Archive for October 2007

Hurt Attack!

Sedih kan, bila perbuatan baik yang kita hulurkan tapi dibalas sebaliknya?
Sedih juga kan, bila kepercayaan yang kita berikan dibalas dengan pengkhianatan?

Lagi sedih bila orang yang kita harap-harapkan rupanya mengambil kesempatan atas kebaikan yang kita hulurkan.

Aku selalu percaya, kebaikan yang kita hulurkan pada orang lain tu akan terbalas juga walaupun bukan daripada orang yang kita hulurkan kebaikan tu. Memang itu pun yang selalu berlaku pada aku. Cuma kekadang rasa kebaikan yang kita hulurkan pada orang disekeliling sewenang-wenangnya diperkotak katikkan. Juga terkadang terasa diri selalu dipijak-pijak oleh orang lain dan aku hanya mampu membiarkan diri dipijak sesuka hati.

Positive thinking. Ini yang selalu aku tekankan pada diri sendiri. Paling penting, jangan suka berprasangka buruk pada orang lain. Tapi, kenapa ya susah sangat nak berfikiran positif, berprasangka baik pada orang lain? Susahnya bila berdepan dengan ‘masyarakat’ yang mementingkan diri sendiri ni.

Entahla, kalau ikutkan aku memang malas nak memikirkan hal-hal yang menyakitkan hati ni. Tapi aku kesal bila aku berdiam diri, macam-macam cerita yang timbul. Paling aku kesal, orang yang selama ni aku percaya, aku hormat dah menikam belakang aku bertubi-tubi rupanya. Alhamdulillah, Allah tu maha adil dan mudah-mudahan hidup orang-orang sebegitu masih lagi dilimpahi nikmat kebahagiaan. Aku takkan berdendam. Masih ada lagi secebis dua kenangan manis untuk aku kenang sepanjang hayat aku. Lagipun, hidup kita bukannya lama pun kan? Entah esok atau lusa dah sampai giliran kita.

Biarlah, aku bersyukur masih dapat hirup nafas di bumi Allah ni. Alhamdulillah. Mudah-mudahan masih lagi dikurniakan ketabahan menghadapi segala dugaan mendatang. Amin...

P/s : tiba-tiba rasa sayu sangat bila dengar lagu Aishah ni. (T_T)

5 Comments

Tidurlah, Selamat Malam...

Semput. Pancit. Semua ada. Minggu yang sibuk sejak balik dari bercuti. Memang tak sempat nak menjengah blog kawan-kawan. Jangan ada yang terasa hati yer?

Sebenarnya dah lost track dengan kerja. Maklumlah, cuti lama sangat. Jadi, memang ambik masa sikit nak continue job yang terhenti sebelum raya. Selamatla dapat bos yang memahami. Cuma terkilan dengan sikap ‘seseorang’ yang lebih suka bercakap daripada bertindak kat office aku ni. Takpela, yang penting kerja aku dah siap. Yeay! Tapi minggu depan dah kena start job baru la pulak. Isk...

Semalam pulak, sibuk dengan majlis hari raya yang office aku anjurkan. Seronok juga walaupun penat. Hasilnya, semalam aku tidur lepas Isyak sampai pagi. Bangun pagi lepas subuh baru siapkan kerja yang sepatutnya aku siapkan. Kalau bos tengok ni mesti bangga. Hehe..

Tapi dalam kesibukan ni pun sempat la aku kumpul lagu-lagu lama (takdela lama sangat pun). Kebanyakannya lagu-lagu yang aku suka zaman-zaman sekolah dulu. Hehe. Terima kasih banyak untuk warga multiply! (^_^)

Malas nak fikirkan hal-hal yang menyakitkan hati tu. Biarkan semuanya ikut arus. Jangan hanyut sudah la.. Mudah-mudahan aku masih mampu lagi menjadi manusia yang boleh memaafkan orang lain. Amin...

Mesti ada yang pelik sebab tajuk entri macam takde kaitan je dengan entri. Haha, bukan apa. Sekarang ni aku suka sangat lagu Bersama Bintang ni. Dapat lagu ni daripada trainee kat office aku. Kalau rasa berkenan, mehla sedut kat sini (^_^)


6 Comments

Penyejuk Hati :)

Sekiranya dirimu merasa tersendiri, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia sentiasa menemanimu.
Sekiranya dirimu merasa kesunyian, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia sentiasa menjadi penghiburmu.
Sekiranya dirimu merasa tertekan, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia adalah tempat penggantungan setiap sesuatu yang sedang dlm kebuntuan.
Sekiranya dirimu merasa hiba, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia adalah penawar bagi segala duka.
Dia, Tuhan Yang Maha Mulia,
Tuhan Yang Maha Lembut lagi Maha Penyantun,
adalah segala-galanya dan tiada yang lain dapat menandingiNYA dalam
seluruh kehidupanmu! :)

