Penat vs Letih

Penat yang teramat sejak semalam. Mana taknya, satu hari dok mengemas office. Buat operasi membersih dan mengemas dokumen-dokumen client yang menyemak dalam office aku tu. Memula dulu ingatkan nak tahan dokumen tu selagi diorang tak lunaskan hutang. Tapi kadang-kadang yang dah bayar pun tak mahu ambik balik dokumen diorang tu. Anggap seolah-olah macam office kami tu stor diorang. Ish..ish...kejam sungguh. Office dah jadi sempit disebabkan dokumen yang melambak kat belakang tu.

Jadi, start hari Jumaat kami dah buat operasi membersih. Cuma, hari semalamla baru mengemas habis-habisan. Angkat kotak, angkat fail, susun balik fail dan kemasla mana-mana yang patut. Mana-mana dokumen client yang tak dapat dikesan ataupun yang dah tak lagi berurusan dengan kami dah pun dihumban ke stor. Jenuh gakla menyusun fail-fail lama tu. Nak tau tak, tengah-tengah mengemas fail-fail atas lantai kat pantry tu, kitorang terjumpa lipan. Melompat semua yang ada kat situ. Tapi yang kelakarnya, lelaki pun ada yang melompat sama bila kami yang perempuan ni melompat dan menjerit bila nampak lipan tu. Nasib baikla ada gak hero yang nak bunuh lipan tu. Huhu, geli campur ngeri bila ingat balik. Bila fikir-fikir balik, dah memang habitat dia kat tempat lembab macam tu kan? Tapi tulah, lain kali carilah tempat lain. Jangan dok kat office kami. Kan dah kena bunuh. Huhu...

Rasanya memang betul-betul hari mengemas semalam. Pukul 6 baru sampai rumah. Penat dan lenguh tak usah kiralah. Masih bersisa sampai ke hari ni. Nasibla bukan tiap-tiap minggu. Kalau tidak, mesti boleh kurus kering agaknya. Haha...

Hehe, sebut pasal kurus ni baru teringat. Start minggu ni, aku dan beberapa orang colleague akan memulakan kelas Tai-chi bersama-sama dengan makcik-makcik suri rumah sekitar office aku ni. Semuanya gara-gara nak menemankan sambil memberi perangsang untuk salah seorang kawan yang nak menguruskan badan. Bagus juga, sekurang-kurangnya ada juga excercise daripada asyik duduk depan pc sepanjang minggu kan? Ada yang nak join ke? Marilah bersama-sama membuang lemak. Hehe...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.