Archive for January 2008

Observer!

Kebelakangan ni aku suka menjadi seorang pemerhati. Kadangkala ada situasi yang tak mengizinkan aku untuk berbicara. Maka aku lebih suka memerhati daripada berbicara. Bukannya merajuk, Cuma mungkin aku tak merasakan keperluan untuk berbicara atau pun mengulas apa yang berlaku itu.

Seronok juga jadi pemerhati ni. Macam-macam kerenah, gaya dan juga cerita yang kadangkala kita tak fikir akan berlaku dalam situasi harian kita. Suka memerhatikan bagaimana seseorang tu menangani situasi yang biasa dihadapinya mahupun yang jarang-jarang ditemuinya.

Dalam pemerhatian tu, aku ternampaklah bagaimana suatu kebenaran cuba disembunyikan walau hakikatnya jika kebenaran tu terbongkar, memang orang yang menyembunyikan cerita sebenar itu akan malu sendiri atas keterlanjuran kata dia selama ni. Ibarat menjilat semula apa yang pernah diluahkan dulu. Mungkin juga akan mengejutkan orang di sekelilingnya yang selama ni lena dihujani kata-kata manis yang sebenarnya terkandung racun berbisa. Aku cuma menunggu sampai saat tu muncul nanti. Bukan untuk membalas dendam, cuma teringin nak melihat reaksi orang yang dikejutkan dari mimpinya tu. Adakah masih lagi boleh menerima dengan hati terbuka atau sebaliknya.

Bagaimana pula bila sesuatu yang dirasakan sempurna oleh orang lain tetapi tidak bagi seorang yang lainnya? Orang yang merasakan apa yang dilakukan selama ni cukup sempurna semestinya terpukul bila apa yang dilakukan tu dikritik hebat oleh orang lain. Tapi, itulah namanya manusia. Sangat sedikit yang mahu melihat kekurangan diri berbanding kekurangan orang lain. Masih lagi mahu mempertahankan apa yang dilakukan walaupun dah nyata apa yang dibuat tu tak menepati kehendak orang lain. Lebih suka menuding jari pada orang lain berbanding merenung kukurangan diri. Tak suka melihat yang positif di sebalik suatu yang negatif.

Mungkin ini salah satu pengajaran untuk diri sendiri. Aku nak mencuba muhasabah diri melalui pemerhatian aku ni. Mana tahu, suatu masa nanti boleh buat kajian sendiri. Hehe. Mudah-mudahan. Cuma bila banyak memerhati kerenah manusia ni aku tiba-tiba ada rasa macam nak mendalami bidang psikologi pulak. Mana tahu, suatu masa nanti panjang umur, ada rezeki boleh sambung pengajian bidang ni. Siapa tahu kan? (*-^)

3 Comments

Lelah

Wah, letihnya minggu ni. Rasa cam nak tido bungkus hari-hari.
Nak update blog rasa malas.
Nak online pun takde mood.
Jadinya, memang jarang berkunjung ke blog kawan-kawan lain. Maaf ye?
Ada kemungkinan aku menukar ISP dalam masa terdekat ni.
Bolehla online di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Tapi, segalanya masih dalam perancangan.
Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Aminn..

4 Comments

o_O

Penat. Letih. Pancit. Sume ade. Kelelahan sepanjang minggu cukup terasa. Rasa macam nak tido sepanjang hari je hari ni. Tapi, takkan la nak buat camtu kan? Ade yang kena siram air nanti. Haha..

Alhamdulillah. It’s good to be back home again. Banyak hal yang aku tinggalkan rupanya sepanjang seminggu ni. Banyak yang perlu aku kejar balik. Tapi takpela, insya Allah ada masa untuk aku catch up semula apa yang aku tertinggal tu.

Hari pun rasa macam sikit bengong. Tak dapat nak berfikir dengan betul hari ni. Penat sangat agaknya. Tapi paksakan diri juga naik kerja. Nak menjenguk keadaan office setelah seminggu ditinggalkan.

Tapi bila dah settlekan field work kat Shah Alam aku memang dah rasa lega sangat. Lepas ni dah boleh tumpukan perhatian pada kerja-kerja yang lain yang menunggu. Macam ni jela flow nya setiap tahun. Takkan berubah sampai bila-bila melainkan aku dah berhenti kerja dari sini. Haha..

Tak lupa, nak ucapkan terima kasih kat Ieba, Brad dan Aci yang sudi nak jumpa saya hari tu. Moga apa yang dah terjalin ni takkan hilang ditelan masa.

2 Comments

Sibuknye Sayee....

