Alam Ria Ribena

Indahnya hidup zaman kanak-kanak kan? Bila mengajar anak-anak buah buat kerja sekolah tadi tetiba terimbau kenangan zaman kanak-kanak aku. Seronok je, tak payah fikir macam-macam. Fikir esok nak pergi sekolah, jumpa kawan-kawan. Bermain dengan kawan-kawan permainan zaman kanak-kanak dulu. Main teng-teng la, lompat gerah la, jebat tiang la, batu seremban la, galah panjang la. Pendek kata, macam-macam permainan zaman kanak-kanak dulu. Lepas tu fikir nak makan jajan yang glamer kat sekolah masa tu. Kalau boleh nak beli semua jajan yang ada dekat kaunter kantin sekolah tu. Sampai dulu pernah terfikir, bila besar, ada duit banyak, aku nak beli semua jajan yang ada jual kat mukabumi ni. Haha...kelakar je pemikiran zaman budak-budak dulu. Dah besar ni nak makan jajan pun dah tak lalu. Haih...

Ingat lagi, waktu rehat kat sekolah masa darjah 5. Kitorang suka lepak belakang kelas. Kebetulan kelas darjah 5 memang menghala ke pintu belakang sekolah. Kat pintu belakang ni ada pakcik ni jual pelbagai jajan untuk bebudak sekolah. Sebenarnya, sekolah tak bagi beli makanan dari luar dan juga student tak boleh keluar dari sekolah masa rehat. Tapi kitorang selamba aje order ngan pakcik tu macam-macam makanan waktu rehat. Pengawas tak pengawas pun sama jer. Dua kali lima. Lima kali dua. Jawapannya sepuluh. Haha...Last sekali bila cikgu dapat tahu, pakcik tu dilarang berniaga masa rehat. Dia cuma boleh berniaga masa bebudak balik sekolah aje. Kesian pakcik tu...Agak-agaknya dia berniaga lagi tak eh kat situ. Hmm...rindunya kat sekolah tu. Banyak dah perubahan agaknya...

Mengimbau zaman kanak-kanak ni memang betul-betul buat rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak. Tak mahu fikirkan masalah orang-orang dewasa ni. Pening. Kusut. Complicated. Putar belit. Serabut. Really missed the ‘little’ me. Huwaaa....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.