Archive for August 2008

Demam Ramadhan

@sighHari yang paling tak produktif bagi aku. Huhu... Mana taknya, satu hari dok terperuk kat rumah gara-gara 'dihinggapi' demam lagi petang semalam. Alhamdulillah, satu lagi kurniaan nikmat sebelum puasa ni. Semalam petang, lepas meeting dengan client aku dah rasa seram sejuk. Siap berbungkus dengan blazer, walau bilik tu tak terpasang air-cond pun. Sahla demam. Itu pun masih lagi nak menafikan hakikat sebenar. Hehe...@sengihnampakgigi

Walaupun takde tanda sakit tekak, aku singgah juga kedai petang semalam beli Strepsils. Just for back up. Selamat la tak terserempak dengan orang yang aku tak mau jumpa tu. Biarlah, aku pun tak mau nampak lemah depan dia. @hensem

Jadi hari ni, aku memang habiskan dengan bersantai membaca novel walau sebenarnya aku ada banyak kerja yang aku perlu selesaikan. Bukannya selalu boleh bercuti macam ni. Biarlah. Kalau dulu ada yang kata aku memang sayangkan kerja berbanding diri sendiri. So, sekarang ni aku lebih suka jadi selfish. @setanKesihatan tu memang tak boleh diganti dengan wang ringgit kan? Cuma tu la, bosan duduk terperuk kat rumah satu hari ni. @tensyen

Hmm, esok kita akan sambut Hari Kemerdekaan ke 51. Alhamdulillah, dh 51 tahun kita hidup dalam kemerdekaan. Tapi, macam mana cara kita menghargai kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni? Adakah dengan adanya sambutan dengan acara-acara hiburan tu menandakan kita gembira dengan kemerdekaan yang kita perolehi? Entahla, tepuk dada tanya diri masing-masing.@waswas

Insya Allah, kalau takde aral Isnin ni kita akan sambut Ramadhan. Alhamdulillah dan Insya Allah, dapat juga merasa berpuasa lagi tahun ni. Rasa macam baru je sambut puasa tahun lepas. Ni dah jumpa balik bulan Ramadhan. Hmm, how time flies so fast. @rindu Belum puasa lagi pun dah terasa bahang Ramadhan. Sana-sini dah mula jual kurma, kad raya, baju raya, lampu raya, kuih raya pun ada. Dekat kawasan office HQ aku pun dah start pacak khemah pasar ramadhan semalam. Awal betul. Agaknya sebab cuti panjang Hari Kebangsaan yang sebabkan diorang pasang khemah tu awal-awal.

Rutin harian pun akan berubah bila masuk bulan Ramadhan ni. Office hour start 8.30 pagi, balik pulak 4.30 petang. Tapi, takde maknanya nak balik sharp pukul 4.30 tuh. Tahun ni dah kerja jauh sikit dari rumah kena tunggu waktu tak sibukla baru gerak balik ke rumah. Kalau tak, ada yang terperangkap dalam jam nanti. Haha...Satu lagi pengalaman baru tahun ni. @senyum

Apa pun, untuk kawan-kawan semua, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dapat diperbanyakkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan ni. Ampun dan maaf juga andai ada tersilap mahupun terkasar bahasa selama ni. Mudah-mudahan segala amal ibadah kita diberkati Allah. Amin...

7 Comments

Uwaa....

@tensyenYe, aku tau. This is not right. Tapi aku sangat tertekan lepas meeting dengan client aku sekejap tadi. Rasa macam nak cekik je orang macam tu. Bos, saya mintak maaf, saya gunakan waktu office sekejap update blog saya.@gigil

Hoho, sakit hati betul. Meeting yang sepatutnya boleh selesai dalam tempoh setengah jam boleh berlarutan hampir 2 jam. Aku dah rasa macam nak hilangkan diri sendiri je masa tu. Kalaula agaknya aku ada kebolehan macam Hiro Nakamura mesti aku dah boleh siapkan kerja aku sepanjang 2 jam tadi. Huhu... Nak buat macam mana, dugaanla agaknya dah dekat-dekat nak puasa ni.

