Archive for September 2009

Sebelum cuti berakhir

Haih. Dah lama sangat cuti. Ada rasa m.a.l.a.s. yang bertandang. Walhal ada lagi kerja office yang aku kena siapkan. Tapi rasa sangat malas nak angkut fail dari dalam kereta tu bawak balik ke rumah. Hehe. Apa la malas sangat ni?@fikir

Lebih makan ketupat ke? Tak rasanya...
Lebih makan kuih raya? Hmm, mungkin. Hehe..@sengihnampakgigi

Cerita raya? Takde apa yang menarik selain soalan-soalan cepucemas yang biasa. Huhu.. Cuma tahun ni 'selamat' sebab ada 2 pasangan pengantin baru. So, kami yang bujang ni memang terselamat sket la sebab ada orientation session untuk new family members... @kenyit

But really had a great time during my long break. Dapat berkumpul dengan sanak saudara dan kawan-kawan yang dirindui (ceh!). Dapat jumpa baby baru. Huhu.. Nanti aku upload gambar kat blog alumni. Lupa nak transfer dari dalam handphone.

Cuma buat kawan-kawan yang tak sempat nak jumpa tu mintak maaf bebanyak. Raya keempat (tahun ni stay kat kampung lebih 1 hari oke?) dah kena balik. Huhu, hajat di hati memang nak stay lagi. Tapi memandangkan tugasku sebagai seorang supir berjaya, kena la balik. (Malek, aku bukan pentingkan broadband aku daripada korang oke? Aku memang kena balik. Huhu. Tunggu majlis kau ler baru leh jumpa kawan-kawan sekampung agaknye..@jelir)

Haih, esok dah kerja ke? Hehe.. Cuti lama pun bosan. Tak dapat cuti pun bosan. Tu la dia nama manusia. Mana pernah nak bersyukur? @sengihnampakgigi Apa pun, jangan malas-malas!

Leave a comment

Salam Aidilfitri 1430H

''

Funscrape.Com | More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments


Salam Aidilfitri untuk semua kawan-kawan dan pengunjung blog ini. Ampun dan maaf atas segala salah silap atau kekasaran bahasa sepanjang aku menulis kat blog ni. Kadang kala apa yang ditulis tu mungkin ditujukan kepada orang lain, tapi kalau ada orang lain yang terasa, ikhlas dari hati aku mohon ampun dan maaf atas kekhilafan itu.

Moga Syawal kali ini menjanjikan seribu kebahagiaan untuk kita semua.

Buat yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan cermat. Sentiasa ingat orang-orang tersayang di sekeliling anda dan yang menunggu anda di kampung. Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Aku akan mula bercuti bermula 20 September sehingga 27 September. Selamat bercuti semua. Jangan malas nak naik kerja plak lepas ni..@jelir

2 Comments

Menjelang Syawal

Huh, sangat susah nak update blog sekarang ni. Memang aku ada masalah kesuntukan masa bila masuk bulan Ramadhan ni. Tapi sekarang ni tambah lagi 1 problem. Aku tak tau apa masalah dengan ISP yang aku guna sekarang ni. Tengok connection ok, tapi ada certain pages yang aku tak boleh nak access. Nak access blog sendiri pun tak boleh. Pelik betul. Kenapa eh? Adakah itu salah satu petanda untuk penukaran ke ISP lain? Hmm..@kening

Cik Ieba, ada tak jawapan kenapa? @ulatbuku Tensi woo..

Hmm, sekarang ni sana-sini orang sibuk dengan cerita persiapan raya. Aku? Masih lagi macam tahun-tahun sebelumnya, tak berapa ghairah nak beraya pun. Baju raya memang awal-awal dah siap. Sengaja spare baju yang tempah awal tahun hari tu untuk baju raya. Malas nak bersesak dan berebut-rebut sekarang ni. Yeah, typical me. Aku memang takkan masuk shopping complex musim-musim sesak macam ni. Melainkan ada keperluan yang betul-betul mustahak. Kalau nak shopping saja-saja kirim salam ajelah.

Oh, cuma tahun ni agak excited nak beraya ke rumah kawan-kawan yang dah AGAK lama tak ketemu. Haha. Thanks to todays technology. Especially facebook. Sungguh seronok berjejak kasihan tahun ni. Dapat jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama lost contact. Alhamdulillah, bersyukur yang teramat. Somehow aku rasa yang ini mungkin hikmah atas apa yang aku lalui tahun ni. Hanya DIA yang tau apa yang terbaik bagi hamba-hambaNYA kan?.

