Archive for October 2008

Keterlupaan

Pernah tak sesekali terasa menjadi seorang yang sangat pelupa? Rasa macam perkara tu kita dah buat, tapi sebenarnya kita tak buat lagi pun. Ish..

Lepas tu, terjumpa ataupun terserempak dengan orang yang dikenali tapi tak ingat nama. Nak tegur dah segan sebab tatau nama. Haih...@sakitFor sure lepas tu kena cop sombong! Huhu...

Lately ni tahap kelupaan dan ke ' blur' an aku makin bertambah-tambah rasanya. Sebab?

1. Aku tatau pun salah seorang kawan masa kat UTM dulu dah kahwin dengan salah seorang selebriti tanahair. Baru tau minggu lepas sebab tertengok rancangan Sehati Berdansa kat Astro Ria tu. And the best part, aku tak ingat nama dia! Aduh... @sakit
Selamatla tak jumpa face to face. Kalau tak, mesti jadi sengal yang teramat sebab aku tak ingat nama dia.

2. Aku ada masalah nak mengingat nama orang. Biasanya kalau ada call from client yang tak biasa berurusan dengan aku, mesti aku akan tanya nama dia berkali-kali. Pity them.@sengihnampakgigi

3. Satu lagi perkara yang aku discover adalah, aku susah nak cam orang (kecuali kawan atau orang yang rapat). Kadang-kadang sebenarnya dah jumpa selalu tapi bila dah lama tak jumpa aku mesti akan tanya, " Kat mana aku pernah jumpa orang ni?"
Paling kesian kalau orang dah senyum lebar tapi aku buat muka selamba. Yela, sombongla katakan. Hehe...@jelir

Banyak sangat hal yang nak difikir agaknya sekarang ni. So, tak heranla kalau jadi pelupa kan? (Ayat bela diri tuh...@sederhana)

Jadinya kalau terjumpa aku tengah jalan kat memana tapi aku tak bertegur sape tu ada 2 kemungkinan ajela. Sama ada memang tak ingat atau tengah berfikir masalah negara masa tuh. So, tolong jangan labelkan saya sebagai SOMBONG...@sengihnampakgigi

5 Comments

Mianhada Saranghanda (Mi Sa)



Drama ni sebenarnya dah lama. Baru-baru ni ditayangkan kat 8tv. Pun tak dapat tengok juga. Huhu.. So, minggu lepas tak sengaja ter tukar channel KBS World ada drama ni juga. Yeay! Dapat juga tengok.

Pelik kan? Drama Korea ni rasanya plot ceritanya lebih kurang tipikal juga, tapi masih lagi orang suka tengok. Kenapa ye? @fikir

From Dramawiki :

"Cha Moo Hyuk was adopted by an Australian family but was abused and left homeless at an early age. One day he comes across Song Eun Chae, the coordinator for Choi Yune, a famous singer in Korea, whom she is secretly in love with. Her fateful encounter with Moo Hyuk ends up affecting not only her life but that of her precious Yune as well.

Because of an accident involving his ex-girlfriend, Moo Hyuk is left with 3 months to live. This leads him to head back to Korea in search of his biological mother. The discoveries he makes, changes his heart from longing to revenge. Even with all this darkness surrounding him, he finds an unexpected source of happiness with someone he did not expect to love."

5 Comments

Jeda

Back to normal mood. Tak mau sedih-sedih dah. Hehe.. Macam biasa, timbunan kerja menyebabkan blog terabai. Huhu..@penat

Beberapa minggu lepas, bersembang kosong dengan salah seorang sahabat lama;

Dia : Antara zaman sekolah ngan zaman IPT kau prefer yang mana?
Aku : For sure aku pilih sekolah. Sebab kat sekolah rasa cam tak mau membesar je. @sengihnampakgigi
Dia : Itulah, aku pun rasa macam tu juga. Kalau boleh diputarkan masa, aku nak berbual dengan semua orang yang aku tak pernah berbual macam kau dan lain-lain.
Aku : Erk... pulak? @fikir
Dia : Yelah, dulu mana kita pernah bersembang? Pelik kan? Kecanggihan teknologi zaman sekarang contohnya dengan guna YM ni lah boleh buatkan kita bersembang camni. Walhal kat sekolah dulu, kita takat jeling-jeling je kan? Hahah...
Aku : Ehe, biasalah. Mesti dulu orang ingat aku sombong kan? Yang benarnya aku ni segan nak berbual dengan orang yang aku tak biasa.
Dia : Ha, aku nak tanya ni. Pernah tak kau kata aku sombong dulu?
Aku : Pernah. @sengihnampakgigi
Dia : Ha, aku tau dah. Aku pun sama gak. Hahah...
Aku : Ces..@jelir

Ye, itulah biasanya persepsi orang yang tak kenal. Mungkin sebab raut muka yang tak berapa nak friendly ni kot? Hehe..

