Terpaksa Memaksa...

Aku paling tak suka dipaksa. Lagi-lagi bila kena paksa buat benda yang tak disukai. Siapa yang kenal aku dah lama memang dah masak dengan perangai aku yang satu ni. Pantang kena paksa. Kalau aku nak buat sesuatu aku akan buat sendiri, bukan dipaksa. Kekadang bila bagi option untuk buat atau tidak pun belum tentu aku nak buat perkara yang disuruh tu. Cuma dalam keadaan tertentula, ada exception. Itu pun biasanya aku fikirkan untuk kebaikan orang-orang di sekeliling aku.

Salah satu perkara yang aku tak berapa gemar nak buat adalah bersukan. Dulu nak pergi latihan sukan pun sampai kena paksa dek cikgu. Biasanya macam-macam alasanla yang diberi. Cikgu pun dah lali dengan alasan murid-murid yang tak suka bersukan macam aku ni. Padahal dah dapat pun surat pelepasan sekolah agama. Still juga tak pergi latihan sukan, pergi sekolah agama. Masa tu fikir, “Ala pergi latihan sukan bukan dapat apa-apa pun. Baik pergi sekolah agama, dapat gak ilmu..” Hehe, bila habis sekolah rasa lega sebab tak payah nak bersukan lagi. Cuma bila aku masuk badan beruniform Kelana Siswa untuk subjek ko-ku masa kat IPT dulu kenalah bergerak aktif. Selamat cuma satu semester je. Tu pun dapat gak 4 flat. Fuh...

Malangnya pendirian aku tu aku kena buang mulai sekarang sebab minggu ni ‘terpaksa’ turun padang sebab kena wakil office main netball. Ni lah antara game yang aku paling tak suka. Tapi kena juga training sebab kena contribute dan juga secara tak langsung represent imej office aku. Ish, bab ni yang aku lemah. Nak mengelat macam masa kat sekolah dulu tak bolehla, warga office bukannya ramai. Jadi, nak tak nak kena juga involve. Haha..2 hari training badan dah sakit-sakit. Gara-gara jarang bersukan. Hehe..Wah, sakitnya badan...Sakitnya kaki...Sakitnya tangan...Uwaaa....

Kesimpulannya, jangan terlalu membenci sesuatu. Mungkin sampai ketikanya kita akan menyukai apa yang kita benci tuh...Isk, macam kena makan sumpah lak...

Iklan 1:

“Ni semua cikgu ke kakak-kakak eh?”
“Kakak la, bukan cikgu”
“Oho, kakak ni tingkatan berapa eh?”

“Kakak tingkatan empat la dik...”

Haha...Muka kitorang ni nampak muda-muda belia lagi rupanya...

Iklan 2 :

“Kak, nak tahu tak semalam lepas akak hantar saya balik cikgu lelaki depan rumah yang terserempak dengan kita tu ajak berbual.”
“La, apa masalahnya? Bagusla, beramah mesra dengan jiran-jiran...”
“Masalahnya, sebelum ni takde berbual pun. Tetiba je ajak berbual. Macam ada apa-apa je. Cikgu ni hensem tau kak”
“La, apa kaitannya pun? Hensem tak menjamin apa-apa pun...Ntah2 kasanova...”

Baca tak tu? Rupa paras tak menjamin apa-apa pun. Mungkin kalau dia makan gula-gula clorets ramai yang akan mengerumuni dia. Haha...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.