Archive for October 2009

Pathetic?

Sounds pathetic, tapi sebenarnya tidak. Hehe.. Love this song so much.@cinta


2 Comments

Tragedi Oktober

Tragedi November tahun lepas. Trauma pun tak hilang lagi. @sigh


Ni pulak tragedi Oktober tahun ni. Once again, I've lost my notebook. Kali ni kat office lak. Ntah penyangak mana ntah pecah masuk office aku semalam. Habis diselongkarnya office aku nih. Rezeki dia la dapat sampai 3 bijik notebook sekali menyamun. Hish, geram aje rasa. Mujurlah lepas tragedi tahun lepas aku memang dah back up every job kat external hdd. So, insya Allah, takkan ada masalah untuk job yang dah siap sepanjang tahun nih.

Itu pun mujur juga external hdd tu pun tak dikapurnya sekali. Elok aje ditinggalkan kat tray atas meja tuh. Kalau tak jenuh juga rasanya. Huh.@rajuk

Tapi bila fikir on the positive side, Alhamdulillah benda ni jadi masa takde orang kat office dan penyangak tu tak ambik harta lebih berharga yang tersimpan dalam bilik tuh. Huhu. Syukur Alhamdulillah. @doa

Cuma aku jadi serabut bila rutin dan perancangan jadi kelam kabut sebab benda nih. Haih..@sigh

7 Comments

Time to let go again

Buat kesekian kalinya, nak tukar ISP!!!! Huh! @marah@damn

Oke, enuff 'bout ISP yang macam hape nih. @waswas

Seperti yang tertera kat status FB aku beberapa hari lepas, aku nak 'lupus'kan sebahagian buku-buku yang ada dalam simpanan aku. So, hari ni sempatlah buat list buku-buku yang aku nak 'lupus'kan daripada simpanan aku ni. Tapi belum sempat nak buat proper documentation lagi. Hehe. Insya Allah mudah-mudahan dalam 2-3 hari lagi dapatlah buat list lengkap.


Ni antara buku-buku yang nak dilupuskan (tapi bukan semua ye?)

Lagi antara buku yang nak dilupuskan

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku-buku yang nak di'lupus'kan ini bolehla email saya yer?

Tapi kan, dalam banyak buku yang aku simpan tu, buku ni antara buku yang paling istimewa sebab ada signature Ahadiat Akashah. Hehe. Lama dah ni. Dah dekat 14 tahun rasanya.

Yang ni bukan untuk dijual yer?@jelir

5 Comments

:)

Tetiba 'ter' suka lak kat lagu nih. Dulu kemain tak suka lagi. Haha..



Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempatku hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu~

2 Comments

Just get backup when they knock you down

Dah seminggu rupanya blog ni tak berupdate. Haish.. Hingga ke saat ini aku masih lagi berkira-kira untuk menukar ISP yang sedia ada nih. ISP yang aku guna sekarang ni memangla sangat menyakitkan hati. @ketuk Mana taknya, dah refresh hampir 10 kali pun belum tentu boleh view blog sendiri. Huh! Paling malang, page Yahoo pun takleh access. Apekah? Sudahnya, melanguk je kat fb. Tengok gambar-gambar lama yang sepupu aku upload. Haha. Mujur takde gambar sendiri dalam tuh. Kalau tak, kena tutup muka siap-siap. Haha.

Jadi, sila jangan guna ISP yang saya guna sekarang (haha, sure orang yang baru beli broadband tu makan hati dengan statement nih..)@jelir

Haih. Baru je berangan nak cuti, sekali kerja datang bertingkat-tingkat (yeah, it happens all the time...). Menambahkan kesibukan aku minggu nih. Dengan bos nak ke Mekah lagi. Memang kelam kabutla. Hehe. Tapi, aku seronok bila bos kata no need to rushing on my current progress job. Yeaha! Sempat lagi kalau nak berjimba. Haha..

Tapi...

