budak-budak sekarang! Nak je cakap - kerja yang nampak selesa ni tak semestinya best dik oii..) Ooo, takpe dik. Nanti kalau ada akak inform eh?

(Siap bayar terus keluar tanpa menoleh lagi. Haha.)


Agaknya kan kalau kali ketiga orang tanya pasal kerja kosong ni patut ke aku bukak agensi pekerjaan?blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

Minggu yang...


Fuh, what a week!

Sangat penat dan sangat terkejar-kejar. Adoi. Dah lama tak buat kerja terkejar-kejar macam ni. Haha. Tu la, lama sangat bergoyang kaki. Inilah padahnya. @jelir

Rasanya sepanjang minggu ni, hari ni adalah hari yang paling panjang dan penat bagi aku. Terasa macam participant The Amazing Race je hari ni. Berkejar-kejaran ke sana ke mari. Fuh, serius penat!

Kira okla kan, dapat juga ilmu hari ni disamping makan free bermodalkan parking dan minyak kereta yang kurang daripada RM 10. Haha.

Tapi yang paling tak boleh blah adalah, bila terjaga pukul 4 pagi tadi, baca sms siapa ntah - tanya pasal deficit dan surplus cash flow, aku boleh terbawak dalam tidur. Cesss, tak suka betul mimpi bermotifkan hal kerja nih. Gangguan okey? Cubalah mimpi yang best-best sikit macam si Puan Anuey tuh. Siap boleh mimpikan si Jensen Ackles lagi. Ahahah..

Adoih, Sabtu cepatlah ke mari~

Hah, kan aku dah kata. Makin banyak kerja, makin banyak aku nak mengarut kat blog ni. Teehee. Takpe, kalau suka baca. Tak suka silalah klik pangkah kat browser window anda tu ye? Sekian, terima kasih.

Haish, cukup! Daaa~!blogger-emoticon.blogspot.com

3 Comments

I wonder if I'll ever see you again =(



I've been searching for you
I heard a cry within my soul

I've never had a yearning quite like this before
Now that you are walking right through my door


All of my life

Where have you been?

I wonder if I'll ever see you again

And if that day comes

I know we could win

I wonder if I'll ever see you again


A sacred gift of heaven

For better, worse, wherever

And I would never let somebody break you down

Nor take your crown, never


All of my life

Where have you been?

I wonder if I'll ever see you again
And if that day comes I know we could win
I wonder if I'll ever see you again

And every time I've always known

That you were there, upon your throne

A lonely queen without her king

I longed for you, my love forever


: Again - Lenny Kravitz



=(

Leave a comment

Rare item (1)

Terjumpa sesuatu masa mengemas rak buku pagi tadi. Huahua..

Fyi, sebenarnya aku memang suka kumpul benda-benda yang ada sentimental value ni, termasuklah yang ini.

Walaupun dah berbelas tahun, keadaannya masih molek lagi woh..

P/s: Nak tengok isi dalamnya? Tak payahla kot? :P

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Busy ah konon!


Memang sebenarnya tengah dilanda kesibukan pun. Dah hujung tahun macam ni pun sibuk kan? Heh!

Bila dah bercadang nak bercuti, mulalah datang kerja bertingkat-tingkat. D'uh!

Memang dah kena buat checklist dah ni.

Kalau blog ni dah jarang update, jangan pelik ye?

(Ye la tu tak mau update, silap-silap lagi banyak cerita yang keluar sebab tekanan yang melanda. lol!)

Dah, nak sambung buat kerja. Daaa~!blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Zaman sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu -_-"

Rasanya dalam 2 ke 3 minggu ni memang kecoh tentang sms 'ayah mintak tolong top-up handphone'.

Memula aku baca tentang ni kat status fb Puan Anuey. Lepas tu terbaca pulak tentang ni kat blog Amirez.

Finally, pagi ni sms ni masuk kat inbox aku.

Tu yang buat aku confuse. Nak ketawa ke nak menangis?

Aku rasa nak ketawa sebab kebodohan manusia ni nak menipu orang lain tanpa menyedari bapa orang yang nak ditipu tu berada di mana. Entah-entah masa dia hantar sms tu, bapa penerima sms tu betul-betul ada depan mata si penerima sms. Sah kantoi di situ.

