Archive for June 2009

Life Goes On :)

Tengah mamai-mamai menghadap kerja tetiba keluar lak lagu ni dalam playlist media player aku. Hmm..Motivating...



Oh life goes on
And it's only gonna make me strong
It's a fact, once you get on board
Say good-bye cause you can't go back
Oh it's a fight, and I really wanna get it right
Where I'm at, is my life before me
And this feelin' that I can go back

2 Comments

Being an imposter mummy wasn't a bad idea...

Dua minggu lepas, aku ditugaskan untuk mengambil buku laporan anak buah aku kat sekolah. The first thing yang aku fikir masa memula dapat task tuh adalah mesti orang fikir aku kahwin muda. Dem! Haha..

Tapi, sebab memikirkan orang lain semua tak free, dan waktu kerja aku pulak agak fleksibel pada hari Sabtu, maka akulah orang yang paling layak ditugaskan untuk ambik buku laporan tu. Hehe. Kesian. Aku faham perasaannya bila takde orang yang nak ambik buku laporan penilaian prestasi kita tuh.

Sesampai kat sekolah tu, aku agak kagum dengan binaan sekolah tuh. Hmm, tinggi sungguh sekolah zaman sekarang ni ye? Masuk je kelas anak buah aku kena ambik nombor giliran sebelum jumpa cikgu kelas dia. Sambil menghilangkan penat sebab kena panjat tangga sampai ke tingkat 4. Semput woo..@sigh

Pemandangan dalam kelas. Ada la 3-4 parents yang tengah tunggu giliran masa tu.

Sampai turn jumpa cikgu kelas tu, rupanya anak buah aku dah inform dengan cikgu dia bahawa yang datang itu adalah ibu saudaranya. Haha.. Lega rasanya.@kenyit Tapi malangnya cikgu tu tak boleh nak bertanya banyak sebab aku ni bukan duduk serumah dengan anak buah aku tu. Haih, budak ni. Ada personaliti berbeza rupanya... @kening But I think, I know why. Nantilah, ada masa aku akan sembang-sembang dengan dia...

Muka cuak budak nak kena jumpa cikgu. Haha..@setan Cuak juga dia bila aku kata nak MMS gambar laporan penilaian dia pada abang aku. Haha..

Jadi, sesiapa yang dah jadi parents tu janganla rasa malas nak ke sekolah ambik buku laporan prestasi anak. Bukannya lama pun cikgu kelas tu akan ambik masa menerangkan perihal dan prestasi anak. Hanya beberapa minit. Mungkin beberapa minit itulah yang bakal merubah masa depan anak anda. Orang kata mencegah itu lebih baik dari mengubati. Huh, macam iklan pulak.@kenyit

Honestly, I do love this task. @senyum Pengalaman macam tu bukan semua orang berpeluang melaluinya kan?@ayuk


P/s : Selamat bercuti untuk warga Johor. Tapi untuk yang kena kerja macam aku, selamat bekerja dengan tekun dan berdedikasi. Tsk...@nangis

2 Comments

Malas Mandi vs Kambing

Dulu-dulu:

Perbualan kat YM:

Aku : Ni dah mandi ke belum ni dok kacau orang pepagi ni?
Orang 1 : Uih, sudah semestinyala belum. Bolehla peluk akak ketat2..@peluk
Aku : Uh, kambing. Takmo dekat. Pi main jejauh...@rajuk


Perbualan kat SMS:

Orang 2 : Okla kak, saya kena mintak diri dulu ni. Belum mandi. Haha..
Aku : Ui, dah petang baru nak mandi? Ya Allah. Sorang lagi kambing jadian. Huhuh..
Orang 2 : Ala, kalau saya mandi awal pun bukan ada orang nak peluk saya pun.
Aku : Eleh, alasan. Kalau dah malas mandi tu mengaku ajela...@jelir

Sekarang

SMS semalam;

Orang 3 : Tak mandi lagi ke?
Aku : Dah, tapi pagi tadi. Haha. Malam ni lap-lap badan aje. Bahaya woo mandi malam-malam ni.
Orang 3 : Haha. Ada orang tak mandi. Haha.
Aku : Ces. Bla bla bla...

Haha, tula. Suka sangat melabelkan orang kambing dulu. Sekarang diri sendiri pun dah sekufu dengan kambing. Tsk...tsk...

P/s : Status kat Twitter tu tipu aje. Jangan percaya. Memang betul tengah sibuk pun. Balik rumah pun tak pernah awal dari pukul 9 sekarang ni. Tu sebab tak mandi malam. Ada faham? Hoho...

