Mimpi Lagi?

Mimpi. Pernah tak kita bermimpi yang kita seolah-olah akan terjatuh dalam lubang yang dalam? Lepas tu, bermimpi kena kejar dengan orang yang tak kita kenali sampai terjatuh. Biasa bila aku mimpi macam tu mesti ter sentak dan tersedar terus. Sebabnya terasa macam dah tersungkur ke tanah. Padahal kedudukan aku masih elok lagi atas katil tu.

Mungkin lain orang, lain persepsinya pada sesuatu mimpi yang dia alami tu. Ada yang kata, mimpi kita alami tu menggambarkan keadaan sebaliknya dalam dunia nyata. Entah, ada yang kata mimpi tu satu petunjuk. Itu pun kalau buat solat sunat istikharahla, nak mintak petunjuk dariNYA tentang kebuntuan yang kita hadapi. Tapi pada aku, mimpi ni kebanyakannya mainan tidur aje. Pandanglah dari sudut positif, kemungkinan mimpi buruk yang dialami tu bagi kita ingatan supaya lebih berhati-hati pada apa yang kita lakukan dalam kehidupan harian. Sama juga bila dapat mimpi yang menggembirakan, jangan sampai ter’over’ excited sampai semua kerja tak boleh buat.

Mengantuk sebenarnya ni. Itu yang buat entry pasal mimpi lagi. Haha...Tapi kaki sangat sakit. Tak tahulah boleh tido ke tak malam ni. Huhu...

2-3 hari lepas aku bermimpi dapat hadiah dari seseorang yang tak aku kenali. Tapi yang peliknya, dalam mimpi tu aku mcam kenal je orang yang bagi aku hadiah tu. Apa maknanya ye? Sampai hari ni aku masih lagi tertanya-tanya maksud mimpi aku tu. Siapa makcik tu dan kenapa dia nak bagi hadiah tu pada aku sedangkan aku tak kenal pun dia? Hmm...Mainan tidur je kot?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.