Tapi, hakikatnya aku memang rasa nak menjerit skrg ni.@nangis

4 Comments

Dua Puluh 8

(Supposed to be schedule post tp sebab tak sempat nak taip entry, inilah hasilnya. Huhu..@kenyit)

Sepanjang tahun ni banyak betul dapat soalan-soalan cepumas;

"Hmm, agaknya umur kau ni ada tak dalam 26 tahun?," kata kawan kakak aku (kira kawan sepermainan masa kecik dulu la...)@sengihnampakgigi

"Kalau umur macam cik ni buat masa ni bayar premium sikit dulu pun takpe. Nanti dah cecah umur 27 ke 28 baru tambah lagila premium." kata ejen insurans aku. Erk, sekarang ni takde macam umur 27 ke 28 ke? Boleh dia boleh kata umur aku 24 tahun.@malu

"Kak, umur akak berdua ni saya agak dalam 25 tahun. Betul tak? " kata adik trainee kat office aku. Uih, ye ke? Terima kasihla pada krim pelembap muka kebanggaan Siti Nurhaliza tuh (tipu jer).@jelir

Haha, kadang-kadang persoalan berkaitan umur ni boleh buat aku tergelak sorang-sorang.@sederhana Well, bak kata salah sorang adik aku, age is just a number. Tiap tahun ia akan tetap bertambah. Aku pun tak malu nak mengaku yang umur aku dah pun cecah 28 tahun pada bulan 8 tahun 2008 ni. @kenyit

Alhamdulillah, bangun pagi Khamis lepas macam tak percaya je aku diberi kesempatan bernafas lagi di bumi Allah ni. Mudah-mudahan masih lagi diberi kesempatan menyambut Ramadhan yang bakal menjelang ni. Insya Allah.

This is not my birthday cake. Aku cuma google + paste kat sini saja

Paling menggembirakan tahun ni aku berpeluang meraikan hari lahir di samping keluarga tersayang walaupun tak semuanya ada. Hehe. Bukan apa, sejak aku masuk darjah 1 lagi adik beradik aku dah bertaburan merantau. Jadi susah nak mengumpulkan diorang ni serentak melainkan hari raya. So, hadiah yang paling bermakna bagi aku tahun ni adalah bersama mereka yang aku sayang.@cinta Alhamdulillah...

Oh, tak lupa untuk semua kawan-kawan yang wish tak kiralah thru sms, shoutbox, friendster dan juga facebook. Terima kasih atas semua doa-doa kalian. Mudah-mudahan segala doa yang baik tu untuk kalian juga. Aminn...

Tapi aku tak puas hati, kenapa semua orang dok pakat doakan menda yang sama je tahun ni? Korang dah pakat eh?@fikir

9 Comments

Pi Di

P.D. Bukan post dated cheque dan bukan juga Pantai Dalam. Tapi Port Dickson.@sengihnampakgigi Planning last minute yang mudah-mudahan menjadi. Dah lama rasanya tak bercuti dengan tanpa rasa beban yang berganda atas kepala. @sigh

Beberapa minggu lepas, kakak aku ada offer untuk percutian adik beradik ni. Katanya, cuma datang dengan modal petrol dan tol sahaja. Tempat tinggal semua dia yang uruskan. Huhu, dengar offer memang seronok. Tapi bila memikirkan kerja dan tanggungjawab yang tertimpa atas bahu ni rasa berat sangat nak bercuti. Lagi pulak lepas peristiwa kena condemn 2 minggu lepas, lagila aku berat hati nak bercuti selagi hal-hal kerja aku tak diselesaikan. Tapi, Alhamdulillah minggu lepas big bos luluskan cuti aku. Dan minggu lepas juga aku dah dapat selesaikan hal yang sepatutnya takkan jadi masalah bila aku naik cuti nanti. @penatJadi, bolehla bercuti dengan aman. Yeaha.@nari Alhamdulillah.

Jadi, minggu ni mungkin blog ni akan disawangkan. Tuan punya blog takkan menjengah blog buat sementara waktu. Ikutkan hati nak aje angkut notebook dengan usb modem ni. Tapi bila fikirkan pergi sana sebab nak bercuti, maka tinggallah kedua-dua harta kesayangan aku ni kat rumah aje.@kenyit

So, wish me a safe holiday journey k? Jangan ada yang rindukan saya.@jelir Doakan tuan punya blog ni rajin wat entry lepas balik bercuti nanti.

Yeah, mari menunjukkan rasa gumbira. @kembar@sinchan@ayuk

7 Comments

Break!





Relationships and feelings are the most important things to you.

You are empathetic and accepting - and good at avoiding conflict.

If someone close to you is in pain, it makes you hurt as well.

You try to heal the ones you love with your kind and open heart.



Blue is my favourite colour....@kembar

6 Comments

Berkerdip

Bermula seawal pagi tadi, masa bangun tidur. Berkerdip dan bergerak. Berterusan. Cuak pun ada. @gigil Yela, dengan family vacation planning next week, macam-macam dah terbayang dalam kepala. Nyaris aku nak batalkan cuti dah. Tapi bila big bos kata ok, Alhamdulillah.@sengihnampakgigi

Tengahari, berkerdip lagi. Bergerak-gerak lagi. Haih. Macam ada vibrator pun iye juga. Ada apa agaknya ye? Masih lagi cuak. Walau hari ni aku dah selamat pun cashkan cek yang agak banyak juga jumlahnya. Huhu..@penat

Petang, kerdipan makin berkurangan, walau masih ada lagi rasa vibrate tuh. Masih lagi tertanya-tanya. Apa agaknya yang tak kena ye? Rasanya orang-orang terdekat dengan aku semuanya ok, Alhamdulillah.

