Balancing Amount

Saja nak gila kuasa, buat entri sampai 2 hari ni. Hehe...

Ahad yang bingung. Sepanjang minggu terbeban dengan kerja-kerja yang tak pernah surut. Dah dapat lap top baru ni lagilah melambak kerja depan mata. Hari ni pun, lepas siap kerja-kerja rumah aku dah menghadap kerja yang aku bawak balik semalam. Sambil melayan teka teki anak buah aku yang sorang ni. Sempatla siap 1 job. Cuma terhenti kerja bila rasa otak dah tak balance lepas mengadap akaun yang tak balance. Haha...

Takpela, sekurang-kurangnya boleh juga alihkan pemikiran daripada memikirkan hal-hal yang sedang menimpa orang-orang yang aku sayang di sekeliling aku. Makin aku fikir nanti aku yang sedih sendiri. Haih, ter emo lak. Huhuh...

******
Bukan mudah nak puaskan hati orang lain. Kadangkala kita fikir kita dah buat yang terbaik untuk diri dan orang lain. Tetapi masih ada juga orang lain yang tak berpuas hati dengan apa yang kita dah lakukan tu. Kenapa ye? Kenapa susah sangat nak puaskan hati orang lain?

Bukan orang lain aje, kadang-kadang kita pun tak berpuas hati dengan apa yang kita dah lakukan, apa yang dah kita perolehi. Masih tak mensyukuri nikmat yang DIA dah kurniakan kepada hamba-hamba yang dikasihiNYA. Kenapa ye? Lumrahnya, kita akan mula menghargai sesuatu tu bila kita dah pun kehilangannya. Masa tu baru nak rasa menyesal, baru nak meminta pertolonganNYA dan keampunanNYA atas kelalaian dan kealpaan atas kehilangan sesuatu tu. Barulah juga kita nak mendekatkan diri kita kepadaNYA.

Tapi, mujurlah Allah itu maha mengasihi. Tidak dipinggirkan hamba-hambaNYA yang selalu mengabaikan dan melupakanNYA. Malah, diberikan pengampunan kepada hamba-hambaNYA yang banyak berdosa ni. Alhamdulillah, mudah-mudahan rahmat Allah masih lagi bersama kita.

Mudah-mudahan juga kita akan belajar mensyukuri apa jua yang dikurniakan kepada kita. Juga sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mengurniakan kesabaran dan ketabahan atas apa juga dugaan mendatang.

“Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah..”

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Balancing Amount

  1. betul..betul..bukan mudah nk puaskan atie org lain..just kite cube buat yg terbaik sudah le..kalo ade jugak yg x puas atie..abaikan saje yg x puas atie kalo yg x puas ati tu leh menggangu jiwa..hahahaa

    ReplyDelete
  2. tuh la. biasanya bila dah bengang sangat memang saya buat tak tahu jer...:)

    ReplyDelete
  3. jangan banyak pikir.

    hihi. ^_^

    ReplyDelete
  4. buatla sesuatu untuk diri kita sendiri wak..mmg susah nak puaskan hati org lain,hihi

    ReplyDelete
  5. Wah! rajinnyer kak hajar nie buat entri sampai 2 dalam satu hari. Umie lak 2 entri dlm 1 minggu. Hehehe..

    Banyakkan bersabar yer kak.. cakap pasal nie sampai bila2 pun x abes. umie pun dah terbiasa dan lali dengan kes2 macam tu. sekarang nie dah malas nak pk pasal org lain dah. buat mana yg terbaik sudah.

    ReplyDelete
  6. cik boo ni xmo updatekah?hikss...masih kat entry lama lagi ni..hikss..

    ReplyDelete
  7. curX >>> kena gak pk...:)

    faisal >>> itu la dia. kekdg jenuh nk penuhi kehendak org lain tp kita sendiri merana :(

    umie >>> rajin? time rajin rajin la...hehe

    insya Allah, mudah2an masih lg mampu bersabar :) thanks k?

    zura >>> ehe, dh ade la..:p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.