3 Comments

Raya Yang Tak Raya

Tak sedar dah masuk raya ke-enam hari ni. Ada yang dah mula bekerja pun. Aku je yang masih lagi bercuti. First time aku sambung cuti raya sepanjang 5 tahun aku kerja ni. Ada jugak suara-suara sumbang yang berbunyi. Tapi, peduli la. Bos aku pun tak kata apa-apa bila aku nak cuti. Apa hak orang lain nak pertikai kan? Aku dah penat fikirkan hal orang. Jaga hati orang lain. Tapi orang lain ada ke fikirkan perasaaan aku? Sama je kan, buat baik ke jahat ke orang tetap mengata. Jadi, aku buat ajela apa-apa ikut suka hati aku. Senang kan?

Cerita tentang raya, to be honest aku tak rasa pun suasana raya tahun ni. Ada yang tanya aku, puas tak beraya tahun ni? Tapi aku tak tahu nak jawab macam mana. Tahun ni raya pun macam bercuti aje. Yelah, balik kampung semata-mata nak mengemas rumah yang belum siap diubahsuai tu.

Sehari sebelum raya aku dengan kakak dan adik bertolak balik kampung dengan semangatnya sebab nak mengemas rumah. Sampai je rumah memang tak sangka keadaan rumah jadi macam tu. Barang-barang dalam rumah semua dah tunggang langgang macam kena pecah masuk. Memang bersungguhla mengemas sampai tak sedar hari dah petang. Cadangan asal memang nak bermalam kat sana. Tapi bila tengok keadaan rumah yang tak berapa selesa untuk didiami, kami pun bertolak balik ke JB petang tu juga. Cuma adik aku je yang nak beraya kat sana. Sadis juga bila fikirkan balik apa yang jadi petang raya tuh. Mana taknya, hari terakhir berpuasa aku cuma berbuka puasa minum air aje, dalam kereta pulak tu. Tambah pulak bila dengar takbir raya lepas maghrib tu. Waaa, sebaknye. Memang meleleh la air mata petang tu. Tapi, hakikatnya aku dah buat pilihan kan. Jadi hadapi ajela dengan tabah. Hehe...

Pagi raya pertama tu, aku memang tak larat nak fikir apa la. Penat seharian mengemas dan berulang alik semalamnya pun tak hilang lagi sebenarnya. Pertama kali berhari raya kat bandar. Sejarah tuh. Hehe. Kalau nak fikirkan sedih, memang dok meleleh ajela sepanjang hari. Ditambah pulak program tv especially drama la sumenye sedih-sedih belaka. Bila fikir semula, aku bukannya sambut berseorangan pun. Dan juga bukan menyambut kat tempat yang terlalu asing buat aku. Cuma keadaan sekeliling sunyi sepi la sebab kebanyakan orang balik kampung. Cuak pun ada. Yela kan, waktu-waktu macam ni la orang suka nak buat jahat. Tapi, Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku.

Raya kedua kami bertolak semula ke kampung sebab nak ziarah kubur arwah mak dan abah. Dahla hari-hari biasa pun susah nak ziarah. Waktu raya ajela kalau nak ziarah pun. Selesai ziarah, balik rumah. Dah meriah dengan suara budak-budak. Diorang pun seronok je bila kitorang balik. Yela, nak duit raya kan? Hehe, seronok betul jadi kanak-kanak. Tak payah nak fikir apa-apa. Senang je hidup.

Sebelum balik JB petang raya ketiga tu sempat jugalah aku beraya ke rumah 2 orang sahabat baik zaman persekolahan dulu. Tapi tak berapa seronok sangat sebab biasanya beraya beramai-ramai ziarah dari rumah ke rumah. Tapi tahun ni mana ntah semua kawan-kawan aku hilang. Semua dah ada komitmen sendiri kot. Jadi, aku beraya jela sendiri mana yang sempat. Macam-macam juga cerita aku dapat termasuklah cerita tentang orang yang aku dah lama nak jumpa. Bukan kecewa, cuma terkejut. Takpela, aku cuma mampu berdoa dari jauh, mudah-mudahan dia berbahagia dengan hidupnya. Amin...

Tahun ni tak sempat bergambar pun. Sebenarnya malas. Hehe. Gambar anak-anak buah je yang banyak. Mak sedara diorang malas nak bergambar. Tunggula bila rajin yer? (^_^)


3 Comments

Salam Aidilfitri


Aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan selamat menyambut Aidilfitri untuk semua kawan-kawan sama ada yang mengenali atau pun tidak. Maaf atas segala kekasaran bahasa atau keterlanjuran kata sama ada disedari mahu pun tak disedari.

