Archive for May 2008

Kena Tag Lagi!

Ish, sabar jela. Baru ingat nak bernafas. Sekali ada tag lagi. Kali ni dari budak paling 'pendiam' pulak. Huhuh...

The Basics

Hair Color: Of course la natural colour. Tak pernah terpk lagi nak kasi tukar warna lain...
Eye Color: Biru. Haha, takdela natural colour jugala...
Profession: A cashier. A professional cashier. Haha…
Relationship Status: It’s complicated. Hahak.

My Favorites

Favorite Color: Blue, black, white, chocolate.
Favorite Car: Honda Jazz kot?
Favorite Movie: A Walk To Remember.
Favorite Hobby: Reading & listening to musics.
Favorite Song/Singer: Layan jer selagai boleh diterima telinga.
Favorite School Subject: Maths, Chemistry, Bio, PA (of course la, haha…)
Favorite Vacation Destination: Somewhere yang boleh bagi ketenangan.
Favorite Food: No specific foods.
Favorite Restaurant: No specific restaurant.
Favorite Animal: Kucing meow meow.
Favorite Celebrity : Farah Fauzana.
Favorite Childhood Friend: Normala.
Favorite Baby Name: Athirah.
Favorite Person In Your Life: Of course my families and my close friends

This or That

Chocolate or Vanilla: Chocolate.
Big Mac or Whopper: Double cheese burger.
Coke or Pepsi : Milo
Beer or Wine: Gilo ape?
Coffee or Tea: Tea lor..
Apple Juice or O.J.: Orange juice.
Facebook or MySpace: Facebook and Friendster.
Summer or Winter: Winter.
Windows or Mac: Windows.
Cats or Dogs: Kucing meow meow.
Boxers or Briefs: Err…kain batik bleh? :p
Rain or Shine : Both.
Chips or Popcorn: Chips.
Salty or Sweet: As long as tak terlalu manis atau masin untuk ditelan.
Plane or Boat: Boat. Hehe...
Morning or Night: Both.
Movie or Play: Both.
Walk or Drive: Both.
Money or Love: Both.
Breakfast or Dinner: Breakfast coz that’s the beginning of my day. Kalau tak makan bole jadik gastrik tuu…
Forgiveness or Revenge: I’ll give forgiveness. Tapi kalau sakit hati sangat sampai tak boleh handle, I’ll ignore that person’s existence. Huhu..
Paint or Wallpaper: Paint.
House or Apartment: House. Lagi prefer kalau di kelilingi suasana kampung. Huhu...


Have You Ever

Stolen Anything: Mencuri hati tu kira ,mencuri gak ke? Haha…
Been Drunk Before Noon: Mengong ke ape soalan ni?
Had Sex In A Public Place: Nauzubillah. Jangan buat perangai begini ye anak-anak?
Got Caught Telling A Lie: Yes and no. Tapi biasanya aku terus terang dengan orang yang aku tipu tu kemudian. Huhu…
Got A Speeding Ticket: Setakat ni belum pernah lagi, Alhamdulillah.
Been Arrested: Nope.
Had A One Night Stand: Heheh…ada ke?


Other

Describe Yourself In One Word: Straight forward.
Biggest Fear: Allah S.W.T.
#1 Priority In Your Life: Myself and my family.
Dream Job: Teringin nak join forensic la, boleh tak? Pengaruh CSI ni. Hee…

Where Are You Right Now: Atas kusi.
Where Would You Rather Be: Atas katil, tido.
Famous Person You Want To Meet: Rasul junjungan., Nabi Muhammad S.A.W. Huhu…
Place To Visit Before You Die: Mekah. Perform my haj.

And this tag is going to be stopped here. No more continuation. Siapa yang nak buat, silakan. :)

2 Comments

Tag Plak

Cesss. Kena tag pulak ngan Archiq. Hehe. Takpe, sambung je eh entri dr bawah ni. Kena explain sket apa benda yang ada atas meja aku nih.

1. Kalendar. Ni paling berguna bila nak lodge document ke SSM atau LHDN. Senang nak mencari tarikh yang sesuai supaya client takkan kena penalti. Kekadang jadi planner juga untuk diri sendiri.

2. Telefon. Telefon ni aku takkan jawab melainkan kalau ada call untuk aku. Biasanya daripada client la. Kekadang bos. Kekadang HR dept...

3. Notebook. Ha, kalau yang ni takde diibaratkan macam hilang sebelah tangan. Mana taknya, segala dokumen penting mahupun tak penting ada terkandung dalam ni.

4. Timbunan fail. Sebelah kiri tu sebenarnya fail yang dihantar anak-anak buah untuk aku review sebelum aku hantar pada abang bos. Sebelah kanan tu pulak fail kerja aku. Fuh~banyaknyeee kejeee...

5. Kalkulator. Ha, yang ni pun elemen penting juga. Kalau takde, rasa macam terseksa bila kena kira guna jari kaki ngan jari tangan. Hehe..

6. Alatulis. Kertas dan pensel tu aku gunakan untuk menconteng. Banyak jugalah nombor-nombor atas tu. Kalau orang tak faham mesti pening tengok nombor-nombor camtu.