P/p/s : Dalam sibuk-sibuk dengan kerja yang bertimbun ni pun sempat aje aku tolong create blog untuk alumni sekolah. Rasa sangat seronok bila ramai yang respon apa yang kita buat untuk diorang. Mudah-mudahan benda ni akan berterusan la..(Tengah terbayang diri sendiri 15 tahun lagi {insya Allah kalau panjang umur} masih dok tolong maintain blog tu. Haha. Oke, pemikiran saya memang ekstrim). Titik!

4 Comments

Rejab

Copy dari email yang aku dapat tadi;

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

P/s : Rejab, Sya'ban, Ramadhan. Agak-agaknya sempat tak sambut Ramadhan tahun ni ye? Hmm... mudah-mudahan dapatla sekali lagi kita mengecapi Ramadhan tahun ni. Aminn...
Bagi yang belum mengganti puasa tahun lepas, cepat-cepatlah mengganti... =)

Leave a comment

Ubat mengantuk

Hari yang sangat mengantuk! @ngantuk




You Are an Apple



You are strong, powerful, and even a bit stubborn at times.

You have enough strength to help those around you in trouble.



You are adventurous and charming. Many people are drawn to you.

You love life, and you enjoy traveling the world. You enjoy fine food, art, and culture.



People have accused you of being a snob, but that's not accurate.

You do enjoy the best things in life. Unlike snobs, you truly appreciate quality... not just pretend to.



Ya-ya, most of the people always mistaken me as a snobby. Tsk.. @nangis




You Are A Lily



You are a nurturer and all around natural therapist.

People see you as their rock. And they are able to depend on you.

You are a soothing influence. You can make people feel better with a few words.

Your caring has more of an impact than even you realize.


Lily? Uuu, thought I got tulips...

2 Comments

Tipu belaka...

Pagi tadi, sebelum ke office aku sempat menghadap Breaking The Magician's Code : Magic's Biggest Secrets Finally Revealed kat channel AXN. Macam-macam ajela diorang ni kan nak tarik perhatian viewers?

Tapi dalam banyak-banyak magician tricks yang Masked Magician ni revealed, aku tertarik dengan trick yang ni. Haha. Betapa la selama ni kebanyakan manusia tertipu dengan magician's illusion.

See how he is demonstrate his unique ability in 'broad daylight'.



P/s : Sebagai Muslim, kita dilarang percaya atau taksub kepada sesuatu selain Allah. Syirik. Berdosa besar hukumnya. So, janganlah mudah percaya dengan propaganda dari Barat yang memang kebanyakannya nak menyesatkan kita umat Muhammad ni. Mudah-mudahan kita masih lagi berada di bawah lindunganNYA. Amin... @senyum

Leave a comment

Macam-macam

Kisah I

Minggu lepas aku datang kerja dengan sepasang baju kurung baru. Datang seorang colleague aku menegur;

Dia : Cantik baju kak. Baju baru eh?
Aku : Hehe, mekasih. Ha'ah, baju baru. Ingat nak buat baju raya konon. Tapi, xde makna ah~
Dia : Tapi baju ni nampak cam gedoboh la..
Aku: Memang pun. Hari tu masa fitting kan badan berisi lagi. Ni dah susut tu nampak cam baju pinjam. Hahaha (gelak jahat)
@setan
Dia : Yela, sape suruh tak nak makan? Orang lain tu dah bergembira dan berbahagia dah dengan hidup dia. Akak je yang seksa diri sendiri.
Aku :
(Buat muka tak bersalah, bila orang lain dah start nagging mode) Yela-yela. Lepas ni kena makan banyak-banyak balik laa...@sakit

Kisah II

Biasanya sampai office aku akan cari parking space yang tak sesak dan takde orang suka-suki nak double park belakang kereta aku. So, memang selalu aku akan parking depan bengkel motor ni. Selalu jugakla say hi dengan seorang uncle yang kerja kat situ. Kekadang berborak jugala, tanya pasal kereta akula etc...

Tiba-tiba ada satu pagi ni dia dok usha je kereta aku masa aku parking. Bila aku turun, uncle tu pun cakap camni;

Uncle : Lu nak tau ka?
Aku : Ape dia uncle?
Uncle : Hari tu nombor kereta lu ni naik first prize tau?
Aku : Hah? Ye ke uncle? Uncle yang beli ke?
Uncle : Tak la, hari tu tengok dalam paper. Rugi oo..
Aku : Tu la, kenapa uncle tak beli? Kalau tak, dah boleh belanja saya breakfast pagi ni? Haha..

