Archive for March 2008

Layan Tag Lagik...

Kena tag lagi da... Tapi macam menarik je tag ni. Jadi, maaf ye incik Curx. Nanti saya jawab tag lagi satu tu yer? :D Tag yang ni dari cik adik yang 'baik hati' ni. :p

:: INSTRUCTIONS :: - You guys kene menjawab soalan- soalan yang telah pun disediakan. Tetapi here’s the twist - You’ve got to answer the questions sambil mendengar lagu di Winamp or any music players, with list of your favorite songs in random / shuffle mode. And to make things even interesting, the questions are to be answered based on the songs you are currently listening to - like for each new question, you gotta hit “NEXT” on your player and see what song comes up next, and from there, you gotta answer the questions and the answer gotta be berdasarkan atau berkaitan dengan that particular song.

1] If Someone Say “Is This Ok?” You Say?
Lagu : Cry – Mandy Moore.
Komen: Wah, memang tersangat tak ok keadaan hidup aku sekarang ni. Banyak sangat yang nak diperhatikan dan nak di ambil kisah (T_T)

2] What Would Best Describe Your Best Personality?
Lagu : I Wanna Be With You – Mandy Moore.
Komen : Heheh, adakah semua orang akan berasa suka dan bergembira bila berada bersama dengan aku? :-?

3] What Do You Like In A Guy / Girl?
Lagu : Balada Hati - KRU.
Komen : Hah? Nih lagu orang yang kecewa nih. Mungkin ada ketikanya, aku suka lelaki yang melankolik kot? Hahah…

4] How Do You Feel Today?
Lagu : Bila Kau Tak Di sampingku – Sheila On 7.
Komen : Wahaha, kenapa tetiba terbayang ‘abang bos’ eh? :p Huhu, sedih. Semua hal dah kena handle sendiri sekarang nih. Tapi dalam masa yang sama, seronok juga sebab dapat rasa pengalaman baru. :D

5] What Is Your Life Purpose?
Lagu : Inikah Cinta – Sheila Majid.
Komen : Memanglah aku dilahirkan atas rasa cinta dan kasih sayang arwah mak dengan abah aku. Tapi, cinta itu bukanlah satu-satunya tujuan hidup aku kat dunia ni. :)

6] What Is You Motto?
Lagu : Soledad – Westlife.
Komen : Muahaha. Nonsense! Mana boleh hidup sorang-sorang dalam dunia ni? Tak pepasal jadi kera sumbang lak nanti. :p

7] What Do Your Friends Think About You?
Lagu : Cinta Dalam Hati – Ungu.
Komen : Hahah. Aku memang banyak pendam rahsia sendiri dalam hati jer. :p

8] What Do You Think About Your Parents?
Lagu : Dewi – Dewa 19.
Komen : Yeah, aku cinta padamu sampai mati…Haha. I’ll love my parents till the end of my life, Insya Allah…

9] What Do You Think About Very Often?
Lagu : Munajat Cinta – The Rock Feat Ahmad Dhani (Dewa 19).
Komen : Kehkeh…Adakah ini yang aku fikirkan? Mungkin juga… :D

10] What Do You Think About Bestie?
Lagu : Ceritera Cinta – Jac Feat Rio Febrian.
Komen : Huh? Cinta lagi? Tidakkkkkkkk la weh...

11] What Do You Think Of The Person You Like?
Lagu : Buses & Trains – Bachelor Girl.
Komen : Ye betul tuh. Walau sakit cemana sekalipun, perasaan jatuh cinta itu sangat indah. Hehe…

12] What’s Your Life Story?
Lagu : Falsafah Cinta - Slam.
Komen : Hmm, menarik. Tapi tak semestinya orang akan sukakan kita walaupun kita tak pernah menyakiti dia. Kuasa cinta juga mampu membuat manusia berbuat sesuatu di luar jangkaan. But that’s not me. :p

13] What Do You Want To Be When Grow Up?
Lagu : Love Like This – Natasha Bedingfield Feat Sean Kingston.
Komen : Erk, takde ke cita-cita yang lebih tinggi daripada ni? Haha. Tapi cita- cita yang bagus juga kan? Membahagiakan orang lain.:D

14] What Do You Think When You See The Person You Like?
Lagu : Cinta Di Akhir Garisan – Dessy Fitri, Nora, Ning & Ziana.
Komen : Haha. Akhir garisan? Takde harapan la tuh :p

15] What Do Your Parents Think Of You?
Lagu : Melawan Kesepian - Jikustik.
Komen : Adakah aku ini suka menyendiri? Hahah. Yep, sometimes I need some space for myself. :)

16] What Will You Dance To At Your Wedding?
Lagu : Whenever You Call – Mariah Carey Feat Brian McKnight.
Komen : Hehe…(^_^). Tapi...takde makne ah!

