Archive for November 2008

Trauma

Such a bad week for me I think. Entahla. Tatau nak gambarkan perasaan camne sebenarnya. Nak kata sedih tak boleh nak menangis. Huhu... Cuma rasa trauma yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mungkinla, sebab kali pertama jadi pada diri sendiri ni. Hmm...

Petang semalam, seperti rutin biasanya aku memang akan singgah minum dengan salah seorang kawan kat area office HQ aku tuh. Bila nak balik aku perasan yang tingkap kat tempat duduk penumpang sebelah kiri aku tu terbuka. Yang pastinya aku tak buka pun tingkap tuh. Rupanya dah selamat dipecahkan oleh encik sang pencuri. Dan dah selamat pun sedekah notebook kesayangan aku tu pada dia. Haih... memang unexpected la.@sigh

Bila tengok kereta dah terkopak macam tu memang aku dah agak, notebook aku dah pun dicuri. Terus aku lari kejar kawan aku tu untuk inform tentang ni. Luckily dia tak gerak lagi pun. Tanya pada orang sekeliling memang semua tak perasan bila benda ni jadi. Kebetulan, hal ni nak jadi masa ni. Biasanya waktu aku minum tu boleh dikatakan waktu sibuk juga dengan budak balik sekolah. Bos aku pun biasanya tak balik lagi waktu tu. Memang dia pilih waktu yang sunyi dan tak sibuk nak jalankan aktiviti nih. Haih...@sighNak buat macam mana? Salah sendiri. Tanggungla sendiri...

Dalam perjalanan ke Balai Polis Tampoi aku dah call orang kanan bos dan juga my 2nd big boss inform pasal kejadian ni. Siap melapor, kena pegi Balai Polis Skudai pulak untuk ambik gambar. Terpaksa drive ke sana untuk prosedur tuh. Tinggalkan kereta kat rumah kawan aku sebab nak mintak tolong husband dia hantarkan ke kedai hari ni.

Semalam aku tak tahu kenapa aku boleh ada reaksi tenang. Mungkin malas nak fikir sebab benda dah jadi kan? Cuma ralat sebab banyak dokumen penting office dalam tu. Kawan aku pun pelik bila tengok aku relax je. Bukan tak sedih, tapi aku tatau macam mana nak bereaksi. Nak menangis pun benda dah jadi. Cuma bila ada yang concern tengah-tengah malam tadi ada gakla rasa nak menangis. Huhu... Thanks a lot to my24. Terima kasih untuk petua tu, Alhamdulillah it works on me.@senyum

Terima kasih banyak kat kawan-kawan yang concern. Terima kasih pada yang bersusah payah ikut pergi lodge report, tolong hantar balik dan juga yang tolong menenangkan hati. Alhamdulillah, walau masih ada rasa pelik yang singgah, aku terpaksa gak tabahkan hati. Pengajaran untuk diri sendiri atas kecuaian sendiri. Mudah-mudahan lepas ni lebih beringat..@sigh

7 Comments

Sensitif

Orang perempuan ni selalu je dikaitkan dengan sensitif ni. Lelaki pun ada juga yang sensitif. Cuma lazimnya sensitif ni memang sinonim dengan perempuan. Perempuan lebih mudah menangis. Lebih mudah terasa hati. Lebih peka pada isu-isu sensitif ni. Lebih peka pada hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Lebih peka pada hal orang lain sampai kekadang jadi terlebih busy body. Hehe...

Kat tempat kerjalah contohnya, bukan tak adala cuma aku rasa orang lelaki ni sangat jarang nak ambik port pasal orang lain melainkan orang yang terdekat dengan mereka sahaja. Ignore kes yang di office aku. Itu kira kes berkecuali. Tapi biasanya la, orang perempuan ni sangat sensitif kepada persekitaran mereka. Satu berita yang mungkin baru diterima mungkin tak sampai 10 minit dah tersebar satu department. Hehe. Itu memang tanggapan tipikal la. Bukan nak mengutuk orang perempuan pun. Cuma nak bagi contoh.

Di kalangan kawan-kawan aku sendiri pun ramai je spesies yang terlebih sensitif nih. Apa yang aku boleh buat masa tu, cuba tolong neutral kan perasaan sensitif diorang tuh. Tolong diorang buat tanggapan positif pada orang lain. Walaupun kekadang aku pun tak berapa nak neutral bila ada hal yang boleh membuatkan aku sensitif ni.