Buat yang memandu pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan dan selamat ke destinasi yang dituju. Ingatlah orang-orang tersayang yang menanti kepulangan kita.

Sebenarnya, aku masih lagi tak berada dalam mood hari raya. Banyak sangat hal yang nak difikirkan. Entahlah, walau macam mana benci atau menyampah sekali pun, aku kena hadapinya juga dengan tabah. Mudah-mudahan Allah masih lagi mengurniakan kesabaran untuk aku hadapi apa-apa juga dugaan yang mendatang. Amin...
Tidaklah dikatakan hidup,
jika tiada penawar untuk sebarang kepahitan.
Hidup sukar untuk diduga,
tetapi sedalam2 lautan pun nelayan itu tetap meredah geloranya...
Thanks for this quotes. (^_^)

3 Comments

Kawan Baik :-)

Got this from one of my emails. Rasa macam nak tujukan untuk seseorang la...>:)

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

3 Comments

Apa Rasanya Yer?

Apa perasaannya berhari raya di rantau orang yer? Sedih tu memang tak dapat dinafikan la. Berjauhan dengan insan-insan yang disayangi. Terutamanya kedua ibu bapa berserta keluarga la.

Bayangkan kita berhari raya bersendirian di luar negara kerana melanjutkan pelajaran. Hanya ditemani rakan-rakan senegara yang dikenali. Dengar pulak lagu Dendang Perantau tu. Mesti menusuk kalbu kan?

Bayangkan kita berhari raya dirantauan disebabkan tuntutan kerja kita. Sama ada berjuang untuk mempertahankan negara, mahupun sekadar mencari rezeki untuk menyara keluarga. Tak dapat tidak, pasti ada kesayuan yang bakal bertandang dalam diri bila mendengar takbir di pagi hari raya tu.

Bayangkan diri kita berhari raya buat kali pertama tanpa keluarga kita. Macam mana perasaannya setelah sekian lama berhari raya dengan keluarga sendiri, tiba-tiba tahun ini kita tak dapat berhari raya bersama mereka. Ish, agak-agak menitis tak air mata masa pagi raya tu?

Bila fikir-fikirkan kemungkinan tak dapat beraya kat kampung tahun ni, aku selalu terbayangkan kemungkinan-kemungkinan kat atas tu. Memangla sedih, cuma bersyukur sebab walau aku tak dapat berhari raya kat kampung, ahli keluarga aku masih ada lagi berdekatan dengan aku.

Jadi, jangan selalu menangisi atau meratapi nasib diri. Cuba toleh sekeliling kita. Kalau kita rasa kita kurang bernasib baik, mungkin ada orang yang lebih kurang bernasib baik dibandingkan kita.

2 Comments

Menjelang Syawal

Kurang 2 minggu lagi dah nak raya. Sekelip mata je kita dah nak tinggalkan Ramadhan. Tengok sana sini pun dah meriah orang buat persiapan raya. Dengan kuih, baju, kasut, langsir dan segala macam benda baru yang dibeli mahupun disiapkan sempena menyambut raya ni.

Tapi, peliknya aku tak terasa pun kemeriahan nak beraya tu. Tak terasa macam nak beraya pun. Buat persiapan pun sekadar mencukupkan syarat. Tak tahu kenapa. Macam takde hati je nak beraya tahun ni. Memang nampak orang lain sibuk buat persiapan. Bila masuk shopping complex pun lagu raya berkumandang sana sini. Tambah dengan booth yang berselerak menayang baju dan kuih raya. Lagi la nampak macam dah dekat benar dengan raya tu. Aku je yang tak berperasaan. Hehe...

******
2-3 hari ni aku diserang pening kepala. Ingatkan pening kepala biasa aje. Yela, mana tau kot-kot ade salah makan ke. Bulan puasa ni diet makanan tu pun bukan tentu sangat. Aku pun buat tak tahu aje la.

Tapi bila pening ni berlanjutan sampai ke 2-3 hari aku dan syak, ni mesti ada kaitan dengan cermin mata aku. So, semalam aku pun pergilah cek mata. Sah, kena tambah power lagi. Selamat tak tinggi sangat. Tambah dalam 50 jer belah kanan.

Pelik juga ni. Biasanya pening ni jadik kronik bila aku kat office jer, especially masa menghadap kerja. Ada gak yang kata benda ni jadik sebab aku stress. Entah la, aku admit banyak sangat hal yang berlaku kebelakangan ni. Antaranya hal yang buat aku sedih sesangat. Kerja yang melampau tahap gaban pun ye gak. Banyak sangat fikir agaknya.

Dah, jangan fikir banyak sangat. Kita fikirkan hal orang, orang lain bukan fikir pun hal kita, ye tak?

Adeh, pening la....agak-agaknya kalau buang terus cermin mata ni ok tak eh? :-?

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.