Psiko vs Penipu

Akhirnya, aku tahu juga siapa si psiko yang dok mengganggu aku selama ni. Rupa-rupanya dia salah aim orang da. Dia sangka aku ni awek yang dia skodeng selama ni. Apela, senang-senang je kena tipu. Entah siapala yang bagi nombor telefon aku kat dia? Patutla dia selalu je sms kata nampak aku lah. Nampak kereta aku lah. Entah apa-apa. Macam kenal aje. Bila aku kata aku bukan dok KL dia tak percaya. Dia ingat aku saje tipu dia. Ingat aku ni dah takde kerja agaknya, nak menipu orang aje kerjanya. Tapi memang banyak hal pun yang aku tipu pasal aku kat dia. Hahah...

Memula aku ingatkan mamat ni kawan-kawan lama aku. Sebabnya? Dia start rancak mengganggu aku sehari selepas aku jumpa ‘kawan lama’ aku hari tu. Aku dah syak dia ni ‘kawan lama’ aku tu. Kebetulan pulak, lepas aje aku hantar ‘kawan lama’ aku ni balik hari Jumaat lepas (dan aku dah dicop sebagai ‘terlalu baik’ sebab hal ni) dia mula rancak sms dan call aku. Lepas tu suka-suka nak cari pasal dengan aku. Kata aku tipu dia lah, apa lah. Semuanya nak menyakitkan hati. Bila dah macam tu aku malas dah nak melayan.

Pagi ni pulak, sekali lagi dia kata nampak aku keluar pagi-pagi dengan baju kurung. Terus aku hangin. Entah siapa-siapa yang dia nampak, dia kata nampak aku. Aku bagitau dia yang aku kat JB, bukan kat KL. Mustahil dia boleh nampak aku. Sebab nak bagi dia percaya aku kat JB, aku call dia guna phone rumah (tapi aku tipu kata tu nombor public), barulah dia percaya yang dia dah ditipu oleh pemberi nombor telefon tu. Bila aku tanya dia siapa yang bagi nombor aku kat dia, macam-macam alasanlah yang diberi. Biarlah. Aku harap dia takkan ganggu aku lagi lepas ni. Aku dah clarify semua dan aku dah bagitau status aku kat dia. Rimas dengan orang macam tu tau tak? Bengong punya manusia....

Tapikan, suara dia dalam telefon macam suara Fahrin Ahmad la and co-incidently nama dia pun Fahrin. Wallahu’alam la....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.