Archive for February 2008

Tag I

Huhuh, kena tag la plak. Daripada Curx. Jawab jela. Tapi jawab 1 dulu yer? 1 lagi nanti tunggula bila takde idea nak update apa bolehla jawab eh? :p

1. Name one person who made you laugh last night?
My24. Seronok mengusik saya ye? Takpe, ada lori ada bas. Lain kali boleh balas. :p

2. What were you doing at 0800?
Baru sampai office untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Solat Isyak.

4. What happened to you in 2006?
Alhamdulillah, memang hidup rasa aman dan gembira masa tu. Tapi tak sangka ada juga ‘kawan’ yang tak menyenangi kegembiraan yang aku kecapi waktu itu. Apa nak buat, nama pun manusia. Tak pernah nak mensyukuri apa yang ada pada mereka. Malah lebih suka menyalahkan orang lain bila apa yang mereka miliki tak seperti yang mereka harapkan. Hmm…

5. What was the last thing you said out loud?
“Boleh tolong cepat sikit tak? Aku nak nak pergi kerja, bukannya nak bersiar-siar!” (Menjerit sorang-sorang dalam kereta bila kereta depan tu dipandu dengan kelajuan 10km/j sedangkan waktu tu jalan raya tersangatlah clear).

6. How many beverages did you have today?
Pagi teh tarik, tengahari & petang ni milo tarik dan juga air masak.

7. What color is your hairbrush?
Apa eh? Biru kot? Haha…

8.What was the last thing you paid for?
Bayar harga barang-barang keperluan yang aku beli kat Mydin tadi.

9. Where were you last night?
Dok depan laptop, bersembang dengan beberapa orang rakan. Melompat ke beberapa blog. Bila dah terasa mengantuk, zZzZzZz la jawapannya :)

10. What color is your front door?
Warna kuning air kot?

11. Where do you keep your change?
Dompet. Kadang-kadang kat dalam tabung kalau dompet dah penuh dengan syiling.

12. What's the weather like today?
Err..tatau. Tak nampak cuaca. Dalam office memang sejuk dari pagi ke petang. Hehe..

13. What's the best ice-cream flavor?
Apa-apa pun bole aje. Tapi aku sangat suka Sundae Cornetto Chocolate McD. :D

14. What excites you?
Buku dan muzik. Kalau jumpa these 2 items aku memang boleh lupa dunia. Hehe..

15. Do you want to cut your hair?
Nope. Belum ada cadangan lagi.

16. Are you over the age of 25?
Huhuh, apa punya soalan da. Tak lama lagi nak jejak 30’an da weh...

17. Do you talk a lot?
Ikut mood. Kalau kena waktunya dan lawan cakap tu, memang banyaklah cakapnya. Kalau tak, aku lebih suka diam dan memerhati.

18. Do you watch the O.C.?
Nope.

19. Do you know anyone named Steven?
Nope.

20. Do you make up your own words?
Ada juga. Cuma tak pernah nak catit kat memana.

21. Are you a jealous person?
Kadang-kadang. Tengok keadaan. Yang penting bukan cemburu buta atau cemburu yang bakal memusnahkan diri sendiri. (*_^)

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Ann (^_^)

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Kamarudzaman (My charming abang bos. Haha…)

24. Who's the first person on your received call list?
Unknown number. Maybe from one of my clients.

25. What does the last text message you received say?
Apa eh? Tak ingat dah…Dah dipadam pun. :D

26. Do you chew on your straw?
Sometimes.

27. Do you have curly hair?
Apa punya soalan ni?

28. Where's the next place you're going to?
Tidurla, apa lagi? Haha..

29. Who's the rudest person in your life?
Individu yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

30. What was the last thing you ate?
Bubur ayam. Nyum2…

31. Will you get married in the future?
Hmm, no comment. Jika diizinkanNYA mungkin ya atau mungkin juga tidak.

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Entah. Dah lama tak menonton. Hehe…

33. Is there anyone you like right now?
Err…O_o

34. When was the last time you did the dishes?
Yesterday.

35. Are you currently depressed?
A bit. Lagi bila dah confirm dapat tanggungjawab baru ni. But I know, I can face the challenge, insya Allah…

36. Did you cry today?
Yes. Kebetulan. Tatau nape tetiba rasa terpinggir hari ni. Tapi setakat setitik air mata jela. Haha..

