Archive for July 2007

Berat!

Apa perasaannya bila disuruh buat sesuatu yang tak disukai? Apa perasannya bila dipaksa buat sesuatu yang bukan kemahuan kita? Apa rasanya bila beban ditambah tanpa kemahuan kita? Pastinya rasa sakit hati yang TERlampau kan? Rasa nak marah, rasa macam nak cekik orang semua ada. Rasanya masa tu nak picit-picit je orang yang suka-suka hati nak menambahkan tanggungjawab pada kita. Kalau memang orang tuh ada kuasa mutlak, contohnya bos ke, big bos ke takpela. Boleh terima lagi sebab dia memang berkuasa bagi arahan pada kita. Ni, takde kaitan langsung. Saje suka nak menunjukkan kekuasaan bukan pada tempatnya.

Aku dah bosan dah dengan kerenah orang-orang macam ni. Dia ingat ke’senioriti’an dia tuh boleh buat semua orang tunduk pada kemahuan dia agaknya. Kalau tak diikut kemahuan nanti merajukla, mengugutla. So, childish! Macam budak-budak yang tak dapat gula-gula. Kalau ikutkan kehendak dia nanti kami yang merana. Terpaksa sengsara untuk kesenangan orang lain. Kami yang buat bagai nak mati, dia yang dapat nama nanti. Hai la labu, nape ade manusia camni yang wujud dalam carta kehidupan aku?

Motivasi kerja aku pun dah jatuh merudum teruk. Nak buat macam mana ni eh? Dahla, makin lama menulis kang, makin emo lak. Huhuh...

4 Comments

Salah Tempat

Pernah antara kita tak dapat ucapan yang tak kena masa dan tempat? Yelah, contohnya ucapan tahniah masa kita tengah bersedih ke, ucapan takziah masa kita mendapat suatu yang menggembirakan ke? Pernah tak? Mesti ada kan?

Apa rasa masa tu ek? Ada tak rasa macam nak sepak orang yang tersalah bagi ucapan tu? Kalau tersilap wish mende-mende kecik takpe juga. Kalau tetiba tengah orang tu bersedih atas sebab suatu kehilangan, kita bagi ucapan tahniah, tak ke boleh dapat penyepak free tu? Don’t get me wrong. Aku bukannya nak menggalakkan unsur keganasan. Cuma harap kita semua lebih berhati-hati bila nak wish atau nak buat ucapan untuk seseorang.

Macam tahun lepas, seorang kawan aku ni kehilangan insan tersayang beberapa hari je sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya. Masa tu serba salah juga nak wish birthday dia. Yela, orang tengah bersedih kita lak wish mende yang happy. Tapi akhirnya aku wish juga cuma takdela bagi ucapan yang fancy macam yang selalu aku wish kat kawan-kawan yang lain. Just a little thougt from a friend.

Teringat pulak, pagi semalam, aku dapat satu sms. Wish birthday aku. Rasa terkejut. Nak tergelak pun ada. Tapi, aku happy. Sebab? Dia ingat juga birthday aku, walau tersilap. Hehe. That is so thoughtful, my dear sis. Terima kasih. Really appreciate for your effort, walaupun silap. Dah nak tambah 1 nombor dah rupanya...

----Imej dilupuskan---

4 Comments

Dulu Dan Sekarang

Seperti yang di kehendaki oleh tag Cik Zura, maka inilah hasilnya. Gambar-gambar aku dari dulu sampai sekarang. Kualiti gambar tak berapa memuaskan sebab semuanya aku re-snap dengan gunakan digicam. Ni sume gara-gara malas nak scan gambar. Hehe.


3 Comments

Sakit Mata Sakit

Masuk hari ni aje, dah dua orang colleague aku kena sakit mata. Cuak juga ni. Bukan apa, salah sorang yang kena tu duduk elok je belakang aku. Dan dia start kena sakit mata tu hari Isnin lagi. Kebetulan minggu ni aku kerja luar. Jadi memang kurang berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling. Tapi sempat juga la menegur mata dia yang dah merah sebelah masa tu.

