Archive for July 2009

Cerita semalam...

Hu.. masuk hari kedua.

Memang terasa hati sangat. Bukan nak mengada-ngada. Cuma entahla, sensitif yang teramat sekarang ni. Ramai yang bertanya kenapa aku terasa hati. So kat sini aku explain.

Semalam aku hantar form, untuk apply cuti. Bila lagi nak menghabiskan annual leave yang SANGAT banyak itu kan? So, it ends up when my boss asked me to post-poned it to next week. WTH? I'm soooo pissed off!

Gaya tak bagi cuti tu macam aku ni selfish sangat. Nak kena tunggu settlement filing to SSM. Kalau kerja tak settle, aku pun takkan mintak cuti ok? I'm not that selfish. Aku bukan nak berkira. 2 bulan lepas boleh pulak bagi cuti panjang pada orang lain sedangkan masa tu peak period. Ada tak aku berkira? And now I'm asking my rights, salah ke?

So, bila aku marah memang aku lebih suka mendiamkan diri. Kalau boleh nak ignore semua benda. Juga mengelak bertembung atau terserempak dengan orang yang buat aku marah. Phone calls pun aku jawab seadanya aje. Malas. Bosan. Hilang semangat nak bekerja. Haih~

Orang kata;

You say it best when you say nothing at all...
Jadi? Mendiamkan diri itu adalah lebih baik daripada bercakap perkara-perkara yang boleh menyakitkan orang lain...

2 Comments

What If...?

Ini kisah pagi tadi. Lepas ternampak missed call on my handphone aku terus teringat hal beberapa bulan lepas.

Aku bukannya nak berkira dengan kawan-kawan. Tapi, bila tak semena-mena ada kawan nak merajuk dengan aku tanpa nak terima alasan yang aku berikan memang aku jadi sangat kesal. Kesal bila orang fikir aku sengaja cari alasan tak mahu jumpa dia sedangkan aku dah ada berhampiran kawasan tempat tinggal dia masa tu.

What do you expect me to do? Do you expect me to remember every places my friends live? So that every single time when I come down, I should announce that I am there? Haih~ @sighDengan bebanan kerja yang pelbagai sekarang ni aku akui kekadang aku terlupa banyak benda. Sungguh. Bukan sengaja. Tapi bila orang tak mau terima alasan itu, what can I do?@garu

Aku pun tak pernah berkecil hati andai ada di antara kawan-kawan yang datang JB ni tak contact aku. Yela, masing-masing ada komitmen sendiri. Mungkin diorang sibuk, banyak benda nak kena attend. Tak sempat nak jumpa. So kita tak perlulah nak expect yang kita boleh jumpa kawan-kawan just to enjoy our own 'sweet time' with them.

Dan aku pun tak pernah berkira bila ada kawan-kawan yang cari aku just untuk kepentingan diri diorang. Bila ada yang memerlukan pertolongan kita bantulah setakat yang termampu. Bukan nak mengungkit, tapi mengingatkan diri sendiri supaya jangan buat perkara yang sama pada orang lain. @waswas

Heh, takpelah. Anyway, she is still my friend. Cuma tadi aku tak return call jer. Huhu.. I prefer to let it be 'that way'. Belajar memaafkan itu lebih baik. Mudah-mudahan kita tak terlewat...

Menyentuh perihal memaafkan orang ni, I'm stuck to this song recently. Sungguh pandai si blonde ini mengetuk pintu hatiku. Hehe..@jelir



If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past
Donate every dime you have?
Would you call old friends you never see?
Reminisce of memories
Would you forgive your enemies?
Would you find that one you're dreamin' of?
Swear up and down to God above
That you finally fall in love
If today was your last day

3 Comments

Dulu-dulu...

Hujung minggu yang seronok. Dapat jumpa my 'lil ones dan kawan-kawan. Dapat balik ke akar umbi. Hehe..