Aku rasa nak menangis sebab, ayah aku dah meninggal dunia. Takkan la orang yang dah dikebumikan berpuluh tahun boleh hantar sms mintak anak top up handphone. Agak-agaklah weih!

Siapa punya kerja agaknya ni ya? Kalau ye pun, nak mintak tolong menipu kami warga tempatan ni, ubahla dulu gaya bahasa sms tu. Dah sah-sahla ayat tu bukan ayat orang tempatan. Ingat kami nak percaya?? Tak tahulah kalau ada juga yang tertipu.. -_-"

Oh btw, I'm calling my dad abah, bukan ayah. Sekali lagi kantoi di situ.

To the sender, anda tidak berjaya. Silalah cari hasil pendapatan daripada sumber yang halal ye? Jangan fikir nak senang dengan cara mudah aje.

Renung-renungkan dan selamat beramal~

Leave a comment

Ohhh I miss him, a lot!

Elena: I don't want you to do it.

Stefan : What do you talking about? Elena, we don't have a choice.

Elena: What about Klaus?

Stefan: We'll find him but after we got the moonstone.

Elena: Is that before of after he kills everyone that I care about including the two of you? (She's pointing out to the two brothers, Stefan and Damon).

- The Vampire Diaries, Season 2 Ep.10 : Sacrifice-

Wanna know how Damon reacts after what Elena has said? He was freaking shocked! Lol!

He's kinda unexpected that Elena care about him too.

But the truth is, I miss him a lot! 2 weeks in a row without a new episode makes me wanna take him out from my lappy and bring him to life. Haha.

Gila la..

Is there any kind heart wicked, funny, pathetic yet protective over his love ones just like this guy out there?

Kalau ada, saya mau cop satu!!! @cinta

Kalau tak dapat Damon, Flynn Rider ni pun ok. Lol!

Leave a comment

Oh, tolonglah sabarkan saya. Ada rasa nak marah ni. Tapi bukan rasa nak marah pada bos yang dah berjaya membebel banyak-banyak tadi, tapi pada orang yang tak tahu nak bersyukur.

Kenapa? Sebab setelah banyak privillege yang diberi, mereka tak pandai nak menggunakan sebaik-baiknya kelebihan yang diberi. Haih..

Lepas tu bila ada tambahan tugas, dan diberi lebihan 'lecture' masing-masing mulalah merungut.

Ye, aku faham. Aku pernah berada di 'kedudukan' itu. Tapi cuba sesekali kita 'cuba duduk dalam kasut bos' atau dengan kata mudahnya, cuba kita letakkan diri kita dalam kedudukan orang atasan yang bagi kita arahan tu.

Tak semestinya arahan yang kita nampak menyusahkan tu, sebenarnya menyusahkan kita. (Oih, ayat apa ni?)Mungkin dia pun ada alasannya kenapa dia buat macam tu. Lagipun mentaliti orang berniaga ni bukan sama dengan mentaliti orang yang makan gaji ni.

Kalau tak percaya, cuba tanya orang yang berniaga. Mesti jawapan dia sama dengan jawapan aku tadi.

Memang betul la kan, kita akan lebih menghargai kesenangan yang kita usahakan sampai berjaya berbanding kesenangan yang datang bergolek depan mata.

Bila senang dapat, senang juga kita nak ignore kan? Heh..

Wahai pelangi, boleh tak muncul sekali lagi petang ni? Mana tau kot-kot boleh jumpa leprechauns atau pun unicorn?

Oh anyone, humor me pleaseeeee...

P/s: Ops, sebelum terlupa, Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 ya? Moga dikurniakan segala yang terbaik untuk tahun yang akan datang. Amin...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 Comments

Unusual phenomenon

Subhanallah..

Teringat pulak kisah-kisah yang pernah dibaca masa kecik dulu.

Katanya, tempat punca pelangi tu ada harta karun (or something like that). Jadi kalau nak harta karun tu kenalah cari kat mana sebenarnya pelangi tu. Hmm, entah-entah belum sempat memulakan perjalanan, pelangi tu pun dah hilang. :P

Hidup ni pun umpama pelangi kan? Indah, walaupun sekejap. ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

It's so fluffy, I'm gonna die!!!

I've just watched this movie last night. What I'm gonna say is, Agnes is sooooo adorable!



"Does this count as annoying?"

