Archive for February 2009

Dan Sebenarnya....

Dan sebenarnya.... aku terrrrrsangat busy sekarang ini. Kerja yang bertimbun membuatkan rasa macam nak muntah. Maaf untuk apa-apa ocassion kawan-kawan yang aku tak sempat nak wish. Kesibukan menyebabkan aku tak sempat nak berfikir tentang lain-lain hal.

Dan sebenarnya... aku dah rasa sangat give up dengan kerja sekarang ni. Rasa kalau dah ada kerja lain memang ada kemungkinan aku hantar 24hr notice je. Tapi, rezeki Allah tu masih lagi di sini agaknya...

Dan sebenarnya... aku tersangat rindukan waktu-waktu lapang yang aku ada suatu waktu dulu, boleh membaca sambil melayan mp3. Boleh menonton dvd atau drama series. Huhuh..

Dan sebenarnya... aku rindu nak spend time dengan one of my best buddy. Bila dia dah pindah ni rasa tersangat lost. Dah takde orang nak share cerita pasal kerja or anything else dengan aku dah.. Things will never be the same again.. (-_-)

Dan sebenarnya... aku dah terasa macam malas nak fikir apa-apa sekarang nih. Masa dah tersangat-sangat suntuk sekarang ni. Even nak keluar berdating berfoya pun dah tak sempat sekarang ni. Haih...

The fact is, saya sangat
penat!
penaaaaatttt!
penattttttttttttt!
Maw tidur saja rasanya. @nangisInsya Allah, selagi mampu bertahan, bertahanlah!


Dan Sebenarnya - Yuna

p/s : Entri ni sebenarnya memang tak berkait langsung dengan lagu YUNA ni. Tapi.... layankan ajela~@gatau

6 Comments

Geng : Pengembaraan Bermula

Haha. Dah seminggu lepas tonton baru nak update. Tersangatla sibuknya minggu ni (sebenarnya hari-hari pun sibuk@jelir). Tapi minggu ni tambah sibuk dengan preparation exam. Alhamdulillah dah lepas, jadi dah boleh berjimba. Hehe@sinchan



Rasanya memang ramai yang menunggu kemunculan filem ni selepas Upin dan Ipin di siarkan kat TV9 tak lama dulu kan? So, sebagai salah seorang peminatnya aku pun pegila menonton cerita ni minggu lepas. Perasaannya memang sangat teruja la.. Lebih-lebih lagi lepas tengok pembikinan filem di kat Astro beberapa minggu lepas.

"Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia."


Ha, suspens tak? Tapi cerita ni memang sangat menarik la untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Bukan setakat kanak-kanak aje, malah ibu, ayah, atuk dan nenek juga mampu tergelak dengan gelagat dan dialog selamba yang dituturkan oleh watak-watak dalam filem ini.

Cuma sampai hari ni aku masih tertanya-tanya lagi, haiwan apakah si Oopet itu? Dahla comel. Ada yang mengatakan si Oopet tu sebenarnya salah satu jenis haiwan lagenda. Dah try google pun tak jumpa juga. Hmm...@fikir

So, sesiapa yang tak tengok lagi silalah tonton filem ni. Kita kena berbangga dengan produk buatan anak Malaysia. Kalau bukan kita yang sokong siapa lagi kan?@raya

4 Comments

Tag Berjemaah

Tag 1

Ini tag dari Adik Mawarku dan juga Cik Ann Sengal. @jelir Harap maaf ye? Hari ni baru ada masa terluang sikit untuk jawab tag kalian ini. @sengihnampakgigi

1. Do u think u're hot?
Erk...x kot. Kalau saya hot takkanla dia boleh keluar dengan orang lain di depan mata saya. Hahak~

2. Upload ur fave pic of u..

3. Why do u like that picture?
Anggapla itu gambarku di zaman kanak-kanak. Haha.
Sangat seronok jadi kanak-kanak kan?@sengihnampakgigi

4. When was the last time u ate pizza?
Entah la, dah tak ingat. Sekarang ni fikir pasal makanan je bole buat rasa nak muntah. Haih... kenapa ye?@fikir

5. The last song u listened to?
Westlife - Hey, whatever.
Erm, whatever~ dah malas nak fikir.

6. What are u doing right now besides this?
Listening to my collection of mp3s.

7. What name would u prefer besides yours?
None. Bersyukur dengan namaku walaupun namaku agak tak konsisten dengan nama kakak-kakak ku. Haha

8. People I tag the next are :
None- game over!

Tag 2

Tag daripada Famia dan iNa. Terima kasih atas kasih sayang kalian. Haha..

