Archive for May 2009

Sweet Memories

Tengahari semalam, dapat 1 sms;

"Salam. Makncek, Ai nak jawab nikah jap lg. Doakan ye? Huhu.."

Reply dalam pukul 2 lebih;

"Salam. Gud luck. Selawat banyak2. Mg selamat semuanya. Amin.."

Dalam pukul 4 petang ada reply;

"Dah selamat. Sekali lafaz."

Alhamdulillah. Tapi aku biarkan sms tak berjawab sebab tak mau ganggu dia dalam kesibukannya tu.

So, malam tadi si pengantin mms gambar mereka berdua. Hehe, so sweet...@senyum

Haha, tak sangka my best friend dah jadi suami orang dah. Rasa macam baru semalam je kenal. Tup-tup dah 3 tahun rupanya. Disebabkan keakraban kami, ramai yang ingat kami ni ade 'apa-apa'. Haha. Hakikatnya takde ape pun. He is only one of my wonderwalls. Sahabat yang sudi nak berkongsi segala kesengalan dengan aku.

So untuk Sang, sahabat sepersengalanku; Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Amin... Semoga jadi suami dambaan isteri (ceh, ayat tak bleh blah haha...@jelir). Jaga isteri bebaik, jangan lukakan perasaan dia. Jangan berangan nak tambah cawangan. Nanti saya co-operate dengan Aina, tembak dengan senapang elektron. Haha..

Tak lupa untuk seorang lagi teman yang juga dikenali kat forum Blues Selamanya, Akma yang akan melangsungkan perkahwinan lusa (31 Mei 2009); Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia dan berkekalan ke akhir hayat. Dan semoga jadi isteri solehah. Jangan tertidur atas pelamin sudah. Haha..

Maaf tak dapat nak menghadirkan diri ke kedua-dua majlis. Kesibukan terlalu menghambat saya sekarang ni. Hehe. Insya Allah, panjang umur, ada rezeki kita jumpa ya?@senyum

5 Comments

Downturn :(

Petikan ayat Ben Stitler dalam Night At The Museum 2;

"Happiness is when you doing what you like and being with someone you like."

But where's my happiness? It's gone!

Waaaa, hari yang paling emo dan down sekali dalam minggu ni. Haih~

Pepagi lagi, lepas jumpa abang bos aku dah down. Tatau nape. Tapi bila cakap dia nak cuti seminggu dan takhta 'tanggungjawab' tu diserahkan kat aku sepanjang minggu buat aku rasa macam nak lari jejauh jer.

"Kita kena kejarkan current job ni dalam minggu ni gak sebab awal bulan 6 nanti I cuti seminggu. Masa tu si A dan B (loving couple yang nak kawen next month) pun takde juga. So you're the VIP during that time"

Haih~ gile down.@nyerah Orang lain sedap-sedap cuti kita lak yang kena berhempas pulas bekerja. Erghh!

Kesudahannya? Tepat 5.30 dah bungkus barang nak balik. Ingat nak sambung kerja kat rumah aje.

Tapi, ada pulak 'manusia pemusnah alam' yang hantar sms menyakitkan hati baru sekejap tadi. Waaa, sakitnya hati. Betul la orang kata, bila orang dah tak suka memang semua kebaikan kita selama ni dipandang sepi aje. Haih~

"Saya tak suka nak explain macam2 dalam sms dengan orang yang sombong ajak jumpa taknak tapi nak tanya macam2"

What the fish!

Aku cuma tanya dia kenapa dia tipu aku in the first place. Itu pun susah sangat ke nak explain? Kenapa? Takut aku dah tak mau berkawan dengan dia sebab status dia tu? Huh!

Kawan-kawan aku bagi title 'manusia tamak' pada dia. Ye, memang dia tamak. Tamak sebab memberi harapan pada tempat yang salah.

