Archive for December 2008

2009

Kenapa aku rasa masa semakin pantas berlalu sekarang ni? Tak berapa jam lagi dah nak bertukar ke tahun 2009 dah rupanya. Apa agaknya yang kita dapat sepanjang tahun ni? Banyak kebaikan atau banyak keburukan? Bagi aku sendiri, tahun ni memang banyak perubahan dan cabaran yang terpaksa aku tempuh dalam hidup. Perubahan tempat dan suasana kerja adalah salah satunya. Daripada seorang staf biasa hingga sampai tahap sekarang, diberi tanggungjawab mengurus cawangan. Huhuh, bila fikir memula dulu memang rasa macam tak mampu nak lakukan. Entahlah, mungkin aku dah terbiasa dengan tabiat 'redah' aje dari dulu kot? Sebabnya aku ni memang tak suka nak bersusah-payah fikir hal yang belum jadi. Bila dah jadi, baru fikir.

Tapi, awal-awal dulu pun ada rasa stress juga, sampai terbawa dalam mimpi. Hehe... Bila dah lama ni, aku dah malas nak take serious. Bukan bermakna aku ni suka ambil mudah semua perkara. Tapi, dalam kes aku ni aku tak perlu nak fikir banyak sebab aku masih ada orang atasan yang boleh aku refer. So, buat apa nak pening-pening fikir masalah pejabat kan? Enjoy your life as usual. Kerja tetap kerja. Buat macam mana pun, itulah namanya kerja. Jadi, tak payah nak susah-susah fikir benda yang kita tak sepatutnya fikir.@kenyit

Ada orang, setiap kali tahun baru mesti berazam. Macam-macam azam. Ada yang nak kahwin la, nak kuruskan badan la, nak jadi jutawan sebelum umur 30-an la dan macam-macam lagi la. As for me, masa 1 Muharam hari tu aku cuma berazam untuk memperbaiki diri agar dapat jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Itu memang azam aku setiap tahun. Terlalu umum. Yang akan di renew cuma wish list sahaja. Tahun ni dah dapat beli Ipod dan juga notebook baru (walau pun di luar jangkaan, kira masuk wish list juga la...@sengihnampakgigi). So rasanya tahun depan ni ada dua tiga item yang dah masuk wish list. Insya Allah, mudah-mudahan dapatla dipenuhi nanti. Amin...

Haih, dah lost touch la bila dah lama tak menulis ni. Apa pun, aku doakan yang terbaik untuk semua kawan-kawan, ahli keluarga aku dan juga untuk diri sendiri. Semoga tahun baru yang bakal mendatang ni menjanjikan seribu satu kebahagiaan buat semua. Amin..

Salam Maal Hijrah 1430 H dan Selamat Tahun Baru 2009 untuk semua...

4 Comments

3 dalam 1

Ni aku copy daripada notes kawan aku dalam facebook. Something interesting to share;

Samada sedar atau tidak sedar, barangkali kita terlupa atau kurang infomasi mengenai satu fenomena besar yang berlaku ditahun 2008. Barangkali inilah fenomena yang terakhir kita lalui sepanjang hayat hidup kita.

1. 01 JANUARI - 09 JANUARI, 2008 kita berada ditahun 1428 Hijriah.
2. 10 JANUARI - 28 DISEMBER 2008 kita berada ditahun 1429 Hijriah.
3. 29 DISEMBER - 31 DISEMBER 2008 kita berada ditahun 1430 Hijriah.

Ini bermakna kita telah melalui 3 tahun Hijriah dalam 1 tahun Masihi. Fenomena ini hanya berlaku sekali dlm tempoh 100 tahun. Walaupun fenomena ini tidak memberi impak yg begitu besar kepada kita, seharusnya kita bersyukur kerana kita diberi peluang untuk melaluinya.

Sayang kan, kalau kita terlepas pandang hal ni? Fenomena yang jarang berlaku. Subhanallah...

