Archive for September 2008

Salam Lebaran

Fuh...fuh... Kasi tiup sikit sawang yang dah mula bermaharajalela nih. Hehe... @sengihnampakgigi Sangat sibuk dengan macam-macam hal minggu ni. @sialRasa macam tak cukup waktu nak buat semua. Kalau boleh nak anjakkan waktu sehari lebih daripada 24 jam aje. Tapi waktu tetap bergerak macam biasa kan? Dan sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung Ramadhan pun. Isk, sedihnya. Entah sempat entah tidak kita ni bertemu lagi Ramadhan tahun depan. @rindu

Haih, minggu depan dah nak raya ye? Seriously, aku memang tak buat persiapan sangat. Cuma sempat beli sepasang kasut dan juga sediakan duit raya untuk anak-anak buah. Lain-lain, aku cuma berfikir nak cuti. Ye, bercuti daripada segala kesibukan kerja sepanjang tahun. Wah, sangat seronok... @upin02Bukan selalu dapat cuti panjang macam ni.

Jadi, di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan yang rajin datang sini. Hehe... Ampun dan maaf andainya ada terkasar bahasa dalam entri-entri kat blog ni. Kadang-kadang apa yang dipaparkan kat sini mungkin ada yang menyinggung kawan-kawan tanpa disedari. Jadi, kat sini aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan itu. Sesungguhnya kita ni manusia biasa, tak lepas dari kekhilafan diri.@kenyit

Untuk yang bakal menempuhi perjalanan jauh, semoga selamat dalam perjalanan dan sampai ke destinasi dengan selamat. Jangan merempit. Hehe... Semoga dapat berhari raya bersama yang tersayang...


Get Hari Raya Graphics Here

7 Comments

Hampir Ke Akhir

Sekejap je masa berlalu. Kita dah sampai ke minggu ke-3 dalam bulan Ramadhan tahun ni. 2 hari lagi sampailah ke 10 hari terakhir Ramadhan. Apa yang kita dapat dalam tahun ni? Puasa penuh? Kuih raya? Langsir raya? Baju raya? Hmm...@fikir

Biasanya minggu terakhir nilah orang dok sibuk buat persiapan raya. Barulah sibuk nak membancuh kuih raya, menjahit baju raya (kalau jahit baju sendirila...), menjahit langsir. Masa ni jugalah surau atau masjid dah makin lengang masa terawih. Terbalik kan? Awal-awal Ramadhan punyalah penuh sampai nak solat pun ada yang kena solat kat luar. Bila dah hujung Ramadhan yang patut kita kejarkan tu kita tinggalkan. Bukan cakap orang lain la. Diri sendiri pun sama juga. Huhu...@rajuk

Bercakap tentang persiapan raya, akulah orangnya yang tak buat persiapan sangat tahun ni. Macam biasalah, mood untuk beraya tu sangat minimum dari tahun ke tahun. Aku cuma nak bercuti panjang dari segala kekusutan kerja je tahun ni dan berhari raya bersama keluarga terchenta. Hehe...@sengihnampakgigi

Haih, minggu depan minggu terakhir kerja. Banyak hal nak kena selesaikan sebelum cuti ni. Bil-bil, gaji, duit raya, kuih raya dan mengemas office. @penatBanyaknya nak kena fikir... How I wish i'm still in the early Ramadhan. Hoho..
@upin01

6 Comments

Pengajaran Ramadhan

Hoh. Betul la. Jangan memandang enteng kerja orang lain. Setiap kerjaya berbeza tu ada tugas dan tanggungjawabnya. Jangan terlalu mudah menilai kerja seseorang. Pagi ni aku baca blog Cikgu Jimi berkaitan pandangan orang ramai berkaitan kerjayanya. Yep. Dulu aku pun berfikiran macam tu. Kerja seorang guru tu sangat mudah. Cuti pun banyak. Tapi sekarang, bila aku berkawan rapat dengan isteri seorang guru, sebenarnya kerja mereka tidaklah semudah yang di sangka. Tanggungjawab mereka sangat besar sebenarnya. Itu sebabnya sampai sekarang aku takde niat langsung menjadi guru. Setakat jadi guru tak bertauliah aje bolehla.@kenyit

So, baru je kejap tadi ada yang memperlekehkan kerja kami.@rajuk

Katanya, “ Kenapa mahal sangat? Dengan kertas beberapa keping ni pun awak caj mahal-mahal!”

Wah, cuba bayangkan ye? Dia bagi kami masa 3 hari untuk menyiapkan akaun syarikat dia. Memangla tak banyak transactionnya. Tapi, dokumen tak lengkap. Terpaksa pulak nak mengira dan menganggar sendiri. Memang nampak simple kerjanya. Tapi kami terpaksa menghabiskan banyak masa kat situ. Caj yang dikenakan tu sebenarnya tak seberapa jika nak di bandingkan dengan tempat lain. Kerja dah siap, tak salahkan kalau kita mintak imbalannya?