So daripada sakit hati baiklah aku menjauhkan diri. Biar masa yang memulihkan keadaan ni. Aku takkan mintak maaf dan takkan simpan apa-apa dendam. Biarkan macam itu je. Aku tau, one of his close friends ada baca blog ni. Kalau pun suatu masa nanti dia terbaca entri ni aku nak dia tau yang aku sangat menghargai persahabatan aku dengan dia. Tapi apa yang dia buat pada aku sekarang ni buatkan aku sangat fobia nak percaya pada orang lain. Jadi sangat paranoid dan prejudis pada orang lain. Lebih-lebih lagi yang sama gender dengan dia. Haih~
Can someone tell me how to throw this pain away?@nangis

Aku cadang nak cuti panjang after this hectic peak period. Aku dah terasa sangat letih dengan life cycle aku. So I need some rest. @senyum

Ada tak tempat bercuti yang menenangkan macam dalam gambar ni? Nak cari the original pic dah tak ingat kat mana, so aku print screen je desktop notebook kat office. Haha.. Sila abaikan keadaan desktop yang berserabut itu. @jelir

Teringat ayat sorang adik ni masa keluar ngan dia Ahad lepas;

"Kenapa perlu nak ingat kenangan tu semua sedangkan dia dah nak ada life dengan orang lain. Entah-entah dia tak ingat pun kenangan-kenangan dia dengan akak selama ni..."

Thanks Yat. Memang akan diingat sampai bebila tuh.

Yer, memang aku dah tak nak ingat dah. Kalau boleh hilangkan part of my memories, aku akan hilangkan 'that part'. Biar tak muncul langsung dah dalam ingatan.

And I'll promise this will be my last entry regarding 'manusia pemusnah alam' tu. (Rasa macam nak letak je link friendster dia kat sini.@setan Tapi takpelah, aku tak mau jadi kejam. Biar dia sorang je yang kejam). Lepas ni tak mau sedih-sedih dah. Hope that I'll be extra stronger and everything will be normal again...

7 Comments

Kisah Double Standard

Aku tak faham. Memang tak faham. Sejak dulu lagi. Kenapa orang kita ni ada mentaliti double standard?

Suka sangat double standard kan kerja orang lain. Kerja itu lagi bagus daripada kerja ini.

Suka sangat double standard kan status kedudukan orang lain. Orang kaya diagungkan berbanding orang yang kurang beruang berwang.

Suka sangat double standard kan orang melalui pemakaian individu. Orang berpakaian selekeh selalu sinonim dengan kekurangan wang untuk membeli pakaian. Orang yang berpakaian smart dan kemas tu selalu dianggap orang beruang berada atau ada kerja bagus. Entah-entah salesman jer, mana kita tau kan?

Suka sangat double standard kan lelaki dan perempuan. Huh, bukan semua gender tu lebih bagus daripada gender lagi satu dalam menjalankan tugas. Semuanya bergantung kepada usaha individu tu sendiri. Kalau malas buat kerja memang tak jadi ape la...

Kisah 1:
Bila balik kampung sesekali mesti saudara mara kat kampung bertanya, "Kerja apa kat Johor tu?"
(Buat yang tak tau, biasanya orang Johor refer Johor tu sebagai Johor Bahru/JB)

Seperti biasa aku akan jawab, "Kerja biasa aje. Kerja kat pejabat."
Yela, takkan nak sebut kerja apa. Nanti kang jenuh pulak nak bukak hikayat dengan job scope segala..@jelir

Lepas tu nanti mulalah segala ceramah keluar.
"Kenapa tak mohon cikgu?"
"Kenapa tak mohon Kerajaan? Senang. Banyak kemudahan tu..."
"Kenapa begitu...kenapa tak begini...?"

Wah, ini memang kena top up tahap kesabaran ke tahap maksima. Ingat senang ke nak dapat peluang tu? Haih... Nak menjawab lebih-lebih sangat nanti dikata kurang ajar. Jadi, jawapan paling selamat adalah, "Saya tak minat jadi cikgu. Biarlah orang yang ada minat tu aje mohon jadi cikgu."

