Archive for May 2007

Cuti Sekolah..Yeay!

Cuti sekolah. Bestnya. Masa kecil-kecilan dulu waktu ni lah yang paling ditunggu-tunggu. Boleh cuti tanpa perlu ke sekolah. Tapi biasanya cikgu dah sediakan list kerja sekolah yang panjang berjela untuk disiapkan.Konon-kononnya supaya kita tak lost track masa cuti. Still ulangkaji walaupun tengah cuti. Hehe, yala tu. Biasanya lagi 2-3 hari nak naik sekolahla baru terkapai-kapai mencari kerja sekolah. Baru sibuk nak menyiapkan kerja sekolah. Itu kira beruntung juga 2-3 hari sebelum naik sekolah teringat ada kerja sekolah. Buatnya esok nak pergi sekolah, hari ni baru teringat ada kerja berlambak? Mau meraung nak menyiapkan semua kerja dalam masa satu hari. Aku tak pernah buat macam tu la, tapi selalu je tengok adik aku dengan anak-anak buah aku buat perangai macam tu. Lepas tu kelam kabutla mencari itu ini pagi-pagi hari pertama naik sekolah tu. Fuh, mencabar betul...

Dulu masa cuti sekolah ni banyak rancangan best kat TV. Ada Alam Ria Cuti Sekolah. Macam-macamlah program TV masa dulu. Paling ingat cerita A Girl From Tomorrow la. Allana dengan device ala-skarf atas kepala. Lepas tu ada cerita E-wok (betul ke ejaannya ni?). Ditambah lagi dengan rancangan kartun yang dah sedia ada kat TV masa tu. Mana la nak ingat kerja sekolah? Tapi sekarang ni ada lagi ke rancangan-rancangan TV macam tu eh? Rasa macam banyak kartun je sekarang ni. Memang melekakan budak-budakla. Tapi dulu masa semester break kekadang aku layan gak cite kartun pepagi ni. Nak-nak cite Oggy and The Cockraches. Haha, lawak gile kartun tu. Sekarang ni kartun yang aku layan cuma Shin Chan dengan Black Jack jer. Ops, termelalut dah. Hehe.

Sekarang ni, bila masuk alam pekerjaan, bos-bos yang akan bercuti musim cuti sekolah ni. Start hari Rabu ni bos aku cuti seminggu, balik Kedah. Yeay! Melompat kami satu department. Haha. Tapi sebelum dia cuti ni semputla kena ulang alik masuk bilik dia gara-gara nak menyiapkan report yang nak release sebelum hujung bulan ni. Fiu~ Takpe, 1 hari je lagi, lepas tu merdeka! :p Haha...Pesanan untuk para bos. Jangan cuti lama-lama musim cuti sekolah ni, nanti staff jadi malas bekerja. Huhu...

Kekadang bila cuti sekolah panjang macam ni aku terfikir gak nak jadi cikgu. Tapi malangnya minat mengajar tu tak diperolehi lagi sampai sekarang. Jadi cikgu tak formal tu biasala. Tapi nak mengajar tu, alahai belum sampai serunya lagi. Takpela, ramai lagi yang berminat nak jadi cikgu kat luar sana tu. Biarlah aku jadi cikgu tak formal aje. Janji ilmu yang nak dikongsikan tu sampai juga pada penerimanya, ye tak?

Alahai, lagi 2 minggu la baru dapat skodeng dia balik ye? Napela cuti lama sangat eh? Adeih...

Leave a comment

Psiko vs Penipu

Akhirnya, aku tahu juga siapa si psiko yang dok mengganggu aku selama ni. Rupa-rupanya dia salah aim orang da. Dia sangka aku ni awek yang dia skodeng selama ni. Apela, senang-senang je kena tipu. Entah siapala yang bagi nombor telefon aku kat dia? Patutla dia selalu je sms kata nampak aku lah. Nampak kereta aku lah. Entah apa-apa. Macam kenal aje. Bila aku kata aku bukan dok KL dia tak percaya. Dia ingat aku saje tipu dia. Ingat aku ni dah takde kerja agaknya, nak menipu orang aje kerjanya. Tapi memang banyak hal pun yang aku tipu pasal aku kat dia. Hahah...

