Kurang Perasaan

Tahap ketenakan otak yang melampau sekarang ni. Nak online pun malas, nak update blog apa tah lagi. Hasilnya, bila nak update blog pagi tadi aku baru sedar yang akaun tmnet aku dah kena block. Sebabnya? Ada oustanding balance. Haha, aku pun tak sedar yang aku dah lama tak bayar bil. Sejak dah tak boleh nak bayar online ni kadar kelupaan aku pada bil ni semakin tinggi. Jadi, pagi tadi baru bayar. Kena bayar, kalau tak sangap pulak nak nak online memalam. Jadi moralnya, jangan sesekali tangguh bayar bil ye?

********
Orang yang takde perasaan biasanya di sifatkan sebagai sorang yang sentiasa menunjukkan muka yang tak berperasaan. Contohnya, bila kena marah pun boleh tunjuk muka selamba. Jatuh tangga pun boleh control ayu lagi, walaupun rasa malu tu dah capai tahap langit ke tujuh. Kena kutuk lagilah, macam takde rasa nak membalas. Sungguh sabar manusia itu. Lepas tu, tengok cerita seram pun boleh lagi buat muka selamba. Orang dah menjerit-jerit sampai nak terkeluar anak tekak pun dia boleh je duduk diam macam takde apa yang berlaku. Pernah tak jumpa orang macam ni?

Kebiasaanya orang macam ni jenis orang yang tak pedulikan keadaan sekeliling. Dunia nak terbalik pun dia tetap duduk dalam dunia dia. Muka yang takde ekpresi. Walau sebenarnya dia berperasaan. Cuma perasaannya kurang ditunjukkan. Macam tu la agaknya kot?

“Penat aku lambai kau semalam. Menonong je jalan kaki. Sikit pun kau tak toleh kiri kanan.”

“Aku nampak macam teruk je kau jatuh tadi. Tapi muka kau selamba je. Tak sakit ke?”

“Relaks je kau tengok cerita ni? Orang lain sampai tutup muka segala takut tengok cerita ni. Kau selamba jer...”


Salah satu ayat kat atas tu, selalu ditujukan pada aku. Sebenarnya, kawan-kawan aku selalu melabelkan aku kurang berperasaan. Tang mana kurang perasaannya pun aku kurang pasti. Mungkin sebab selalu buat muka ‘straight’ kot? Tapi bila aku sendiri jumpa dan berurusan dengan individu yang kurang berperasaan ni, aku tahu apa rasanya. Jadi aku lebih berperasaan sekarang, treat orang lain dengan lebih baik walaupun kekadang ada juga terlepas ‘straight face’ tuh. Hehe...

Jangan tiru macam saya ye? -_-

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.