Pelik, walhal dia pun berniaga juga. Patut dia boleh faham mentaliti orang berniaga. Boleh pulak marah-marah di bulan puasa ni. Astaghfirullah. Mungkin betul la, orang MELAYU nilah yang banyak menjahanamkan bangsanya sendiri.@rajuk

Paling aku tak boleh lupa ayat dia pada sub-ordinate aku;

“Hah, kalau tau macam ni saya tak pergi firm MELAYU. Kalau pergi firm bukan MELAYU saya boleh dapat lagi murah daripada ni.”

Lepas tu dengan muka berlagaknya dia campak je duit yang sepatutnya dibayar untuk servis kami tuh. Ya Allah, macam ni ke perangai orang yang dah berumur? Mana pergi adab sopan kita? Dah mintak tolong orang tak reti langsung nak berterima kasih. Bulan puasa pulak tu. Memang betul-betul menguji kesabaran.. Alhamdulillah, dapat juga satu pengajaran untuk diri sendiri hari ni.

Jadi, janganla mudah sangat nak memperlekehkan kerja orang. Nak double standard kan kerja orang lain. Setiap kerjaya tu ada skop kerja masing-masing. Jangan nak samakan dengan skop kerja kita. Hidup kita ni bukan sentiasa je kat atas. Ada ketikanya boleh jatuh menjunam ke bawah juga. Kalau hari ni kita perlekehkan kerja orang lain tak mustahil esok lusa orang lain pulak perlekehkan kerja kita.

11 Comments

I'm an independent!

Tengah malas.@nyerah So, found this blogthings. Woho, I'm an independent person.@tepuktangan



You Are 76% Independent



You've cultivated your own independent interests and personal style.

But you're open minded enough to also embrace anything trendy that strikes you.

3 Comments

Ubat Ramadhan

31 Ogos 2008.

Selepas 2 hari baik dari demam. Pergi klinik. Sakit tekak. Jumpa doktor muda. Layan patient pun ala-ala control macho. Kalau pergi klinik tu hari minggu biasanya pesakit memang akan di 'serve' oleh doktor-doktor part time. Dan pengalaman aku sebelum ni pun, pernah terjadi aku diberi salah ubat oleh salah seorang doktor part time nih. Kali ni pun, cuma dapat pil sakit tekak dan antibiotik.

Pesan doktor tuh;
"Jangan makan makanan bergoreng dulu ya? Ais pun jangan minum. Ada bengkak sikit kat tekak tuh. Macam nak jadi tonsil. Tu yang sakit nak telan."

Aku? Cuma mampu mengangguk jer. Tapi tetap cuak bila doktor tu sebut tonsil. @gigit

10 September 2008.

Antibiotik dah habis. Ubat sakit tekak pun dah habis. Tapi tekak aku masih sakit. Batuk lagi. End up hari ni aku sakit kepala. Macam rasa nak demam pun ada. So, petang tadi pergi klinik sekali lagi. Kali ni jumpa doktor yang memang tauke klinik. Hehe...

Lepas cek semua yang berkaitan, dan agaknya tengok rekod, aku ada datang baru-baru ni dia tanya; "Ubat dah habis la ni?"

"Aha, habis dah." aku jawab.

" Tekak ada bengkak lagi tu. Biasala, bulan puasa ni mesti ada minum ais kan?" sambil senyum-senyum dia cakap ngan aku.

"Eh, saya takde minum ais pun doktor." Aku pun dah nak gelak. Haih, apa menipu bulan-bulan puasa ni?

"Ye ke? Bagusla macam tu. Aha, nanti saya prescribe ubat untuk awak ye?" senyum simpul je doktor tu dengar jawapan aku.

Aku keluar. Tunggu ubat. Hehe. Apela.

Tapi kan, aku rasa bukan sebab ais je. 2 malam lepas aku siap mandi hujan lagi. Lepas tu semalam dok berkurung dalam bilik ber air-cond 1 hari. Mana nak baik? Kan? Kan?


Inilah ubat yang perlu di habiskan. Huhu... @gatau

5 Comments

Takut

Dulu, bila orang dok sibuk suruh belajar pandu kereta aku selalu fikir kerja memandu kereta itu sangat susah. @tensyenYelah, mana taknya. Mana nak control steering, clutch, gear, break lagi. Tak masuk lagi nak kena pandang cermin kiri kanan dengan cermin pandang belakang tuh. Huh, banyak kerja nak kena buat tu. Tapi, bila tengok orang lain pandu kereta, especially kawan-kawan akula, buat aku selalu terfikir kenapa aku tak boleh nak rasa semudah itu bila pandu kereta? Hmm... @fikir

