Burung Kakak TUA

_Dulu kan, arwah mak aku selalu pesan, jangan melawan cakap orang tua. Orang tua ni lebih dulu makan garam dari kita. Banyak pengalaman yang kita boleh ambik daripada mereka ni. Aku setuju, malah sangat bertuah sebab sedari kecik mak aku dah ajar aku menghormati orang tua. Kalau ada yang kurang ajar dengan orang tua depan mata aku pun rasa macam nak luku je kepala orang tu. Susah sangat ke nak hormat orang yang lebih tua?

Tapi, andaikata kita bertemu dengan orang tua yang susah nak dihandle macam mana pulak agaknya eh?. Adakah kita akan masih lagi berpegang pada prinsip yang di atas tu?

Andaikata tiba-tiba kita ditakdirkan bertemu dengan seorang yang dikatakan berpengalaman luas dan menjadi tunggak sesebuah organisasi, tetapi tak boleh menerima teguran seseorang yang lebih muda. Dia berpendapat hanya dia saja yang layak bersuara pada orang lain. Hanya dia saja yang betul dalam segala hal. Hanya dia saja yang layak buat kerja-kerja yang dia lakukan sekarang, orang lain belum mencapai tahap dan standard macam dia. Macam mana agaknya nak berdepan dengan orang sebegini ye? Keadaan mungkin akan jadi lebih rumit disebabkan kita perlu menghormati dia disebabkan faktor yang aku dah mention kat atas tu.

Pening sebenarnya berdepan dengan situasi macam ni. Nak membantah atau melawan nanti dikatakan kurang ajar pulak. Nak menerima apa yang dilakukan tu pulak nanti kita yang merana. Silap-silap boleh bawa kesusahan pada diri sendiri. Salah ke kalau menegur kalau apa yang dilakukan tu sebenarnya salah? Rasa terhina ke kalau terima teguran orang lain, lebih-lebih lagi orang yang lebih muda? Ingatlah, kita hidup ni bukannya menongkat dunia. Sampai masanya nanti, kita semua akan dipanggil menghadapNYA. Masa tu antara kita ni dah tak ada beza pun. Muda atau tua, kaya atau miskin semuanya sekata. Semuanya sama di hadapanNYA. Jadi, salah ke kalau kita saling ingat mengingati antara satu sama lain?

Mungkin tak semua orang tua macam tu, ni pun cuma based on pemerhatian dan pengalaman sendirila. Cuma yang aku boleh simpulkan kat sini, mungkin orang yang lebih muda sewajarnya menegur dengan cara lebih berhemah kalau nak menegur golongan sebegini. Kalau menegur dengan cara aci redah je mungkin dia lagi susah nak terima. Tapi, aku masih lagi terasa susahnya berurusan dengan orang macam ni. Mencabar sungguh, tapi tambah lagi satu pengalaman, syukur Alhamdulillah....

P/s : To Mr. Z, kau memang bawa virusla. Baru semalam kau bukak cerita pasal ni, hari ni aku lak terkena. Adeh, sengal betul!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.