Archive for June 2008

Kasut vs Selipar

Biasanya, aku lebih suka memandu dengan selipar atau sandal sahaja. Sebab tak biasa. Takkan nak memandu dengan high heels? I’m not that expert. Huhu.. Lagipun, aku agak rimas bila memandu dengan kasut bertutup. Macam ada potensi menekan minyak lebih had bila memandu berkasut ni.

Biasanya juga, aku terus keluar kereta dengan selipar atau sandal yang aku pakai masa aku memandu tu. Kecuali nak pergi office. Kalau ke tempat lain, ada kemungkinan aku hanya berselipar aje. Kalau aku ingat, memang berkasutla aku masa tu. Kalau terlupa, alamat dengan selambanya aku berselipar ajela. Lagi pun sebenarnya, sangat penatla jalan berkasut ni.

Dah banyak kali juga kena tegur sebenarnya.

“Kak, hari ni akak memang lawa dengan baju baru tu. Tapi, satu je la. Kenapa pakai selipar kedai RM2 tu? Dah cacat sket appearance hari ni.”

Aku cuma mampu gelak aje. Haha…

“Weh, kasut kau yang beli berpasang-pasang tu kenapa tak mau pakai?

Sekali lagi aku cuma mampu tersengih. Bukan tak mau pakai, sayang nak pakai. Nanti tapak cepat haus. Haha…”

Minggu lepas, aku terpaksa ke bank untuk cash kan cek gaji. Masuk bank, terus ambik nombor giliran. Kebetulan tak ramai hari tu. Bilangan yang menunggu cuma seorang. Jadi, bila aku masuk ke ruangan menunggu tu memang nombor giliran aku yang dipanggil. Terkena pada sorang teller lelaki. Terus aku pandang kaki. Huh, selamat aku dah tukar kasut. Haha…Kalau tak mesti aku segan gila bila kena dok menunggu dia menyelesaikan transaction aku hari tu.

6 Comments

Unit Pascal

Makin banyak kerja, makin banyak pulak hal-hal luar jangka berlaku kat aku kebelakangan ni. Haih, memang banyak betul dugaan tahun ni. Terasa macam bebanan makin banyak menghempap aku sekarang ni.

Aku takut dengan keyakinan semua orang pada aku. Takut aku akan mengecewakan harapan orang lain. Memang orang nampak aku cool je secara luarannya. Dalaman? Hu, hanya aku dan DIA saja yang tahu.

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya

Tapi aku akui, aku dah semakin sensitif sekarang ni. Entah, mungkin tekanan demi tekanan yang aku terima jadi faktor penyebab kesensitifan tu. Agaknya la...Huhu..

Sekarang ni nak update blog pun rasa takde mood. Mana pergi mood aku? Mungkin dah terbang pergi bersama mood orang lain agaknya.
Harap en. mood tak pergi jauh. Takut susah pulak nak panggil balik nanti.

6 Comments

Cuma 2 Minggu!

Masa semakin suntuk. Semakin tiba masanya untuk itu. Tak terkejar rasanya. Banyak sangat yang nak diselesaikan.

Cuma 2 minggu saja masa yang tinggal. Agaknya dapat ke aku selesaikan semua urusan tu dalam tempoh 2 minggu?

2 minggu saja tempohnya. Dateline! Bukan deadline!

2 minggu lagi yang tinggal. Sangat singkat masa yang ada.

2 minggu saja lagi. Argh, makin tensi jadinya.

2 minggu tu bukannya menghitung hari untuk naik pelamin ya? Cuma menghitung hari untuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak yang sepatutnya kena lodge ke SSM hujung bulan ni. Urgh~

Bos, saya nak cuti panjang boleh tak???? Sangat tensi sekarang ni…..”

8 Comments

It's Too Late!

Aku pun tak faham. Kenapa ada orang yang suka nak ungkit hal-hal yang aku dah malas nak fikir? Kenapa nak serabutkan aku yang dah sedia serabut ni? Bukan aku berdendam, cuma rasanya dah takde apa yang nak dirungkaikan. Dah terlewat kalau nak perbetulkan keadaan tu. Aku dah terlalu lama memendam rasa. Sampai aku pun dah takde rasa apa-apa...