2 Comments

Penghujung

Haih, sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru rupanya. Dah nak menginjak setahun lagi umurnya. Tapi, apa sangatla yang ada pada nombor tu kan? Hehe.. @kenyit

Hmm, ikut perancangan aku sepatutnya ke Shah Alam hari Isnin ni untuk interim audit kat tempat client. Tapi, last minute bos tak bagi pergi sebab katanya nak buat appraisal untuk kami kat branch ni. Alhamdulillah, dengan kerja yang baru nak menyusut lepas dapat komputer ni, aku memang harap sangat bukan aku yang kena pergi. Tapi, malangnya terlepas lak event dengan kawan-kawan hari Sabtu lepas. Nak buat macam mana kan? Dah memang takde rezeki nak jumpa korang. Huhu...@sigh

Satu lagi yang bersyukur sangat sebab aku tak perlu menghadap manusia-manusia hipokrit sepanjang minggu kalau aku terpaksa ke sana. Haha. Bukannya tak profesional, cuma dah malas nak berurusan dengan manusia sebegitu lagi dah. Serik yang teramat!@penatBiarlah mereka berurusan dengan orang yang selesa dengan mereka...

Haih, banyaknya hal yang nak kena selesaikan ni. Macam mana la kerja nak habis kan? Haha..

p/s : Aku tengah survey template yang viewnya nampak ok dengan mana-mana browser sekali pun. Sekarang ni ada tengah masalah sikit dengan Firefox dan Vista. Rasa macam nak revert je jadi template classic balik. Tapi nanti pening lak. Huhu...@tensyen

2 Comments

Something To Ponder

"Orang yang menyedari bahawa pilihan Allah adalah yang terbaik bagi hambaNYA, akan merasakan bahawa musibah dan kesulitan apa pun terasa ringan dan mudah. Dan, dia akan sentiasa menantikan kebaikan Allah yang serupa dan tidak pernah bersedih dengan apa pun yang terjadi. Semua itu disebabkan oleh keyakinannya terhadap kebaikan, kemurahan dan pilihan Allah. Pada saat itulah, kesedihan, kegundahan dan kesempitan hatinya akan lenyap dan dia menyerahkan semua perkaranya kepada Tuhan Yang Maha Tinggi. Tidak ada istilah tidak menerima, menentang dan murung. Tetapi, sebaliknya, bersyukur dan bersabar sampai akhirnya nanti tampak akibatnya dengan sendirinya, dan mendung musibah itu berlalu..."

- Excerpts from 566 Kata-kata Hikmah Jadilah Orang Yang Paling Bahagia-

*Hakikatnya, apa pun yang berlaku dalam dunia ni, ada hikmahnya yang tersembunyi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Selagi kita sabar dan redha, Insya Allah ada bahagiannya untuk kita...:)

2 Comments

Walk Away~

Kadang-kadang aku rasa macam nak tinggalkan semua. Start a new fresh. Leave all those crappy things behind. Tapi aku tak boleh nak buat macam tu. Coz it's not me. Aku bukanlah orangnya yang suka pentingkan diri sendiri, walau sebenarnya banyak peluang aku nak buat macam tu. Takpela, biarlah orang lain nak buat. Aku bukan macam orang lain.

Haih, entah apa merepek hari nih. @sigh

Tengah fikir nak beralih arah, tetiba petang tadi my abang bos dah sms, bagi hint of my increment for the next year. Haih. Memang nampak macam diorang nak ikat aku terus kat situ. Tapi, aku tak nak rasa terlalu selesa kat situ. Tak elok untuk diri sendiri sebenarnya.

Bukannya tak bersyukur dengan increment tu. Alhamdulillah. Cuma bila dah diberi increment sebanyak itu maknanya tanggungjawab tu terletak sebanyak itu juga atas bahu aku. Hmm... @waswas

Takpelah, tengok ajelah macam mana nanti...

Banyak sangat benda yang nak difikirkan, nak dilunaskan. Kerja pun bertimbun. Tapi bila takde facility, kerja pun terbantut. @sedih

Kalau orang tanya apa perasaan aku sekarang, mungkin ini yang dapat menggambarkannya;

"Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty "

5 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.