Sampai office aku dah gelak-gelak cerita dengan semua colleague aku. Laku juga nombor kereta aku tuh. Haha...

Kisah III

Dah lama tak bersembang dan meningkap dengan dengan ahli-ahli mesyuarat tingkap YM dulu. Sesekali kalau dapat meningkap pun mesti tak dapat nak join sangat. Huhu..

Kebetulan minggu lepas dapatla bersembang dengan salah seorang ahli mesyuarat tingkap yang dah lama hilang. Antara ayat yang buat aku terfikirkan kebenarannya adalah;

"Semakin kita mengenali seseorang semakin sedikit masa yang tinggal..."

Huhu, betul la tu. Bila kita rasa kita rapat dengan seseorang tu, kita selalu fikir orang tu akan memahami kesibukan kita atau masalah kita bila kita abaikan dia. Tapi kita tak sedar hal itulah yang menjarakkan kita dengan dia dan bila kita sedar, orang itu akan meninggalkan kita untuk kehidupan barunya. Hai la.. Kenapala manusia ni selalu je lupa? Selalu je mengabaikan apa yang ada di depan mata?

Kisah IV

Petang kelmarin lepas solat asar bila cek handphone tengok ada 7 miss called. Huh? Sejarah tuh. 5 daripada big bos. Huh? Sejarah lagi tuh.. Pelik juga big bos call sampai 5 kali. Ingatkan hal penting apela, rupa-rupanya nak mintak tolong re-check dan casting akaun parti politik dia tuh. Huh, sabau ajela..

Bila aku tanya kenapa nak suruh aku re-check, jawapan yang dia bagi;

"Eh, awak kan akauntan saya. Kalau tak, watpe saya ambik awak kerja ngan saya?"

Ces, suka hati jer bagi jawapan camtu. Dahla tengah kelam kabut dengan kerja sendiri yang bertingkat-tingkat tuh, lagi nak tambah burden aku. Nasibla kena casting jer. Bukan talent casting yer? Haha..@jelir

Bila big bos datang je automatikla ada je yang kena bebel dengan dia. Tadah telinga ajela masing-masing bila bos dah mula membebel. Kadang-kadang memang salah sendiri pun. Jadi, terima ajela kan? @sengihnampakgigi

Tapi kan, daripada pemerhatian aku la, lelaki-lelaki yang dah berkahwin ni memang kebanyakannya automatik pandai membebel la... (Brad dan Sang, silalah akui hakikat ini. Haha..)@jelir

9 Comments

Mungkin Nanti

Lama tak dengar lagu ni. Pagi tadi tetiba terdengar lak masa sumbat iPod kat telinga. Haha. Patutnya lagu ni aku dedicate kat dia sejak 2 tahun lepas..@setan

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan
Kau tanyakan kembali
Rasa yang ku tinggal mati
Seperti hari kelmarin
Saat semua di sisi...





Semalam masa explore youtube cari video clip si Chris Daughtry aku terjumpa video nih. Waaa, kenapa aku tak pernah tau dia pernah nyanyi lagu ni masa AI dulu? Haha.. (Itula padahnya tak suka tengok tv)@jelir Tapi si Paula Abdul tu macam over lak masa nih. Hoho..

4 Comments

Teman Baru (^_^)



I've got a new friend today. Sangat comel. Sangat feminin. Berasal dari Terengganu nih. Tapi bukan beli masa ke sana pun. Orang lain yang tolong belikan. @senyum But I'm not decided to give her any name in the mean time. Hehe..

Kalau nak tau, Cik bunga yang comel ni ada pasangannya tau.@senyumkenyit

Tada~ Ada kumbang kat sebelah. Haha.. Sangat cute kan? Kumbang dan bunga. Tapi kumbangnya itu kaku sangat. Kalau boleh kembangkan kepak mesti lagi cute. Haha.. (Banyak plak cekadaknya..)@jelir

Ini sebenarnya aksesori dalam kereta, tapi aku je yang letak kat atas meja. Seronok je tengok bunga tu bergoyang-goyang depan mata. Hehe.. Bolehla hilangkan bosan masa tengan tension menghadap kerja...@cinta

2 Comments

Kenduri lagi?

