Under Pressure T_T

Perlukah perubahan dalam hidup kita? Untuk apa perubahan tu sebenarnya? Adakah untuk kebaikan diri atau melarikan diri daripada sesuatu?

Hmm...makin lama fikir makin rasa nak buat sesuatu perubahan dalam hidup. Bosan dengan persekitaran yang sama dan juga kebosanan dengan kehidupan harian. Tapi kadangkala terfikir juga, rasa sayang untuk meninggalkan sesuatu yang jadi kebiasaan untuk memulakan sesuatu yang baru. Yelah, banyak kenangan yang dah terpahat. Macam-macam ada kat situ. Sanggup ke nak tinggalkan semua tu demi untuk membuat sesuatu perubahan?

Kadangkala sesuatu perubahan tu memang diperlukan, sebab dah terlalu bosan dengan keadaan sedia ada. Adakalanya, bila timbul kebosanan dengan keadaan yang baru kita masih boleh lagi berubah kepada keadaan yang lama. Tapi, sekiranya perubahan tu melibatkan hati dan perasaan orang lain misalnya, boleh ke kita nak putar balik ke keadaan asal? Lagi pula kalau melibatkan perubahan tempat yang pastinya kita takkan boleh berpatah balik, bagaimana? Sungguh payah dan adakalanya mustahil nak berpatah balik kepada keadaan asal kan? Itulah antara perkara yang memberatkan hati untuk mengubah haluan.

Makin lama fikir makin buntu nak mencari jawapan. Memang kalau diikutkan keselesaan yang dinikmati memang rasanya tak perlu mengubah apa-apa. Cuma bila fikirkan kehidupan yang takkan berkembang macam orang lain, buat aku sentiasa berfikir ke mana arah tuju hidup aku sebenarnya. Apa yang aku kejarkan selama ni, apa yang aku impikan dalam hidup, adakah semuanya dah dapat aku perolehi sekarang? Memang lumrah kan, manusia ni takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada. Cuma aku agak terkilan kerana aku tak diberikan peluang sepertimana orang lain. Entah, mungkin dah sampai masanya aku harus buat sesuatu yang lain daripada apa yang aku buat sekarang agaknya. Apa pun, buat masa ni aku cuma biarkan masa yang menentukan segalanya. Mudah-mudahan DIA memberikan petunjuk yang terbaik untuk aku, insya Allah...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Under Pressure T_T

  1. uit..cm tgh serabut je
    its complicated eh..
    hahahak

    ReplyDelete
  2. perubahan kalo kearah kebaikan x pe..mudah2an kamu diberikan petunjuk olehNya..

    ReplyDelete
  3. wak, kan ada doa minta tenangkan hati sume..bykkanla baca doa tu ek..:) perubahan tu sbnarnya perlu tapi bergantung kepada keadaan gak..:) timbang2lah mana yg memberi kebaikan lebih byk dari keburukan..

    ReplyDelete
  4. iN >>> uit, keserabutan ni xde kaitan dengan itu :p

    hujung jari >>> mekasih. insya Allah, mudah2an diberikan petunjuk olehNYA.

    faisal >>> terima kasih. insya Allah. masih menimbangkan baik buruknya perubahan yang bakal dibuat ni.:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.