Aku pun sebenarnya suka beri first impression yang buruk pada orang. Saja nak biar orang kenal yang bad side dulu. Baru tunjuk yang baik. Tapi jangan tiru macam saya ye kawan-kawan?@kenyit

7 Comments

Tahun ke -9

11101999.

Minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir. Study week. Dan ada juga kelas ganti untuk cover syllabus yang lecturer tak sempat nak cover. So, macam biasala, waktu ni memang semua orang sibuk. Mana nak hantar assignment, mana nak jumpa lecturer untuk tips, mana nak kumpul carry marks dan macam-macam lagilah. Yang tak sibuk pun buat-buat sibuk juga masa ni.

Kebetulan, hari ini 1 Rejab 1420H. Menjadi kebiasaan masa tu berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Dan aku dah bercadang untuk ke perpustakaan lepas Maghrib dengan salah seorang kawan aku. Sedang bersiap-siap tu aku macam ada ternampak kelibat abang dan kakak aku kat luar (kebetulan bilik asrama aku berada di tingkat bawah dan menghadap jalan utama). Aku tak fikir apa-apa pun masa tu. Tapi bila kakak aku masuk bilik, mengkhabarkan yang mak aku dimasukkan ke hospital petang tadi, aku memang dah cuak. Rasa nak menangis pun ada.

Kata kakak aku, " Jom balik. Mak masuk hospital. Koma. Jatuh kat bilik air petang tadi."

Aku dah tak fikir dah tentang final exam. Aku cuma fikir nak terbang ke kampung. Jumpa mak. Nak tengok mak. Kebetulan memang dah bercadang nak balik hujung minggu sebelum bermulanya final exam. Tapi, kita hanya mampu merancang aje kan?

Lepas siap aje tinggalkan pesanan untuk kawan-kawan sekelas dan kakak room-mate, aku terus masuk ke kereta abang aku. Masa tu jangan ceritalah macam mana banyaknya air mata yang gugur. Dalam masa yang sama aku berdoa juga moga takde apa-apa yang berlaku pada mak.

+++++

Sampai ke hospital, aku terus di bawa ke bilik yang menempatkan mak. Bau ubat-ubatan yang menusuk hidung tak aku peduli janji dapat tengok keadaan mak dengan mata aku sendiri. Dengan wayar yang berselirat sana sini buat aku jadi sebak. Yela, beberapa hari sebelum tu elok je bergurau senda dengan aku masa aku telefon ke rumah. Kuasa Allah, siapa yang tau kan?

Lepas je tengok keadaan mak, aku terus masuk bilik air. Mencuci muka. Nak menghapus kesan air mata dari pandangan mata ahli keluarga yang lain. Elok aje aku keluar, aku nampak nurse tengah riuh sebab katanya masa tu mak muntah. Aku tak tahu apa yang terjadi lepas tu sebab kesemua ahli keluarga yang menjenguk mak malam tu disuruh menunggu kat luar bilik. Masa tu macam-macam yang dah aku fikirkan. Terasa seperti drama televisyen pun ada.

Tak berapa lama lepas tu doktor bertugas masuk ke cubicle mak.

Tak sampai lima minit, dia keluar dari cubicle tu sambil menyatakan; "Maaf, dia dah tak ada."

Kata-kata itulah yang aku akan ingat seumur hidup aku.
Innalillahiwainnailahirajiun...Daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali...

11102008


Walau kesedihan dan rasa terkilan itu masih ada tapi Alhamdulillah, aku bersyukur yang teramat. Dengan dugaan sebesar itu, I am what I am today. Kita takkan tahu apa rasanya sehingga kita melaluinya sendiri.

Memang payah membesar dan melalui kehidupan tanpa orang yang paling penting dalam hidup kita. Alhamdulillah ahli keluarga pun saling menyokong antara satu sama lain. Kehilangan ni menjadikan aku seorang yang suka menghargai apa yang aku ada.

