Archive for June 2007

Serba Salah

Haih, sebenarnya dari semalam lagi aku dah serba salah. Buat salah, tak buat pun salah. Rasa ragu-ragu pun ada kalau aku buat. Tak mau orang fikir yang bukan-bukan bila aku buat. Hu...

Tapi rasanya tak salah pun kalau aku buat. Sekadar ingatan je kan, tak lebih dari itu.

Tapi tu la, bila aku fikir balik, lain orang lain pemikirannya. Tak sama. Mungkin aku fikir lain, orang lain fikir lain. Jadinya, aku tangguh dulu apa yang aku nak buat tu.

Ish, susahnya nak decide. *Thinking*

Nantilah....:p

3 Comments

Ada Apa Dengan 'Tuuuttt'

Ada apa dengan pekerjaan ‘tuuttt’ itu? Mintak maaf bebanyak, xleh sebut apakah pekerjaan ‘tuuttt’ itu. Mungkin akan jadi suatu isu sensitif sekiranya orang yang bekerjaya ‘tuuttt’ itu membaca entri ini.

Entahla, sana sini orang sibuk nak memohon jadi ‘tuuttt’, aku je yang tak berminat walaupun dulu kerjaya itu termasuk dalam list cita-cita masa kat sekolah. Tak dinafikan, kerjaya ‘tuuttt’ itu memang mulia dan lebih lumayan imbuhannya berbanding dengan kerjaya ‘biasa-biasa’ macam aku sekarang ni. Government servant la katakan. Banyak kelebihannya berbanding kerja ‘biasa-biasa’ macam aku ni. Tapi aku tak berapa berminat sebab aku rasa pemikiran aku takkan berkembang. Aku takkan nampak dunia luar secara globalnya berbanding jika aku berada di tempat sekarang ni.

Paling aku tak puas hati bila jumpa makcik-makcik aku pun, diorang akan tanya kenapa tak apply kerjaya ‘tuuttt‘ tu yer? Kenapa? ‘Tuuttt’ je ke yang terjamin? Kerja ‘biasa-biasa’ macam ni tak terjamin ke? Bukannya apa, ramai sangat yang bekerjaya tuuttt pun x bagus juga. Jadi lambakan. Lepas tu xde kerja. Kena gak menganggur. Boleh jadik juga antara yang memohon ‘tuuttt’ dulu pun bukan sebenar-benarnya nak jadik ‘tuutt’. Cuma atas tuntutan kehidupan yang menekan a.k.a takde pilihan lain sebab tak dapat kerja setelah grad. Even kawan-kawan aku pun ramai yang jadi ‘tuuttt’ atas sebab ini.

Memang kerjaya ni nampak senang. Privilleage pun banyak. Cuma tanggungjawabnya tak semudah yang kita nampak. Amanah yang nak di pikul tu terlalu berat. Lagi pulak, mereka ni berperanan menjana pembangunan negara. Bukan mudah tu. Kira layakla privilleage yang diberikan tuh dengan jasa yang ditaburkan untuk negara. Cuma aku tak berkenan kenapa kerjaya tuuttt itu selalu di banding-bandingkan dengan kerjaya ‘biasa-biasa’ yang lain. Levelnya sama aje, cuma kerjaya dia lebih glamerla berbanding orang yang bekerja ‘biasa-biasa’ macam aku ni. Huhu...

5 Comments

Kebuhsanan Melanda....

You Are Pretty Happy

You generally have a happy, fulfilling life.
But things could be a little better, and deep down, you know it.
Maybe you need more supportive friends or a more challenging career.
Something is preventing you from being totally happy. You just need to figure out what it is!

Leave a comment

Aku Tak Sukaaa.....

Senyum tu sedekah. Bukanlah nak suruh senyum merata-rata. Apa salahnya sedekahkan senyuman kita tu pada orang lain especially pada orang yang kita kenal, yang kita jumpa hari-hari. Bukan susah sangat pun. Orang kata senyuman boleh membantu kita awet muda. Wallahu’alam.

Kalau nak tahu, satu kepantangan aku bila orang tunjuk muka masam pada aku pagi-pagi hari. Memang akan terus hilang mood aku satu hari, tapi cuma pada orang tu sajalah. Takkan effect pada orang lain pun. Aku suka suasana pagi yang ceria. Yelah, kita dah mulakan hari yang baru. Jadi janganlah rosakkan hari baru tu dengan suasana yang tak berapa ceria. Cacat jadinya hari tu nanti.