10 Perkara Tentang Famia

1. Kongsi tarikh lahir yang sama.
Kami berkongsi tarikh lahir sama. Cuma beza tahun saja. Hehe. Perangai pun agak lebih kurang sama. Haha..

2. Perangai pelik
Semua orang kata beliau berperangai pelik. Tapi hakikatnya beliau memang pelik. Kalau beliau tak berperangai pelik, memang agak pelik la. Ada faham?@jelir

3. Sempoi dan selamba
Selamba je layan brick game kat atas tangga stesen LRT mahupun dalam LRT. Juga selamba menyanyi di KL Sentral tengah-tengah malam buta. Oh, sebelum tu, mereka ada berebut belon di tengah-tengah KL Sentral. Esh2, jangan amalkan ye anak-anak?

4. Penagih internet tegar
Mungkin disebabkan oleh pengaruh kerja atau memang sejak azali beliau memang dah terkena jangkitan internet. Ratu download juga zaman dulu kala. Sekarang ni mungkin beliau sudah insaf dengan adanya laman Mysoju.

5. Mistaken identity
Kebanyakan yang masuk ke blog beliau mengatakan beliau adalah seorang lelaki, tetapi hakikatnya beliau adalah seorang lelaki bertudung. Haha.@jelir

6. Suka menembak
Mempunyai sebuah kamera yang diberi nama Kakeno. Kakeno ini sering diangkut ke sana ke mari untuk operasi menembak gambar-gambar menarik.

7. Ada koleksi novel grafik Gempak
Kebiasaan anak-anak gadis suka mengumpul novel-novel cintan cintun, tetapi ‘lelaki bertudung ini’ tidak begitu. Beliau ada koleksi novel-novel grafik majalah Gempak. Memang pelik bukan?

8. Tuan punya kereta Myvi putih
Beliau mempunyai Myvi putih yang bernombor pendaftaran Johor. Ye, hidup Johor! (Jangan salah sangka, ini bukan provokasi. Hehe..). Tapi, adakalanya masih lagi menjadi pengguna kemudahan awam (LRT) yang tegar.

9. Lelaki bertudung yang pemalu.
Ye, beliau memang pemalu. Juga pendiam, kalau tak kenal. Memang molek sangatlah jika ada yang berkenan nak jadikan beliau menantu. Hehe..

10. Suka buat ‘terms’ sendiri
Ha, yang ini salah satu keunikan beliau. Boleh jadi rosak bahasa anak-anak. Haha. Akan tetapi, janganlah pandang dari sudut negative. Pandanglah dari sudut positif mesej yang nak disampaikan, bukannya ejaan-ejaan yang dirosakkan oleh beliau.

Novel Kegemaran Famia:
Er... entah. Mungkin Tafsir Al-Quran?


10 Perkara Tentang iNa

1. Budak kecik yang pendiam

Dia seorang yang pendiam. Tapi peliknya kenapa masa First time jumpa aku dia boleh cakap banyak. Haha..@jelir

2. Masih bersekolah
Masih menuntut dalam tahun akhir, tapi macam dah ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang lebih awal daripada kakak-kakak yang lebih senior. Ha, jangan lupa hadiah langkah bendul ye?

3. Suka kongsi mp3
Kadang-kadang, bekalan mp3 yang disedut oleh beliau akan dikongsi bersama kakak kesayangannya ini.

4. Suka buli orang
Walaupun nampak agak pendiam, tapi beliau suka membuli kawan-kawan. Tak percaya cuba tanya kawan-kawan beliau.