Dapat juga snap gambar-gambar untuk blog alumni. Tapi belum boleh upload lagi sebab tengah tunggu gambar-gambar dari kamera cik ketua kelas ku dan juga bergantung kepada kerajinanku untuk edit. Haha..@jelir

Buat masa ni layanla dulu gambar-gambar ni. Tengokla betapa berbezanya keadaan 12 tahun dulu dengan sekarang ni ye kawan-kawan?


Sengaja snap gambar koridor belakang makmal biologi nih. Tak banyak beza pun. Cuma agaknya kalau kita ambik gambar ramai-ramai lagi kat depan koridor ni boleh muat ramai macam tu ke? Hahaha...(ketawa jahat)@setan

Dem! Kelas kami sangat hodoh sekarang ni. Walau meja dah upgrade daripada meja kayu ke meja besi, tapi warnanya sangat tak menarik. Tak sejuk mata memandang macam kelas sebelah. Huhuh... Ape da. Tak kreatif. Sungguh aku tak puas hati eventhough banyak gak snap gambar kelas sendiri semalam. Haha..

Aku pun tak pasti macam mana susunan kelas sekarang. Sebab rasanya bebudak yang dok kelas ni bukan kelas aliran sains macam kami dulu.

Huu.. tapi kan, bila renung-renung balik dan nampak betapa banyaknya perubahan di sekitar sekolah rasa macam dah terlalu lama tinggalkan sekolah. Haih~ terimalah hakikat yang sebenarnya dah 12 tahun aku tinggalkan zaman sekolah... @sigh

5 Comments

Friendly?

Another award. Kali ni daripada 'mom to be', Pn Azlin. Hehe. Gile mengada letak nama penuh..@jelir Terima kasih banyak ye kak?@kenyit

Sebelum tu macam biasala, ada soalan tag yang kena dijawab. Huhu..

1. Nama timangan anda?
Hajar, Siti (uuu, yang ni biasanya aku tapis. Tak berapa gemar), Arin (ni hanya kawan-kawan rapat masa kat UTM aje yang panggil camni), pu3 (ni geng-geng forum BS) .

2. Anda seorang yang?
Sila rujuk entri ini, ini, dan ini. Malas nak mention bebanyak kali. Haha..

3. Insan teristimewa?
Sesiapa la yang merasakan dirinya istimewa di mata ai. Hahak~ Semestinyalah my families and close friends.@peluk

4. Lagu kesukaan?
I have numerous number of mp3. Biasanya aku dengar ikut musim. Haha. Bila rasa suka, dengar banyak-banyak kali. Bila tak suka, tukar lagu lain. Playlist kat i-Tunes ni adalah lagu-lagu yang aku suka dengar sekarang. Paling suka? You Don't Belong - Daughtry.
Tapi lagu Green Day - 21 Guns ni pun macam boleh masuk playlist jer...@sengihnampakgigi

5. Makanan kegemaran?
Apa-apa makanan sedap yang boleh diterima tekak. Janji halal..

6. Yang membuatkan anda stress?
Kerja last minute. Ditambah dengan manusia yang suka kelam kabut. Kerja yang cepat pun boleh jadi lambat. Huh~

7. Warna kegemaran?
Biru (ni memang fav colour forever), purple, maroon.

8. Benda yang mesti ada dalam beg?
Wallet, handphone, kunci kereta, rumah + office.

9. Kali terakhir anda menangis?
Entah. Malas nak ingat..@garu

10. Tag untuk 6 rakan anda
i) iNa
ii) Ann
iii) Brad
iv) Mawar
v) Azura (ni kira balasan la ni. hehe..)
vi) Ieba

Done!@nari

2 Comments

Blur~

Since semalam blur aku tak hilang lagi. Huhu.. Ni semua bos-bos yang 2 orang tu punya hal. Haih~

Tengah-tengah blur tu, there's something caught my attention during my way home last night. Hehe...