I'm holding on your rope,
Got me ten feet off the ground
I'm hearin' what you say but I just can't make a sound
You tell me that you need me
Then you go and cut me down, but wait
You tell me that you're sorry
Didn't think I'd turn around, and say...

It's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, it's too late

I'd take another chance, take a fall
Take a shot for you
And I need you like a heart needs a beat
But it's nothin new - yeah yeah
I loved you with a fire red-
Now it's turning blue, and you say...
"Sorry" like the angel heaven let me think was you
But I'm afraid...

It's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, it's too late

It's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, it's too late
It's too late to apologize, yeah
I said it's too late to apologize, yeah-
I'm holdin on your rope, got me ten feet off the ground...




p/s : Aku dah start pening kepala. Salah satu petanda bila aku stress. (O_o)

5 Comments

Naik 40%?

Dulu:

Orang kata: Harga petrol akan naik. Mari memenuhkan tangki minyak.

Aku kata : Takpela, aku tak ada kereta. Harga tambang bas pun naik juga ke?

Sekarang :

Orang kata : Harga petrol naik mendadak. Kenaikan sampai 40% mulai tengah malam nanti. Marilah kita bersama-sama memenuhkan tangki minyak sebelum kenaikan harga baru.

Aku : Huh, ye ke?

Hakikatnya, aku bersama-sama dengan semua orang yang mempunyai kenderaan. Berpusu-pusu dan beratur panjang petang semalam semata-mata untuk mengisi minyak buat kali terakhir dengan harga lama. Cuma aku tak sanggup nak menunggu lama dan meninggalkan apa yang wajib aku buat. Lagipun, bekalan petrol masih lagi cukup nak menampung perjalanan pergi dan balik kerja untuk tempoh dua hari.

Hari ni aku singgah mengisi petrol hanya kerana nak merasai harga baru petrol. Wah, memang banyak perbezaannya. Lepas ni bersedialah pulak dengan kenaikan harga barang-barang keperluan pulak ye? Huh, gaji bila pulak nak naik?

3 Comments

Relevankah?

Petang semalam, lepas habis menghadap abang bos menyelesaikan kerja tertangguh,aku pun melepak la kat ruang tamu office HQ. Dah dekat waktu balik pun masa tu. Sambil membelek-belek buku Gangguan Teksual. Tak lama lepas tu datangla adik-adik trainee ajak bersembang. Siap kena kerumun lagi. Macam semut mengerumuni gula. Dahla semuanya lelaki. Huhu... Selamatla semuanya pangkat adik-adik. Beza umur semua dengan aku dah dekat 7-8 tahun. Kalau tak, mau ada yang merah muka kat situ. Malu. Hehe…

Tiba-tiba sorang adik trainee ni bertanya soalan ni pada aku,

“Kak, relevan lagi ke prinsip kasih sayang lebih penting dari harta ngan wang ringgit zaman sekarang ni?”

Waha, macam nak memerangkap pun iye soalan ni. Mungkin juga diorang nak dapatkan pandangan dari orang yang lebih ‘berpengalaman’ walaupun taklah banyak mana pengalaman yang diorang boleh kutip. Mungkin juga diorang nakkan pendapat dari perspektif seorang perempuan.

Tapi, sebab muka masing-masing dah memandang aku, mengharapkan jawapan, terpaksa juga menyusun ayat. Nak memberi jawapan yang boleh memuaskan hati adik-adik aku tu.

Jawapan aku;

“Memang tak dapat nak nafikanla, zaman sekarang ni orang lebih memandang kebendaan. Tapi kalau nak kata tak relevan pun tak adil juga. Sebab kita tak boleh nak judge semua individu tu sama. Sebab setiap orang tu berbeza latar belakang, tahap pendidikan dan juga tahap pemikiran. Selain tu, rasanya faktor umur pun memainkan peranan juga. Contohla, kalau orang tu, contohnya seorang wanita berkerjaya and she already has almost everything that she wants in her life tapi cuma satu je yang dia kurang, iaitu kasih sayang. Mungkin dia tak kisah memilih seorang lelaki yang tak setaraf dengan dia hanya kerana lelaki tu mempunyai apa yang wanita tu perlukan. Masa tu dia tak kisahla orang nak kata dia bela lelaki tu ke, lelaki tu makan duit dia ke. Dia takkan kisah semua tu janji pada dia, lelaki tu dah berjaya menyentuh hati dia, boleh membahagiakan dia. Haha..That’s only my opinion. Lain orang, mungkin pendapatnya lain…Semua ada pro and conts nya, dik. Cuma nak kata tak relevan tu rasanya tak adil la kot. Sebab kita takkan boleh judge semua orang tu sama.”