37. Why did you answer and post this?
Sebab kena tag dengan orang yang dengki bila kita tak update blog. :p

38. Tag 5 people who would do this survey.
Saya adalah seorang yang baik hati. Maka saya takkan sebarkan virus tag ini kepada sesiapa. Kalau ada di antara anda sekalian yang mahu menjawab tag ini, dengan segala hormatnya dipersilakan. Haha…

3 Comments

Bakal Dicampak Lagi?

Aku fikir, bila dah dekat pilihanraya ni big boss aku akan jarang naik office la. Lagi-lagi bila sekarang ni aku dah di tempatkan kat branch. Maka, peratusan untuk jumpa bos tu memang tersangatlah kecil. Entah apa mimpi agaknya bos aku malam tadi, hari ni sebelum lunch hour dia singgah office kami. Ingatkan cuma singgah sekadar untuk bertanya khabar. Rupanya ada perkhabaran lain yang dibawa. Perkhabaran yang buat aku rasa macam nak jatuh terduduk. Huh~

Baru je nak menyesuaikan diri kat tempat baru ni. Tak sampai 2 bulan pun kat sini. Alih-alih dilamar untuk menggantikan staf yang bakal berhenti bulan depan kat branch satu lagi. Aduh, satu lagi tanggungjawab yang perlu aku pikul ni. Kalau ikutkan hati memang tak mahu. Sayang nak tinggalkan environment sekarang ni. Kesian dengan sparing partner aku sekarang ni. Dia dah la baru nk set up office tu. Ingatkan bila aku dok sana bolehla bantu mana-mana yang perlu. Sekali bos nak campak ke branch lagi satu la plak. Isk..

Bila fikirkan, memang agak menyusahkan la. Tapi, dari sudut positifnya dia nak suruh aku belajar benda-benda baru. Plus, mempraktikkan ilmu pengurusan yang aku belajar dulu. Hmm, takpelah. Selagi belum ada komitmen keluarga ni, terima ajela tanggungjawab ni. Memula memang payah la. Lama-lama nanti insya Allah ok la kot. Huhuh, mudah-mudahan...

4 Comments

+ve Thinking :)

Kalau kita nak orang jaga hati dan perasaan kita, jagalah hati dan perasaan orang lain dulu.
Kalau kita rasa diri kita teraniaya, cubalah fikirkan semula, mana tahu kita pernah menganiayai orang lain.
Kalau kita rasa kita terasa hati dengan orang lain, cuba renungkan kembali perbuatan kita sebelum ni. Mana tahu pernah menyinggung hati dan perasaan orang lain.

Ada orang pernah cakap pada aku, apa pun perbuatan kita atas muka bumi ni Allah akan bayar cash. Cepat atau lambat, semua perbuatan akan ada balasannya. Cuma sama ada kita menyedarinya atau pun tidak.

Pada aku pulak, kalau kita tak mahu sesuatu perkara yang tak kita sukai berlaku pada kita, jangan sesekali kita buat perkara tu pada orang lain. Cuma kadangkala ada juga timbul rasa geram bila apa yang kita tak sukai tu berlaku juga pada diri sendiri walau aku tak pernah lakukan hal yang sama pada orang lain. Mahu tak mahu, terpaksa juga meredhakan. Mungkin ada perbuatan jahat aku pada orang lain yang belum lagi dilunaskan balasannya.