Apa pun kerja yang kita buat, selagi ia halal dan mendatangkan keuntungan kepada ekonomi sendiri dan negara kita rasanya kita tak perlu nak beza-bezakan status pekerjaan orang itu kan?

Kisah 2
Hujung minggu. Keluar dengan niat untuk mencari sepasang kasut nak ke tempat kerja. Masuk ke kedai kasut. Belek 2-3 pasang kasut. Tapi yang peliknya takde sorang pun shop assistant yang sudi nak melayan. Huh.

"Dik, yang ni ada saiz * tak?" Aku tanya pada sorang shop assisstant yang kebetulan lalu depan aku.

Dia belek-belek belakang kasut. "Takde la. Cuba tengok kasut lain la kak. " Nada pun ala-ala berlagak. Uh, macam bagus.

Bila dah pilih 2-3 pasang aku tanya lagi saiz kasut. Dengan tambahan soalan, " Kalau saya bayar guna kad berapa sepatutnya harga minimum kasut?"

Lepas tu baru dia nak layan dengan baik. Uh. Nak tau apa jadi lepas tu? Sepasang kasut pun aku tak beli. Pengajaran untuk dia. Orang yang berpakaian selekeh (baca: simple) macam aku ni bukan semua tak berduit!

Kisah 3
Dah lama juga la bercadang membeli baju kat satu jualan gudang kat area office lama aku tu. So minggu lepas baru berkesempatan pergi dengan 2 orang officemate. Memangla yang nak mencari baju ni cuma 2 orang aje. Riuhnya pun memang macam nak membeli satu kedai. Biasala, nama pun perempuan kan? Kadang-kadang kita rasa apa yang dah dipilih tu macam perfect, tapi bila pusing-pusing lagi ada lak pilihan lain yang kita rasa lagi baik. Itu yang menyebabkan perempuan ni leka masa bershopping.

Tapi, ada la sorang perempuan yang agak vogue kat situ dah pandang semacam pada kami. Macam kami ni buat salah besar bila dok mencuba baju-baju kat kedai tu. Uh, macam bagus. Ingat kami ni takde duit ke?

End up, aku beli sepasang jubah dan sepasang blouse. Kawan aku pulak beli sepasang baju kurung which if we combine the amount will total up to almost RM 300. Nak je tunjuk depan perempuan tu, see... at least aku beli juga. Kalau ikut jahat boleh je tinggalkan macam tu aje. Huh~

Bila selidik rupanya perempuan tu model butik tu. Huh, kalau kau model terkenal pun ade aku kisah? Cubalah hormat orang sikit. Lebih-lebih lagi pelanggan. Maniskan la muka tu. Tak rugi apa pun. Kalau pelanggan tu puas hati dengan layanan kita, insya Allah akan datang lagi.

Cukupla ke-emoan untuk malam ni.
Tapi aku memang takkan faham sampai bila-bila mentaliti 'orang kita' ni. Kenapa mesti ada istilah double standard tu? Kita ni kan manusia biasa yang sama taraf di sisiNYA. Cuma yang membezakan kita adalah amal ibadat kita. Haih... Tak faham..@rajuk

5 Comments

New Playlist

Ni mungkin masuk list playlist untuk minggu depan, menggantikan lagu ni. Semua orang dah jenuh melayan kemeroyanan aku. Haha..
Single terbaru Daughtry. Even tak menang AI pun, dia tetap best...@cinta

No Surprise - Daughtry

I've practiced this for hours, gone round and round
And now I think that I've got it all down
And as I say it louder I love how it sounds
Cause I'm not taking the easy way out
Not wrapping this in ribbons
Shouldn't have to give a reason why...

