Archive for April 2008

Tikam Menikam

Petang kelmarin, terdengar topik yang Aleya ke udarakan masa segmen dia kat Hotfm. Tentang iri hati, hasad dengki, batu api etc. Apa yang akan kita buat bila berhadapan dengan situasi macam ni.

Ada seorang pendengar ni, lelaki. Aku tak ingat namanya. Katanya, biasanya di kalangan lelaki takde kes hasad dengki atau iri hati ni berbanding di kalangan perempuan. Iye ke? Mungkin la dia tak pernah berhadapan dengan orang yang suka tikam belakang ni. Pada aku mustahil di kalangan manusia tu takde sedikit pun perasaan iri hati dan hasad dengki pada orang lain. Cuma bagaimana diri individu tu sendiri meneutralkan rasa iri hati yang timbul dalam dirinya. Kalau dia pandai meneutralkan rasa iri hati yang ada dalam dirinya tu, maka takdelah adegan tikam menikam tu berlaku.

Entah, pada aku memang serik la berkawan dengan seseorang ni. Nama aje lelaki. Tapi perangainya lebih menyerupai perempuan. Mungkinlah influence persekitaran. Dikelilingi oleh kawan-kawan perempuan menyebabkan ‘perangai’ kebanyakan perempuan terlekat pada dia. Suka ambil tahu tentang orang lain, kuat merajuk, pantang ditegur akan merajuk berhari-hari lah jawabnya. Pelik. Penampilan memang tip top. Lelaki metroseksual katanya. Tapi perangai tersangatlah pelik. Berperanan juga melaga-lagakan orang lain sampai ada yang bermasam muka, berprasangka buruk sesama sendiri. Mungkin ada kepentingannya di situ. Tak tahulah.

Berbalik pada pendengar yang memberi pendapat tadi tu, katanya kalaulah hal tu berlaku padanya, dia akan bersemuka terus dengan individu tu. Tanyakan apa masalahnya. Memang, itu adalah tindakan yang betul. Tapi, bila terjumpa dengan spesies yang macam ‘kawan’ aku tu memang payah jadinya. Kalau kita tanya apa masalahnya, biasanya masing-masing pretend macam takde apa yang berlaku. Tapi belakang, dok berbunyi mengutuk macam-macam. Seolah-olahnya dalam dunia ni, dia sorang je yang perfect. Orang lain semua tak betul pada mata dia. Huh~ emo dah ni.

To be honest, aku memang dah tak percaya lagi pada individu itu. Buatlah macam mana pun. Sekali orang mengkhianati kepercayaan aku, sampai bila-bila pun aku susah nak percaya pada orang yang mengkhianati aku tu. Bukannya tak memaafkan, cuma jadi lebih beringat pada masa akan datang. Walau selama mana pun kita rasa kita dah mengenali seseorang kawan tu, adakalanya kawan yang kita rasa kawan terbaik itulah yang akan menikam kita dari belakang. Mungkin tak semuanya macam tu, tapi sekurang-kurangnya aku akan lebih berhati-hati mengenali yang mana satu kawan yang sebenar-benarnya kawan. Hmm…

5 Comments

Sila Abaikan..

Sila abaikan entri ini. Tuan punya blog sedang menghadapi masalah emosi yang kronik. (-_-)

Mengapa Dirindu (Allahyarhamah Saloma)

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

3 Comments

Matahari gwe!

Kegilaan menonton sinetron Kahwin Muda di TV1 setiap hari jam 7.30 malam tu secara tiba-tiba membuat aku 'terminat' juga pada si aktres dan penyanyi dari seberang ni. Minggu lepas aku ada terdengar satu lagu yang si Agnes Monica ni dendangkan kat radio. Bila Linda Onn menyatakan tajuk lagunya Matahariku, aku memang dah berniat nak mencari lagu ni. Tapi malangnya, kesibukan menyelesaikan aktiviti harian membuatkan aku terlupa hinggalah beberapa hari lepas, terjumpa lagu ni kat blog Ann. Terima kasih kat Ann sebab aku dah tak payah susah payah nak cari lagu ni. Hehe...

Matahariku - Agnes Monica

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Ku harus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Ku bersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu


Download di >>sini<<

4 Comments

Superhero?

Tag dari Archiq;

1- Apa superpower idaman anda? Choose only one.

Telepathy.

2- Siapa superhero/watak yang mempengaruhi pilihan itu?

Matt Parkman (Heroes).

3- Kenapa superpower yang itu?
Senang nak baca fikiran orang lain. Hehe… Yelah, selama ni aku selalu fikir yang baik-baik je pasal orang lain. Nak juga tau apa yang orang lain fikir pasal aku. Huhu…

4- Apakah kelemahan kamu? We're never b perfect right?
Haha, mungkin akan salah guna kuasa. Yelah, bila dah boleh baca fikiran orang lain macam-macam aku boleh buat. Boleh juga memporak-perandakan hubungan orang lain. Boleh juga diguna pakai bila aku jumpa seseorang yang aku suka. Hahah…jahatnye niat. Itu sebabnya takde power camtu. Niat dah tak betul…:p

5- Apakah nama superhero kamu?
Hahah. Boleh tak jadi superhero yang tak bernama? Kenapa mesti ada nama yang gah atau glamour hanya kerana kita boleh membantu orang lain?