Aish, seperti biasala, bila tiba je musim cuti sekolah mesti berderet je jemputan kenduri kawen nih. Ada orang kata cuti sekolah ni musim mengawan. Haha. Apa-apa ajela..@jelir

Minggu lepas yang baru ni, kami se-office memenuhi jemputan daripada salah seorang ahli office kami. Oleh kerana tak sempat nak ke majlis belah perempuan minggu sebelumnya, aku attend majlis sebelah pihak lelaki aje. Hehe.. Akhirnya setelah sekian lama menepis gosip-gosip liar, mereka berkahwin gak.@jelir Cinta mereka berputik dalam satu office. Jodoh kan? Siapa dapat menyangka? Cuma peningla, tengah peak period camni ade orang cuti kawen lak. D'uh!

Cuma pada aku yang seronoknya, masa event macam ni lah kitorang dapat berkumpul ramai-ramai dengan bos-bos, semua staf dan ex-colleague yang lain. Dapatlah berjejak kasihan dengan ex-colleague yang agak rapat dengan aku dulu... Macam-macam la komen yang keluar, termasuk juga soalan cepucemas. Ces..@sighTapi takpela, bagi peluang. Bukan selalu jumpa pun kan? Haha..@jelirTak puas hati, kenapa boleh lak sedondon dengan pengantin? Haha..

P/s: Malam sebelumnya tu sempat berjejak kasihan dengan salah seorang ex-schoolmate dulu. Boleh dia buat muka blur bila aku senyum depan dia. Ces.. Lain sangat ke aku dulu dan sekarang?@upin02@ipin01

4 Comments

Kebas~

Masih rasa kebas. Tak selesa. Rasa macam sebelah organ tak berfungsi jer. Bila la bius ni nak hilang?

Kata doktor perempuan tu;

"Biasanya kalau lubang dah besar macam ni saya suggest ambik injection, sebab nanti bila drill ngan cuci tak la rasa ngilu sangat.."

Aku jawab;

"Oh, ye ke? Tapi masa inject tu tak sakit ke?"

Doktor tu jawab lagi;

"Masa inject tu sakitla sikit. Sikit jer, macam kena gigit semut."

Aku pun angguk ajela. Tapi dah cuak juga. Tawakal ajela. Mudah-mudahan takkan ada pape. Dalam pada tu terkumat kamit juga la dok baca doa Nabi Yunus. Hehe..

Alhamdulillah segala proses menampal gigi yang berlubang tu berjalan lancar. Sangat cuak sebenarnya. Dah lama tak berjumpa dentist. Dulu ada la juga. Masa sekolah, masa zaman belajar. Ni dah bekerja, dah berapa lama aku tak cek gigi. Haha.. Pengakuan berani mati nih.

Ape pun, terima kasih kat 'tukang bebel'. Kalau tak sebab dia membebel, (sejak tukar status ni makin pandai membebel la... @jelir) sampai la ni aku takkan jadi berani nak jumpa dentist. @sengihnampakgigi

Tapi paling tak puas hati bila kebas bius ni tak hilang-hilang lagi. Waaa...Tensi! Nak makan pun susah...


5 Comments

Anywhere and everywhere

Dalam iPod, kedua-dua laptop ngan handphone semua ada lagu ni. Haha.. This is my all time favourite, dari zaman muda-muda dulu...@cinta

All Cried Out - Allure feat 112

[Allure:]
All alone on a Sunday morning
Outside I see the rain is falling
Inside I'm slowly dying
But the rain will hide my crying, crying, crying
And you
Don't you know my tears will burn the pillow
Set this place on fire
'Cause I'm tired of your lie
All I needed was a simple "Hello"
But the traffic was so noisy that you could not hear me cry
(I) I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure,
My heart never knew such pain
(And you) You leave me so confused
Now I'm all cried out, over you.

[112:]
Cryin' over you, yeah
Never wanted to see things your way,
Had to go astray
For why was I such a fool (Why was I such a fool)
Now I see that the grass is greener
Is it too late for me to find my way home,
How could I be so wrong?

[Allure:]
Leaving me all alone
Don't you know my tears will cause an inferno
Romance of the flames
Why should I take the blame?
You were the one who left me neglected (So sorry baby)
Apology not accepted
Add me to the broken hearts you've collected
(I) I gave you all of me (Gave you all of me)
How was I to know,
You would weaken so easily
(I) I don't know what to do (I don't know what to do)
Now I'm all cried out (All cried out)
Over you
(I) I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure,
My heart never knew such pain
And you

[112:]
You left me so confused

[Allure:]
Now I'm all cried out
Now I'm all cried out
Over you



Oh ya, lagu ni ada versi Melayunya : Versi Quadrose dan VE

4 Comments

Mamai~

Sisa kantuk masih bergayut lagi kat mata ni. Haih.. Walau pun bukan majlis aku, tapi terasa penatnya. Penat travel 2 hari ni. Itu pun ada yang bertanya kenapa tak drive. Wah, kalau drive agaknya mau aku sambung cuti 2 hari. Haha..