It's NO SURPRISE I won't be here tomorrow
I can't believe that I stayed till today
Yeah you and I will be a tough act to follow
But I know in time we'll find this was NO SURPRISE

It came out like a river once I let it out
When I thought that I wouldn't know how
Held onto it forever just pushing it down
Felt so good to let go of it now
Not wrapping this in ribbons
Shouldn't have to give a reason why

It's NO SURPRISE I won't be here tomorrow
I can't believe that I stayed till today
There's nothing here in this heart left to borrow
There's nothing here in this soul left to say
Don't be surprised when we hate this tomorrow
God know we tried to find an easier way
Yeah you and I will be a tough act to follow
But I know in time we'll find this was NO SURPRISE

Our favorite place we used to go
The warm embrace that no one knows
The loving look that's left your eyes
That's why this comes as no, as NO SURPRISE

If I could see the future and how this plays out
I bet it's better than where we are now
But after going through this, it's easier to see the reason why

It's NO SURPRISE I won't be here tomorrow
I can't believe that I stayed till today
Yeah you and I will be a tough act to follow
But I know in time we'll find this was NO SURPRISE

The kiss goodnight, it comes with me
Both wrong and right, our memories
The whispering before we sleep, just one more thing that you can't keep
Our favorite place we used to go
The warm embrace that no one knows
The loving look that's left your eyes
But I know in time we'll find this was NO SURPRISE

2 Comments

Wo~

Uh, cerah sungguh mata pagi ni. Haha..Penangan tido awal sangat. Konon nak bangun pukul 12, tengok ulangan CSI. Ambik, akhirnya terjaga pukul 2 pagi sampai la ni. Layan Macam-Macam Aznil. Gelak sorang-sorang tengok segmen anak-anak ku ni. Haha, kids are so cute...@cinta

Haih, nak buat apa ye? Nak buat kerja malas la plak. Haha..

Hmm, pagi tadi (or should I write pagi semalam?) ada appointment dengan client kat Jalan Skudai ni regarding their accounts. So sampai je depan pintu office client aku terdengar satu lagu yang aku memang aku suka banget sekarang ni.

Tetiba terfikir, office client ni biasanya pasang Sinarfm. Takkanla Sinar dah tukar genre lagu kot?

Then, baru teringat aku dah tukar ringtone handphone semalam. Ahahah, cemana leh lupa ni? @jelir Nasibla yang tukang call tu takde depan mata. Kalau tak, sure dia dah perli sambil nyanyi lagu tu sekali. Hahah...

So, this is my new ringtone menggantikan lagu sebelum ni;



Heartless - Kanye West

P/s: Kekadang rasa cam teringin nak tanya dia, "How could u be so heartless?" @setan

3 Comments

Recovering :)

Penat. Ngantuk. Ngantuk. Penat. Haih... Bape kali nak ulang da?

Tapi hakikatnya memang penat yang amat la sekarang ni. Balik rumah tak pernahnya awal dari pukul 9. Huhu..

Ni pun baru balik hantar colleague aku balik rumah dia. Nak tebus rasa bersalah dengan mak dia sebab tak singgah rumah dia masa aku hantar balik hari Jumaat hari tu. Memang terharu sangatla bila orang yang takde pertalian keluarga dengan kita tapi dah anggap kita macam ahli keluarga sendiri. Aku pulak memang jenis tak sampai hati nak hampakan harapan orang. Jadi singgah la sekejap. Bersembang kosong dengan makcik tu. Sekurang-kurangnya hilang sikit rasa gundah, serabut dalam hati ngan otak.

Aku pun tak tau kenapa, sejak dari zaman belajar dulu. Bila ada masalah je, dapat tengok muka arwah mak aku je mesti hilang semua rasa serabut. Yelah, even diorang tak tau masalah kita pun tapi kadang-kadang kata-kata diorang tu memang boleh apply dalam kehidupan sehari-hari kita. Mungkin atas sebab mereka 'makan garam' dulu daripada kita agaknya kot? Hmm, mungkinkah kita juga akan begitu dalam tempoh 20 tahun akan datang? Hehe...