Cuma bila ada rasa sensitif yang boleh buat rasa nak meletup tu, bawakla istighfar dan berselawat banyak-banyak. Sebab bila dah meletup tu 'kawan-kawan' yang tak nampak tu memang dah terkinja-kinja dan bersukaria sebab 'mereka' dah berjaya perdayakan anak-cucu Adam lagi. Berfikirlah secara positif agar kita tak mudah berprasangka pada orang. Bila terasa sakit hati pun, masih mampu tersenyum sebab hati dan fikiran yang tak berprasangka pada orang lain.

Haih, memang senang untuk ditaip. Belum tentu mudah untuk dilaksanakan. Tapi, cubalah. Aku tengah nak cuba mempraktikkan ni. Nak kasi bersih sikit daki-daki hitam kat dalam hati tu. Banyak sangat prasangka pada orang lain. Mudah-mudahan dapat dibersihkan. Amin...@kenyit

4 Comments

Closed


"Cuba-cubalah bukak hati tu." Ni ayat salah sorang kawan hari tuh

"Sebab kau macam tutup sangat pintu hati kau tu. Mesti dia sangat baik pada kau dulu. Sampai kau tak pernah bagi peluang untuk orang lain." Ni antara lebih kurang ayat kawan yang lain hari nih.

Yang nyatanya kedua-dua individu yang beri pendapat itu adalah lelaki. Haha...

Adeh, obvious sangat ke?

*****
In fact, aku memang terlalu berhati-hati. Sebab pada aku sekali terkena, bermakna aku kena lebih berhati-hati. Aku tak nak rasa sakit yang sama tu aku alami berulang kali. Tak nak pisang berbuah dua kali.

Ada faham?

@kembar

8 Comments

Risalah Hati

Antara lagu Dewa19 yang aku suka@kenyit

Risalah Hati - Dewa 19

Hidupku tanpa cintamu
Bagai malam tanpa bintang
Cintaku tanpa sambutmu
Bagai panas tanpa hujan
Jiwaku berbisik lirih
Ku harus memilikimu

Chorus:
Aku bisa membuatmu
jatuh cinta kepadaku
Meski kau tak cinta kepadaku
Beri sedikit waktu
Biar cinta datang karena telah
terbiasa

Simpan mawar yang kuberi
Mungkin wanginya mengilhami
Sudikah dirimu untuk kenali aku dulu
Sebelum kau ludahi aku
Sebelum kau robek hatiku



3 Comments

Tag Tujuh

Dapat tag ni daripada Cik Sarina dan Cik Asmahan. Ceh, layankan ajela. Tak layan kang merajuk plak. @jelir Haha...


7 fakta tentang saya

1. Boleh jadi sangat pendiam. Boleh jadi peramah juga. Ikut keadaan dan lawan bercakap aku waktu tuh.
2. Sangat suka membaca. Hobi yang memang dah bercambah sejak kecil. Kadang-kadang bila dah bosan sangat sebab menunggu, pamplet atau poster pun aku baca. Hehe...
3. Suka muzik. Ia merupakan regu terbaik untuk buku-buku yang aku baca. Bila dua item ni berkolaborasi (eceh...), aku memang boleh lupa semua benda.@kenyit
4. Tak suka tempat yang crowded
5. Tak suka berebut.
6. Takkan keluar rumah melainkan ada hal yang betul-betul penting.
7. Gayat bila dok kat tempat tinggi. Selalu terbayang diri jatuh melayang ke bawah.@gigil

7 perkara menakutkan saya di dunia

1. Hilang rasa keimanan dalam diri. Dahla tak seberapa je, kalau hilang tataula apa rasanya. Lagila kalau tak sempat bertaubat. Isk, Nauzubillah...
2. Diberi tanggungjawab besar, e.g jadi pemerintah. Takut tak mampu nak berlaku adil dari segala aspek. Tak terjawab kat 'sana' nanti...
3. Kehilangan ahli keluarga dan orang-orang yang aku sayang.
4. Kehilangan kawan-kawan rapat, yang tak pernah menikam, tak pernah mengambil kesempatan..
5. Sesat kat unknown place, seorang diri. Tanpa ada sebarang alat komunikasi. Tanpa satu pun pengenalan diri. Huh, esktrim sungguh imaginasi. @jelir
6. Lipan dan ular. Huhuh, tak suka kedua-dua binatang ni.@gigil
7. Lemas dan takde yang nak tolong menyelamatkan.

