Archive for January 2009

Pernahkah?

Pernah tak, ada rasa nak buat jahat tetiba niat jahat tu dikantoikan oleh suatu hal yang kita tak boleh nak elak? Contohnya satu hari tu ada rasa nak cabut je balik rumah sebab dah tak larat nak buat kerja. Tapi belum sempat bertindak, rupanya ada orang lain yang lebih memerlukan cuti tu daripada kita. Tu la, niat jahat lagi. Memang tak berkat hidup. Huhu..

Pernah tak, rasa macam dah give up? Rasa tak nak teruskan dah apa yang diusahakan tu? Rasa nak mengalah? Rasa macam dah malas nak buat semua benda? Rasa macam nak lepaskan aje dan lari tinggalkan semua? Tapi, lari ke mana pun masalah tu tetap ada. Bukan makin berkurang, makin bertambah pulak nanti. Takkan selesai. Jadi, janganlah lari tinggalkan masalah pada orang lain. Kita yang timbulkan masalah, sepatutnya kitalah yang selesaikan. Melainkan kalau memang dah tak boleh nak elak.

Pernah tak, rasa macam nak marah orang sampai rasa nak membunuh? Tapi hakikatnya kita tak boleh nak buat macam tu atas banyak sebab. Salah satunya orang yang kita rasa nak bunuh tu adalah majikan kita. Takkanla nak bunuh bos sendiri kan, walaupun ada hal yang terlalu menyakitkan hati dah berlaku? Huhu...

Pernah tak terasa macam nak bantu orang yang susah dan kurang bernasib baik? Tapi hakikatnya kita tak mampu nak tolong semua yang tak bernasib baik tu. Kadang-kadang rasa macam nak tembak je orang yang kaya-raya tapi takde rasa inisiatif nak membantu orang-orang yang kurang bernasib baik tu. Nak menderma pun nak tengok sama ada derma tu dapat pelepasan cukai atau pun tidak. Bukan fikir menderma sebab nak dapat saham kat 'sana' nanti. Haih, manusia akhir zaman. Keduniaan semata. Mungkin tak semua macam tu. Mudah-mudahan masih ada lagi yang ikhlas nak membantu golongan yang kurang bernasib baik tu.

Pernah tak terfikir nak berjihad macam saudara-saudara kita kat Gaza tu? Agaknya kalau hal yang sama berlaku pada kita kat Malaysia ni, adakah kita akan berjuang mati-matian untuk mempertahankan agama dan negara daripada dicerobohi 'penjajah'? Adakah semangat juang kita akan setinggi semangat juang mereka? Hmm, sesuatu yang amat bagus untuk difikirkan buat kita yang sentiasa leka dengan kesenangan dan keamanan negara kita ni. Mudah-mudahan dijauhkan. Amin...

Jadi, fikir-fikirkanlah... @kenyit

4 Comments

Jangan Berhenti

I'm really need a booster right now. Kenapa makin banyak hal yang memeningkan berlaku kebelakangan ni? Banyaknya dugaan, ya Allah... How I wish I can be as strong as this songs narration.@sigh

Jangan Berhenti - Ruffedge

Sememangnya kita sering dilanda dengan pertanyaan
Bagaimana untuk maju ke hadapan
Jika kita asyik duduk dalam kegelapan
Sememangnya akan ada yang iri hati dengan kita
Cuba menjatuhkan oh dengan harapan
Agar kita tidak kan bertemu kejayaan

Pernah dulu ku rasakan hampir hilang semua
Bersaing dengan gelap kegagalan
Kecewa dan sedih jadi teman
Ku pasti inilah lumrah di dalam kehidupan
Menangis sebelum kita ke depan
Tapi kini…

Chorus
Ku rasakan bagaikan sinar yang terang
Dari langit yang dipancarkan ke bumi
Jauh daripada rasa sepi
Perasaan, inginku berpijak lebih tinggi
Dan meneruskan perjuangan ini
Janganlah kita berhenti di sini

Sebenarnya diri kita mempunyai cita-cita,
Jika putus asa maka takkan rasa
Bagaimana terangnya hidup bila berjaya
Kalau kita asyik terus mendengar kata yang tak tulus
Harus kita ambil semua serius jika tidak
Masa depan kita kan terhapus

Pernah dulu ku rasakan hampir hilang semua
Bersaing dengan gelap kegagalan
Kecewa dan sedih jadi teman

Ku pasti inilah lumrah di dalam kehidupan
Menangis sebelum kita ke depan
Tapi kini…

Masih ada ruang kita bergerak bebas
Mencari-cari apa yang telah hilang
Oh kita ada bersama hingga kini
Tetap sabar, terima kasih semua….

Sharing here.

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.