Haih.. rindu lak kat arwah mak...

So, sesiapa yang masih ada kedua ibu bapa tuh, hargailah tempoh masa yang korang ada dengan mereka ni. Berbakti dan berjasalah sementara mereka masih ada ni..@senyum

Hmm, tak ingat kat mana aku jumpa gambar ni tapi ayat-ayat cinta dalam gambar ni memang sangat memberi inspirasi la..@kenyit


Hmm.. betul..betul..betulll...Bak kata Ipin.

Aku pun tengah berusaha melepaskan apa yang sepatutnya dilepaskan sekian lama dulu. Haih. Alhamdulillah. Rasa macam dah mula recover dah. Thanks untuk My24 yang banyak bagi petua petui (ni pengaruh majalah Ujang banyak ni) untuk handle mende nih. Juga untuk kawan-kawan lain yang banyak bagi sokongan moral dalam masa-masa sukar nih. Hehe..

Yeay, sekarang aku dah berjaya halau lintasan-lintasan jahat yang selalu buat aku sedih dan susah hati. Alhamdulillah...@kembar

Leave a comment

Take A Bow

Someone dedicated to me this song last week. Kebetulan memang suka lagu ni. Tapi tak perasan lak lirik dia memang terkena kat batang hidung sendiri sekarang ni. Huhu.. Anyway, thanks a lot dear friend. I owe you one this time... @kenyit

Take a bow; from Wikipedia :

To take a bow may refer to the physical act of bowing, and in figurative use, to the acknowledgment of praise.

In my case: I'm chasing off someone away from my life! @setan (sungguh evil mode sekarang nih. Haih~)

Jom karaoke~



"So take a bow
'Cause you've taken everything else
You played the part, like a star you played it so well
Take a bow
'Cause this scene is coming to an end
I gave you love. All you gave me was pretend
So now.. Take a bow..."

To that 'particular' person : So long, live well~ (pinjam ayat Spock). Terima kasih atas pengajaran yang ditinggalkan untuk saya. Semoga dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari-cari.. Live well with ur ego..@tata

Leave a comment

Jangan Ada Benci

Tatau nape, tapi sejak bangun pagi tadi asyik terngiang-ngiang lagu ni jer...



"Ungkit mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahkan diri"

Sedang mencuba sedaya upaya la ni ikhlaskan diri terima kenyataan yang telah ditentukanNYA. Semoga tak ada benci juga dalam diri ni. Amin...

5 Comments

Keep Motivating :)

Still at my office during this hour. Semenjak dua menjak ni memang jadi kelawar ajela. Keluar pagi, balik malam. Just a way of escaping myself. Kerja pun tengah bertimbun-timbun atas meja ni. Entah sempat entah tidak nak meet dateline end of June ni. Haih..

Saja je nak share excerpts ni walaupun aku dah share kat facebook hari tu.

"Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri.
Aku meminta kupu-kupu diberiNya ulat bulu. Aku sedih dan kecewa.
Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.
Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya!
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita"


So, janganlah pandang yang negatif saja. Lihatlah dari sudut positif. Everything happens for a reason. Mungkin atas sebab yang baik. Mungkin juga atas sebab yang buruk. Yang penting DIA takkan pernah tinggalkan kita keseorangan. Kita aje yang selalu melupakan DIA. (sebenarnya tengah nak mempositifkan diri sendiri nih...).@sigh

Tetiba teringat lak novel 5 Tahun 5 Bulan bila tengok gambar ni. @senyum


Yeah, throw rocks at them! (to the 'stupid' only). @setan

5 Comments

Escape

Ya ya... aku tau. Ramai dah bebel kat aku. Jangan skip makan. Nanti gastrik (memang dah kena pun..). Tapi nak buat macam mana bila nikmat makan tu dah kena tarik? Makan pun ala-ala terpaksa je. Tengokla seminggu dua lagi cemana. Mudah-mudahan ok je lepas ni. Waa, tetiba rindu lak kat seseorang. Rindu nak kena bebel macam dulu-dulu...@nangih

Haih...