Entah, mungkin orang lain akan kata aku terlalu sensitif. Cuma pada aku, jangan disebabkan masalah kita dengan orang lain, kita drag masalah kita pada orang yang tak bersalah. Kesian orang yang tak bersalah tu. Dia tak tahu apa-apa pun. Cuba jangan mencampurkan masalah kat tempat lain dengan masalah kat tempat kerja. Be professional. Tinggalkan masalah pada tempat yang sepatutnya. Jangan jadikan orang lain mangsa kemarahan kita.

Bukanlah nak kata aku bagus sangat. Cuma setakat ni kalau ada masalah dengan kawan-kawan sepejabat pun aku tak pernah bawa balik ke rumah. Masalah kat rumah pun tak pernah aku terbawa-bawa ke pejabat. Biarkan hal-hal tu pada tempat yang sepatutnya. Tak perlulah nak bawa merata-rata untuk tunjukkan yang kita ada masalah. Semua orang ada masalah. Tapi aku akan lebih menghormati orang yang pandai menyimpan masalah dia daripada pengetahuan orang lain. Bukannya sibuk hebah sana sini masalah yang dia ada. Pada aku masalah yang terlalu peribadi tak perlulah nak heboh-heboh. Kalau kita sendiri punca masalah tu, selesaikan sendiri. Itu lebih baik. Tak perlu melibatkan orang lain.

Fikir-fikirkanlah, mungkin apa yang kita terima dari orang lain tu hasil daripada apa yang kita berikan pada orang lain. Dan fikirkan juga, apa perasaan kita sekiranya orang lain yang berbuat sebegitu kepada kita. Sentiasa fikirkan orang di sekeliling kita. Merekalah cermin kita sebenarnya. Insya Allah, mudah-mudahan kita sentiasa muhasabah diri sendiri....

2 Comments

Pemimpin Terpimpin?

Susah kan bila kita rasa diri berkuasa ni? Kadang kala bukan kita yang mintak pun, tapi, orang dah beri kita tanggungjawab yang perlu kita sempurnakan. Letih jugalah nak menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan tu.

Tapi yang jadi tak bestnya, bila tanggungjawab yang diberikan tu diambil kesempatan oleh orang yang diberi tanggungjawab tu. Sebabnya? Terasa diri berkuasa bila tanggungjawab tu diberikan kepadanya. Menyalahgunakan kuasa pada tempat yang tak sepatutnya. Atau lebih tepat lagi dikatakan gila kuasa. Rasanya paling susah berurusan dengan golongan ini.

Kadangkala, ada juga yang rasa diri tak layak diberi tanggungjawab. Ada juga yang tak suka bila dipertanggungjawabkan atas sesuatu. Rasa tanggungjawab tu dirasakan macam suatu beban yang menghalang daripada bergerak bebas seperti biasa. Rasa tersepit pun mungkin terselit juga kadangkala. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan orang yang paling rapat dengan kita. Serba salah dibuatnya. Namun, tanggungjawab yang diberikan perlu disempurnakan sebaiknya. Dilema betul, kan?

Secara logiknya, ada ke orang yang tak suka bila diri berkuasa? Rasanya kalau diberi peluang, hampir semua orang nak jadi pemerintah. Nak perbaiki taraf hidup rakyat konon-kononnya. Tapi hasilnya? Belum tentu lagi ia akan jadi seperti apa yang dijanjikan. Mungkin ada juga yang menolak bila disuruh memegang jawatan tu, bila merasa betapa beratnya tanggungjawab yang perlu digalas. Cuma bilangannya mungkin tak sebanyak orang yang mahu merasa diri berkuasa di muka bumi ni.

Sememangnya kejadian manusia adalah bertujuan sebagai khalifah di muka bumi. Menjadi contoh dan tauladan yang baik buat sesama umat. Namun, bila lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang sepatutnya menjadi khalifah ni, apa lagi yang kita mampu lakukan? Tepuk dada, tanya diri sendiri, apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Sama ada jadi pemimpin yang baik mahupun sebaliknya. Sebaiknya, sebelum memimpin orang lain kita memimpin diri kita ke arah yang sebenarnya. Bukannya ke arah kebinasaan. Betul tak? Sama-sama kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik, Insya Allah...