Dulu, bila orang dok sibuk suruh aku pandu kereta sendiri lepas dapat lesen, aku selalu menolak. Alasan? Aku tak mahu merosakkan kereta orang lain. Tunggu ada kereta sendiri baru nak drive. Kalau nak langgar apa-apa pun aku takla rasa ralat sangat sebab itu kereta aku sendiri @penat(kalau ikutkan sampai sekarang pun aku tak berani drive kereta selain kereta aku sendiri). Sebenarnya saja create alasan tu sebab aku masih takut nak memandu. Yelah, lepas dapat lesen aku terus takut nak memandu. Walhal dah dapat lesen.@rajuk Masih lagi seronok menjadi penumpang daripada menjadi pemandu. Mudah-mudahan takdela di kalangan kawan-kawan yang pernah jadi 'supir' aku baca entri ni. Nahas aku nanti. Hehe... @adil

Dulu, masa tak ada kereta selalu fikir yang bila dah ada kereta sendiri ni hidup akan jadi tersangat mudah. Yelah, nak ke mana-mana tak perlu nak susah menumpang orang lain. Tak perlu susah nak menunggu bas, tunggu teksi. Hehe. Tapi, bila dah ada kereta sendiri aku rasa aku jadi lagi malas nak berjalan. Mana nak fikir minyak kereta lagi, parking, takut lagi (haha..). Lepas tu kalau nak shopping bukannyaRM 1 atau 2 je yang keluar kan? So, the best solution is stay safely at home, menghadap notebook and surfing.@kenyit

Dulu, ingat lagi, masa first day dapat kereta aku sekarang ni.@rindu Rasa macam nak menangis pun ada. Huhu, takutnya nak drive. Rasa macam nak bagi orang lain pandu kereta aku pun ada. Rasa macam menyesal beli kereta pun ada masa tu. Hehe. So funny bila ingat-ingat balik. Tapi aku tau, mulai saat itu aku dah kena mula berdikari. Susah senang semua dah kena tanggung sendiri. Tak perlu nak menyusahkan orang lain lagi. Semua tu pengalaman untuk diri sendiri... @sengihnampakgigi

Pada aku, sebenarnya jangan takut selagi tak mencuba. Bila dah cuba tapi tak berjaya tak salah kalau kita berputus asa atau jadi fobia, cuma jangan keterlaluan sampai mempengaruhi orang lain. Jadi, jangan mengaku kalah sebelum berjuang ye? Tiada apa yang mudah di dalam dunia ni.@kenyit

15 Comments

Empty

Hari ni hari pertama bekerja dalam bulan puasa. Takde beza pun. Cuma hari ni masih lagi cuti umum kat Johor ni, sempena mengganti cuti awal Ramadhan semalam. Seronok sebab perjalanan nak ke tempat kerja sangat lancar. Semua orang masih bercuti hari ni. @senyum (Kalau hari-hari macam ni kan seronok? Tapi, berangan ajela...@jelir)

Oh, lupa. Office aku memang tak bercuti awal Ramadhan ni sebab cuti ni akan carried forward masa cuti raya nanti. @kenyit

Pagi ni, sampai kat parking lot rasa tersangat pelik. Terfikir juga, kami aje ke yang kerja hari ni? Hehe... Parking betul-betul kosong. Siapa yang tak ada kupon hari ni memang sangat beruntunglah. Penguatkuasa Majlis tak kerja, jadi takkan kena saman la... @raya


Lihatlah betapa 'kosong'nya parking lot pagi ni.


******
Petang tadi, ada cerita kelakar. Selama ni selalu nampak + terjumpa anak-anak kecil je (esp anak-anak buah akula..) yang suka merungut lapar, dahaga, tak larat awal-awal puasa ni.
Tapi bila jumpa 'anak-anak' besar yang merungut macam tu jadi kelakar rasanya. Agaknya, kalau ada yang dok makan depan dia tadi mau dia buka puasa juga agaknya.

"Kak, tak larat. " kata dia.

" Kenapa, tak sahur ke?" aku tanya dia.

"Ha'ah, takde siapa nak masakkan untuk saya. Abang ngan kakak ipar balik kampung." kata dia lagi.

"Eleh, dah tau macam tu kenapa tak singgah makan kat kedai masa balik malam tadi? Banyak je kedai yang bukak malam-malam ni. Lagi bulan puasa ni...bla bla bla..." aku dah start bebel kat dia.@cakap

"Aduh, akak dah start bebel..." tension dia. @tensyen

Haha, padan muka. Nasibla dapat kakak yang suka membebelkan dia. Betulla kata orang tua-tua dulu kan? Bila kita marah tu tanda kita sayang pada orang tu. Yela, kalau tak sayang takdelah kena bebel sampai macam tu sekali, kan? @adil

Tapi pada aku, kalau nak membebel ke meleter ke biar relevan dengan keadaan masa tu. Kalau membebel sampai mengungkit segala yang tak patut memang patut ditinggalkan aje orang yang membebel tuh.@tata Hehe... Lepas tu kalau orang tu merajuk, pandai-pandaila pujuk sendiri ye?@sengihnampakgigi

5 Comments

Harapan Ramadhan

Suka lagu ni. Dan aku juga harap Ramadhan kali penuh makna untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua serta dapat juga kita semua lalui dengan sempurna sepanjang 30 hari ni. Amin...@doa

Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.