Pemimpin Terpimpin?

Susah kan bila kita rasa diri berkuasa ni? Kadang kala bukan kita yang mintak pun, tapi, orang dah beri kita tanggungjawab yang perlu kita sempurnakan. Letih jugalah nak menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan tu.

Tapi yang jadi tak bestnya, bila tanggungjawab yang diberikan tu diambil kesempatan oleh orang yang diberi tanggungjawab tu. Sebabnya? Terasa diri berkuasa bila tanggungjawab tu diberikan kepadanya. Menyalahgunakan kuasa pada tempat yang tak sepatutnya. Atau lebih tepat lagi dikatakan gila kuasa. Rasanya paling susah berurusan dengan golongan ini.

Kadangkala, ada juga yang rasa diri tak layak diberi tanggungjawab. Ada juga yang tak suka bila dipertanggungjawabkan atas sesuatu. Rasa tanggungjawab tu dirasakan macam suatu beban yang menghalang daripada bergerak bebas seperti biasa. Rasa tersepit pun mungkin terselit juga kadangkala. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan orang yang paling rapat dengan kita. Serba salah dibuatnya. Namun, tanggungjawab yang diberikan perlu disempurnakan sebaiknya. Dilema betul, kan?

Secara logiknya, ada ke orang yang tak suka bila diri berkuasa? Rasanya kalau diberi peluang, hampir semua orang nak jadi pemerintah. Nak perbaiki taraf hidup rakyat konon-kononnya. Tapi hasilnya? Belum tentu lagi ia akan jadi seperti apa yang dijanjikan. Mungkin ada juga yang menolak bila disuruh memegang jawatan tu, bila merasa betapa beratnya tanggungjawab yang perlu digalas. Cuma bilangannya mungkin tak sebanyak orang yang mahu merasa diri berkuasa di muka bumi ni.

Sememangnya kejadian manusia adalah bertujuan sebagai khalifah di muka bumi. Menjadi contoh dan tauladan yang baik buat sesama umat. Namun, bila lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang sepatutnya menjadi khalifah ni, apa lagi yang kita mampu lakukan? Tepuk dada, tanya diri sendiri, apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Sama ada jadi pemimpin yang baik mahupun sebaliknya. Sebaiknya, sebelum memimpin orang lain kita memimpin diri kita ke arah yang sebenarnya. Bukannya ke arah kebinasaan. Betul tak? Sama-sama kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik, Insya Allah...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.