17] What’s Your Hobby / Interest?
Lagu : Cold – Crossfade.
Komen : Teringat pulak kat office sebelum ni. Nak solat pun sampai menggigil. Sebab sejuk sangat. Akibatnya, aku dah tak tahan sejuk sekarang ni. Hahah, takde kaitan pun da…

18] What’s Your Biggest Fear?
Lagu : Bleeding Love – Leona Lewis.
Komen : Huhuh, takut seh. Walau dah biasa tengok darah. Hahak…:p

19] What’s Your Biggest Secret?
Lagu : Menjaga Hati – Yovie & Nuno.
Komen : Salah satu kelemahan aku. Terlalu menjaga hati orang lain sampai kadang-kadang jadi tak berani nak menyuarakan perasaan sendiri. But, that’s not my biggest secret. :p

20a] What Do You Think About The Person Who Started This Tag?!!!
Lagu : Hampir Ke Situ – Mendua.
Komen : Eh? Dah nak sampai ke ‘situ’ ke? Alhamdulillah… Haha.. :D

20b] What Do You Think About The Person Who Tagged You To Do This Entry?!!!
Lagu : Musnah – Andra & The Backbone
Komen : Macam tau-tau je aku malas nak tag orang lain. Haha….Biasalah, saya kan budak paling baik (^_^).

Tapi, sebab tak nak hampakan harapan orang yang bagi tag ni, maka aku pun dengan baik hatinya mahu men'tag' kawan-kawan yang berikut:

1) Archiq
2) Curx [payback! >:)]
3) Zura
4) In [tgh 10sen + bz ni jomla layan tag ni. >:)]

5 Comments

Tougher Life

Life a bit more tougher nowadays. Banyak benda nak kena fikir. Hal-hal yang selama ni aku tak pernah peduli, aku dah kena ambik peduli mulai sekarang. Kena belajar macam mana nak handle satu organisasi. Walaupun takdelah sebesar mana, tapi at least aku kena juga tahu macam mana nak handle individu dalam satu-satu organisasi dan macam mana nak selesaikan masalah yang timbul. Tak kiralah masalah kerja atau masalah di antara individu dalam tu.

Quite interesting. Tapi kekadang rasa cam bengong juga. Yela, dengan ilmu yang tak seberapa ni, datang pulak manusia entah daripada mana dok tanya hal-hal yang selama ni aku jarang ambik tahu. Huhuh. Nak kata tak tahu kang susah pulak tetiba client yang selama ni bos aku dah jaga sebaiknya lari ke provider yang lain. Naya jer. Nak tak nak, kenalah juga pretend macam tahu. Buat muka confident nak explain solution utk masalah diorang. Hehe. Tu kira tipu sunat juga ke eh?

Ikutkan memang tak bersedia nak memikul tanggungjawab sebesar ni. Ditambah lagi dengan harapan semua orang yang terlalu yakin aku boleh pikul tanggungjawab ni. Memang rasa pressure yang teramatla memula tuh. Tapi, bila dah dapat cuti lama masa tak berapa sihat hari tu, aku belajar perlahan-lahan terima hakikat yang I can’t be static to one postion. Semua orang kena berubah. Memanglah susah nak terima perubahan. Tapi Insya Allah, lama-kelamaan kita akan boleh adapt dengan perubahan tu. So, just let it go with the flow. Tak payah nak fikir benda-benda yang belum jadi. Hadapi je segala apa yang akan datang tu. Kat situ lah kita boleh tengok sama ada kita boleh terima ataupun tidak segala ujian yang mendatang, macam mana kita cari jalan penyelesaian sesuatu masalah, etc….

