Archive for March 2009

Kgotboda Namja

At first, masa orang dok perkatakan drama series ni aku memang buat tak peduli, sebab memang dah lama sangat tak ikut Kdrama. Tapi once dah tonton series ni jadi ketagih pulak. Hehe..

Ditambah dengan tekanan kerja yang bertimbun, maka aku berjaya mengkhatamkan 17 episod dalam 1 minggu. Haha..

Drama ni adalah versi Korea bagi Hana Yori Dango dan Meteor Garden. Bagi peminat Dao Ming Si, marilah tonton ke'sengalan' Gu Jun Pyo pulak.@jelir

From Dramawiki;

"Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys, F4, when she delivers laundry to the school one day. After saving a boy from committing suicide, she is admitted into the school. An incident involving Jan Di's friend, Min Ji, forces her to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo. "


video

Hey, she can sings well~ (T_T). Tapi episod ni antara episod yang sedih. Ada lagi 4 episod untuk lengkapkan 1 boxset. Siapa mau? @setan

P/s : Esok malam insya Allah aku akan ke Terengganu. Yeay! Akhirnya dapat juga escape sekejap daripada bebanan kerja.@raya

8 Comments

Bersyukur Apa Adanya...

Wise talk (konon la...);@kenyit

Kadang-kadang kita rasa hidup kita dah terlalu 'malang'. Banyak sangat dugaan yang kita terpaksa hadap sampai kita rasa give up nak teruskan apa yang kita dah usahakan selama ni. Tapi kita lupa, sebenarnya ada yang lebih tak bernasib baik berbanding kita. Mungkin apa yang kita terpaksa hadap itu cuma 1% daripada dugaan orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita.

Tapi, cuba kita lihat bagaimana mereka atasi dugaan hidup mereka? Memang betul la ada orang kata sebenarnya kita ni dilahirkan dengan survival skills masing-masing. Contohnya, kita lihat seorang ayah yang bekerja sebagai buruh biasa, mempunyai anak seramai 8 orang mampu survive dalam keadaan kehidupan terdesak begitu. Pelik bukan? Mungkin kita akan terfikir, jika kita berada di dalam situasi itu, adakah kita akan mampu bertahan? Sebenarnya, itulah survival skills yang akan kita praktikkan. Walau macam mana susah pun keadaan hidup kita atau pun banyak mana pun dugaan yang kita terpaksa tempuh, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menempuh dugaan itu. Lagipun jika berpegang pada DIA yang satu, insya Allah DIA takkan melupakan kita. Allah takkan beri kita dugaan kalau DIA tahu kita tak mampu nak hadapinya.

Kadangkala kita fikir duit yang kita dapat hasil titik peluh kita setiap bulan tu tak mencukupi nak menampung hidup kita. Tapi, pernah tak terfikir ada orang yang lebih susah nak dapatkan sesuap nasi bagi menampung hidup mereka? Betapa mereka bersyukur walau dapat makan nasi cuma sekali sehari berbanding kita yang mampu makan makanan yang lebih mewah daripada itu. Malah, ada yang sanggup membazir membeli makanan tanpa menghabiskannya. Haih, nama pun manusia...

Kita dilahirkan di dunia ni umpama kain putih. Ibu-bapa kitalah yang berperanan mencorakkan kita. Kalau hitam, hitamlah jadinya. Kalau biru, birulah jadinya. Tapi, sebenarnya ibu-bapa cuma sediakan platform je untuk anak-anak. Selebihnya bergantung pada anak-anak tu sendiri. Lagi pun ibu-bapa manalah yang mahu anak-anak hidup menderita? Mereka mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak mereka meski pun mereka tak mampu nak beri apa yang anak-anak mereka mahu kan. Itulah ibu-bapa kita. Cuma sebenarnya sebagai anak, kita perlulah fikirkan apa yang terbaik untuk diri. Bukannya menyalahgunakan apa yang diberi kepada kita, terutamanya kepercayaan yang mereka berikan kepada kita. Ini tidak, bila ada sesuatu hal yang timbul, mula lah nak menyalahkan orang lain walhal diri sendiri yang tak mampu menahan godaan rakan sebaya. Haih, anak-anak zaman sekarang....

Macam mana agaknya anak-anak 10 tahun akan datang ye?@garu

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.