Alangkah bagusnya kalau semua manusia boleh berfikiran rasional. Takkan mencari kesalahan orang lain andai berlakunya sesuatu di luar jangkaan. Sebaliknya memuhasabahkan diri sendiri apa yang menyebabkan berlakunya hal yang tak diingini tu. Juga terapkan fikiran positif dalam kehidupan harian. Andai setiap manusia sebegitu, rasanya memang aman la dunia ni daripada sikap iri hati dan dengki sesama sendiri. Takkan adala manusia yang berperasaan hasad dengki bila kita redha dan gembira dengan apa yang orang lain ada walau kita tiada apa yang mereka ada. Betul kan? Tapi berapa ramai agaknya yang boleh berfikir positif ye? :-?

4 Comments

Ketagihan Blog?

While surfing, found this interesting. Hehe. Mari mencuba beramai2... :)

61%How Addicted to Blogging Are You?

2 Comments

Ta Ya Fa Wau

Tipu. Bohong. Lie. Semuanya sama maksudnya. Rasanya semua orang pernah menipu. Tak kiralah tipu sunat ke tipu untuk melarikan diri ke ataupun menipu untuk kebaikan orang lain. Tapi kebanyakan dari kita lebih suka menggunakan alasan ‘tipu sunat’ untuk menampakkan ‘penipuan’ tu suatu yang membawa kebaikan.

Tak salah menipu untuk kebaikan. Tapi bila kita asyik menipu untuk ‘cover’ orang lain dengan alasan tak mahu menyakitkan hati seorang yang lain, mungkin, mana tau suatu masa nanti penipuan itulah bakal memakan diri kita sendiri.

Bak kata pepatah, bercakap bohong lama-lama mencuri. Itu dah pun tunjukkan bahawa menipu ni kalau diamalkan boleh membawa keburukan pada diri sendiri. Yela, mula-mula tipu kecil-kecilan. Macam menipu masa beli barang kat kedai ke, masa isi minyak kenderaan ke, tipu bos masa kerja ke. Bila dah biasa sangat menipu, dah boleh jadi penyakit. Lagi kalau jenis menipu tu dengan muka confident. Senang je kita ni tertipu.

Aku pun biasa juga menipu dengan alasan untuk kebaikan orang lain. Untuk jaga hati orang lain. Tapi bila diri sendiri kena tipu? Barulah rasa betapa tak bagusnya menipu tu. Biasanya aku akan berterus terang juga bila ada sesuatu yang aku sembunyikan dari seseorang dengan cara menipu. Tak tahulah, memang tak sampai hati nak menipu. Lagipun, arwah mak aku dah pesan, tak baik menipu, BERDOSA! :)
Cuma lepas tu kena terima hakikatlah apa yang akan dihadapi atas perbuatan kita tu.

Jadi, sesiapa yang ada menipu atau ada niat untuk menipu, cubalah berterus terang dengan orang yang cuba ditipu tu. Makin banyak kita menipu, makin banyak penipuan yang kita cipta yang mungkin menyakitkan orang lain. Mudah-mudahan mereka akan memaafkan kita atas apa yang telah kita lakukan.

8 Comments

Membaiki Hati

Bila dengar lagu ni kat ipod semalam, terus teringat zaman remaja dulu. Hehe...Besides Lady Rain, aku suka lagu ni juga. Layan jela~

Klik >>sini<< kalau suka. :)

Indecent Obsession – Fixin’ A Broken Heart.

There was nothing to say the day she left
I just filled a suitcase full of regrets
I hailed a taxi in the rain
Looking for some place to ease the pain, ooh
Then like an answered prayer
I turned around and found you there

* You really know where to start
Fixing a broken heart
You really know what to do
Your emotional tools can`t cure any fool
Whose dreams have fallen apart
Fixing a broken heart

Ever could understand what I'm going through
There must be a plan that led me to you
Cause of the hurt just disappears
In every moment you are near, yeah
Just like an answered prayer
You make the loneliness easy to bear

* repeat

Soon the rain will stop falling baby
Let's I'll forget the past
'cause here we are at last

* repeat


Leave a comment

Tahun Baru Lagi?