Tapi, ada satu hal sebenarnya yang aku berat nak tinggalkan. Kesian plak bila aku dengar luahan hati one of my former colleague. Nampak sangat mcm bos aku lost bila aku dah takde kat sana. Sampai kena marah ngan big boss. Huhuh…Sebenarnya sebelum ni lagi aku dah macam nak tanya, dia berat hati ke nak lepaskan aku pergi? Tapi tak kesampaian pulak rasanya. Kang tak pepasal aku yang meleleh depan dia. Haha…

Haih, memang kena jadi se‘berdikari’ manusia nampaknya aku lepas ni. Belajar jadi manusia gagah. Hehe…Insya Allah, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Amin…

5 Comments

Tetiba jer...

Sejak cuti selama 2 minggu ni, aku memang jadi penunggu setia depan tv. Memang dah boleh hafal jadual siaran tv tu setiap hari. Kalau tak, takkanlah aku boleh setia menghadap siri CSI:NY tu setiap hari walau ada di antara episod tu aku dah pernah tengok. Siap boleh hafal waktu siaran lagi. Kekadang pengaruh siri tu sampai terbawak-bawak dalam hidup. Dahsyatnya pengaruh tv tu pada aku. Haha...

Satu lagi siaran tv yang akan aku ikuti setiap pagi adalah Hotfm AM Crew@8tv. Secara tak langsung, aku ikuti jugakla kekecohan mereka berdua yang kalut mencari pasangan beregu untuk badminton tournament yang baru berlangsung Jumaat lepas ni.

Hasilnya, pagi tadi si Fafau terpaksa akur bila kena denda memotong rambut separas bahu. Bila dah ikuti kronologi event ni dari awal aku rasa agak tak best jugak bila tak tahu kesudahannya. Nak buat macam mana, hari ni terlebih excited nak pergi kerja. Dah lama tak masuk office kan. Hehe..


So, inilah imej baru si Fafau yang sempat dirakamkan kat sini. Pendek juga rambutnya. Tapi kira okla. Bukannya botak pun kan? Hehe...

Macam pelik plak bila tetiba buat entri pasal ni. Pengaruh tv punya pasal la ni. Haha...

2 Comments

Feeling Well

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih 'berehat' di rumah tahap kesihatan dah bertambah ok. Mudah-mudahan akan bertambah ok dari hari ke hari. Rindu dengan office aku. Banyak kerja terbengkalai dalam masa 2 minggu ni. Hehe, itulah. Sebelum ni nak sangat cuti panjang, akhirnya dapat juga bercuti panjang daripada memikirkan hal-hal kerja dan juga hal-hal sampingan yang lain.

Fuh, betul-betul rest cuti ni. Banyak aktiviti harian yang biasanya aku jarang buat tapi bila cuti panjang ni aku dapat buat. Antaranya? Melayan program tv. Sebelum ni aku memang tersangatla jarang menonton tv melainkan nak menonton tv series kegemaran aku. Ini tak taulah, mungkin akibat kebosanan melampau, Diari AF yang sebelum ni aku tak berapa gemar tengok pun selamat aku tengok. Huhuh. Lepas ni jangan harapla...

Tak sabar nak naik kerja balik ni. Tetiba je jadi excited. Dah lama tak menjengah office. Hehe..Sebelum terlupa, nak say thanks untuk semua yang mendoakan kesihatan aku sebelum ni. Moga kalian dilimpahi kesihatan berterusan sepanjang tahun. Amin..

Salam Maulidurrasul juga untuk semua...

5 Comments

I'm Sick!

I'm sick! Dari hari Sabtu aku demam. Rupanya bukan demam biasa. Kena ayam pecah da (baca: chicken pox). So, jumpa doktor semalam pun doktor cuma bagi mc 3 hari jer. *Sigh*. Dari semalam sampai esok. Tapi rasa macam nak kena sambung cuti je ni.

Terima kasih banyak pada colleague yang banyak bagi petua dan nasihat untuk penyakit ni. Ada yang kata penyakit aku ni penyakit kanak-kanak. Huhuh, sabar ajelah.

Jadi, perpindahan aku ke office baru terpaksalah ditangguh ke waktu lepas aku sihat sepenuhnya.

Wah, memang dapat rehat sesungguhnya lah. Alhamdulillah. Dapat juga download movie dan drama series yang tak dapat dihabiskan sebelum ni. Oh ya, aku dah pun habis menonton Ayat-Ayat Cinta The Movie. Insya Allah, nanti akan aku ulas dalam satu entri yang lain.