Sabtu lepas, ke Terengganu lagi. Untuk majlis perkahwinan abang. Serentak dengan majlis 'si tamak itu'. Yes, as I've mention on my fb status : As time passed by, I know I'm strong enough to let 'it' go. Pergilah yang sedih. Pergilah yang pedih. Jangan datang lagi dalam hidup aku ni... I just wanna enjoy and live my life to the fullest...@senyum

Sejujurnya aku sangat seronok dengan trip kali ni. Di kelilingi oleh ahli keluarga yang tak buatkan aku rasa stress atau sedih. Haha. Thanks to all of them. Our family will not leave us alone no matter what happens, right? @kenyit Tapi kali ni tak banyak sangat bergambar macam masa bulan Mac hari tuh. Cuma ada la beberapa gambar yang boleh di kongsi kat sini..

Esok dah kena kerja. Huhu.. Bila teringat sms bos hari Sabtu lepas yang buat aku rasa nak tersedak tu terus rasa malas nak kerja esok. Haha..@jelirHaih~

P/s : My current fav : Rihanna - Hatin' On The Club

3 Comments

It's like chasing the very last train (-_-)

Dulu-dulu, kita selalu fikir bila mak marah mesti sebab dia tak sayang kita. Bila mak tegur sikit je dah merajuk, tarik muka empat belas. Walhal sebenarnya kita ditegur tu untuk kebaikan kita. Mudah-mudahan bila dewasa nanti kita takkan buat kesilapan yang lebih besar atau dahsyat. Dengan harapan kita takkan salah memilih haluan hidup bila kita dewasa nanti. Lagipun, parents kita semestinya nak berikan segala yang terbaik untuk kita kan?@kenyit

Jadi bila dah agak dewasa ni bila orang tak peduli terutamanya bila bos buat tak kisah pasal progress job atau masalah kat branch yang aku jaga ni aku jadi sedih. Huhu...Yela, mana larat kalau semua nak letak atas bahu aku sorang-sorang jer? Tapi, syukur Alhamdulillah. Sekarang big bos dah selalu turun padang monitor progress job dan masalah berbangkit kat branch ni. Itu pun sebab dia dah kurang berpolitik sekarang. Kalau tak, jangan harap! Hehe..@jelir

So tengahari tadi datangla Encik big bos ke office untuk monthly meeting kami. Seperti biasa, kami akan dibebelkan dengan macam-macam hal. @cakapDaripada hal kerja sampai la hal yang tak berkaitan dengan kerja. Haih~ Tapi takpe, bila orang bebel tu maknanya dia peduli tentang kita, dia sayang kita. Memangla bingit dengar dia bebel macam-macam, tapi pada aku biarlah dia membebel daripada menyepi seribu bahasa.

Bukan apa, at least dalam masa-masa down ni aku tau aku bukan seorang je dalam dunia ni. Bersyukur sangat dalam tempoh ni aku ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi dan ada bos-bos yang caring. Hehe..Dengan bebanan tekanan perasaan dan bebanan kerja yang berlambak sampai rasa tak cukup tangan nak buat, memang dah banyak dah air mata yang tumpah sebenarnya. Haha.. But for me, it's a lesson. Jangan mudah kalah pada perasaan sendiri. Ramai lagi orang yang sayangkan kita. Jangan disebabkan satu hal, kita sampai hilang arah hidup. Fikirkan orang-orang yang terdekat dengan kita, yang masih memerlukan kita dalam hidup mereka. Mudah-mudahan kita tak tersasar lagi. Amin...

So, I wanna dedicate this song to those people whom always been there beside me thru all my ups dan downs. Aku bukanlah peminat dia ni, tapi ada sesuatu dalam lagu ni yang boleh bagi semangat masa kita jatuh berdebuk.@adil




Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan


P/s : Sila abaikan tajuk entry. Ni gara-gara terlalu taksub dengan lagu James Morrison dan Nelly Furtado tuh. Haha...

I tried to hold on but it hurts too much
I tried to forgive but it's not enough
To make it all ok

It's like chasing the very last train
When we both know it's too late~
@nangis


2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.