Kehilangan juga menjadikan aku seorang yang beremosi bila melibatkan hal-hal kekeluargaan. Atau bila ada manusia yang tak tahu menghormati orang tua. Terutamanya ibu bapa mereka sendiri. Aku jadi sakit hati bila orang yang masih ada ibu bapa tak tahu nak menghargai ibu bapa mereka. Hargailah mereka. Berjasalah pada mereka sementara mereka masih ada. Mudah-mudahan masih belum terlewat.


Kebetulan lagu ni popular waktu aku ditimpa musibah itu. Hmm...@mata

Maaf andai ada yang beremosi membaca entri kali ni.@kenyit

"Dugaan kita mungkin berbeza. Tapi kita tetap datang dari arah yang sama..."

6 Comments

Tag Raya

Sekelip mata je masa berlalu. Huhu. Tup-tup dah masuk raya ke-4 dah hari ni. Raya ke-3 je dah selamat buat acara pecut balik ke JB. Nothing much interesting raya tahun ni. Masih lagi 'fobia' dengan soalan-soalan cepumas, cepuperak, cepugangsa orang-orang terdekat dengan aku. Haih..@sigh

Sesi menjawab tag dari Mr. Izuan. Mintak maaf bebanyakla kawan, baru sempat jawab tag nih.

15 facts about myself. Sebenarnya dah pernah buat tag aneh tahun lepas. So la ni aku cuma sambung lagi 9 fakta ye? Itu pun dah banyak. Jenuh nak fikir. Hehe..

7. Aku tak suka pergi tempat yang ramai orang. Especially bila libatkan event yang sesak dengan manusia. Percaya atak tidak, setelah 6 kali Jom heboh (dulu Sure Heboh) di adakan kat JB ni sekalipun aku tak pernah jejak lagi. Aku cepat rasa 'lost' bila ada kat tempat macam tu. Rimas pun iye. So, jangan harapla nak jumpa kelibat aku kat sana ye? @kenyit

8. Aku ni memang mudah terasa hati. Tapi aku jarang nak merajuk tak tentu pasal kalau hal tu setakat hal-hal remeh. Satu klu. Bila nampak aku sibuk tu tak semestinya aku sibuk. Kekadang kesibukan itu cuma satu alasan untuk menjauhkan diri. Hmm...@adil

9. Sejak tahun lepas aku memang start download movies dan lagu dari internet. Tapi sekarang kegilaan untuk movie downloads dah makin merudum. Mungkin sebab kesuntukan masa nak menonton. Selamat tinggal TWdrama dan Kdrama. @tata

10. Sangat susah nak percaya orang yang baru dikenali. Tapi bila kepercayaan tu dah diberi, tapi orang tak pandai nak hargai, jangan harapla nak dapat balik kepercayaan tu.

11. Macam Izuan gak, aku mudah nampak spelling error atau typing error. Entah, dah biasa di train dek abang bos dulu. Dah terbiasa dengan kecerewetan dia. So, sekarang bila review kerja orang lain memang aku pun jadi cerewet macam dia juga. Huhu...@sigh

12. Sebut pasal cerewet, I'm a bit fussy too. Tapi dengan cara aku sendirila. Insya Allah takde sampai nak menyusahkan orang lain. Biasanya kalau apa yang orang lain buat tak seperti apa yang aku harapkan, aku lebih suka buat sendiri je. Tak susahkan orang lain kan?@kenyit

13. Coklat bukanlah warna kegemaran aku. Tapi kebanyakan baju dan blouse aku berwarna coklat. Cemana tuh? @fikir

14. Walaupun luaran nampak macam tegas dan garang (selalu orang misinterpret, ingat aku cikgu. huhu..), aku sebenarnya orang yang dimanjakan oleh keluarga. Haih. Bukan manja yang mengada-ngada tu tau. Pada aku diorang ni overprotected. Tapi takdelah sampai mengongkong. As long as tak mencemarkan nama baik family, then it's ok. Cuma kekadang tu rasa pelik bila dah besar panjang macam ni pun kena manja macam tuh. Huhu.. Peringatan; cuma dengan ahli keluarga saja ye? Selain ahli keluarga, kirim salam!@jelir

15. Suka layan kartun. Upin dan Ipin salah satunya. Hehe..@ipin01

Okeh, cukup 15. Nak tag siapa ye? Hmm, cuma nak tag Cik Ann. Ni hadiah raya untuk kamu ye? Haha...@setan

5 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.