Miaumeow

Comel tak? Comel kan? Aku suka sangat binatang ni. Namanya kucing. Ada gak yang panggil cat. Tapi bukan Cat Farish yer? Haha...Kalau anak-anak buah aku pulak, ada yang panggil miau atau nyanyau. Heheh, comel je bunyinya.

Kalau nak diikutkan sejarahnya dulu, aku memang tak suka kucing a.k.a takut kucing. Bukan apa, tengok kuku dan gigi dia yang tajam tu jadi takut kena cakar ataupun kena gigit dek makhluk ni. Jadi, memang sedaya upaya aku akan mengelak daripada bertemu mahupun bertembung dengan makhluk bernama kucing ni.

Masa darjah 6, ada bela seekor kucing. Jantan. Tompok merah putih. Apa ntah namanya. Lupa dah. Tapinya, kucing ni tak dibenarkan langsung menjejakkan kaki dalam rumah. Duduk luar rumah aje. Cuma bagi makan hari-hari. Lepas tu suka tidur dalam timbunan arang (masa tu arwah mak masak guna dapur arang). Bila bangun tidur je memang comotla badan dia. Berceloreng abis. Kucing ni memang baik, tak rajin nak meleset-leset dan bermanja-manja macam kucing-kucing yang seangkatan dengannya. Malangnya aku je yang tak berapa nak ramah dengan kucing tu. Takut! Hehe...

Bila kucing yang ni hilang (bukan hilang sebenarnya, tapi dok menggatal ngan kucing betina kat rumah jiran aku), memang takde niatla nak bela kucing lagi sampaila aku masuk tingkatan 3. Disebabkan kami terpaksa berkongsi rumah dengan mak menti masa tu, arwah mak aku pun adopt seekor kucing siam daripada makcik aku. Comel. Kucing betinala tapi. Kitorang bagi nama dia Comot. Sebabnya? Muka dia berceloreng. Start dari sinilah aku dah tak takut dengan kucing. Barulah aku tau yang kucing ni spesies makhluk yang manja. Dia takkan mencakar atau menggigit unless kita yang usik dia. Huhu, best je layan makhluk-makhluk ni. Lagi pulak anak kucing. Seronok diajak bergurau.

Pernah dulu masa tertekan menghadap buku sebelum SPM aku duduk berbual-bual dengan kucing-kucing yang ada kat rumah aku tu. Rasa release je tension walaupun aku tau diorang bukannya faham pun apa yang aku cakap tu. Macam kawan-kawan pun iye diorang ni. Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku selamba je menegur kucing. Kekadang sampai orang pelik bila nampak aku cakap sorang-sorang. Haha...Takpe, insya Allah aku belum gila lagi.

Kekadang terasa gak cam nak bela kucing. Tapi disebabkan adik aku alah dengan bulu kucing, maka kena tunggu dok rumah sendiri la kot kalau nak bela kucing pun. :D

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Miaumeow

  1. dok umah sendiri..
    mean..akak dh kawen..
    bilenye mau kawen:p

    ReplyDelete
  2. kalo dh kawen nnti..leh le duduk umah sendiri..leh le bela kucin..hikss..bile agaknye cik hajar ek?hehehhee..

    ReplyDelete
  3. waaa, rindu kat kucing org,huhuu...:'(

    ReplyDelete
  4. Umie pun suke sangat kucen.. rasa nak bela je sekor dua.. tp tau la dok KL nie susah arr nak bela kucen. nnti kot2 kucen tu 'melepas' kat umah jiran ke, susah gak nak jawap. lagipun anak buah umie sorg tu pun alah ngah bulu kucen gak. huhuhu...

    ReplyDelete
  5. iN >> ceh, bila sampai masanya nnt laaa. :p

    zura >> kalo pindah rumah sekarang ni pun bole bela kucing cik zura... :D

    faisal >> huhu, cr la pengganti si putih tu wak.

    umie >> tu la kan? kena dok rumah sendiri baru leh bela kucing kan? :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.