7 lagu buat masa sekarang

1. Heaven Sent - Keyshia Cole
2. To The Moon and Back - Savage Garden
3. Angel - Natasha Bedingfield
4. Aurora - Estranged
5. Di Antara Kalian - D'Massive
6. Love Remains The Same - Gavin Rossdale
7. Listen to Your Heart - Roxette

7 perkara selalu sebut

1. Alhamdulillah...
2. Bengong!
3. Eceh, yela tuh..
4. Suka hati la...
5. Malas nak layan!
6. Suka suki dia jer...
7. Sudahla kauuu... (gaya cam Siti Tanjung Perak)@jelir

7 perkara yang amat bernilai

1. Hidup berbahagia dalam keredhaanNYA.
2. Keluarga dan kawan-kawan yang aku sayang.
3. Kerjaya
4. Oksigen. Haha, kalau tak cemana nak hidup?
5. Handphone. Dulu tak berapa penting, la ni memang kena bebel la ngan incik Bos kalau tak jawab call.
6. Notebook dan USB modem
7. Duit.

7 pertama kali dalam hidup saya

1. Pertama kali dapat nombor satu dalam kelas masa darjah 3.
2. Pertama kali keluar bandar sendirian berhad masa tingkatan 1.
3. Pertama kali kena pakai cermin mata masa tingkatan 2. Huhu...
4. Pertama kali jatuh cinta masa darjah 6. Tapi setakat crush jela. Tak bercinta pun (baca : saya anak yang baek@sengihnampakgigi)
5. Pertama kali dapat beli walkman sendiri masa tingkatan 2. Itu pun setelah jenuh memujuk arwah mak secara diplomasi. Eceh...
6. Pertama kali dok berjauhan dengan family masa mendaftar ke UTM tahun 1998. Masa tu meleleh jugala air mata, tapi takdela sampai baca ujang pun boleh menangis. Hahak...
7. Pertama kali belajar hidup berdikari juga masa tu. Alhamdulillah, masih lagi hidup berdiri atas kaki sendiri sampai sekarang ni.

7 orang bertuah menjawab tag ini

1. Makmor
2. Si pengantin baru Curx
3. Kak Lina
4. Izuan
5. Che' Du
6. Yatt
7. Zura (utk tolong memenuhi kuota 1 hari 1 entry) @kenyit

Done!@penat

9 Comments

Romba Nandri


Mungkin ada yang beranggapan ucapan "terima kasih", "tolong" tu tak perlu lagi diucapkan. Yelah, mungkin ada yang menganggap dalam zaman moden ni semua hal tu tak penting lagi. Walau macam mana moden pun pemikiran kita, tak salah meneruskan adat budaya orang Timur ni. Susah sangat ke nak tunjukkan penghargaan pada pertolongan orang lain? Susah sangat ke nak mengucapkan dua patah perkataan tu?@sigh

Kadang-kadang orang yang membantu tak mengharapkan penghargaan tinggi menjulang. Cukup dengan ucapan terima kasih. Rasa dihargai sikit. Itu pun rasa berbesar hati dah.

Entahlah, mungkin ada yang rasa diri tu 'besar' sangat. Duduk dalam senarai tangga teratas dalam sesuatu hierarki, jadi orang bawah ni rasa macam robot yang tak berperasaan je. Nak suruh buat sesuatu pun bukannya nak mintak dengan nada yang sopan. Tak salah nak mengarah orang bawahan, tapi apa salahnya dengan cara yang proper. Dengan cara tu, kita akan lebih dihormati. Macam hukum karma jugala kan, buat baik dibalas baik. Tapi bila orang bawahan tu tak menghargai jangan salahkan orang lain, cermin diri semula. Tengok balik apa yang selama ni dah 'diberi' pada orang lain. Kalau tak nampak juga memang bermasalah la...

Aku suka ambik pendekatan macam bos aku sekarang ni. Appreciate orang bawahan tanpa menjejaskan rasa hormat orang bawahan kepadanya. Aku masih lagi belajar cara nak mempraktikkan kaedah dia tu kepada orang di sekeliling aku. Memang bukan mudah. Tapi rasanya tak salah ucapkan terima kasih pada pertolongan yang orang lain dah hulurkan pada saat kita memerlukan pertolongan kan? Walau sekecil mana pun pertolongan tu, at least dia dah tolong meringankan beban kita. Hmm, I'm still learning...

