Sob..sob...:((

Sob-sob...Minggu sedih dan tertekan untuk aku;

  • Macam biasa, kerja datang bertimpa-timpa tanpa aku sempat menarik nafas. Siap je satukerja datang lak kerja lain. Huhu, tak sempat dah nak melepak dan berehat sikit. Takpela, dah biasa. Nak pass kat orang lain pun, masing-masing dah ada kerja yang nak diorang selesaikan. Hai la labu.....
Tindakan : Yang penting didahulukan, yang tak berapa penting diketepikan.
  • Sedih bila apa yang kita buat tak dihargai oleh orang lain. Yang ni pun aku dah biasa hadapi. Cuma aku jarang nak pertikaikan dengan orang sebab aku nak elakkan sifat-sifat mengungkit yang biasanya disinonimkan dengan orang perempuan. Jadi, lepas ni aku dah malas nak ambik tahu apa-apa hal pun tentang dia. Lantakla nak tergolek ke, apa ke...Suka hati la. Bila susah tu carilah aku, insya Allah aku akan cuba tolong dengan rela hati.
Tindakan : Kuburkan orang-orang seperti itu jauh dari kehidupan aku >:)
  • Sengal melayan kerenah orang keliling yang sangat suka mengharapkan kita hormatkan dia walau dia tak hormatkan kita. Bengong kan? Aku dah malas nak melayan kerenah orang macam tu. Buat baik pun salah, buat jahat apa tah lagi. Biarlah dia dengan ‘kebagusan’ dia tuh.
Tindakan : Aku cuma akan berurusan dan bercakap dengan orang yang mahu berurusan dengan aku sahaja. Kalau orang dah tak mahu berurusan dengan kita, takkanlah kita lak terhegeh-hegeh nak berurusan dengan dia kan?
  • Bila fikir tak lama lagi nak puasa dan raya, terus teringat kat rumah kampung yang tengah diubahsuai tu. Macam tak sempat siap je sebelum raya ni. Sedih lak bila abang aku dah offer suruh beraya kat rumah dia kat Terengganu tuh. Bukan apa, rasanya sejak rumah tu siap dulu, aku tak pernah berhari raya kat tempat lain selain rumah tu. Tetiba je tahun ni kena beraya kat tempat lain. Tapi rasanya kalau diberi pilihan aku lebih sanggup beraya kat JB ni daripada beraya kat Terengganu tuh. Huhu, sedihnya....
Tindakan : Entahla, tunggu je masa dan ketikanya nanti, malas nak fikir sekarang...
Rasa macam nak tengok wayang lagi la....Transformers lagi yuk...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Sob..sob...:((

  1. meh la beraya kt umah org..
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. jom wak,hehehe..
    amboi2 best sgt ke cite tu sampai tengok 2 kali,hehee..baru nak gi tengok minggu ni..:)

    ReplyDelete
  3. huhu..memang best pun transfomers tuh...tgk 10x pun belum tentu puas...hehe..autobot transform..haha

    ReplyDelete
  4. wahhh... ini bole pakai "unit tindakan khas" ni untuk tindakan-tindakan yang telah disenaraikan... hikhikhik...

    jgn laa sedih pu3... nnt org lain pun sedih gak... :)

    ReplyDelete
  5. iN >>> hehe, bole makan kerepek bbyk x? :p

    faisal >>> salam kenal. hehe, dh selamat tgk seround lagi mlm tadi. tgkla br tau bes x besnya..

    hujung jari >>> hehe, dh tgk ke?

    archiq >>> cuma sikit luahan hati je chiq. skang ni cuma boleh luah kat sini jer...:D

    ReplyDelete
  6. Sedih bila apa yang kita buat tak dihargai oleh orang lain... lebih sedih bila diberhentikan dengan alasan kita tak mendatangkan ape2 keuntungan di dalam syarikat... :(

    Ape yg akak alami, saya dah pernah alami dulu.. sob.. sob.. sob..

    ReplyDelete
  7. uik, ye ke umie? dahsyat nye company tuh...
    tapi, rsnya mmg bukan rezeki umie kat situ kot?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.