Malam tadi, gara-gara tak mau berkurung dalam rumah, aku lobi semua orang keluar dengan aku. Haha. Cadangnya nak menonton. Tapi tak tahu nak tengok movie yang mana. Ada yang ajak tengok Wolverine. Tapi aku dah pangkah awal-awal sebab tak mau teringatkan sesuatu yang aku tak mau ingat. Huh. @sedih Pilih punya pilih, akhirnya kami pilih Star Trek. Gamble jela tengok. Blur habis. Yela, memang dulu aku follow drama seriesnya. Tapi tahun bila tu? Masa sekolah rendah kot? Haha..

But end up, semua suka cerita tuh. Alhamdulillah. Takdelah kena baling kasut. Haha..

Oh, Chris Pine itu quite hot. And the best part is, his birth date is on August. Sama lak birth date dengan one of my best friend. Cet!@jelir

Oleh kerana aku tak pandai nak merumuskan sinopsis cerita ni, maka layan jela trailer ni ye?



Oh, 1 lagi. Watak Spock itu adalah Zachary Quinto. Dan beliau adalah Sylar yang kejam dalam drama series Heroes itu.@hensem Dah biasa tengok dia dengan muka kejam, macam pelik plak bila tengok dia dengan 'Spock look'. Haha..

Haih...

Finally, I managed to escape my mind for a second from thinking of that 'pemusnah alam'... @sigh

6 Comments

Memotivasikan Diri Sendiri.

"DIA takkan uji kita dengan ujian jika DIA tau kita tak mampu nak hadapinya"
- sangat bersetuju. Rahsia alam tu terlalu banyak. Kita takkan mampu nak korek semua. Ujian yang diberi pun dalam pelbagai bentuk. Cuma antara sedar dengan tidak aje. Apa pun dugaan dan rintangan mendatang, jadikan ia sebagai salah satu pemangkin untuk kehidupan kita. Jika kita kecewa, tak bererti itu adalah penghujung kehidupan kita. Mana tau, ia mungkin lorong ke arah permulaan kehidupan yang lebih baik?

++ T___________________T ++

Ada rasa nak meletup. Tapi tak boleh nak meletup.
Ada rasa nak marah. Tapi tak boleh nak marah.
Ada rasa nak menangis. Tapi tak boleh nak menangis.
Ada rasa nak tembak orang. Tapi tak boleh. Takde senjata. Kalau ada senapang elektron memang dah lama aku tembak orang itu. Biar tak nampak kesan langsung depan mata aku. Huh!

Pendek kata, memang ada banyak rasa yang tak boleh nak diluahkan. Sebab bila diluahkan pun takkan mengubah apa-apa. What will happen will be happen. Benda akan tetap terjadi. Takde apa yang bisa menghalang melainkan ketentuanNYA. Haih. Cuma aku yang terkilan. But it's ok. Silap sendiri. Seharusnya aku dah buang lama 'rasa' itu. Pengajaran untuk diri sendiri. Just don't let others know that you are too fragile and too easy to be manipulate.

Tapi, takpelah. Segala apa yang ada di dunia ni kan equals. Ada tinggi dan rendah, ada baik dan buruk, ada hitam dan putih. Pendek kata semua ada pasangannya. Macam buat akaun jugalah, kalau ada mistake dalam salah satu entry debit atau kredit, akaun tu akan jadi tak balance. Huh. So, kena ingatla. Kalau hari ni kita kat atas, esok mungkin kita di bawah. Putaran roda tu kita tak akan menyebabkan kita sentiasa berada di atas. Hukum karma tak perlu nak menunggu sampai akhirat. DIA bayar cash aje sekarang ni.