7. Wireless mouse. Mouse ni dapat free masa beli notebook. Jadi, gunakan jela sendiri kat office ni.

8. Wayar-wayar berselirat tu pulak, terdiri daripada power supply, network dan juga charger ipod. Serabut. Huhu...

9. Kat depan meja ni ada 1 rak yang kami letakkan dokumen-dokumen client. Kebanyakannya dokumen company secretary la. Yang mana office kami ni akan jadi rujukan SSM bila SSM nak berhubung dengan company tuh.

Itu jela. Takde apa yang menarik pun atas meja ni selain daripada tuan punya meja. Haha... Cuma teringin nak tengok meja kerja;

1. Cik Ann-Nessa (silalah tunjukkan meja yang banyak kerja tuh :p)
2. Cikgu Jimi (teringin nak tengok meja kerja cikgu plak. :))

7 Comments

Tak Terluah...

Since dah ada yang menegur, so kali ni takmo cite yang sedih lagila. Actually bukan sedih pun. Cuma ada rasa yang tak boleh nak diluahkan. Nak marah tak boleh nak marah. Nak menangis tak boleh nak menangis. Nak menjerit pun tak boleh nak menjerit. Jadi terpendam macam tu jer. Bila dah lama sangat pendam tu ada sikit mental disorder. Huhu..

Aha, sekarang ni aku tengah belajar edit gambar. Takdela pandai sangat pun. Saya budak baru belajar. Saja je nak tempek gambar ni. Gambar meja kerja yang terbaru. Makin besar workspace makin banyak sepahnya. :) Lihatlah betapa sepahnya meja ini. Sampai kat bawah meja pun ada fail. Hehe... Itu tandanya memang tengah banyak kerja.

Jadi, bila blog ni tak berupdate maknanya meja ni tersangatla penuh dengan kerja-kerja yang perlu di selesaikan. Heee... :D

2 Comments

Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu, aku luangkan masa untuk majlis hari lahir sorang adik trainee kat office aku ni. Faiz namanya. Aku sangat suka menyakat dia ni. Bukan apa, rupa dia ada iras abang sulung aku. Tapi sayangnya dia ada sket lurus bendul. Hehe. Tu yang seronok menyakat dia.

Majlis ni pun sekadar suka-suka anjuran kawan-kawan dia yang juga sedang menjalani praktikal di office aku ni. Bajet pun sendiri-sendiri je. Cuma kami berkongsi duit untuk membeli kek hari lahir untuk dia. Planning nak men'terjal'kan si Faiz ni pun tak menjadi disebabkan sedikit masalah teknikal.

Masa ni sedang menunggu ketibaan dif-dif kehormat semua. Ada ke 'birthday boy' yang sampai dulu. Dahla nak surprise kan dia. Tau-tau dia yang kena menunggu orang lain sampai. Huhu...

Macam kena paksa je Faiz? Marah ye sebab nama orang lain lagi besar tertulis atas kek tu? Hehe...
Pinggan masing-masing yang dah licin setelah habis menjamu selera. Lapar sangat agaknya. Tuan punya kedai makan ni siap belanja rojak buah untuk birthday boy. Tapi malangnya orang lain yang tolong habiskan. Hehe...Yela, rezeki jangan ditolak kan?

Sesekali layan aktiviti macam ni memang seronok la. Hilangkan tekanan sekejap dengan bergelak ketawa. Lagipun tak luak apa pun kan bila kita luangkan masa untuk menggembirakan orang lain?

4 Comments

Jangan Lupakan~

Sangat suka lagu ni...
Jangan Lupakan - Nidji

ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku




3 Comments

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu dan juga bakal ibu kat luar sana. Semoga segala jerih dan perngorbanan kalian mengandung, membesarkan dan mendidik anak-anak diberkati Allah. Amin...

Juga Al-Fatihah buat Allahyarhamah ibu tersayang. Walau kita dah terpisah jauh, kasih sayang mak pada anak-anak masih lagi kekal terpahat kat dalam hati ni. Semoga mak di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Buat semua, hargai ibu dan bapa anda selagi masih berkesempatan. Jangan sampai timbul rasa menyesal bila kita dah kehilangan mereka nanti...

4 Comments

Melunaskan Hutang

Turn tag daripada Nana dan iNa pulak. Sori ye adik-adik, sibuk sangat sekarang ni. Huhu...

@ Orang yang BAIK adalah..
- Orang yang takkan mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

@ SAHABAT selalunya..
- Takkan melakukan sesuatu yang akan melukakan perasaan sahabatnya.

@ MenCINTAI adalah..
- Perasaan indah kurniaanNYA..

@ Putus CINTA bila...
- Kepercayaan yang diberi dirobek sesuka hati oleh orang yang kita sayang.

@ DUIT buat saya tiba-tiba jadi...
- Rambang mata. Rasa nak beli macam-macam bila ada banyak duit ni.