Hari Selasa, colleague aku yang kena sakit mata tu dapat mc. Pagi tu, lepas hantar anak bos ke sekolah agama, dah rasa tak selesa pada mata. Tapi aku cuma gosok dengan tisu je masa tu. Takut merebak, jadi aku tak usik lagi. Dah ada yang orang menegur masa tu. Katanya mata aku dah nampak merah. Siap eksen lagi dengan aku, konon dia ok lagi walau duduk dekat dengan pesakit tu semalam.

Hari semalam, ada orang sms aku pepagi, “Kak, saya dah kena sakit mata.” Aku pun macam tak percaya. Yelah, kelmarin bukan main eksen lagi, konon tak mudah terjangkit. Tapi bila dia kata 2-2 belah mata dia dah infected, nak tak nak kenala percaya. Teruk juga dia kena sakit tu. Sampai demam sekali. Aku dah cuak , takut aku pun terkena juga.

Hari ni, keadaan masih lagi sama. Alhamdulillah, aku masih belum lagi terjangkit. Harap-harap takkan la. Bukan apa, kerja tersangatla banyak sekarang ni. Big boss pun dah cuak, takut ramai yang berjangkit dengan sakit ni. Tapi setakat hari ni, cuma dua orang tu ajela yang sakit mata.Mudah-mudahan takkan ada pertambahan la. Tapi siapa tahu kan, esok atau lusa?

3 Comments

Miaumeow

Comel tak? Comel kan? Aku suka sangat binatang ni. Namanya kucing. Ada gak yang panggil cat. Tapi bukan Cat Farish yer? Haha...Kalau anak-anak buah aku pulak, ada yang panggil miau atau nyanyau. Heheh, comel je bunyinya.

Kalau nak diikutkan sejarahnya dulu, aku memang tak suka kucing a.k.a takut kucing. Bukan apa, tengok kuku dan gigi dia yang tajam tu jadi takut kena cakar ataupun kena gigit dek makhluk ni. Jadi, memang sedaya upaya aku akan mengelak daripada bertemu mahupun bertembung dengan makhluk bernama kucing ni.

Masa darjah 6, ada bela seekor kucing. Jantan. Tompok merah putih. Apa ntah namanya. Lupa dah. Tapinya, kucing ni tak dibenarkan langsung menjejakkan kaki dalam rumah. Duduk luar rumah aje. Cuma bagi makan hari-hari. Lepas tu suka tidur dalam timbunan arang (masa tu arwah mak masak guna dapur arang). Bila bangun tidur je memang comotla badan dia. Berceloreng abis. Kucing ni memang baik, tak rajin nak meleset-leset dan bermanja-manja macam kucing-kucing yang seangkatan dengannya. Malangnya aku je yang tak berapa nak ramah dengan kucing tu. Takut! Hehe...

Bila kucing yang ni hilang (bukan hilang sebenarnya, tapi dok menggatal ngan kucing betina kat rumah jiran aku), memang takde niatla nak bela kucing lagi sampaila aku masuk tingkatan 3. Disebabkan kami terpaksa berkongsi rumah dengan mak menti masa tu, arwah mak aku pun adopt seekor kucing siam daripada makcik aku. Comel. Kucing betinala tapi. Kitorang bagi nama dia Comot. Sebabnya? Muka dia berceloreng. Start dari sinilah aku dah tak takut dengan kucing. Barulah aku tau yang kucing ni spesies makhluk yang manja. Dia takkan mencakar atau menggigit unless kita yang usik dia. Huhu, best je layan makhluk-makhluk ni. Lagi pulak anak kucing. Seronok diajak bergurau.

Pernah dulu masa tertekan menghadap buku sebelum SPM aku duduk berbual-bual dengan kucing-kucing yang ada kat rumah aku tu. Rasa release je tension walaupun aku tau diorang bukannya faham pun apa yang aku cakap tu. Macam kawan-kawan pun iye diorang ni. Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku selamba je menegur kucing. Kekadang sampai orang pelik bila nampak aku cakap sorang-sorang. Haha...Takpe, insya Allah aku belum gila lagi.