Whoaa, rasa cam pelik je boleh pulak sembang hal yang agak-agak serius tak serius dengan adik-adik aku tu. Aku pun masih confuse lagi sebenarnya ni. Betul ke aku yang berkata begitu? (o_O)

5 Comments

aA + bB

Minggu lepas, setelah lama mencari akhirnya dapat juga ketemu novel terbaru Hlovate ni. Punyalah susah nak mencari kat Johor ni. Aku memang suka membaca novel-novel Hlovate ni. Mungkin sebab gaya bahasa yang santai (yang mengingatkan aku pada Zuraidah Othman) dan penceritaan yang tak terlalu melangkaui realiti hidup manusia biasa macam kita ni. Memangla kisah cinta tipikal antara lelaki dan perempuan. Tapi sekurang-kurangnya cerita tu tak terlampau perfect macam cerita fairy tale.

Kisah ni sebenarnya diangkat daripada salah satu e-novel di blog Hlovate. Mengisahkan bagaimana watak-watak dalam novel ni membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman dan bagaimana mereka membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri.

Lagi sinopsis ada di sini.

Ada satu perkara yang buat aku betul-betul tersentuh hati dalam novel tu. Ada satu part lepas Addin keguguran, Benz memujuk dengan kata-kata dari ceramah agama yang didengar di radio yang lebih kurang bunyinya begini, ‘sesuatu yang kita nak tu tapi kita tak dapat bukan sebab semata-mata Allah nak menduga kita, tapi mungkin Allah nak kita lebih bersedia mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab itu. Bila Dia tak bagi tu maknanya kita masih lagi belum bersedia memikul tanggungjawab tu.’

Yep, betul sangat la tu. And that applies to my life. Kalau nakkan sesuatu tu, we have to be mentally and phisically prepared. Memang nampak macam bersedia tapi sebenarnya kalau nak tunggu sampai apa yang kita hajatkan tu berlaku memang sampai bila-bila pun kita takkan bersedia. So, perlahan-lahan la berubah untuk kebaikan diri. Move on untuk sesuatu yang lebih baik. Jangan terlalu lama terpaku pada 1 kedudukan sampai terlupa kedudukan yang lain. Hidup kita sepatutnya makin ke depan, bukan ke belakang. Betul kan?

Sekurang-kurangnya walau novel tu untuk bacaan santai, ada juga ilmu yang kita boleh gunakan. Thanks to Hlovate. (*_^).

7 Comments

Time Flies~


Rasa macam sekali pejam je dah sampai bulan 6. Huhu.. Ayat standard tuh sebenarnya. Biasala kan, antara sedar dengan tidak, masa terlalu pantas meninggalkan kita dengan segala macam perkara yang kita kena selesaikan.

Dalam tempoh hampir 6 bulan ni macam-macam hal yang berjaya ‘mengejutkan’ aku dari ‘comfort zone’ aku selama ni. Terlalu banyak cabaran yang terpaksa ditempuh rasanya tahun ni. Tapi, Alhamdulillah. Dugaan dan cabaran itu semualah yang menambah pengalaman hidup dan mematangkan pemikiran.

Tahun ni banyak juga perkara baru yang aku pelajari. Memang permulaan pembelajaran tu agak sukarla. Sampai terbawak dalam mimpi hal kerja. Huhu… Tekanan perasaan rasanya masa tu. Alhamdulillah, hari demi hari hal-hal luar biasa tu dah jadi sebati dengan diri. Cuma kerja aku semakin banyak sampai kadangkala tak boleh nak cope. Mudah-mudahan tak lama lagi dapatla lagi sorang staff baru. Walaupun takkan jadi ringan tapi sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban yang sedia aku tanggung ni.

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.