Untuk semua, jaga diri ya. Jangan sampai jatuh sakit. Nanti susah. Selera makan pun takde, macam aku ni. Huhuh, rindu betul pada selera makan aku. (T_T)

9 Comments

Harapan?


Harapan? Perlu ke kita memenuhi harapan orang lain sedangkan harapan sendiri terpinggir? Perlu ke kita mengikut kehendak orang lain semata-mata nak menjaga hati?
Tahukah kita bila kita terlalu mengharap suatu yang terbaik daripada seseorang, kita sebenarnya secara tak langsung memberi tekanan kepada seseorang itu. Tekanan kerana semua orang menganggap yang dia mampu mengharungi segala cabaran yang merintangi hidupnya.

Hakikatnya, dia juga manusia biasa. Sekuat mana pun dia, tetap mengharapkan sokongan yang mampu menyokongnya tiap kali dia terjatuh mahupun tersungkur menyembah bumi. Lebih-lebih lagi bila hal itu melibatkan suatu 'beban' tanggungjawab yang bakal merubah seluruh kehidupannya.

Selama ini kekuatannya hanyalah doa dan tawakal kepada Allah. Kalau kita tak melupakanNYA, insya Allah DIA takkan melupakan kita. :) Kalau tidak bersandarkan pada Allah, mungkin dia takkan berdiri lagi di sini. Mudah-mudahan kekuatan dan ketabahan tu masih lagi menjadi miliknya walau sekuat mana pun ribut taufan yang melanda. Aminn...

*Memang agak menekan bila terpaksa memenuhi harapan orang lain...(T_T)

2 Comments

Ke'ngerian' Berulang!

Pagi semalam, hujan turun dengan lebatnya. Ikutkan hati yang malas, memang aku tak mahu pergi kerja. Tapi, sebab bos dah suruh aku hantar report pada client, maka aku menggagahkan diri juga pergi ke sana.

Sampai sana, aku nampak ramai manusia. Tengah tunggu giliran untuk ujian memandu masing-masing (company ni institut memandu). Dalam hati dah cuak, ada kemungkinan aku bertemu dengan manusia yang aku ceritakan dulu kat sini.

Memang niat tak mau lepak lama pun kali ni. Faham yang diorang sibuk. Siap aje serahkan report pada kakak officer tu, aku memang nak terus balik. Sembang sekejap dengan salah sorang pengajar kat situ yang kebetulannya pernah mengajar aku masa aku belajar kereta dulu. Tak sempat nak berbual panjang, tetiba datang la orang yang aku ceritakan kat sini dulu tu. Sembang jugala dengan dia. Kang kalau aku balik terus nampak obvious plak macam nak melarikan diri. Hehe..

Tiba-tiba, kakak officer tu panggil aku masuk. Pelik juga, sebab sebelum tu aku memang dah mention aku tak nak masuk sebab basah. Tapi aku masuk jugala, sebab ingat ada pape yang dia nak tanya kan. Sampai je dalam tu kakak tu mention;

Kak L : Aku bukan apa, aku tak nak kau dekat-dekat dengan dia tu.
Aku : Uik, nape kak?
Kak L : Bahaya. Dia tu pandai sembur-sembur. Kang ada kau tak balik rumah pulak.
Aku : Hah? Ye ke? (Dengan muka cuak)
Kak L : Iyer...Duduk diam-diam kat sini.

Aku pun lepak la juga sekejap kat situ. Menenangkan diri, sambil berfikir cara nak balik tanpa bertembung dengan dia. Huhuh...

Agak-agak dah tenang, aku pun melangkah keluar dari situ. Malangnya, orang itu masih ada di situ. Siap tanya aku dah sarapan ke belum. Terpaksa menipu lagi yang aku dah sarapan, sedangkan perut dah berkeroncong mintak di isi. Takut woo. Kang kalau dia ajak sarapan sekali naya jer.

Dugaan betul. Selama 2 tahun ni aku berjaya tak memunculkan diri depan dia. Dia je yang selalu nampak aku bila aku ke sana. Aku ngeri weh...Ni yang buat aku rasa tak mahu ke sana lagi. Rasanya lepas ni, despatch jela yang akan jadi mangsa menghantar dokumen ke sana. Huhu..

6 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.