Blind Date!

Blind date. Dating dengan orang yang kita tak kenal. Dating yang diatur oleh orang lain. Aku tak berapa suka blind date ni. Even ada orang nak kenal-kenalkan lelaki pada aku pun aku akan menolak. Biarlah aku kenal sendiri dan aku yang tahu macam mana ‘adventure’nya progress hubungan aku dengan lelaki tu. Tapi, kadangkala bila orang dah memujuk merayu nak tak nak kenalah juga menurut kehendak orang lain. Nak jaga hati kawan-kawan konon.

Jadi, keputusannya aku ‘terpaksa’ pergi blind date yang dah diaturkan oleh kawan aku ni. Jumpa seorang lelaki ni. Orangnya berbadan tegap. Kulit hitam manis. Berbaju coklat. Rupa ada sket ‘kureng’ tapi nampak gaya orangnya beruang eheh, berpoket tebal. Tak banyak berbual dengan dia. Cuma lepas makan dia ajak teman shopping. Beli barang untuk percutiannya dengan kawan-kawan. Dia ajak aku join siap belikan baju untuk aku sekali tu. Eh, sejak bila aku jadi pisau cukur ni? *Confuse jap* Oh ya, aku dah menolak tapi dia yang bersungguh nak belikan baju tu untuk aku. Orang dah insist nak bagi kan, terima ajela. Lepas tu aku terus mintak diri, konon aku tunggu dia kat luar sementara dia shopping.

Masa jalan-jalan kat luar tu, jumpa sorang mamat ni. Kawan lama aku. Dia nampak aku keluar dengan lelaki tadi tu. Dia tahu aku tak rela keluar dengan lelaki tu. So, dia pun ajak aku join dia menonton wayang dengan kawan-kawan dia. Aku setuju dan kami pun jalan beriringan berdua, macam pasangan kekasih. Masa nak masuk panggung wayang tu tetiba dengar bunyi alarm. Alahai, dah sampai masa rupanya. Bangun solat Subuh. Hahaha...Bermimpi rupanya. :p

Tapi siapa mamat yang ajak aku tengok wayang tu eh? Muka familiar, tapi aku takleh nak recall langsung siapa dia. Hmm...lantakler, solat dulu yuk! Otak serabut sangat agaknya sampai boleh mimpi mengarut macam ni. -_-

Nota : Takde maknanye aku nak pergi blind date. :p

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Blind Date!

  1. ehmmm.. idea yang baik ni.

    esok-esok aku akan menulis tentang mimpi-mimpi aku ...

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    beshh tu mimpi dia..
    nape x paw kaw2 ngan mamat beruang tu??
    kekekekkeke...

    ReplyDelete
  3. azeel : salam kenal ye. Thanks sbb link kan blog awak ke sini. Idea? Hehe, xde apa yg menarik pun...

    akma : ehehe, lum abes blaja jadik pisau cukur lagik laa.. :p

    ReplyDelete
  4. Hehehe.Bleh jer mimpi gitu.Org suruh pi date tu tak mau.Tarak apa la :D

    ReplyDelete
  5. cit...
    ampehla tuh..
    ni mimpi sebelum tu lagik tau :p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.