Siang tadi one of my regular client dah call. Bagi tarikh stock take berserta tarikh untuk masuk audit untuk akaun tahun 2009. Haish, how time flies so fast! Tak sampai 3 bulan lagi nak masuk 2010 rupanya. @sighI need to reschedule some of my life plan next year.@kenyit

P/s : I'm so in love with this song. Thanks to a good friend of mine whom introduce me to this song. I'm not being pathetic okay? What past is past, I'm not going to think about it anymore. Seriously. Aku tak rasa apa-apa dah. Alhamdulillah. @senyum



So why don't you go your way
And I'll go mine
Live your life, and I'll live mine

I know it hurts so much but it's best for us
Somewhere along this windy road we lost the trust
So I'll walk away so you don't have to see me cry
It's killing me so, why don't you go

: Usher - Separated

2 Comments

Sentappp

I'm so sorry for being so emo today. Huhuh. Kalau tak fikirkan kawan-kawan memang aku dah buat jahat hari nih. @waswas

Kawan-kawan, kalau nak buat apa-apa tindakan pun, fikir sebaik-baiknya and just do what you want to do. Tak perlu nak canang 1 dunia yang awak nak buat perkara itu. Buat sentap orang lain aje. Aku pulak yang rasa bersalah sebab dah menyusahkan orang lain dengan apa yang aku post selama ni. Isk..

Tak sangka ada yang tak menyenangi niat baik aku selama ni. Sedih tau. @sedih Tapi nak buat macam mana kan? Bukan semua orang suka apa yang kita buat. Bukan semua orang boleh terima apa yang kita buat. Cuma sebelum buat apa-apa tindakan tu, cubalah fikir, betul ke tindakan kita? Adakah orang lain suka dengan apa yang kita buat? Tak terasa dengan apa yang kita buat? Tak tersinggung dengan apa yang kita buat? Hmm..

Ya, kita bukannya makhluk sempurna. Tapi belajarlah mengawal amarah tu agar jangan sampai bawa kesan buruk kepada orang di sekeliling kita. (Aku pun masih lagi belajar mengawal amarah nih, walaupun kekadang terlepas gak. Huhu..)

Bila dah terkena camni tetiba aku teringat satu post entry kat sini. Haha. Emi, kawan kau ni memang kreatif la..

2 Comments

Kata

Aku memang suka kumpul quotes or any wording yang boleh bagi inspiration ataupun booster untuk diri sendiri.

So, quotes kat bawah ni aku jumpa dari satu booklet yang dah lama aku photocopy. Lama gile. Bila selongkar kotak nak mencari majalah sekolah terjumpa booklet nih. Majalah sekolah yang aku tak jumpa. Haih, mana la menyorok agaknya..@sigh

Some of the quotes from the booklet;

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu
dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan (Imam Al-Ghazali)


Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. (Saidina Ali Abi Talib)


Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia (Hamka)


Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia (maksud hadis)

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebihan dan mendermakan hartanya yang berlebihan. (maksud hadis)

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain (maksud hadis).

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sesekali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Leave a comment

Un-productive days

2 hari yang sangat tak produktif. Terperuk kat rumah gara-gara demam yang menyinggah. Bermula hari Isnin. Membawa ke hari semalam. Ingat hari ni dah boleh masuk kerja dah. Rupanya DIA masih lagi tak mengizinkan aku bekerja. Huhu..

Terjaga pukul 4 pagi tadi memang badan terasa seram sejuk. Macam nak demam. Di tambah dengan serangan gastrik. Uhuh, memang menguji kesabaran betul. Rasa macam nak berguling dah masa tuh. (Ye, saya tau ade orang akan bebelkan saya lepas nih...@sakit) Lepas telan ubat sebiji barula boleh sambung tidur dengan tenang.

Tapi memang tak sukalah. Tak produktif. Duduk terperuk kat rumah. Huhu..Redha ajela kan? @kenyit

Oh, sebenarnya nak tempek gambar ni. Screen capture from one of my friend's profile @ facebook. Hihi.. Tak sangka 'kenakalan' kami masih diingati sampai hari ni.@gatai

Birthday wish daripada kawan aku kepada 'mangsa'. Haha..

My birthday wish to the 'victim'. Hehe..

Untuk mangsa, kami memohon ampun dari hujung tudung sampai hujung tapak kasut sekolah kami atas kenakalan kami masa itu ya? Peace!@adil

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.