Bulan ni aku isytiharkan sebagai bulan paling sibuk. Belum sempat menarik nafas kelegaan lepas siap satu kerja, datang lagi kerja baru. Start esok sampai Jumaat aku kena outstation ke Shah Alam. Blur sebenarnya ni. Yela, sebab tak kenal lagi company ni macam mana. Apa main activity diorang. Heheh, serabut seh. Tapi takpelah, nama pun kerja kan?

Untuk mengelakkan kebosanan sepanjang kat sana, aku dah sediakan apa yang akan aku bawa bersama. Ni dia. 2 buah novel (kredit utk Ryn :) ) berserta si pujaan hati, ipod nano yang baru aku beli minggu lepas.

Dah lama tak tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama rasa berat hati lak. Rasa cam nak bawak rumah sekali jer. Haha. Mental. Bukan lama pun. Lima hari jer. Tapi lima hari pun, bila bersama dengan orang yang kita rasa tak best jadi macam lima minggu tau. Haha. Mudah-mudahan aku dikurniakan ketabahan hati sepanjang lima hari ni yer? Amin….

4 Comments


Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1429.
Moga kehadiran tahun baru membawa sinar kebahagiaan untuk semua.
Moga kepahitan semalam berlalu dengan munculnya hari ini.
Moga kita beroleh sesuatu kebaikan dalam tahun baru ini.
Moga tahun baru menjanjikan ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan buat semua. (*-^).

2 Comments

Jalan Cinta

Jalan Cinta - Sherina (OST Ayat-Ayat Cinta)

Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Derai air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yg telah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
Oo...Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita...

*Salah satu lagu daripada OST Ayat-Ayat Cinta. Terjumpa pun disebabkan kerajinan menggodek multiply. Hasilnya, jumpa juga 1 album penuh. :)

6 Comments

My New Workplace (^_^)

Ini meja kerja aku yang terkini. My peace workplace. Walau ada sikit rasa terpinggir, tapi aku rasa seronok. Maksud terpinggir di sini adalah, terpinggir dari dunia luar bukan dipinggirkan oleh sesiapa ye?

Memang sunyi, tapi rasa aman dan tenang daripada sebarang gangguan. Tanpa ada rasa meluat atau menyampah pada sesiapa. Tanpa ada rasa nak muntah hijau hari-hari. Haha..

Yang penting, aku boleh jadi diri diri sendiri. Takde siapa nak pertikaikan dengan siapa aku berkawan. Takde yang nak pertikai kerja apa yang aku buat. Juga takde orang yang nak pertikai, apa yang aku dapat dan berapa banyak gaji yang aku dapat bulan ni. Semuanya atas diri sendiri sekarang. Yippie! (^_^)

9 Comments

Tag Tahun Baru

Sekejap je dah empat hari berlalu. Baru teringat, ada 1 hutang tag dengan amirez. Hehe, maaf yer? Semenjak berpindah kedudukan ni banyak hal yang nak diselesaikan. Jadinya, tinggallah blog ni bersawang sekejap.

Seperti yang dikehendaki oleh tag amirez ni, maka inilah jawapannya. Catitan kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2007 (tak mengikut turutan peristiwa ye?). Antaranya;

  • Berjaya memandu ke KL setelah 2 tahun lulus ujian memandu. Hahah, sangap punya pasal sanggup jer (^_^).
  • Memulakan kegilaan download tak kiralah mp3 ke drama ataupun movie.
  • Belajar mengenali SUDOKU dan KAKURO. Tapi dah lama dah tak melayan mende alah ni.
  • Kena tikam bertubi-tubi dari belakang oleh seorang ‘sahabat’. Aku tak mahu mention lebih-lebih, nanti sakit hati. Huhuh…
  • Aku baru sedar yang ada ramai manusia hipokrit di sekeliling aku. Huh~
  • Dapat peluang mengembangkan potensi diri di penghujung tahun. Alhamdulillah.
  • Mengenali ramai kawan-kawan baru hasil blogging. Thanks to all. Nice to know each one of you. (macam ucapan selebriti jer :p)
  • Mengenali adik-adik trainee yang best. Seronok sangat berkenalan dengan korang. Harap relationship kita semua takkan putus yer? (*-^)
  • Banyak mempelajari hakikat kehidupan sepanjang tahun ni.
  • Kehilangan sesuatu yang paling aku sayang. Perit. Tapi terpaksa meredhakan apa yang hilang tu. Sampai sekarang belum lagi ketemu pengganti yang sesuai dengan jiwa. Hahah, bunyi macam putus cinta. Tapi sebenarnya bukan. Jangan buat spekulasi yer? :p

Rasanya itu je yang termampu difikirkan setakat ni. Kalau ada lagi, nanti akan ditambah kemudian. Aku pun takde rasa nak menyebarkan virus tag ni pada sesiapa. Kalau ada yang nak buat, silakan.

5 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.