Memula aku ingatkan mamat ni kawan-kawan lama aku. Sebabnya? Dia start rancak mengganggu aku sehari selepas aku jumpa ‘kawan lama’ aku hari tu. Aku dah syak dia ni ‘kawan lama’ aku tu. Kebetulan pulak, lepas aje aku hantar ‘kawan lama’ aku ni balik hari Jumaat lepas (dan aku dah dicop sebagai ‘terlalu baik’ sebab hal ni) dia mula rancak sms dan call aku. Lepas tu suka-suka nak cari pasal dengan aku. Kata aku tipu dia lah, apa lah. Semuanya nak menyakitkan hati. Bila dah macam tu aku malas dah nak melayan.

Pagi ni pulak, sekali lagi dia kata nampak aku keluar pagi-pagi dengan baju kurung. Terus aku hangin. Entah siapa-siapa yang dia nampak, dia kata nampak aku. Aku bagitau dia yang aku kat JB, bukan kat KL. Mustahil dia boleh nampak aku. Sebab nak bagi dia percaya aku kat JB, aku call dia guna phone rumah (tapi aku tipu kata tu nombor public), barulah dia percaya yang dia dah ditipu oleh pemberi nombor telefon tu. Bila aku tanya dia siapa yang bagi nombor aku kat dia, macam-macam alasanlah yang diberi. Biarlah. Aku harap dia takkan ganggu aku lagi lepas ni. Aku dah clarify semua dan aku dah bagitau status aku kat dia. Rimas dengan orang macam tu tau tak? Bengong punya manusia....

Tapikan, suara dia dalam telefon macam suara Fahrin Ahmad la and co-incidently nama dia pun Fahrin. Wallahu’alam la....

Leave a comment

Apa-apa Sajalah...

Talam dua muka. Biasa dah dengan istilah ni. Dan juga dah terbiasa ‘terkena’ dengan orang macam ni. Ingatkan bolehla percayakan dia sebab dari gaya dan penceritaan macam dia pun terkena juga dengan pihak yang satu lagi itu. Malangnya apa yang dikatakan tu disampaikan terus menerus kepada pihak yang satu lagi tu.Direct from satelite. Pihak yang satu lagi tu pulak terus mengadu kepada pihak atasan apa yang dikatakan orang lain kepadanya. Macam kanak-kanak ribena plak. Mengadu hal yang tak seberapa macam tu pada pihak atasan. Kelakar. Rasa macam nak tergelak berguling-guling pun ada. Tapi nanti dikatakan tak betul pulak. Tak pasal-pasal kena dok Hospital Permai nanti. Haih, merepek dah ni...

Apa pun, jangan mudah terpengaruh pada kebaikan seseorang. Memang betul apa yang dikatakan oleh pepatah tu, ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’. Hati masing-masing ni berwarna warni. Bila kita berbaik sangka dengan orang lain tak semestinya orang lain itu turut berbaik sangka pada kita. Jadi, hati-hatila...

******
Minggu lepas, terlibat dengan acara memecahkan rekod bermain bola jaring tanpa henti selama 50 jam. Nak masuk Malaysian Book of Records. Inilah event yang kena training macam nak mati tu. Sempatla main 2 game. 1 game lebih kurang 20 minit. Jumpa 2 team yang boleh dikatakan hebat jugalah. Nak pengsan juga berkejaran dalam padang tu. Padahal kawasan jajahan aku bukanlah besar sangat pun. Hehe...Cuma, masa jumpa 2nd team tu, kami terpegun dengan kekacakan seorang gadis tomboy. Kalau minah tu lelaki rasanya memang ada yang dah sempat bertukar-tukar nombor telefon tuh. Sampai hari ni masih lagi terbayangkan muka dia. Bengongla bebudak office aku ni. Haha...