Comel kan? Tapi masih tak boleh nak challenge Boo.



Oh, Monster's Inc akan ada sequel 2012 nanti. Wee~!

2 Comments

Are we ready to go?


Ramai orang sibuk perkatakan tahun baru 2011 yang bakal menjelang dalam tempoh tak sampai sebulan lagi.

Tapi berapa ramai yang aware sebenarnya kita cuma ada lebih kurang 5 hari aje lagi untuk ke tahun 1432 Hijrah? Hmm..

Ada yang kata umat Nabi Muhammad S.A.W. ni akan hidup dimuka bumi setakat 1500 tahun sahaja. Heh, ye ke? Wallahu'alam. Hanya yang Empunya alam ni sahaja yang ada jawapannya. Tak kisahla berapa lama kita hidup pun, janji kehidupan yang kita lalui ni dimanfaatkan sebaiknya. Dan jangan lupa kumpul saham banyak-banyak untuk ke 'sana' nanti.

Tapi agaknya, banyak mana kebaikan yang kita dah buat dan saham yang kita dah kumpul setakat setahun ni?

Kalau aku, harapnya kebaikan yang aku dah lakukan tu adalah kebaikan yang aku sendiri tak sedar aku dah buat. Sebabnya, tak perlulah nak rasa riak dengan apa yang kita dah buat. Bila dah riak, akan jadi tak ikhlas. Saham pun jadi berkurang.

Berapa banyak pulak azam tahun 2010 yang dah tercapai?

Yang belum tercapai pulak berapa banyak? Hmm..

As for me, aku tak rajin nak berazam segala. I live my life as it is. Cuma adalah perancangan sendiri. Tapi takdelah sampai everything must be done within time given. Aku tak suka mengharap. Kalau berharap sangat, then bila apa yang diharapkan tak menjadi, nanti boleh mendatangkan kesedihan berpanjangan. Hehe. So, let it go with the flow. Tak payah nak fikir sangat. @jelir

Yang penting, hidup mesti diteruskan no matter what it takes kan?

Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah buat semua. Moga tahun baru ni bakal memberi semangat baru dan beribu kebaikan buat kita. @senyum

Errr wait, 1432 minus 1400 equals to 32 right? Erk! Boleh tak kalau nak terbalikkan jadi 23?blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Baru vs Baharu

Perasan tak, kebanyakan dari kita memang jarang menggunakan kemudahan yang ada. Termasukla aku sendiri. Huhu.

Sebenarnya dah lama nak cari apa beza antara perkataan baru dengan baharu tu. Selalu sangat jumpa dalam buku, jadi aku nak tau la kat mana sebenarnya tempat atau ayat paling tepat untuk penggunaan perkataan baru dan baharu tu.

Jadi lepas gigih meng 'google' maka jumpalah penerangan tu di sini. See? Betul kan? Kita (read: Saya) jarang menggunakan kemudahan teknologi sekarang ni. Haih..



Apa yang dapat aku simpulkan di sini;

1) Baharu - untuk penggunaan kata adjektif atau kata sifat.
Contohnya : Ainun telah membeli baju baharu di pasar malam.

2) Baru - untuk kata bantu
Contohnya:
i) Ainun baru tiba di pasar malam.
ii) Ainun telah berjaya menurunkan berat badannya baru-baru ini.

Terima kasih Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP). kenyit

Oh, sambil mencari tu sempat juga explore apa yang ada di situ. Dan apa yang aku jumpa sangat mengujakan.


DBP ada keluarkan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu dalam bentuk fail pdf. Boleh download terus dari sana.

Hmm, tapi aku musykil. Kenapa masih ramai lagi yang suka taip sms menggunakan bahasa alien yang susah difahami. Or am I too old to understand that?

FYI bahasa alien adalah bahasa bowdark budak-budak zaman sekarang yunk sukeww yang suka menaip dengan tambahan abjad kesukaan mereka. Mungkin mereka rasa 'cool' bila menaip macam tu (konon). Cool ke kalau orang susah nak baca? Ouch!

3 Comments

Tolong jangan samakan dia dengan Maher Zain ok?