"Stand up little girl...a broken heart can't be that bad"

Ya..ya... it's not that bad. I'm still can stand still. A pretty much stronger now.. =)

To Be With You - Mr. Big

Hold on little girl
Show me what he's done to you
Stand up little girl
A broken heart can't be that bad
When it's through, it's through
Fate will twist the both of you
So come on baby come on over
Let me be the one to show you

I'm the one who wants to be with you
Deep inside I hope you feel it too
Waited on a line of greens and blues
Just to be the next to be with you

Build up your confidence
So you can be on top for once
Wake up who cares about
Little boys that talk too much
I seen it all go down
Your game of love was all rained out
So come on baby, come on over
Let me be the one to hold you

I'm the one who wants to be with you
Deep inside I hope you feel it too
Waited on a line of greens and blues
Just to be the next to be with you

Why be alone when we can be together baby
You can make my life worthwhile
And I can make you start to smile

[solo]

When it's through, it's through
Fate will twist the both of you
So come on baby come on over
Let me be the one to show you

I'm the one who wants to be with you
Deep inside I hope you feel it too
Waited on a line of greens and blues
Just to be the next to be with you

I'm the one who wants to be with you
Deep inside I hope you feel it too
Waited on a line of greens and blues
Just to be the next to be with you

Just to be the next to be with you

4 Comments

Karma


Bila jumpa balik seseorang yang dikenali petang semalam, aku sedar segala apa yang berlaku dalam dunia ni memang pinjaman semata. Setiap apa yang berlaku ada hikmah dan pembalasan sewajarnya. Hidup ni memang umpama roda kan? Kalau hari ni kita di atas, tak semestinya esok lusa pun kita di atas. Entah-entah kita dah berguling-guling kat bawah sana.

Tapi, aku sangat bersyukur bila diuji macam tu. Sebab aku tau siapa yang layak aku gelar kawan, dan siapa yang sebenarnya lawan.

Kalau hari semalam dia tinggalkan kawan dia yang lain sebab aku, jadi aku kena akur bila dia tinggalkan aku yang di cop sebagai 'kawan baik' ni sebab orang lain. Hidup ni ada karmanya kan?@kenyit

Biarlah. Aku pun tak berdendam apa pun dengan dia. Semoga dia berbahagia dengan kehidupan dia. Aku pun gembira dengan hidup sekarang ni, dikelilingi oleh manusia-manusia yang lebih menghargai aku dalam kehidupan mereka. Lagi pun hidup ni terlalu singkat untuk dibebankan dengan pelbagai masalah, am I right? @kenyit

2 Comments

Durian Fever!

1989

Bila tiba musim buah-buahan je memang rasa sangat seronok dan teruja. Lagi pulak bila dengar bunyi durian berdebuk kat keliling rumah. Huu, rasa macam nak keluar rumah, cari kat mana durian yang gugur tu. Tapi, kalau memalam tu nak pulak la kan arwah mak aku bagi aku keluar cari? Hehe..@sengihnampakgigi

Bila musim buah-buahan je kat kampung memang meriah dengan durian, manggis, rambutan, duku, langsat dan macam-macam lagilah. Biasa bila musim durian gugur ni memang orang tua-tua dah pesan, jangan main-main bawah pokok durian. Takut kena timpa buah durian. Bukan apa, tapak rumah kat kampung tu memang dikelilingi pokok durian. Silap percaturan memang boleh kena timpa dengan raja buah-buahan tuh. Huhu.. Ada juga yang pernah ditimpa buah durian tu. Cuma aku tak ingat siapa. Tsk, nampak sangat ingatan dah semakin berkurangan.@sigh

Masa ni aku masih lagi seorang penggemar durian dan buah-buahan lain yang tegar. Durian terutamanyalah. Sampai demam sebab kepanasan yang melampau. Sampai hampir collapse kat sekolah. Huhu.. Tataula kenapa sengal sangat, da tau demam pun ada hati nak pegi sekolah. Tsk.. Baik betul. Anak siapala tu? Berkenan nak buat menantu. @senyumkenyit

Hasil daripada demam teruk tu, aku jadi fobia nak makan durian. @damn

1997

Rasa teruja tu dah mula menyusut bila tiba musim buah-buahan. Yela, kononnya dah besar. Dah nak ambik SPM pun. Takkan nak berkejar bawah pokok durian semata-mata nak mengejar durian yang gugur lagi? Kan ke malu tu? Huhu..