Yang tak bestnya, sampai hari ni kaki kiri aku sakit. Especially bahagian lutut. Sangat seksa bila nak kena duduk dan juga turun tangga. Huhu. Duduk atas kerusi pun sengal juga kaki dibuatnya. Ada yang boleh bagi petua tak macam mana nak kurangkan sengal selain urut?

******
Semalam, pergi urut kaki kiri yang sakit ni. Mak aih, sakitnya kena urut. Dah lama tak diurut macam tu. Memula rasa takut juga sampai 2-3 kali aku keluar masuk toilet rumah makcik tukang urut tu. Lama menunggu pun satu hal juga. Tapi bila makcik tu kata, perempuan yang selalu keluar masuk toilet ni ada kemungkinan sistem peranakkannya turun, buat aku rasa cuak. Ye ke makcik? Huhu, takutnya...

******
Kesengalan menghadap kerja sekarang ni bertambah best kalau dapat mencuci mata. Serabut otak pun boleh hilang . Hehe...Tapi tak boleh selalulah. Nanti kang tak pasal-pasal orang yang diperhatikan tu perasan lak. Suka tengok jela. Tak sampai tahap jatuh cinta lagi pun. Cuma terpikat bila tengok dia dukung baby kelmarin. So sweet. Sampai enjin kereta boleh termati lak. Cis, hampeh betul....Terpaksala cover cun masa tuh.

******
Balik rumah tadi, Nazirah dah ada kat rumah aku. Sayang pulak balik lambat hari ni. Kalau tak, mesti sempat nak beramah mesra dengan dia. Dahla budak tu payah nak dekat dengan orang lain selain family dia. Isk, rugi...rugi...

Tapi bila nampak kereta kakak aku tadi memang dah cuak pun. Sebabnya, ada hal yang kami sembunyikan dari pengetahuan family ni. Kalau kakak aku tahu hal tu mesti dia mengamuk sungguh-sungguh nanti. Biar je pemilik masalah tu je yang bukak cerita nanti. Fiu~

******
Ni entri tengah busy dan malas nak menaip panjang. Bak kata Zura, bila ada masa nanti buatla 3 entry sekaligus. Ni bukan 3 tapi 5. Hehe....

Leave a comment

Mimpi Lagi?

Mimpi. Pernah tak kita bermimpi yang kita seolah-olah akan terjatuh dalam lubang yang dalam? Lepas tu, bermimpi kena kejar dengan orang yang tak kita kenali sampai terjatuh. Biasa bila aku mimpi macam tu mesti ter sentak dan tersedar terus. Sebabnya terasa macam dah tersungkur ke tanah. Padahal kedudukan aku masih elok lagi atas katil tu.

Mungkin lain orang, lain persepsinya pada sesuatu mimpi yang dia alami tu. Ada yang kata, mimpi kita alami tu menggambarkan keadaan sebaliknya dalam dunia nyata. Entah, ada yang kata mimpi tu satu petunjuk. Itu pun kalau buat solat sunat istikharahla, nak mintak petunjuk dariNYA tentang kebuntuan yang kita hadapi. Tapi pada aku, mimpi ni kebanyakannya mainan tidur aje. Pandanglah dari sudut positif, kemungkinan mimpi buruk yang dialami tu bagi kita ingatan supaya lebih berhati-hati pada apa yang kita lakukan dalam kehidupan harian. Sama juga bila dapat mimpi yang menggembirakan, jangan sampai ter’over’ excited sampai semua kerja tak boleh buat.

Mengantuk sebenarnya ni. Itu yang buat entry pasal mimpi lagi. Haha...Tapi kaki sangat sakit. Tak tahulah boleh tido ke tak malam ni. Huhu...

2-3 hari lepas aku bermimpi dapat hadiah dari seseorang yang tak aku kenali. Tapi yang peliknya, dalam mimpi tu aku mcam kenal je orang yang bagi aku hadiah tu. Apa maknanya ye? Sampai hari ni aku masih lagi tertanya-tanya maksud mimpi aku tu. Siapa makcik tu dan kenapa dia nak bagi hadiah tu pada aku sedangkan aku tak kenal pun dia? Hmm...Mainan tidur je kot?