I had my first listen to this song on the radio yesterday. Masa tu on the way balik ke rumah setelah menghantar anak dara ni kat Pasir Gudang. Masa tu dalam hati dah kata, wah lagu macam ni pun dah ada unsur-unsur R&B eh? Yelah, mungkin ini salah satu cara untuk menarik minat lebih ramai untuk meminati lagu-lagu berunsur 'nasihat' dan 'peringatan' begini.



Bulan pun pernah, menyaksikan kisah,
Cinta seorang nabi yang mulia,

Apalah daya untuk kita semua,

Meraih cinta yang suci dan tulus,


Dilahirkan ke dunia,

Untuk kita semua,

Dialah pembawa,
Cinta sebenarnya,


Ya Rasulullah,
Seluruh mahabbah,

Kuberikan kunyatakan,

Hanya kepada mu,


Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,

Kuberikan kunyatakan,

Hanya kepada mu,


Wajah baginda,
Penuh bercahaya
Kekasih Allah yang paling setia,


Bumi Madinah,

Menjadi mulia,

Menghubung hati yang,

Merindu padaNYA.


Dilahirkan ke dunia,

Untuk kita semua,

Dialah pembawa,

Cinta sebenarnya.


Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,

Kuberikan kunyatakan,

Hanya kepada mu.


: Seluruh Mahabbah - Amer Munawer.


If you wonder who is Amer Munawer, dia ni ex-member Ruffedge yang sekarang sudah berhijrah ke arah imej dan kehidupan baru yang lebih baik. Alhamdulillah. Moga penghijrahannya ini bakal membawa kebaikan kepada semua. =)

Tetiba teringat seorang kawan yang juga baru 'menemui jalan hidup'nya. Alhamdulillah. I'm happy for you, dear friend. Semoga penghijrahan tu bakal memberi sinar kehidupan baru yang lebih baik. Amin.. =)

3 Comments

Kalau sebut free mesti ramai yang suka kan?

Apa yang free?

Well, it started this evening. Masa tengah tunggu kawan aku fetch untuk ke kenduri kahwin adik one of my colleague, terjumpa Kdrama Cruel Love while flipping thru tv channel. Masa tu dah di penghujung cerita dah. Habis aje cerita, kawan aku pun sampai. Dah set dah dalam kepala, balik nanti nak Google pasal drama series ni.

Then, balik rumah carila info berkaitan. Konon nak start watching from the beginning. Rupanya drama series ni dah lama. Tahun 2007 ke 2008. Memang zaman tu aku dah stop layan KDrama. Haha. Lepas tu cuba cari kat Mysoju. Drama series ni ada. Tapi broken link la pulak. (Masuk ni dah 2 drama yang aku cari kat Mysoju adalah broken link ok?@rajuk). Tengah fikir-fikir nak download, baru teringat, kenapa tak cari dekat Maaduu eh?

Sebenarnya, aku join fanpage ni dah dekat 3 minggu kot? Tapi masa memula join konon tak nak register dulu. Itula sombong lagi kan? Padan muka sendiri.

Yang bestnya, kat Maaduu ni kita boleh cari drama series yang pernah popular dulu. Dan viewers pun boleh request kalau ada drama series yang baru atau popular la kot untuk diorang up kan kat site tuh. Yang paling penting, ia PERCUMA. FREE OF CHARGE! Video pun tak perlu tunggu buffering ok? That means, kalau terhenti setengah jalan pun kita dah boleh jump terus kat mana yang kita terhenti tadi. Streaming pun laju. Isn't that cool? Ops, kelajuan mungkin bergantung kepada isp juga.

Oh, dan yang paling penting, site ni kepunyaan orang Malaysia. Jadi, sokonglah produk buatan Malaysia. Errr, boleh ke gitu?

Finally, jumpa juga drama series yang dicari. @sengihnampakgigi Ada Kwon Sang Kwoo. Ala, yang berlakon cerita Stairway To Heaven dan yang berlakon suka nangis tu. Haha.

Jadi, kalau ada yang rasa nak cari dan tonton Kdrama zaman dulu kala, esh takdela lama sangat. Err, Kdrama popular dalam tempoh 5 atau 6 tahun terdahulu, boleh la join Maaduu ya?

Leave a comment

Tetiba rasa nak senyum

Tetiba rasa nak senyum bila dengar lagu ni. blogger-emoticon.blogspot.com



To whom it may concern,

If you happen to come across this blog, this song is specially for you.

Yours sincerely,

Me.

