Aku Tak Sukaaa.....

Senyum tu sedekah. Bukanlah nak suruh senyum merata-rata. Apa salahnya sedekahkan senyuman kita tu pada orang lain especially pada orang yang kita kenal, yang kita jumpa hari-hari. Bukan susah sangat pun. Orang kata senyuman boleh membantu kita awet muda. Wallahu’alam.

Kalau nak tahu, satu kepantangan aku bila orang tunjuk muka masam pada aku pagi-pagi hari. Memang akan terus hilang mood aku satu hari, tapi cuma pada orang tu sajalah. Takkan effect pada orang lain pun. Aku suka suasana pagi yang ceria. Yelah, kita dah mulakan hari yang baru. Jadi janganlah rosakkan hari baru tu dengan suasana yang tak berapa ceria. Cacat jadinya hari tu nanti.

Entah, mungkin orang lain akan kata aku terlalu sensitif. Cuma pada aku, jangan disebabkan masalah kita dengan orang lain, kita drag masalah kita pada orang yang tak bersalah. Kesian orang yang tak bersalah tu. Dia tak tahu apa-apa pun. Cuba jangan mencampurkan masalah kat tempat lain dengan masalah kat tempat kerja. Be professional. Tinggalkan masalah pada tempat yang sepatutnya. Jangan jadikan orang lain mangsa kemarahan kita.

Bukanlah nak kata aku bagus sangat. Cuma setakat ni kalau ada masalah dengan kawan-kawan sepejabat pun aku tak pernah bawa balik ke rumah. Masalah kat rumah pun tak pernah aku terbawa-bawa ke pejabat. Biarkan hal-hal tu pada tempat yang sepatutnya. Tak perlulah nak bawa merata-rata untuk tunjukkan yang kita ada masalah. Semua orang ada masalah. Tapi aku akan lebih menghormati orang yang pandai menyimpan masalah dia daripada pengetahuan orang lain. Bukannya sibuk hebah sana sini masalah yang dia ada. Pada aku masalah yang terlalu peribadi tak perlulah nak heboh-heboh. Kalau kita sendiri punca masalah tu, selesaikan sendiri. Itu lebih baik. Tak perlu melibatkan orang lain.

Fikir-fikirkanlah, mungkin apa yang kita terima dari orang lain tu hasil daripada apa yang kita berikan pada orang lain. Dan fikirkan juga, apa perasaan kita sekiranya orang lain yang berbuat sebegitu kepada kita. Sentiasa fikirkan orang di sekeliling kita. Merekalah cermin kita sebenarnya. Insya Allah, mudah-mudahan kita sentiasa muhasabah diri sendiri....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Aku Tak Sukaaa.....

  1. jenis org2 mcm tu mmg x bess! hahha ade problem sendiri, jgn nak tunjuk kat org lain la.. lek2 sudah.. lain la kalo dia mmg angin kat ko.. hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe..tau xpe..
    tapi tula, kita nk hidup bermasyarakat kan?
    kang x pepasal jadik kera sumbang lak..:(

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.