Kekadang terasa gak cam nak bela kucing. Tapi disebabkan adik aku alah dengan bulu kucing, maka kena tunggu dok rumah sendiri la kot kalau nak bela kucing pun. :D

5 Comments

G-E-R-A-M

Wah, hari ni 20072007 ye? Nampak special je tarikh ni. Once in a lifetime. Mungkin ada yang mengabadikannya untuk diri sendiri. Tapi pada aku, ia cumalah satu tarikh. Takde apa yang best pun. Yang best pun sebab esok cuti umum. Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Selamatlah bercuti untuk yang bercuti....

******
Hari ni hari terakhir aku jadik ‘instant mum’. Kenapa? Sebab sejak hari Rabu bos mintak tolong aku ambik dan hantar anak-anak dia ke sekolah agama. Oleh kerana bos kena pergi kursus 3 hari, maka aku yang diamanahkan ambik dan hantar anak-anak dia ke sekolah. Tapi tugas aku sampai tengahari je. Kalau satu hari suntuk, mau orang ingat tu anak aku. Cis, jatuh saham aku 3 hari ni. :p

******
Makin pening dengan kerenah office politics yang makin menjadi-jadi kebelakangan ni. Yelah, orang bawahan macam kami ni memang dipandang macam sampah agaknya. Nampak silap sikit je mula mengadu. Padahal kerenah ‘mereka’ yang kekadang melampaui batas tu tak pernah pun kami mengadu sampai ke pihak atasan. Ni tak pasal-pasal semua orang kena menghadap bos sebabkan perkara yang kami tak buat.

Ingat kami ni tak tau hukum hakam ke? Ingat kami ni kebulur sangat ke sampai jadi orang yang tak amanah? Inilah agaknya perangai orang yang tak suka tengok cermin. Nampak buruk orang lain. Tak nampak silap sendiri. Orang lain semua tak betul. Dia aje yang betul, dia aje yang pandai. Tapi dia tak fikir, kalau semua orang yang dia ‘condemn’ tu takde, siapa agaknya yang nak buat kerja dia ye? Buatla kerja tu sendiri!

Maafla ye, entri lepas geram ni. Mungkin dah sampai masanya aku beralih angin kot?

“Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, mengikat matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan membawa air sungai kembali ke sumbernya”

_Terima kasih untuk kata-kata ni uncle...

3 Comments

Biru Mata Hitamku

Aku suka warna biru. In fact aku pilih template biru ni pun sebab suka dengan kelembutan biru ni. Dah lama sebenarnya tak mengaplikasikan warna biru ni dalam kehidupan harian.

Dulu, kalau boleh semua harta yang aku ada nak warna biru. Pen sudah semestinya biru (jarang gunakan pen hitam melainkan nak isi borang), pencil case, fail, payung, sampul buku dan banyak lagila harta aku yang berwarna biru.

Lagi satu trademark aku yang paling ketara adalah baju berwarna biru. Masa zaman belajar dulu koleksi baju-baju yang aku pakai ke kuliah memang majoritinya berwarna biru. Terutamanya t-shirt la, banyak sangat yang berwarna biru (even sampai sekarang pun :p). Kalau beli tudung pun memang takde warna lain, mesti putih, krim atau biru. Konon-konon sume warna tu senang nak match dengan apa-apa baju yang aku ada. Tapi tudung warna biru memang wajib ada. Hehe...Baju yang berwarna selain warna biru dalam koleksi memang boleh dibilang dengan jari aje masa tu.

Kalau jalan-jalan memana dulu memang pantang betul nampak apa-apa yang berwarna biru. Biasanya baju la. Sampai kawan-kawan pun dah naik lali dengan kerenah aku yang ‘gila’ warna biru ni.