Haih...
Sungguh banyak mengeluh sekarang. Astaghafirullah..

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
Yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(Surah Al-Insyirah : 1-8)

2 Comments

Kring Kring...

Salah satu perangai buruk tak elok aku adalah suka membiarkan handphone menjerit berdering sampai dia berhenti sendiri. Haha. Keji sungguh.

" Jawablah telefon tu. Kenapa dibiarkan aje?"
" Wei, tak nak jawab telefon baik buang ke longkang jer.." (sukati je nak suruh aku campak handphone aku dalam longkang.@jelir)
"Uh, bising. Kalau ringtone best takpe juga."

Sebenarnya banyak sebab kalau aku tak jawab phone tu. Tapi salah satunya bukanlah lari dari ceti atau Ah Long. Isk, takdelah sampai ke situ. Biasanya atas sebab-sebab camnila;

1. Bank call. To be exact bank yang provide credit card aku. Taula bagi credit limit tinggi. Suka hatila kan kalau tak nak guna pun? Ni sibuk nak offer itu ini. Nak kita aktifkan kad tu. Kalau nak tolong bayar takpe. Huh~

2. Client call. Pening sungguh bila client call waktu aku cuti atau outstation. Yela, diorang bukannya tau aku takde kat office pun. Tapi, dah jadi macam takde privacy lak. Waaa... Masa ni la aku rasa macam nak beli sim pack baru. Bagi nombor tu kat client. So, bila cuti boleh off je handphone. Ha, bijak tak? Tapi sampai la ni tak terbeli lagi sim pack baru. Haha..

3. Anonymous call. Ha, ni biasanya nombor-nombor yang tak dikenali. Sangat serik la nak melayan nombor-nombor yang tak dikenali ni. Takut pengalaman berhadapan dengan Encik Psycho berulang lagi. Huhuh. Berbulan trauma.
Jadi jangan beranganlah nak prank-call kan aku ke. Kenakan panggilan hangit ke, Gotcha ke. Tipah Aku takkan tertipu punya. Haha..

4. Ha, kadang-kadang aku tak jawab phone tu atas sebab nak mengelak seseorang atau sesuatu. Atau pun aku merajuk dengan orang. Biasala, kekadang nak marah rasa macam tak relevan. Jadi penyudahnya, handphone la yang akan jadi mangsa. Sama ada disenyapkan atau tak di jawab langsung. Haha. Sila tiru jangan tiru perbuatan ini.

Haih, tapi yang jadi masalahnya kan, kalau tetiba dapat panggilan interview ataupun exam macam hari tu memang sangat rugila kalau tak jawab phone. @nangis


Bryan Adams - Everything I Do...

3 Comments

Luka Berdarah

Gile ah, tajuk entry. Haha... Tertekan. Lambakan kerja terlalu banyak, sampai tak tau nak capai yang mana satu dulu ni. 'Duh...@damn

Tu yang rasa tetiba nak dengar lagu ni...

Fuel - Haemorrhage (In My Hands)

Memories are just where you laid them
Drag the waters till the depths give up their dead
What did you expect to find?
Was there something you left behind?
Don't you remember anything I said when I said,

[Chorus:]
Don't fall away and leave me to myself
Don't fall away and leave love bleeding in my hands, in my hands again
And leave love bleeding in my hands, in my hands
Love lies bleeding

Oh hold me now I feel contagious
Am I the only place that you've left to go?
She cries her life is like
Some movie in black and white
Dead actors faking lines, over and over and over again she cries

[Chorus]

And I watched as you turned away
You don't remember, but I do
You never even tried

Don't fall away and leave me to myself
Don't fall away and leave love bleeding in my hands, in my hands again
Leave love bleeding in my hands, in my hands again
Leave love bleeding in my hands, in my hands again, oh



P/s : Tetiba rasa nak tembak je orang yang nak cuti kawen time peak period ni. Patut tak aku buat macam tu? Huhu... @setan

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.