Jadi, belajarlah menghargai apa yang orang lain dah lakukan untuk kita. Bukan susah mana pun. Ucapan terima kasih, mintak tolong... Only simple words that means a lot to another. Tak perlu bayar pun. @kenyit

*Sangat bosan + tertekan + takde hati nak buat kerja. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Sesi menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki 20 hari...@sederhana Dah nak cuti pun banyak lagi kerja yang nak kena selesaikan. Haih...@rajuk

6 Comments

E.M.A.S

Dah lama tak menulis. Biasala, bila ada masa takde apa yang nak ditulis. Bila ada idea, masa atau keadaan tak mengizinkan. Sekarang ni banyak masa aku habiskan kat forum dan facebook. Juga melawat blog kawan-kawan. Cuma tak berkesempatan meninggalkan jejak.@sengihnampakgigi

Petang semalam aku sempatlah singgah Plaza Angsana hanya kerana nak repair gelang aku yang dah putus. Heheh.. Teringat dulu arwah mak aku pernah bebel sebab aku patahkan gelang dia. Huhu.. Nak buat macam mana? Anak gadisnya ni memang tak berapa nak ladylike cam anak gadis orang lain.

Kalau ikutkan memanglah dia marah, penat-penat ikat perut mengumpul duit nak beli barang kemas, aku senang-senang je patahkan. Heheh...@adil

So, masa dok tunggu diorang pateri balik gelang tu aku dok belek-belek jugala barang kemas yang ada kat situ. Then, aku realize yang sepanjang hampir 7 tahun kerja ni aku memang tak pernah beli barang kemas untuk diri sendiri. Ha ha.. Sebenarnya memang tak nak. Bukan tak boleh beli sendiri.

Mungkin sebab aku bukan berada di kalangan 'kelompok' yang suka membandingkan berapa banyak atau berapa tebal barang kemas yang mereka ada dengan orang lain.

Mungkin juga sebab takde orang yang nak bebelkan aku kenapa tak beli barang kemas untuk diri sendiri.

Mungkin juga sebab takde yang nak promo barang kemas dengan katalog depan aku. Ha ha..

Tapi jawapan yang sebenarnya aku memang bukanlah orang yang suka pakai barang kemas pun. Barang kemas yang ada pada aku ni pun semuanya harta pusaka. Nak harap aku beli sendiri? Jangan harapla!@sengihnampakgigi Pakai pun sekali sekala aje, cemana nak beli untuk diri sendiri? Ha, jawab..jawab...@hensem

Lantakla orang nak kata kedekut ke ape ke. Janji aku tak mintak makan dengan orang kan? @kenyit
Eh, mintak jugala... tapi dengan bos la. @jelir

10 Comments

Long Break!

Someone already asked me apa tajuk lagu kat blog ni. So, just nak share lagu Keyshia Cole ni dengan semua. @kenyit

Heaven Sent - Keyshia Cole

Sent from heaven.
Sent from heaven.

Now you can wait your whole life wondering
When it's gonna come or where it's been.
You may have got your heart broken
A few times in the past
Never last strong as it used to,
Don't feel as good as it used to (before)
And all the things you used to say,
Things you used to do, went right out the door

Oh no more, will you be the one
That's what you tell everyone around you
But you know they've heard it all before
What more can you say
When love won't let you, walk away
And you can't help who you love
And you find yourself giving it away
When you think you're in love

[CHORUS:]
I wanna be the one who you believe
In your heart is sent from (sent from heaven)
There's a piece of me who leaves when you gone
Because you're sent from (sent from heaven)
I wanna be the one who you believe
In your heart is sent from (sent from heaven)
There's a piece of me who leaves when you gone
Because you're sent from (sent from heaven)

Now you can wait your whole life tryna change
What the fear from what it's been
You may have put your whole life into a man
Loving what you thought that could've been.
Don't wanna swing your change
When you don't feel as good as you used to (before)
And everything you used to say,
Everything you used to do clear right out the door

Oh no more, will you be the one
That's what you tell everyone around you
But you know they've heard it all before
What more can you say
When love won't let you, walk away
And it can't help who it loves
And you find yourself giving it away
When you think you're in love

*Chorus

Everybody say
I wanna be the one you love
I wanna be (sent from heaven)
I wanna be the one you trust
I wanna be (sent from heaven)
I wanna be the one you need
I wanna be (sent from heaven)
I wanna be the one
I wanna be the one (sent from heaven)

*Chorus

I wanna be the one who you believe
In your heart is sent from (sent from heaven)
There's a piece of me who leaves when you gone
Because you're sent from (sent from heaven)

Klik sini untuk download

4 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.