Masa ni makan durian pun setakat jamah seulas dua. Fobia masih lagi menguasai diri. Cuma sangat suka makan manggis dan rambutan. Orang kata kalau banyak sangat makan rambutan boleh kena batuk. Hmm, ada betulnya kot?

Even tak makan durian sangat pun aku demam juga masa ni. Haih~ Betul ke orang kata musim buah-buahan ni equals to musim orang demam? Hmm, boleh buat kajian ni.. @fikir Hehe..

2009

Sekarang ni nak makan buah-buahan semua kena beli. Takde lagi dah acara berlari-lari anak kat bawah pokok durian macam masa duduk kat kampung dulu. Rumah kat kampung tu pun dah takde orang. Balik masa raya aje. Kalau terkena musim buah, memang rezekila. Kalau tak, wassalam ajela. Buah-buah durian yang gugur tu pun kira niat sedekah ajela kat sesiapa yang jumpa. Kadang-kadang jiran sebelah rumah tu buatkan lempuk untuk kami rasa. Huhu..

Kalau ikutkan, sampai sekarang ni memang aku tak berapa nak menjamah durian. Fobia. Even dah cecah 20 tahun pun aku masih terasa fobianya. Menjamah sekadar nak merasa. Tak nak dah rasa pengalaman demam teruk tuh. Seksa woo..

So, kalau orang orang dok sibuk makan durian, aku memang boleh buat tak kisah aje. Sampai bos pun pelik. Orang Segamat tak makan durian. Haha.. Sampai kawan aku ni pun boleh kutuk aku kat facebook; "Tak Segamatla kalau tak makan durian." Ces. Dah memang tak makan durian, nak buat cemana kan? Hehe..

Ada orang memang tak boleh bau durian langsung, tapi aku tak kisah pun. Takkanlah sebab aku tak makan durian orang lain tak boleh makan sama kan? 'Jual ikan' betul tu.. @jelir Makanla durian berapa banyak pun depan aku, gerenti tak terliur pun. Jadi, tak payahla nak jeleskan aku bila tiba musim durian ni. Tak lut pun!@setan

2 Comments

Tahun ke-3

Kadang-kadang kita tak sedar pun kehadiran kita dalam hidup orang lain akan beri impak besar pada orang di sekeliling kita. Yela, kekadang dalam berkawan ni ada masanya kita bergembira dan ada masanya kita bermasam muka sesama kita. Nama pun adat bila berkawan. Kadang-kadang dalam gurau senda tu pun ada juga yang berjauh hati tanpa kita sedari.

Bagi aku sendiri, sebenarnya aku sangat menghargai kawan-kawan rapat aku dan individu yang berada di sekeliling aku selama ni. Cuma mungkin aku tak pandai nak tunjukkan aje. Huhu..@sigh

Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang mengenali aku yang melabelkan gelaran 'sombong' pada aku selama ni. Sebenarnya tak berniat pun nak menyombong. Cuma bila start meningkat remaja aku jadi sangat introvert. Dengan kawan-kawan yang dah kenal masa sekolah rendah pun payah nak berborak. Bukan niat nak menyombong atau berlagak sebab taraf kelas ke ape. Cuma tak taula kenapa perasaan malu tu sangat menebal dalam diri. Haih...

Tapi, paling aku tak sangka rupanya ada juga la yang masih ingat lagi kat 'perempuan sombong' ni bila salah seorang kawan lama aku bagitau yang ada gak kawan-kawan lama masa sekolah rendah dulu dok bertanyakan perkembangan dan penguncupan aku bila diorang berjumpa. Huh? Ada juga rupanya yang masih ingat. Huhu.. Thanks a lot. (Aku tau one of them maybe reading this entry).

Anyway thanks to todays technology, internet. Dengan adanya social network yang pelbagai sekarang ni, dunia semakin kecil buat kita. Melalui social network such as yahoo, facebook, friendster, twitter dan macam-macam lagilah kita berpeluang berjumpa dan berjejak kasihan dengan kawan-kawan lama. Dari yang tak pernah berbual pun boleh jadi kamceng. Hehe...

