Biru Mata Hitamku

Aku suka warna biru. In fact aku pilih template biru ni pun sebab suka dengan kelembutan biru ni. Dah lama sebenarnya tak mengaplikasikan warna biru ni dalam kehidupan harian.

Dulu, kalau boleh semua harta yang aku ada nak warna biru. Pen sudah semestinya biru (jarang gunakan pen hitam melainkan nak isi borang), pencil case, fail, payung, sampul buku dan banyak lagila harta aku yang berwarna biru.

Lagi satu trademark aku yang paling ketara adalah baju berwarna biru. Masa zaman belajar dulu koleksi baju-baju yang aku pakai ke kuliah memang majoritinya berwarna biru. Terutamanya t-shirt la, banyak sangat yang berwarna biru (even sampai sekarang pun :p). Kalau beli tudung pun memang takde warna lain, mesti putih, krim atau biru. Konon-konon sume warna tu senang nak match dengan apa-apa baju yang aku ada. Tapi tudung warna biru memang wajib ada. Hehe...Baju yang berwarna selain warna biru dalam koleksi memang boleh dibilang dengan jari aje masa tu.

Kalau jalan-jalan memana dulu memang pantang betul nampak apa-apa yang berwarna biru. Biasanya baju la. Sampai kawan-kawan pun dah naik lali dengan kerenah aku yang ‘gila’ warna biru ni.

Masuk alam kerja je baru cuba ubah sikit-sikit tabiat gilakan warna biru ni. Mula cuba berubah angin bila ada kawan yang hadiahkan kain pasang masa birthday ke 23 dulu. Masa tu dapat kain warna ungu. Cantik. Lepas dari tu barulah banyak baju aku yang tak berunsurkan biru. Dulu aku rasa banyak warna yang aku tak suka, contohnya warna maroon dan juga warna terang macam warna pink. Huhu, tak suka betul warna pink dulu. Tapi sekarang ni 2 warna tu antara warna kegemaran. Bak kata orang tua-tua kan, jangan benci-benci, nanti suka. Ni dah suka la ni. Haha...

Tapi kan, bahaya gak baju warna sama je ni. Salah pandang orang boleh ingat yang kita kerap pakai baju yang sama walaupun sebenarnya bukan baju yang sama. Paling malang bila orang ingat kita ni pengotor, suka recycle baju. Tak pun pakai baju yang sama je hari-hari. Huhu.. Memangla kita banyak koleksi baju warna sama. Kalau orang tu kenal kita takpela. Buatnya orang yang tak kenal kita, lepas tu tak ke malu kalau orang ingat kita ni tak cuci baju? Bertitik tolak daripada peristiwa macam itula aku kurangkan membeli baju warna yang sama sekarang ni. Belajar memvariasikan warna baju sendiri supaya tak nampak terlalu taksub dengan satu warna aje. Jadi, manusia2 yang taksub dengan satu-satu warna tuh, cuba-cubalah berjinak dengan warna-warna lain yer?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Biru Mata Hitamku

  1. cet..terasa sey..hahhaak..
    walaupun kt shoping complex tgk je dr jauh..ah..baju biru menawan hati..tapi selalu kena tego ngan bebudak nih..xde variasi langsung..huhuk..
    skung baju dh x sume kale biru dah..
    wait n see je la ye..
    hihihi..
    eh..tapi birus + pepel tetap no 1 la..hihi..

    ReplyDelete
  2. waaaa, samelah kita wak..sy mmg ske warna biru dlm apapun..hehee..sbb tu team bola kesayangan sy chelsea (warna biru)...go go chelsea..!!!! <---takde kaitan,hehee

    ReplyDelete
  3. umie pun paling suka biru n lg satu pink.. tapi tak semua barang2 umie kaler tu.. hehehe

    kat umah umie nie ada 2 org anak buah lelaki/pompuan umo 2 tahun n 5 tahun.. yg lelaki umie slalu belikan dia baju kaler biru n yg pompuan lak kaler pink.. :D

    ReplyDelete
  4. iN >>> hahaha, bukan perli tau tp ala-ala perli gakla. :p
    sebenarnya pengalaman sendiri, dulu pun cmtu gak..:D

    faisal >>> uik? sama gak eh? hehe, teringat lak kat 'seseorang' yang ske recycle jersey chelsea tetiap mggu sebab tau saya suka biru. kt mn dia ye skrg ni? :-/

    umie >>> wah beshnye umah ada bebudak, mesti meriah kan? :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.