Leave a comment

Penat vs Letih

Penat yang teramat sejak semalam. Mana taknya, satu hari dok mengemas office. Buat operasi membersih dan mengemas dokumen-dokumen client yang menyemak dalam office aku tu. Memula dulu ingatkan nak tahan dokumen tu selagi diorang tak lunaskan hutang. Tapi kadang-kadang yang dah bayar pun tak mahu ambik balik dokumen diorang tu. Anggap seolah-olah macam office kami tu stor diorang. Ish..ish...kejam sungguh. Office dah jadi sempit disebabkan dokumen yang melambak kat belakang tu.

Jadi, start hari Jumaat kami dah buat operasi membersih. Cuma, hari semalamla baru mengemas habis-habisan. Angkat kotak, angkat fail, susun balik fail dan kemasla mana-mana yang patut. Mana-mana dokumen client yang tak dapat dikesan ataupun yang dah tak lagi berurusan dengan kami dah pun dihumban ke stor. Jenuh gakla menyusun fail-fail lama tu. Nak tau tak, tengah-tengah mengemas fail-fail atas lantai kat pantry tu, kitorang terjumpa lipan. Melompat semua yang ada kat situ. Tapi yang kelakarnya, lelaki pun ada yang melompat sama bila kami yang perempuan ni melompat dan menjerit bila nampak lipan tu. Nasib baikla ada gak hero yang nak bunuh lipan tu. Huhu, geli campur ngeri bila ingat balik. Bila fikir-fikir balik, dah memang habitat dia kat tempat lembab macam tu kan? Tapi tulah, lain kali carilah tempat lain. Jangan dok kat office kami. Kan dah kena bunuh. Huhu...

Rasanya memang betul-betul hari mengemas semalam. Pukul 6 baru sampai rumah. Penat dan lenguh tak usah kiralah. Masih bersisa sampai ke hari ni. Nasibla bukan tiap-tiap minggu. Kalau tidak, mesti boleh kurus kering agaknya. Haha...

Hehe, sebut pasal kurus ni baru teringat. Start minggu ni, aku dan beberapa orang colleague akan memulakan kelas Tai-chi bersama-sama dengan makcik-makcik suri rumah sekitar office aku ni. Semuanya gara-gara nak menemankan sambil memberi perangsang untuk salah seorang kawan yang nak menguruskan badan. Bagus juga, sekurang-kurangnya ada juga excercise daripada asyik duduk depan pc sepanjang minggu kan? Ada yang nak join ke? Marilah bersama-sama membuang lemak. Hehe...

Leave a comment

Cuti

Tengah serabut. Malas nk update blog. Cuma nak ajak korang layan lagu baru Samsons ni. Best, aku dah dapat 1 full album. Kalau terasa nak download full album, meh download kat sini atau kat sini.

Kisah Tak Sempurna ^-^

aku memang tak berhati besar
untuk memahami
hatimu disana

aku memang tak berlapang dada
untuk menyadari
kau bukan milikku lagi

ref:
dengar dengarkan aku
aku akan bertahan sampai kapanpun
sampai kapanpun

wow.. wow…

maafkan aku
yang tak sempurna tuk dirimu
usailah sudah kisah yang tak sempurna
untuk kita kenang

andai aku dapat merelakan
setiap kepingan
butiran kenangan indah

andai aku sanggup menjalani
setiap detik
dan waktu mendatang

Leave a comment

Burung Kakak TUA

_Dulu kan, arwah mak aku selalu pesan, jangan melawan cakap orang tua. Orang tua ni lebih dulu makan garam dari kita. Banyak pengalaman yang kita boleh ambik daripada mereka ni. Aku setuju, malah sangat bertuah sebab sedari kecik mak aku dah ajar aku menghormati orang tua. Kalau ada yang kurang ajar dengan orang tua depan mata aku pun rasa macam nak luku je kepala orang tu. Susah sangat ke nak hormat orang yang lebih tua?

Tapi, andaikata kita bertemu dengan orang tua yang susah nak dihandle macam mana pulak agaknya eh?. Adakah kita akan masih lagi berpegang pada prinsip yang di atas tu?