6- Motto superhero kamu pula?
Tak payah ada motto. Cukup dengan renungan mata. Haha, saja nak buat trademark lain daripada yang lain :p

Tag ini dijawab dulu atas sebab jumlah soalan yang ditanya. Hehe. 2 lagi tag akan dijawab juga nanti ye?

Jadi, dengan baik hatinya tag ini akan dikembalikan kepada;
1) Nana
2) Ann [payback! >:)]

2 Comments

Tertekan~


Hidup sangat serabut sekarang ni. Banyak sangat hal yang nak kena ambil peduli. Biasalah kan, untuk dapatkan sesuatu, mesti ada sesuatu yang akan kita korbankan. Jadi, sekarang ni memang banyak yang telah aku korbankan disebabkan tanggungjawab baru ni. Haih~

Tapi, agak seronok juga sebab banyak perkara baru yang aku pelajari setiap hari. Bila ada authority tengok kerja orang lain ni aku tetiba teringat, apa yang aku hadapi sekarang ni adalah apa yang aku pernah bagi kat bos aku dulu. Macam mana aku pening menghadap kerja orang lain sekarang ni agaknya macam itulah bos aku pening menghadap kerja aku dulu. Haha, padan muka aku.

So untuk hutang-hutang tag semua, insya Allah akan aku jawab juga. Cuma mungkin lewat sikit ye? Sekarang ni dah tersangat pening dengan kerja yang menimbun atas meja aku. Boleh jadi migrain nanti. Haha.. Jadi sebagai persediaan memang kena bawak 3 benda ni ke mana-mana. Wajib ada dalam beg. Jangan contohi orang ini. Kadangkala bila taksub dengan kerjanya, dia akan terlupa makan. Banyak penyakit dah singgah. Hehe...

4 Comments

Tragedi April

Kisah benar 5 tahun lalu…

Seperti biasa, aku antara manusia yang akan ‘punch card’ paling awal bila tiba waktu balik setiap hari. Bukannya malas, Cuma keadaan masa tu tak mengizinkan aku untuk bekerja lebih masa. Kena mengejar pengangkutan awam untuk balik ke rumah. Biasalah, kemudahan awam. Bukan menentu masanya. Jadi, kitalah yang terpaksa menunggunya. Takanlah bas tu pulak yang menunggu kita kan? Hehe...

Petang tu, suasana seperti biasa. Tiada apa yang menarik. Kat perhentian bas yang biasa aku tunggu tu ada 2-3 orang lagi yang menunggu sama. 2 orang perempuan, yang mana kedua-duanya trainee baru kat office aku dan seorang lelaki memakai t-shirt pagoda. Cuma agak pelik bila hari tu kawan-kawan yang biasa menunggu bas bersama-sama dengan aku tiada. Agaknya mungkin ada yang mengambil kesempatan menyambung cuti sempena hari keputeraan Sultan Johor semalam.

Sambil menunggu tu aku memang duduk membelakangkan lelaki tu tanpa memikirkan apa-apa yang buruk bakal berlaku. Bersangka baik la kan? Tiba-tiba aku terasa ada orang memegang lengan aku sambil menarik beg yang memang aku sandang masa tu. Terkejut dengan keadaan tu, aku terus bangun. Tarik balik beg aku tu dengan lengan kanan aku. Dalam pergelutan tu, aku berjaya menarik kembali beg aku. Lelaki tu terus melarikan diri di celah-celah kawasan perumahan. Alhamdulillah, tiada apa yang hilang. Cuma lengan kanan terasa sengal akibat pergelutan tu. Bengkak jugalah lengan aku lepas tu. Terima kasih banyak untuk tukang urut yang susah payah tolong urut(walaupun aku tau dia takkan baca entri ni. Hehe..).

Semenjak peristiwa tu, aku memang tak berani nak tunggu bas kat situ. Aku terus tukar lokasi menunggu bas. Tunggu berdekatan dengan sekolah. Ramai parents tunggu anak-anak diorang balik. So takdelah cuak sangat. Nak bawak duit banyak pergi kerja pun tak berani. Barang-barang kemas pun selamat aku tanggalkan. Tak selesa. Biarlah nampak macam orang miskin pun, janji selamat. Haha..

Cuma bersyukur sangat sebab tak jadi apa-apa yang serius masa tu. Andai kata peragut tu bermotosikal, rasanya memang takde harapan nak menyelamatkan apa-apa masa tu. Kalau melawan ada kemungkinan aku jadi penghuni hospital lepas tu. Macam yang berlaku pada seorang wanita kat kawasan kejiranan aku ni. Sampai koma sebab nak pertahankan beg dari diragut. Hmm, nauzubillah. Mudah-mudahan jadi pengajaran untuk kita semua. Walau di mana pun kita berada terutamanya wanita, walau kita berkenderaan sekali pun, berhati-hatilah. Jenayah boleh berlaku di mana-mana, tak kira masa. Bila dah berlaku, menangis air mata darah sekalipun takkan merubah apa-apa. Jadi, lebih baik berhati-hati.


Inilah dia lokasi kejadian tu. Inilah rupabentuk bus stop tu selepas 5 tahun. Huhu..

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.