@ Saya RINDU..
- My mum. Huhu.. Al-Fatihah…

@ Cara saya menunjukkan KASIH SAYANG..
- Ambil berat tentang orang lain.

@ Bila saya DIKHIANATI...
- Saya akan lebih berhati-hati bila mempercayai orang lain.

@ Saya pilih BUNGA apabila...
- Ada orang murah hati nak belikan bunga. Haha…

@ Tiga orang yang saya ingin katakan I LOVE U setiap hari ialah...
1. Allah
2. Myself
3. Orang yang bakal berkongsi hidup dengan saya. :D

@ Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
- Pertama kali ditikam oleh seseorang yang mengakui dia kawan saya.

@ Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
- Dituduh dengan pelbagai gelaran hanya kerana menolak perasaan hati seorang teman.

@ Saya MENANGIS bila...
- Dah tak larat nak pendam masalah.. atau kehilangan sesuatu yang disayangi ataupun ada sesuatu yang menyentuh hati.

@ CANTIK pada kacamata saya…
- Bagaimana cara seseorang mengekspresikan dirinya sendiri kepada orang lain tanpa ada sikap hipokrasi.

@ Tak ada yang paling mengGEMBIRAkan saya melainkan...
- Dapat membahagiakan insan-insan di sekeliling saya…

@ Jika saya boleh UBAH sesuatu, ia adalah...
- Nak berada di samping arwah mak pada saat-saat terakhir hayatnya. Nak mintak maaf banyak-banyak sebab banyak sangat menyakitkan hati dia…

@ Jika SENYUMAN tidak boleh dihentikan, saya akan…
- Sujud syukur kot? Hehe..

@ Tiga orang INSAN paling penting dalam hidup saya...
1) Arwah mak dan abah. (kalau tiada mereka, siapalah saya kan? ;))
2) Adik beradik dan ahli keluarga yang lain.
3) Kawan-kawan rapat.

@ Jika saya ada RM 1 JUTA, saya akan berikan kepada...(selain 3 orang di atas)...
- Mungkin simpan dulu, bagi beranak. Lepas tu baru agih-agihkan pada yang memerlukan.

@ Jika kamu ingin BERJAYA, maka kamu mesti….
- Usaha banyak-banyak dan doa banyak-banyak

@ Warna yang memberi saya INSPIRASI...
- Hitam, putih, biru , coklat.

@ Duit bukan segala-galanya, TETAPI…
- Zaman sekarang ni ada ke yang tak memandang duit? :-?.

@ Saat paling MENYENTUH PERASAAN pernah saya lalui adalah…

  • Bila menghadapi saat pemergian insan tersayang betul-betul depan mata. Huhu…Betul-betul meraung masa tuh.
  • Bila berfikir dan merenung kembali perjalanan hidup sepanjang hampir 3 dekad hidup ni..

@ Saya akan TERSENYUM PANJANG bila…

  • Dapat jumpa anak-anak buah dan membuli mereka. Haha..
  • Bila masuk kedai buku then dapat buku atau novel yang dihajati.
  • Dapat menghabiskan masa dengan orang yang dapat menggembirakan hati.

@ Dan..bila saya GEMBIRA, saya…
- Tersenyum atau mungkin tertawa gembira atau mungkin juga menangis. :)

@ Jika saya tak dapat CINTA si dia, maka saya…
- Saya lebih rela melihat dia berbahagia dengan orang lain. Haha, sungguh poyo ayat itu.:p

@ Perkara yang paling INDAH telah saya lakukan SEMALAM adalah…
- Dapat selesaikan banyak level games babysitting mania tu. And that really makes me happy (^_^)

@ Jika saya boleh menulis sebuah buku, TAJUKnya adalah…
- Bagaimana Saya Boleh Terjebak Dengan Kehidupan Yang Rumit. Haha..

@ Sebelum saya PERGI buat SELAMA-SELAMANYA..saya ingin..
1. Buat amal jariah, kumpul pahala bebanyak.
2. Mintak maaf kat semua orang, atas semua salah silap.
3. Bahagiakan semua orang yang bermakna dalam hidup.

@ Saat melakukan semua 30 SOALAN ini, saya rasa…
- Bila la nak abis soalan ni ye? Dah mengantuk ni…

Tag ini terhenti setakat ini sahaja_.

4 Comments

Soalan- soalan Sengal

Soalan-soalan teka teki yang agak sengal daripada anak buah aku yang kami panggil Adik.

Soalan 1 : Acik, dalam banyak-banyak nenek, nenek siapa yang pandai terbang?
Soalan 2 : Pakdik, dalam banyak-banyak mi, mi apa yang paling pendek?

Tapi dalam banyak-banyak soalan teka teki dia aku memang salute dengan kekreatifan dia mereka soalan teka teki on the spot;

"Pa, dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang ada 3 mata dan 1 kaki?"

Nak tau jawapannya apa?

Ni ha, lampu isyarat. Haha...Boleh plak dia mereka soalan teka teki masa berhenti kat lampu isyarat. Tapi ni bukan binatang la dik..

Memang sengal. Entah perangai siapa yang diikutnya ya? :-?

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.