Andaikata tiba-tiba kita ditakdirkan bertemu dengan seorang yang dikatakan berpengalaman luas dan menjadi tunggak sesebuah organisasi, tetapi tak boleh menerima teguran seseorang yang lebih muda. Dia berpendapat hanya dia saja yang layak bersuara pada orang lain. Hanya dia saja yang betul dalam segala hal. Hanya dia saja yang layak buat kerja-kerja yang dia lakukan sekarang, orang lain belum mencapai tahap dan standard macam dia. Macam mana agaknya nak berdepan dengan orang sebegini ye? Keadaan mungkin akan jadi lebih rumit disebabkan kita perlu menghormati dia disebabkan faktor yang aku dah mention kat atas tu.

Pening sebenarnya berdepan dengan situasi macam ni. Nak membantah atau melawan nanti dikatakan kurang ajar pulak. Nak menerima apa yang dilakukan tu pulak nanti kita yang merana. Silap-silap boleh bawa kesusahan pada diri sendiri. Salah ke kalau menegur kalau apa yang dilakukan tu sebenarnya salah? Rasa terhina ke kalau terima teguran orang lain, lebih-lebih lagi orang yang lebih muda? Ingatlah, kita hidup ni bukannya menongkat dunia. Sampai masanya nanti, kita semua akan dipanggil menghadapNYA. Masa tu antara kita ni dah tak ada beza pun. Muda atau tua, kaya atau miskin semuanya sekata. Semuanya sama di hadapanNYA. Jadi, salah ke kalau kita saling ingat mengingati antara satu sama lain?

Mungkin tak semua orang tua macam tu, ni pun cuma based on pemerhatian dan pengalaman sendirila. Cuma yang aku boleh simpulkan kat sini, mungkin orang yang lebih muda sewajarnya menegur dengan cara lebih berhemah kalau nak menegur golongan sebegini. Kalau menegur dengan cara aci redah je mungkin dia lagi susah nak terima. Tapi, aku masih lagi terasa susahnya berurusan dengan orang macam ni. Mencabar sungguh, tapi tambah lagi satu pengalaman, syukur Alhamdulillah....

P/s : To Mr. Z, kau memang bawa virusla. Baru semalam kau bukak cerita pasal ni, hari ni aku lak terkena. Adeh, sengal betul!

Leave a comment

Blind Date!

Blind date. Dating dengan orang yang kita tak kenal. Dating yang diatur oleh orang lain. Aku tak berapa suka blind date ni. Even ada orang nak kenal-kenalkan lelaki pada aku pun aku akan menolak. Biarlah aku kenal sendiri dan aku yang tahu macam mana ‘adventure’nya progress hubungan aku dengan lelaki tu. Tapi, kadangkala bila orang dah memujuk merayu nak tak nak kenalah juga menurut kehendak orang lain. Nak jaga hati kawan-kawan konon.

Jadi, keputusannya aku ‘terpaksa’ pergi blind date yang dah diaturkan oleh kawan aku ni. Jumpa seorang lelaki ni. Orangnya berbadan tegap. Kulit hitam manis. Berbaju coklat. Rupa ada sket ‘kureng’ tapi nampak gaya orangnya beruang eheh, berpoket tebal. Tak banyak berbual dengan dia. Cuma lepas makan dia ajak teman shopping. Beli barang untuk percutiannya dengan kawan-kawan. Dia ajak aku join siap belikan baju untuk aku sekali tu. Eh, sejak bila aku jadi pisau cukur ni? *Confuse jap* Oh ya, aku dah menolak tapi dia yang bersungguh nak belikan baju tu untuk aku. Orang dah insist nak bagi kan, terima ajela. Lepas tu aku terus mintak diri, konon aku tunggu dia kat luar sementara dia shopping.

Masa jalan-jalan kat luar tu, jumpa sorang mamat ni. Kawan lama aku. Dia nampak aku keluar dengan lelaki tadi tu. Dia tahu aku tak rela keluar dengan lelaki tu. So, dia pun ajak aku join dia menonton wayang dengan kawan-kawan dia. Aku setuju dan kami pun jalan beriringan berdua, macam pasangan kekasih. Masa nak masuk panggung wayang tu tetiba dengar bunyi alarm. Alahai, dah sampai masa rupanya. Bangun solat Subuh. Hahaha...Bermimpi rupanya. :p

Tapi siapa mamat yang ajak aku tengok wayang tu eh? Muka familiar, tapi aku takleh nak recall langsung siapa dia. Hmm...lantakler, solat dulu yuk! Otak serabut sangat agaknya sampai boleh mimpi mengarut macam ni. -_-

Nota : Takde maknanye aku nak pergi blind date. :p

5 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.