Apa-apa Sajalah...

Talam dua muka. Biasa dah dengan istilah ni. Dan juga dah terbiasa ‘terkena’ dengan orang macam ni. Ingatkan bolehla percayakan dia sebab dari gaya dan penceritaan macam dia pun terkena juga dengan pihak yang satu lagi itu. Malangnya apa yang dikatakan tu disampaikan terus menerus kepada pihak yang satu lagi tu.Direct from satelite. Pihak yang satu lagi tu pulak terus mengadu kepada pihak atasan apa yang dikatakan orang lain kepadanya. Macam kanak-kanak ribena plak. Mengadu hal yang tak seberapa macam tu pada pihak atasan. Kelakar. Rasa macam nak tergelak berguling-guling pun ada. Tapi nanti dikatakan tak betul pulak. Tak pasal-pasal kena dok Hospital Permai nanti. Haih, merepek dah ni...

Apa pun, jangan mudah terpengaruh pada kebaikan seseorang. Memang betul apa yang dikatakan oleh pepatah tu, ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’. Hati masing-masing ni berwarna warni. Bila kita berbaik sangka dengan orang lain tak semestinya orang lain itu turut berbaik sangka pada kita. Jadi, hati-hatila...

******
Minggu lepas, terlibat dengan acara memecahkan rekod bermain bola jaring tanpa henti selama 50 jam. Nak masuk Malaysian Book of Records. Inilah event yang kena training macam nak mati tu. Sempatla main 2 game. 1 game lebih kurang 20 minit. Jumpa 2 team yang boleh dikatakan hebat jugalah. Nak pengsan juga berkejaran dalam padang tu. Padahal kawasan jajahan aku bukanlah besar sangat pun. Hehe...Cuma, masa jumpa 2nd team tu, kami terpegun dengan kekacakan seorang gadis tomboy. Kalau minah tu lelaki rasanya memang ada yang dah sempat bertukar-tukar nombor telefon tuh. Sampai hari ni masih lagi terbayangkan muka dia. Bengongla bebudak office aku ni. Haha...

Yang tak bestnya, sampai hari ni kaki kiri aku sakit. Especially bahagian lutut. Sangat seksa bila nak kena duduk dan juga turun tangga. Huhu. Duduk atas kerusi pun sengal juga kaki dibuatnya. Ada yang boleh bagi petua tak macam mana nak kurangkan sengal selain urut?

******
Semalam, pergi urut kaki kiri yang sakit ni. Mak aih, sakitnya kena urut. Dah lama tak diurut macam tu. Memula rasa takut juga sampai 2-3 kali aku keluar masuk toilet rumah makcik tukang urut tu. Lama menunggu pun satu hal juga. Tapi bila makcik tu kata, perempuan yang selalu keluar masuk toilet ni ada kemungkinan sistem peranakkannya turun, buat aku rasa cuak. Ye ke makcik? Huhu, takutnya...

******
Kesengalan menghadap kerja sekarang ni bertambah best kalau dapat mencuci mata. Serabut otak pun boleh hilang . Hehe...Tapi tak boleh selalulah. Nanti kang tak pasal-pasal orang yang diperhatikan tu perasan lak. Suka tengok jela. Tak sampai tahap jatuh cinta lagi pun. Cuma terpikat bila tengok dia dukung baby kelmarin. So sweet. Sampai enjin kereta boleh termati lak. Cis, hampeh betul....Terpaksala cover cun masa tuh.

******
Balik rumah tadi, Nazirah dah ada kat rumah aku. Sayang pulak balik lambat hari ni. Kalau tak, mesti sempat nak beramah mesra dengan dia. Dahla budak tu payah nak dekat dengan orang lain selain family dia. Isk, rugi...rugi...

Tapi bila nampak kereta kakak aku tadi memang dah cuak pun. Sebabnya, ada hal yang kami sembunyikan dari pengetahuan family ni. Kalau kakak aku tahu hal tu mesti dia mengamuk sungguh-sungguh nanti. Biar je pemilik masalah tu je yang bukak cerita nanti. Fiu~

******
Ni entri tengah busy dan malas nak menaip panjang. Bak kata Zura, bila ada masa nanti buatla 3 entry sekaligus. Ni bukan 3 tapi 5. Hehe....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.