P/s: I know you love this song as much as I do. kenyit

2 Comments

Ujian tu tanda ingatan

Alhamdulillah. Tuan punya blog sedang dilanda dugaan kesihatan. Batuk yang agak teruk sampai effect ke kepala. Entah kenapa. Adakah itu salah satu petanda untuk bercuti panjang lagi? Teehee..

Yela, annual leave ada 12 hari lagi tau?

Tapi memang aku sekarang ni dikelilingi oleh orang-orang sakit. Terbaru ni, one of my colleague disyaki kena denggi. Haih. Fobia sungguh bila sebut suspect denggi ni. Aku pernah lalui dulu. Walaupun dah lama, tapi fobia tu masih ada. Memula kena demam yang teruk, sampai nak bangun pun tak larat. Then, bila kebah, demam tu berulang-ulang. Konon malas nak ke klinik, tapi bila dah naik bintik merah kat badan terus cuak. Barulah nak kelam kabut ke klinik. End up doktor tu advice suruh ke hospital aje malam tu.

Oleh kerana kedegilan aku yang tak nak tidur wad, malam tu aku cuma banyakkan minum air masak atas nasihat abang aku. Oh, abang aku dah ada pengalaman menghadap anak-anak dia kena denggi sebelum tu. Jadi, adik dia yang baik ni pun ikutlah saranan abangnya itu.

Keesokan harinya barulah ke hospital. Terima kasihlah kat abang aku dan kawannya yang handsome tu sebab bersusah payah menghantar adiknya yang degil ni ke hospital. Sampai hospital, setelah melalui prosedur yang bermacam-macam tu kena cek darah la pulak. Adeh. Dahla susah nak cari urat tuh. Sampai 2-3 tempat kena cucuk okay? Manala aku ni tak fobia? Haih..

Mujurlah setiap kali ujian darah tu kadar platlet darah masih dalam keadaan yang tak membimbangkan. Alhamdulillah. Berkat kena leter dek adik-beradik dan big bos yang prihatin tu, aku banyakkan minum air masak dan 100 Plus. So, tak sempat nak melarat!

Kesetiaan aku dengan Hospital Sultanah Aminah tu cuma bertahan 3 hari je. Haha. Fobia weh nak kena cucuk lengan tu. Ingat tak sakit ke? Tapi Alhamdulillah, lepas tu kesihatan makin bertambah baik. Cuma berat je yang menurun sampai 3kg. Oh, belum boleh lawan rekod 5kg masa kena chicken pox dulu. Heh.

Cuma bila dah pernah kena macam ni aku memang fobia bila kena demam. Kalau setakat selesema atau batuk tu boleh bertahan lagi kedegilan untuk jumpa doktor tu. Tapi bila demam, memang doktor dan klinik boleh jadi sahabat karib. Teehee..

So, untuk anda sekelian, jagalah kesihatan tu. Di musim cuaca yang tak menentu ni memang banyak penyakit yang singgah. Moga terhindar daripada penyakit yang berbahaya. Amin..

Leave a comment

My latest obsession

Antara hobi terbaru aku adalah melanguk depan iTunes sambil explore apps yang menarik untuk didownload ke iPod. Salah satu apps yang agak best dilayan sekarang ni adalah Doodle Find ni. Best!



Ni yang lagi rasa berkobar-kobar nak beli Ipad pulak.blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Putus

Kalau ada orang tanya aku, mana yang lebih menyakitkan, putus cinta atau dikhianati kawan baik sendiri?

Well, my answer would be the second one, being betrayed by your best friend. I've been there and I know how it feels. Rasa sakitnya lagi perit daripada putus cinta. Believe me.

Yela, kalau putus cinta at least, ada kawan-kawan untuk mengadu. Tapi bila putus kawan, then takde boyfriend pulak nak mengadu, who do you expect to listen to your grievance? Haha. Nak jadi sarkastik lak tetiba eh?

Nah nevermind, saya ada DIA untuk mengadu. @senyum

Tapi hakikatnya macam tu la. Cuma pada aku, bila dah terkena tu aku jadi lebih berhati-hati bila berkawan. Manusia ni walaupun rambutnya sama hitam, hatinya wallahu'alam.

