Cuti Sekolah..Yeay!

Cuti sekolah. Bestnya. Masa kecil-kecilan dulu waktu ni lah yang paling ditunggu-tunggu. Boleh cuti tanpa perlu ke sekolah. Tapi biasanya cikgu dah sediakan list kerja sekolah yang panjang berjela untuk disiapkan.Konon-kononnya supaya kita tak lost track masa cuti. Still ulangkaji walaupun tengah cuti. Hehe, yala tu. Biasanya lagi 2-3 hari nak naik sekolahla baru terkapai-kapai mencari kerja sekolah. Baru sibuk nak menyiapkan kerja sekolah. Itu kira beruntung juga 2-3 hari sebelum naik sekolah teringat ada kerja sekolah. Buatnya esok nak pergi sekolah, hari ni baru teringat ada kerja berlambak? Mau meraung nak menyiapkan semua kerja dalam masa satu hari. Aku tak pernah buat macam tu la, tapi selalu je tengok adik aku dengan anak-anak buah aku buat perangai macam tu. Lepas tu kelam kabutla mencari itu ini pagi-pagi hari pertama naik sekolah tu. Fuh, mencabar betul...

Dulu masa cuti sekolah ni banyak rancangan best kat TV. Ada Alam Ria Cuti Sekolah. Macam-macamlah program TV masa dulu. Paling ingat cerita A Girl From Tomorrow la. Allana dengan device ala-skarf atas kepala. Lepas tu ada cerita E-wok (betul ke ejaannya ni?). Ditambah lagi dengan rancangan kartun yang dah sedia ada kat TV masa tu. Mana la nak ingat kerja sekolah? Tapi sekarang ni ada lagi ke rancangan-rancangan TV macam tu eh? Rasa macam banyak kartun je sekarang ni. Memang melekakan budak-budakla. Tapi dulu masa semester break kekadang aku layan gak cite kartun pepagi ni. Nak-nak cite Oggy and The Cockraches. Haha, lawak gile kartun tu. Sekarang ni kartun yang aku layan cuma Shin Chan dengan Black Jack jer. Ops, termelalut dah. Hehe.

Sekarang ni, bila masuk alam pekerjaan, bos-bos yang akan bercuti musim cuti sekolah ni. Start hari Rabu ni bos aku cuti seminggu, balik Kedah. Yeay! Melompat kami satu department. Haha. Tapi sebelum dia cuti ni semputla kena ulang alik masuk bilik dia gara-gara nak menyiapkan report yang nak release sebelum hujung bulan ni. Fiu~ Takpe, 1 hari je lagi, lepas tu merdeka! :p Haha...Pesanan untuk para bos. Jangan cuti lama-lama musim cuti sekolah ni, nanti staff jadi malas bekerja. Huhu...

Kekadang bila cuti sekolah panjang macam ni aku terfikir gak nak jadi cikgu. Tapi malangnya minat mengajar tu tak diperolehi lagi sampai sekarang. Jadi cikgu tak formal tu biasala. Tapi nak mengajar tu, alahai belum sampai serunya lagi. Takpela, ramai lagi yang berminat nak jadi cikgu kat luar sana tu. Biarlah aku jadi cikgu tak formal aje. Janji ilmu yang nak dikongsikan tu sampai juga pada penerimanya, ye tak?

Alahai, lagi 2 minggu la baru dapat skodeng dia balik ye? Napela cuti lama sangat eh? Adeih...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.