Masuk alam kerja je baru cuba ubah sikit-sikit tabiat gilakan warna biru ni. Mula cuba berubah angin bila ada kawan yang hadiahkan kain pasang masa birthday ke 23 dulu. Masa tu dapat kain warna ungu. Cantik. Lepas dari tu barulah banyak baju aku yang tak berunsurkan biru. Dulu aku rasa banyak warna yang aku tak suka, contohnya warna maroon dan juga warna terang macam warna pink. Huhu, tak suka betul warna pink dulu. Tapi sekarang ni 2 warna tu antara warna kegemaran. Bak kata orang tua-tua kan, jangan benci-benci, nanti suka. Ni dah suka la ni. Haha...

Tapi kan, bahaya gak baju warna sama je ni. Salah pandang orang boleh ingat yang kita kerap pakai baju yang sama walaupun sebenarnya bukan baju yang sama. Paling malang bila orang ingat kita ni pengotor, suka recycle baju. Tak pun pakai baju yang sama je hari-hari. Huhu.. Memangla kita banyak koleksi baju warna sama. Kalau orang tu kenal kita takpela. Buatnya orang yang tak kenal kita, lepas tu tak ke malu kalau orang ingat kita ni tak cuci baju? Bertitik tolak daripada peristiwa macam itula aku kurangkan membeli baju warna yang sama sekarang ni. Belajar memvariasikan warna baju sendiri supaya tak nampak terlalu taksub dengan satu warna aje. Jadi, manusia2 yang taksub dengan satu-satu warna tuh, cuba-cubalah berjinak dengan warna-warna lain yer?

4 Comments

Under Pressure T_T

Perlukah perubahan dalam hidup kita? Untuk apa perubahan tu sebenarnya? Adakah untuk kebaikan diri atau melarikan diri daripada sesuatu?

Hmm...makin lama fikir makin rasa nak buat sesuatu perubahan dalam hidup. Bosan dengan persekitaran yang sama dan juga kebosanan dengan kehidupan harian. Tapi kadangkala terfikir juga, rasa sayang untuk meninggalkan sesuatu yang jadi kebiasaan untuk memulakan sesuatu yang baru. Yelah, banyak kenangan yang dah terpahat. Macam-macam ada kat situ. Sanggup ke nak tinggalkan semua tu demi untuk membuat sesuatu perubahan?

Kadangkala sesuatu perubahan tu memang diperlukan, sebab dah terlalu bosan dengan keadaan sedia ada. Adakalanya, bila timbul kebosanan dengan keadaan yang baru kita masih boleh lagi berubah kepada keadaan yang lama. Tapi, sekiranya perubahan tu melibatkan hati dan perasaan orang lain misalnya, boleh ke kita nak putar balik ke keadaan asal? Lagi pula kalau melibatkan perubahan tempat yang pastinya kita takkan boleh berpatah balik, bagaimana? Sungguh payah dan adakalanya mustahil nak berpatah balik kepada keadaan asal kan? Itulah antara perkara yang memberatkan hati untuk mengubah haluan.

Makin lama fikir makin buntu nak mencari jawapan. Memang kalau diikutkan keselesaan yang dinikmati memang rasanya tak perlu mengubah apa-apa. Cuma bila fikirkan kehidupan yang takkan berkembang macam orang lain, buat aku sentiasa berfikir ke mana arah tuju hidup aku sebenarnya. Apa yang aku kejarkan selama ni, apa yang aku impikan dalam hidup, adakah semuanya dah dapat aku perolehi sekarang? Memang lumrah kan, manusia ni takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada. Cuma aku agak terkilan kerana aku tak diberikan peluang sepertimana orang lain. Entah, mungkin dah sampai masanya aku harus buat sesuatu yang lain daripada apa yang aku buat sekarang agaknya. Apa pun, buat masa ni aku cuma biarkan masa yang menentukan segalanya. Mudah-mudahan DIA memberikan petunjuk yang terbaik untuk aku, insya Allah...