5. Ada teddy bear Mr. Bean
Kalau tak salah, atas katil beliau ada seekor teddy bear Mr Bean yang dibuat bantal peluk. Haha.

6. Malas mandi
Memang malas mandi especially hari cuti, atau waktu takde kelas sehingga digelar kambing jadian. @jelir

7. Sangat suka baca komik.
Oleh kerana beliau merasakan diri masih kanak-kanak, maka beliau ada koleksi komik yang digemarinya seperti Kindaichi dan Blues Selamanya.

8. Suka tido
Oleh kerana jadual belajar yang tak tentu masa maka tak hairanlah jika beliau dikenali sebagai seorang yang suka tido.

9. Kurus.
Walau makan banyak macam mana sekalipun, tetap maintain kekurusannya itu. Huhu..

10. Suka ABC dan McFlurry
Penagih Ni penagih McFlurry yang tegar. Tapi oleh kerana kempen memboikot Israel sedang meluas, maka beliau terpaksala balik ke akar umbi iaitu menjadi penagih ABC tegar semula.

Novel Kegemaran iNa :
Erm, rasanya dah tentulah komik Kindaichinya itu

5 Benda Kesayangan Saya
1. Diri sendiri
2. Notebook Compaq yang baru dibeli tahun lepas.
3. USB Modem
4. Ipod Nano
5. Keretaku

Ok, masa untuk membahagi kasih sayang ye? @jelir I'm gonna pass this tag to;

1. Annessa (payback maa..@setan)
2. iNa (tak kira, buat juga @setan)
3. Famia (ha, kalo mls jwb kat komen jer)
4. Yatt (silalah isi masa lapang anda. hehe)
5. Ieba (yeah, x pernah tag ieba@jelir)

5 Comments

Fast Update

Lama dah tak update. Hehe. Ramai dah yang sesat dalam sawang blog ni.@sengihnampakgigi Harap maaf yer? Tuan punya blog ni tersangatttttla sibuk. Lemas dalam lautan kerja yang bertimbun-timbun. @nangih

Hmm, kebelakangan ni semua orang dok sibuk fasal hal boikot barangan Israel. Tak kiralah melalui email ke, sms ke ramai yang dapat informasi tentang hal boikot memboikot nih. Pada aku, terpulanglah pada individu. Selama ni pun kita memang banyak bergantung kepada barangan keluaran mereka. Kalau rasa nak boikot pun adakah kita mampu bertahan tanpa menggunakan barangan mereka? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Cuma dalam keadaan ekonomi yang menguncup ni, cuba kita fikirkan keadaan pekerja-pekerja kedai makanan segera yang diboikot oleh kita yang 'baru nak sedar' ni. Bagaimana mereka nak survive dalam keadaan kegawatan ekonomi ni bila semua orang dok boikot produk itu? Mereka tak salah, mereka cuma mencari rezeki yang halal. Tapi pokok pangkalnya pun, terpulang pada diri masing-masing.

Minggu lepas aku ada dapat forwarded email dari salah seorang rakan. Sebenarnya aku dah lama aware hal ni cuma biarlah aku share info ni dengan semua orang kat sini;

KEBENARAN TANPA PENGHUJUNG
Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen memboikot rokok? Tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? Membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? Memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Sebenarnya sebelum ni aku memang boikot KFC sebab dah dengar banyak sangat cerita yang tak enak dalam proses penyediaan makanannya, so bila was-was aku memang tak sentuh langsung. But since 2007 bila aku dapat tahu Kulim Berhad ni dah take over KFC Holdings ni daripada Berjaya aku dah mula hilang was-was dengan KFC. Memang betul la kata penulis tu. Kebanyakan dari kita ni suka mengikut secara membuta tuli. Tak mahu siasat dari akar umbi. Huhu.. Itulah padahnya sebab orang kita ni malas membaca. Sekarang ni banyak sumber yang kita boleh perolehi. Cuma pandai-pandailah membezakan antara khabar angin dan kebenaran.

p/s : Saya memang berbangga jadi anak Johor. Hehe..

6 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.