Rasa macam baru je menyambut tahun baru. Minggu lepas sambut lagi satu tahun baru. Hehe, rasanya belum terlewat lagi nak ucapkan Happy Chinese New Year untuk yang menyambutnya la.

Cuti kali ni aku habiskan masa kat kampung. Seperti biasa, membersihkan rumah sebelum kenduri doa selamat. Cuma yang aku ada sikit rasa bengang bila terpaksa bersesak-sesak nak balik kampung. Jammed di highway! Rasa macam nak tendang je sume kereta-kereta bernombor plat *** tu. Boleh tak bagi kami rakyat Malaysia ni balik kampung dengan aman? Bukan nak jadi selfish. Cuma kadangkala kereta-kereta 'mereka' tu yang memenuhi jalan raya negara kita bila tiba musim perayaan ni sampai kita 'terseksa' dengan kesesakan. Sepatutnya kerajaan dah kena hadkan kemasukan kereta-kereta dari sana ke sini, macam yang 'mereka' buat pada kita. Huh maaf, ter'emo' pulak. Tapi, akhirnya aku decide lalu jalan luar je. Aman sikit. Alhamdulillah, selamat juga sampai kampung.

Alhamdulillah juga, kenduri yang dijadualkan tu berjalan dengan lancar. Dapat juga berkumpul satu keluarga dengan makcik dan pakcik aku. Macam biasa, telinga dah lali dengan soalan-soalan cepumas. Dan seperti biasa juga, aku terpaksa menahan sedaya upaya :)

Dapat jumpa anak-anak buah aku. Sempat snap gambar diorang ni sebelum maghrib, waktu tengah bersiap-siap menyusun atur pinggan mangkuk. Geram kat si Nazirah tu, tapi tak sempat nak snap gambar dia sorang-sorang.

*Dari kiri : Ira (anak kawan kakak aku), Nazirah, Farhana (atau lebih mesra aku panggil adik), Nadhirah ngan Nurul :)

Pagi Sabtu aku terpaksa balik sebab kena kerja. Hu~sedih. Tapi, takpela. Lepas ni rumah pun dah ok. Dah boleh balik selalu, insya Allah. Nak mengajak orang balik rumah pun takdelah segan sangat nanti. Hehe..Ada sesiapa nak ikut aku balik kampung? :D

14 Comments

Best Friends


Got this really cute sms;

A boyfriend stabs u in the heart..
A stranger stabs u in the front..
A friend stabs u at the back..
But bestfriends don't carry knives.. (^_^)

Thanks to the sender :p

7 Comments

3 Dara Pingitan

Hujung minggu lepas, balik kampung untuk attend majlis pertunangan salah sorang teman rapat masa sekolah menengah dulu. Macam tak sangka. Cepat sungguh masa berlalu. Terbayang-bayang lagi camne life 10 tahun dulu, masing-masing masih lagi tercari-cari arah lepas SPM. La ni, dah ada yang jadi mak orang dan bapak orang pun. Haha..Salah satu petanda yang umur kami dah meningkat. :)

Bila aku tengok gambar ni, teringat gelaran yang kawan-kawan berikan pada kami kebelakangan ni. Tiga dara pingitan. Hehe, nampaknya kami bakal kehilangan salah seorang ahli tak lama lagi. Tinggallah kami berdua jer. Masih lagi enjoy dengan kehidupan sendiri. Alhamdulillah. Hanya masa yang akan menentukan.

Tahniah untuk Zareen. Moga sampai ke jinjang pelamin. Akhirnya kau juga yang pecahkan rekod antara kita bertiga yer? Siapa pulak agaknya yang akan jadi penutupnya eh? (^_^)

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.