4 Comments

Musnah

Di tengah2 keserabutan dan kekusutan hidup sekarang ni aku suka layan lagu ni. Lagu yang bertajuk Musnah. Berharap agar musnahlah semua hal yang menyerabutkan itu. Fuh~



Musnah - Andra And The Backbone

Bukan, maksud hatiku
acuhkan dirimu
di depan mataku
tapi ku tak bisa lupakan
saat dirimu membuat
diriku terhina

Reff:

Sakit hatiku
Remuk jantungku
Untuk membencimu
Musnahkan cintaku
Bukan, maksud hatiku
lenyap senyumku
saat kita bertemu
tapi ku tak bisa singkirkan
enyahkan fikirku
diriku terluka

Back To Reff:

Bukan.. maksud hatiku
Tak bisa singkirkan
Diriku terluka

2 Comments

Tujuh.Tujuh.Kosong Tujuh

Tujuh. Tujuh. Kosong Tujuh. Rasanya ramai yang tunggu tarikh ni untuk mengabadikan sesuatu yang bermakna dalam hidup seperti mana tarikh-tarikh lain yang seangkatan dengannya. Tahun lepas Enam. Enam. Kosong Enam. Tahun sebelumnya lak Lima. Lima. Kosong Lima. Dan juga sebelum-sebelumnya. Memang ramai yang abadikan nombor cantik macam tu untuk event yang bersejarah dalam hidup diorang.

Salah seorang yang menunggu tarikh ni adalah aku, eheh officemate aku. Malam tadi dah selamat pun dinikahkan dengan pilihan hatinya. Aku tak pay attention sangat pada event tuh. Sibuk melayan anak-anak buah yang cumil-cumil belaka. Pengantin pun steady jer, takde nangis-nangis macam yang biasa aku jumpa bila jurunikah dah start lecture pasal keluarga sakinah yang diamalkan kat Johor ni. Huhu, cuma ade sorang ajela kawan aku yang ter‘over’ emotion masa majlis tuh. Itu yang aku pelik, pengantin steady je, dia lak yang nangis. Haha, suka hatila dik....

Ni gambar pengantinnya. Cantik kan? Tapi yang aku tak puas hati ade sorang makcik kat situ tegur aku, “Eh, awak ni adik beradik pengantin ke?” Haih, ade macam muka aku ke? Isk, confuse tul...

Ops, sebelum aku terlupa. Untuk adik-adik yang bakal memulakan sesi pengajian baru esok, selamat kembali ke sekolah. Untuk yang baru mendaftar, selamat menempuh alam baru yang berlainan sama sekali dengan alam persekolahan. Mudah-mudahan dapat sesuaikan diri. Teringat lak zaman jadi student dulu. 1st day semester baru mesti kelam kabut pergi fakulti awal-awal pagi just nak check jadual kelas. Haha, bila lagi agaknya nak rasa situasi camtu yer?

3 Comments

Sob..sob...:((

Sob-sob...Minggu sedih dan tertekan untuk aku;

  • Macam biasa, kerja datang bertimpa-timpa tanpa aku sempat menarik nafas. Siap je satukerja datang lak kerja lain. Huhu, tak sempat dah nak melepak dan berehat sikit. Takpela, dah biasa. Nak pass kat orang lain pun, masing-masing dah ada kerja yang nak diorang selesaikan. Hai la labu.....
Tindakan : Yang penting didahulukan, yang tak berapa penting diketepikan.
  • Sedih bila apa yang kita buat tak dihargai oleh orang lain. Yang ni pun aku dah biasa hadapi. Cuma aku jarang nak pertikaikan dengan orang sebab aku nak elakkan sifat-sifat mengungkit yang biasanya disinonimkan dengan orang perempuan. Jadi, lepas ni aku dah malas nak ambik tahu apa-apa hal pun tentang dia. Lantakla nak tergolek ke, apa ke...Suka hati la. Bila susah tu carilah aku, insya Allah aku akan cuba tolong dengan rela hati.
Tindakan : Kuburkan orang-orang seperti itu jauh dari kehidupan aku >:)
  • Sengal melayan kerenah orang keliling yang sangat suka mengharapkan kita hormatkan dia walau dia tak hormatkan kita. Bengong kan? Aku dah malas nak melayan kerenah orang macam tu. Buat baik pun salah, buat jahat apa tah lagi. Biarlah dia dengan ‘kebagusan’ dia tuh.
Tindakan : Aku cuma akan berurusan dan bercakap dengan orang yang mahu berurusan dengan aku sahaja. Kalau orang dah tak mahu berurusan dengan kita, takkanlah kita lak terhegeh-hegeh nak berurusan dengan dia kan?
  • Bila fikir tak lama lagi nak puasa dan raya, terus teringat kat rumah kampung yang tengah diubahsuai tu. Macam tak sempat siap je sebelum raya ni. Sedih lak bila abang aku dah offer suruh beraya kat rumah dia kat Terengganu tuh. Bukan apa, rasanya sejak rumah tu siap dulu, aku tak pernah berhari raya kat tempat lain selain rumah tu. Tetiba je tahun ni kena beraya kat tempat lain. Tapi rasanya kalau diberi pilihan aku lebih sanggup beraya kat JB ni daripada beraya kat Terengganu tuh. Huhu, sedihnya....
Tindakan : Entahla, tunggu je masa dan ketikanya nanti, malas nak fikir sekarang...
Rasa macam nak tengok wayang lagi la....Transformers lagi yuk...