Cuma kalau anda seorang kawan yang baik, anda takkan tergamak memburukkan orang yang dikatakan 'kawan' tu kan?@kenyit


Leave a comment

Think hard


Credit to Foreverisours@Tumblr

Leave a comment

Sekarang ni aku ada sindrom malas nak update blog. Dan juga malas nak on lappy bila balik ke rumah. Yela, bila ada iPod ni aku lebih suka surf internet guna iPod saja since ada kemudahan wifi di rumah. Jadi boleh online di mana-mana sahaja termasuk di toilet as long as ada wifi signal. Haha.

Andddddd, saya sudah ada gadget baru yang belum dirasmikan lagi. So, bila gadjet itu sudah pun dirasmikan, maka kemalasan untuk menghidupkan lappy akan jadi semakin tinggi. Apakah itu? Silalah tunggu. Bagi yang dah tau jawapannya, tolong la jangan kepoh dulu ye? jelir

Till then, please don't miss me ya?jelir


P/s: Gambar ni copy drp fb Kak Rhea. Comel kan?kenyit

2 Comments

Hold on to me and, never let me go

I must say this is one of my all time favourite tune from them.



This time, This place
Misused, Mistakes
Too long, Too late
Who was I to make you wait
Just one chance
Just one breath
Just in case there's just one left
'Cause you know,
you know, you know

[CHORUS]
That I love you
I have loved you all along
And I miss you
Been far away for far too long
I keep dreaming you'll be with me
and you'll never go
Stop breathing if
I don't see you anymore

On my knees, I'll ask
Last chance for one last dance
'Cause with you, I'd withstand
All of hell to hold your hand
I'd give it all
I'd give for us
Give anything but I won't give up
'Cause you know,
you know, you know

[CHORUS]

So far away
Been far away for far too long
So far away
Been far away for far too long
But you know, you know, you know

I wanted
I wanted you to stay
'Cause I needed
I need to hear you say
That I love you
I have loved you all along
And I forgive you
For being away for far too long
So keep breathing
'Cause I'm not leaving you anymore
Believe it
Hold on to me and, never let me go
Keep breathing
'Cause I'm not leaving you anymore
Believe it
Hold on to me and, never let me go
Keep breathing
Hold on to me and, never let me go
Keep breathing
Hold on to me and, never let me go

: Far Away - Nickelback

P/s: Macam mana nak hilangkan rasa 'kelat' dalam hati ni eh???

P/p/s: Okey, lagu ni tiada kaitan dengan rasa 'kelat' itu ye? Jangan nak memandai buat spekulasi..jelir

Leave a comment

The Positivity Begun

Teringat dulu, masa memula masuk tadika. Antara lagu terawal yang cikgu kat tadika tu ajar bunyinya macam ni;

"Bangun pagi gosok gigi
Cuci muka pakai baju

Minum kopi, makan roti

Semua orang suka hati"


(Oh, versi sekarang sudah bertukar jadi susu ye, as cofee is not suitable for kids. @jelir)

Ye, pagi-pagi kena la suka hati kan? Takde pulak kan lagu kanak-kanak ni kata, 'semua orang maki-maki' seperti yang berlaku kat kebanyakan dari kita hari ni. Heh!

Jadi, sempena our first ever Zero Negativity Day ni, marilah kita berfikiran positif seawal pagi Isnin ni. Ops, sekejap. Isnin? Monday? So what? Tak boleh ke kalau nak jadi positif seawal hari Isnin ni? Lagi bagus apa? Bila kita dah mula mempositifkan diri seawal minggu, mana tau, mudah-mudahan aura positif tu akan mempengaruhi kita sepanjang minggu?@kenyit

Ya, let's avoid any negative vibes, kalau boleh setiap hari. Bukan hari ini saja ok? Good luck!
@hensem

And if you haven't join us, feel free to drop by here. Thank you.

Leave a comment

I'm totally addicted to...

.... this cute application. Hahah..


Ni semua pengaruh adik aku la nih. Dok layan games ni kat iPod dia masa raya hari tu. Then, bila dapat iPod aku hari tu aku pun download la games ni kat i-Tunes. Macam biasalah, mana dapat download full.

Tapi, kira ok la. Dapat jugak hilangkan kebosanan sepanjang hujung minggu lepas ni. jelir

All pics credit goes to Mr. Google.

Malangnya games ni belum ada pc version. Kalau tak, mesti lagi best. sengihnampakgigi


Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.