Tak lupa juga kewujudan blog. Aku pun tak sangka ada di kalangan kawan-kawan sekolah aku jumpa blog ni. Huhu.. Blog ni diwujudkan dulu pun sebab kawan-kawan maya yang encourage buat blog dan aku pun tak berniat untuk disclose pada kawan-kawan yang sedia ada. Bukan nak menyorok apa. Cuma aku tak berapa selesa bila ada kawan-kawan yang kenal aku baca luahan aku kat sini. Hoho... Tapi, bila dah ramai yang dah jumpa blog ni thru YM (aku dah disable semua yahoo updates haha..) nampaknya aku dah kena menulis dengan lebih berhemah sekarang ni. Hehe..@sengihnampakgigi

Uh-hoh, aku baru perasan yang masuk Julai tahun ni adalah tahun ke-3 aku berblog. So happy anniversary to my blog~ Semoga masih setia menemani aku sampai aku rasa aku dah tak larat nak berblog. Haha..@raya

5 Comments

Red Carpet

Waha. Dalam mengantuk pun sempat je nak update blog.@jelir Thanks to Cik Azura coz give me some task so that aku dapat elakkan blog ni dari bersawang. Haha..

Sebenarnya ada 2 tag lagi yang tak dibuat. Insya Allah nanti bila dah tak berapa nak bz (tataula bila@jelir), aku akan jawab.

Ok, I've given this so-called award untuk di pass pada orang lain. Tapi sebelum ni ada beberapa fakta yang perlu di clarify kat sini.


5 fakta mengenai pemberi award:
Haih, known her for about few months. Cemana nak elaborate tentang orang yang memberi award ni ye? Hehe.. But, I'll try my best ya?@kenyit

1. Anak sulung dalam family.
2. Orang Selangor tapi bekerja kat UPSI (but dunno which part of UPSI)
3. Tak suka bawa kereta perlahan. (Yay! Pakncek, finally I found my 'rempit' gang other than Kak Rhea, haha...@sengihnampakgigi)
4. Suka membaca + muzik. Ni pun boleh jadi regu nih. Hehe..
5. I think she is an easy going person dan seorang kawan yang sangat setia. (Sorry ye kalau tak betul..@senyum)

10 fakta tentang diri sendiri:

1. Garang, sombong, kerek dan sewaktu dengannya. Jadi, janganlah berkawan dengan saya. @setan
2. Suka membaca + mengumpul mp3. Sampai kena gelar tokey mp3. Haha..
3. Tak suka tempat sesak except pesta buku dan PC fair.
4. Suka layan cite Korea + Taiwan. Fakta : Mike He adalah 'pojaan' hati saya sekarang. Haha.
5. Sangat susah nak percaya orang, tapi bila kepercayaan yang dah diberi tak dihargai jangan menyesal bila anda tidak termasuk dalam senarai kawan-kawan saya.
6. Bukanlah seorang penggemar TV yang tegar, cuma penggemar siri CSI yang tegar. Haha. Sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menonton siaran ulangan CSI kat channel AXN.@jelir
7. Bukan seorang yang senang nak tidur sembarangan. Sangat cerewet okeh? Tapi bila dah terlalu penat, atas keyboard pun boleh landing. @sengihnampakgigi
8. Sangat suka kucing.
9. Mudah rapat dengan orang yang berperwatakan keibuan dan kebapaan. Ntah. Mungkin sebab diorang ni banyak pengalaman yang diorang sudi kongsi kot?
10. Selalu disalah anggap - orang selalu anggap anak sulung sebenarnya tidak. Mungkin sebab terlalu independent kot? @kening

10 penerima award:

1. Ann
2. Ieba
(saja bagi alasan diorang ni untuk update blog@setan)
3. Sang (kalau tak sempat, sila jawab kat komen)
4. Brad (pun sama gak)
5. Akma (pengantin baru ni.. hehe)
6. Mawar
7. InA
8. Kak Anna
9. Archiq
10. Curx (ngeh~)

Ni cuma list saja. Nak buat atau tidak, depends. Takde paksaan ok?
@upin01

4 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.