Sebelum ni ada juga aku mimpi patah gigi. Tapi rasanya takde pulak saudara-mara terdekat yang dijemput pergi. Tapi tataula kalau aku yang tatau. Hmm..@kening

Ada tak sesiapa boleh bagitahu secara saintifik, apa yang menyebabkan mata belah kiri aku ni berkerdip dan bergerak berterusan sejak pagi tadi?@fikir

7 Comments

Kenapa?

Aku dah simpan rasa marah dan kecewa ni dari minggu lepas sebenarnya. Mujurlah ada yang jadi penyejuk hati aku Isnin lepas walau dia tak tahu apa yang berlaku pada aku hari tu. Thanks a lot buddy!@kenyit

Entahla, memang lumrahla agaknya. Selama ni kita buat baik berkoyan-koyan pun orang tak pandang. Tapi bila sekali buat salah itulah yang dijadikan point untuk condemn kita. @sighYeah, I know. I'm not perfect. Dan aku bukanlah orangnya yang suka nak mengipas orang atasan aku untuk kepentingan diri sendiri walaupun aku ada banyak peluang nak buat macam tu. But I have my own way to manage my job and my responsibilities.

Seriously aku memang kecewa. Bukannya aku tak boleh nak terima teguran. Cuma aku kecewa bila ditegur dengan cara macam tu. Aku pun ada perasaan. At least aku tak tolak bulat-bulat tanggungjawab yang diserah kat aku macam orang lain pernah buat. @marah

Kenapa eh, kita selalu lupa rumput kat bumi bila kita ada kat tempat yang tinggi sikit? Tak boleh ke jengah sekejap ke bawah tu walau terasa gayat pun?@fikir
Kenapa eh, orang lebih suka mengenang yang buruk daripada yang baik?@fikir
Kenapa eh, ada orang suka dengki dengan hidup orang lain eventhough orang tu tak kacau pun hidup dia? @fikir
Haih, sangat pelik kan perangai manusia dalam dunia ni? @sighBoleh tak kalau aku nak pindah tempat lain?@nangis

Muktamad, kali ni aku memang takkan toleh pada sesiapa dah if aku nak resign. Tak sanggup dah hidup dikalangan pengipas untuk kepentingan diri. @topi

6 Comments

Taking Chances

This is my current favourite songs. Entah. For me it sounds some kind of inspiration..@rindu

Taking Chances - Celine Dion

Don't know much about your life.
Don't know much about your world, but
Don't want to be alone tonight,
On this planet they call earth.

You don't know about my past,
and I don't have a future figured out.
And maybe this is going too fast.
And maybe it's not meant to last,

But what do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,

What do you say,
What do you say?

I just want to start again,
And maybe you could show me how to try,
And maybe you could take me in,
Somewhere underneath your skin?

**
What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,

What do you say,
What do you say?

And I had my heart beaten down,
But I always come back for more, yeah.
There’s nothing like love to pull you up,
When you’re laying down on the floor there.

So talk to me, talk to me,
Like lovers do.
Yeah walk with me, walk with me,
Like lovers do,
Like lovers do.

Don’t know much about your life
And I don’t know much about your world.

Leave a comment

Lupa

Aku tak tau sejak bila aku ni jadi pelupa.@sigh Agaknya banyak sangat hal yang aku nak kena aware. Banyak sangat hal yang aku nak kena fikir. Sampai banyak benda penting yang aku terlupa. Termiss. Paling malang, aku nyaris termiss birthday seseorang. Huhu...Selamat ada reminder masuk ke kotak emel aku. Kalau tak, sure ada yang kecik hati.@penat

Awal bulan ni, sepatutnya aku dah settlekan semua hutang piutang yang sepatutnya dah clear awal bulan ni. Tapi, malangnya aku boleh drag semua benda tu sampai jejak 5hb. Nasibla kalau kena penalti. Ataupun ada tunggakan. Huhu...@gigit

Beberapa hari lepas, big bos call aku. Tanya perkembangan bisnes dia yang dalam jagaan aku. Hu, dahla kena ceramah free. Lepas tu dia dok menambahkan kerja aku lagi. Waaa, manala aku tak jadi makin pelupa?@nangis

Ni claim aku pun tak buat lagi. Walhal aku memang start bebel dah kat orang lain kalau tak hantar claim sebelum 5hb. Huhu, cemana tuh?@males

12 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.