Teringat lak 1 quote yang aku pernah bg pada someone dulu;

Kita manusia ni hanya mampu merancang, penentuannya bukan pada kita. Sekiranya perancangan kita tak selari dengan apa yang DIA rancangkan untuk kita, janganlah bersedih. Mungkin DIA ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Hanya DIA yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu.
Tetiba rasa termotivasi lak. Hehe. Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain gak. Don't ever give up!

Haha, orang dah sibuk buat entry raya aku buat entry ala-ala motivasi lak.@nangis

2 Comments

Malu Bertanya...

Satu perkara yang aku belajar petang tadi;

Perkara yang mudah atau enteng bagi kita tak semestinya mudah juga kepada orang lain untuk lakukan benda tu. Sebaliknya juga kalau perkara itu mudah untuk orang lain, tak semestinya mudah untuk kita lakukan.

Itu sebabnya orang tua-tua selalu pesan, jangan malu bertanya. Nanti sesat jalan. So, sebelum tersesat lebih jauh tu ringan-ringankanlah mulut tu untuk bertanya orang lain sekiranya kita tak tahu.

Ilmu dunia ni takkan habis nak belajar. Pada aku, selagi ilmu tu tak memudaratkan diri dan orang di sekeliling, tak salah kita memperkayakan ilmu. Belajar selagi kita masih termampu nak absorbed ilmu tuh. Nak lagi berkat, sampaikan pada orang lain. Insya Allah mudah-mudahan berpanjangan keberkatan ilmu tuh.

Jadi, jangan pandang enteng apa yang orang lain buat kalau kita taknak orang lain pandang enteng pada apa yang kita buat... @kenyit

Leave a comment

Confused

I'm kinda confused...

Aku ni kalau berjalan memang jenis pandang depan, jarang nak pandang ke kiri atau ke kanan unless kalau nak melintas jalan atau nak keluar simpang (masa drive). Atau pun ada something distract my attention, masa itu la baru aku akan menoleh.

Tapi bila ada orang boleh notice kehadiran orang lain dalam ramai-ramai manusia yang lalu lalang depan dia, aku jadi kagum. How can that be? Mungkinkah takdirNYA dah tertulis macam tu?

Macam ada satu cahaya yang spot pada orang yang dia nampak tuh. Mungkin ada 'nur' kot di situ. Haha..

Just ignore me. Kinda blur right now.@ulatbuku



'Cause you're everywhere to me
And when I close my eyes it's you I see
You're everything I know
That makes me believe
I'm not alone
So tell me, do you see me?


: Everywhere - Michelle Branch

Leave a comment

Special dedication

Special dedication from My 24. Adeh, sungguh mendalam liriknya...



Hijab Kekasih - M. Nasir

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu

2 Comments

Reminder


Lamanya tak update blog. Hehe.. Sibuk dengan urusan dunia...

Selesai sudah 1 tanggungjawab.@penat Alhamdulillah. Rasa lega sangat sebab segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Walau penat, tapi memang sangat berbaloi. Hehe.. Terima kasih sekali lagi...

Tak sedar dah masuk 1/3 Ramadhan rupanya. Haih. Apa yang kita dapat dari Ramadhan kali ni?
i) Bersesak-sesak di pasar Ramadhan setiap hari?
ii) 3-4 pasang baju raya?
iii) 10-20 jenis kuih raya?
iv) langsir baru?
v) perabot baru?
vi) rumah baru?

atau menambah baik amalan yang sedia ada? Hmm..

Aku admit, amalan aku pun bukanlah perfect mana pun. Tapi sekurang-kurangnya kita sama-sama beringat dan sama-sama ambil peluang menambah baik amalan yang sedia ada dalam bulan yang penuh keberkatan ni. Jangan terlalu taksub buat persiapan menyambut raya sampai terlupa hal-hal bukan keduniaan yang kita patut kejarkan.

Hidup kita kat dunia ni pun takdela panjang mana pun. Takut kalau tak digunakan sebaik-baiknya kat dunia ni, kita yang menyesal bila pulang 'ke sana' nanti.

Tapi la kan, kalau ikutkan pengalaman aku yang tak seberapa ni, setiap kali Ramadhan aje, mesti banyak je dugaan yang menguji tahap kesabaran aku. Sekarang ni pun ada je manusia-manusia yang selalu aje menguji kesabaran aku dengan macam-macam kerenah. Haih... Kekadang rasa nak memaki pun ada. But I have to be firm. Belajar kuatkan hati agar tak terbabas memaki orang dalam bulan baik ni. Huhu..

Mudah-mudahan masih lagi diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi kerenah-kerenah manusia itu. Amin..

P/s : Dah lama tak jumpa bos. Petang tadi baru jumpa since dia balik dari bercuti minggu lepas. Hehe. Tapi best. Rasa aman hidup tanpa phone calls dan hal-hal berkaitan kerja. Haha..@jelir

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.