7 Comments

Setahun Yang Lalu...

Diam tak diam dah masuk setengah tahun kedua rupanya kita sekarang ni. Blog ni pun bakal mencecah usia setahun tak lama lagi. Macam tak percaya. Banyak benda yang aku dah catatkan dan kongsikan dengan orang-orang yang membaca blog ni. Entah, aku pun pelik macam mana aku boleh terjebak dengan dunia blogging ni padahal dulu kawan aku si Makmor tu jenuh suruh aku buat blog sendiri. Dia kata teringin nak baca tulisan dari kaca mata aku seorang juru kira-kira ni.

Dulu aku rasa macam poyo jer bila ada blog ni. Tak tahu apa yang nak diceritakan sebenarnya. Dan yang paling penting, ada ke orang yang nak membaca apa yang aku tulis? Sekarang ni pun ada ke orang yang membaca? Ada la kot? Hehe...

Bila join forum BS, kawan-kawan dok encourage buat blog sendiri. Rasa macam best lak bila ada blog sendiri ni. Barulah terkedek-kedek nak set up blog sendiri. Start dengan blog friendster aje masa tu sebab semua dah sedia kat situ. Even template pun tak payah nak susah payah set up. Tapi lama-lama rasa tak selesa nak menulis kat situ sebab aku tak mahu ‘someone’ yang aku nak elak tau banyak sangat tentang hal aku. Jadi, aku pun register blogger. Memang blur abisla masa tu. Tak tahu nak set up template. Tak tahu camne nak hadap coding template. Pening. Sebabnya, aku bukan IT based. Alhamdulillah, berkat pertolongan kawan-kawan aku, blog ni berjaya gak di set up dengan jayanya. Terima kasih untuk yang banyak membantu. Semoga keberkatan ilmu tu berpanjangan, insya Allah. Sayang lak tak sempat nak save first template aku tuh.

Setakat ni rasanya inilah salah satu blog yang paling banyak jadi tempat meluah perasaan, walau kadang-kadang bukan secara langsung. Bukan apa, ada yang pernah bagitau aku, cerita hal peribadi banyak sangat kat blog pun tak elok sangat. Bahaya. Entah, terpulang pada masing-masing. Cuma kadang-kadang aku lebih suka menyampaikan apa yang aku rasa dengan cara tak langsung just untuk elakkan daripada memburukkan orang lain. Lain orang lain caranya kan?

Salah satu kelebihan yang aku nampak dari hasil aktiviti blog memblog aku ini ialah, aku dah berjaya mengumpulkan kawan-kawan baru termasuklah yang singgah ke blog ni secara tak sengaja. Terima kasih untuk korang. Harapnya tulisan dan kemerapuan kat sini takde menyinggung mana-mana pihak la yer. Kalau ada yang tersinggung ampun dan maafla bebanyak. Tak sengaja....

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.