?? - 27 = 0!

Cerita 1 :

Hari tu hari Jumaat. Tak tahu kenapa, tapi suasananya havoc semacam aje rasa. Nak kata hujan, tak hujan. Nak kata ada tsunami, kawasan yang aku berada sekarang ni bukan kawasan laut. Nak kata ada gempa bumi pun bukan. Tapi kenapa rasa macam riuh rendah sangat suasana hari ni yer?

Keluar dari tempat aku berlindung, aku nampak suasana memang kacau bilau. Bangunan tinggi banyak yang dah menyembah bumi. Bangunan KLCC pun nampak dah condong, tunggu masa nak rebah aje agaknya. Kubah masjid yang cantik sana sini pun dah banyak yang rebah ke bumi. Petaka apa agaknya yang melanda bumi kita ni?

Nak mencari saudara mara yang dikenali pun memang payah. Tak tahu macam mana nak cari. Hilang punca. Tiba-tiba ada yang bersuara, “Petanda dah hampir ni. Bersiap sedia lah semua.”

Tiba-tiba teringat, aku pernah terbaca artikel yang mengatakan sekarang ni matahari dah terbit dari barat. Adakah kemungkinan dunia akan kiamat bila-bila masa sahaja?

Ye, memang itu cuma sebuah mimpi. Tapi apa agaknya perasaan kita bila tiba-tiba kena berhadapan situasi macam tu? Apa agaknya tindakan yang akan kita lakukan? Mimpi tu aku alami pagi tadi. Sampai hari ni terbayang-bayang lagi kat fikiran ni suasana masa tu. Alhamdulillah, walau ia cuma sebuah mimpi, namun cukup menginsafkan aku. Mungkin Allah masih lagi mahu mengingatkan aku yang lupa ni supaya meningkatkan amal ibadat sempena pertambahan umur aku tahun ni. Terima kasih ya Allah....

Cerita 2 :

Bangun pagi, masih lagi mamai dengan mimpi yang aku alami tu. Sambil tangan membelek handphone. Ada 5 sms ucap selamat hari lahir. Ek? Hari ni 21hb ke? Mamai, walau lepas maghrib semalam dah ade yang wish. Hehe.

Alhamdulillah, dapat gak hidup setahun lagi. Tapi, bertambahnya umur kita ni sebenarnya hidup kita dah makin pendek. Tolak jela dengan bajet umur pencen kita sebagai manusia ni, entah berapa tahun je lagi tinggal sisa hidup kat dunia ni. Kalau panjang, Alhamdulillah sempat la juga nak beramal ibadah. Tapi entah-entah esok lusa kita dijemput pulang. Siapa tahu kan? Hanya DIA maha mengetahui.

Terima kasih ya Allah, untuk semua keindahan yang aku nikmati kat dunia ni. Terima kasih juga atas setiap dugaan dan pancaroba yang KAU kurniakan sebagai ujian kepada hambaMU ini. Sesungguhnya hambaMU ini insan yang lemah.

Aku berharap semoga pertambahan umur ni makin mematangkan aku sebagai manusia dari pelbagai aspek, sama ada sebagai anak kepada arwah mak abah, kakak kepada adik aku, adik kepada abang-abang dan kakak-kakak aku, sebagai staf bos aku ataupun sebagai kawan kepada kawan-kawan sekelian.

Terima kasih untuk semua ucapan dan harapan kalian. Tak kira lah melalui sms, phone call, forum mahu pun yang tinggalkan pesanan kat tagboard blog ni. Harapannya, semoga segala kebaikan juga dilimpahkan kembali buat semua. Insya Allah....

Uih, terpanjang lak entri ni..:p

P/s : Curx, cube kira cukup tak 1,300 patah perkataan? :p

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

11 Responses to ?? - 27 = 0!

  1. bagus! hebat! teruskan usaha mu gaban!

    lepas ni kena tulis pantun english lak. ngiahaha. >:)

    ReplyDelete
  2. gaban ek?
    hahak, tuh kena masuk kelas tuition dulu br leh buat :p

    ReplyDelete
  3. Uiks!! besday akak ek 21hb??! sorii.. terlambat tahu plak :D hehe

    Pepon,umie ucapkan :-
    Selamat Hari lahir yg ke-27..
    Semoga panjang umur & diberkati hidup.. Serta,
    DiMurahkan rezeki & tercapai segala yg dihajati..
    AMENN...

    Tambahan - umie pun pernah alami mimpi ttg hari kiamat kak hajar.. dalam 2-3 kali gak la.. umie nampak langit jatuh ke bumi, bumi begegar, orang2 bertempiaran lari dan suara azan berkumandang di setiap pelusuk.. sedar2 rupanya dah masuk waktu subuh.. :)

    ReplyDelete
  4. tak cukup...

    baru ada 461 patah perkataan... tapi dah ada 2431 hurup...

    hehehe...

    ReplyDelete
  5. cik arin,
    aku rasa ko ni quite popuuler jgk ye dlm dunia blog memblog.. ajar weh? anyway..happy birthday... sori lambat skit. smg lbh bbahagia d hari2 yang akan datang... muahh!!

    p/s : no tepon tukar ke?
    nana sengal
    0166300475-no paling baru...

    ReplyDelete
  6. umie >>> alahai, terima kaseh yer?
    mudah2an cmtula dan semoga segala yang baik tu pun akan dilimpahkan kembali pd umie ;)

    memang takut pun, cume ambil ia sebagai ingatan untuk diri sendiri jer laa... :)

    archiq >>> aiyak, rajin lak tolong kire neh :p

    nana >>> weh, cane ko leh jupe blog aku ni? ehe, nk blaja ker? mai2, aku ajar. balik jb belanje aku :p

    nway, thanks k? aku still gne no lama lagi. kau je dh bape kali tuka no...

    ReplyDelete
  7. Kak hajar x celebrate besday ke? insan tersayang kasi ape? *hehe sibuk jerk umie nie* owh yer, umie tak pernah nengok ghupe akak.. :p so, taknak tunjuk ke:p

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday awk, moga apa yg awk impikan slama ini akan tercapai..:) moga diberkati umur dan dimurahkan rezeki yg halal,amin..dah tau birthday awk hari ni, cume tak sempat nak wish...sbb tengok kat mail awk tarikh 2108 tu,hehee

    ReplyDelete
  9. umie >>> ehe, x celebrate pun. dh tua2 cmni. tunggu merdeka kot, celebrate ngn bestfriend ms kat skolah dulu :D
    gambar? kat entri sbl ni kan ade. kt friendster pun ada.

    faisal >>> terima kasih. xpela, better late than never (pinjam ayat zura) :)

    ReplyDelete
  10. awak sorie lambat wish...happy belated birthday...may all ur dream come true..muahss...:D

    ReplyDelete
  11. zura >> hehe, thanks k? better late than never...;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.