Leave a comment

Dejavu

“Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian

Biarlah ku bertanya
pada bintang-bintang
Tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna”

Kebelakangan ni aku selalu bermimpi. Mimpi bertemu dengan orang yang dah lama tak ketemu dan tak mungkin akan aku ketemui lagi. Biasanya, bila mimpi macam ni datang, aku dah tau ada sesuatu yang ingin diberitahu. Jadi, aku akan lebih berwaspada pada setiap tindakan aku dan juga apa yang berlaku di sekeliling aku. Bukannya terlalu mempercayai, cuma lebih berhati-hati. Mana tahu, dalam berjaga-jaga pun kita tetap terkena juga.

Mimpi ni kadang-kadang bawak macam-macam makna. Ada juga yang mainan tidur cuma. Semuanya terpulang kepada penerimaan kita sendiri. Ada orang kata, kalau kita mimpikan seseorang, ada yang sedang merindui dan mengingati kita. Entahla, boleh pakai ke fakta tu? Abis kalau kita mimpikan kambing, maksudnya kambing tu mimpikan kita gak ke? Hehe..macam-macam. Tapi ada gak yang kata, kalau mimpi yang kita alami tu sebelum subuh, kemungkinan untuk mimpi tu menjadi nyata tu besar. Tak tahulah betul ke tidak, wallahu’alam. Hanya dia yang mengetahui.

Ada tak antara kita pernah rasa macam ni, masa kita tengah lakukan sesuatu tetiba kita rasa macam kita pernah lalui je peristiwa tu sebelum ni. Kalau tak salah aku, fenomena tu digelar dejavu – mimpi jadi kenyataan. Tapi, yela. Mana kita ingat pun, kalau hal yang jadi tu kita dah mimpi berbulan tak pun bertahun lama dulu. Kalau semua orang boleh ingat mimpi yang kita mimpikan tiap-tiap malam, lepas tu setiap mimpi tu jadi nyata memang best la. Semua tahu apa akan kita lalui masa depan. Dah jadi khurafat pulak bila kita terlalu percayakan yang lain selain DIA yang maha kuasa. Nauzubillah...

Pernah tak dengar, orang tua-tua kata kalau kita mimpi kita patah gigi tu maknanya ada saudara terdekat kita akan meninggal dunia. Aku selalu je mimpi patah gigi ni. Sampai jadi cuak kekadang tu, ingat gigi aku betul-betul patah. Biasanya kebanyakan mimpi patah gigi ni memang adalah saudara mara terdekat aku yang meninggal dunia. Wallahu’alam, mungkin semua kebetulan. Lagipun, itu semua bukan bidang kuasa kita. DIA je yang maha mengetahui. Mungkin juga memang DIA bagi petanda macam tu. Siapa yang tahu kan?

Adeh, mulalah merapu ni. Ni semua gara-gara tak boleh tidur malam tadi. Fikir apa entah.Penat sangat agaknya sampai selera makan pun terputus terus. Makan pun semata-mata takut collapse masa tengah training. Hehe, sebenarnya jangan terlalu percayakan mimpi. Takut nanti bila obses sangat dengan sesuatu mimpi tu, kerja yang sepatutnya kita buat dan selesaikan tak diselesaikan dengan sempurna. Kucar-kacir hidup jadinya nanti. Jadi, berpada-pada ajela dalam hidup ni....

Leave a comment

Terpaksa Memaksa...

Aku paling tak suka dipaksa. Lagi-lagi bila kena paksa buat benda yang tak disukai. Siapa yang kenal aku dah lama memang dah masak dengan perangai aku yang satu ni. Pantang kena paksa. Kalau aku nak buat sesuatu aku akan buat sendiri, bukan dipaksa. Kekadang bila bagi option untuk buat atau tidak pun belum tentu aku nak buat perkara yang disuruh tu. Cuma dalam keadaan tertentula, ada exception. Itu pun biasanya aku fikirkan untuk kebaikan orang-orang di sekeliling aku.

Salah satu perkara yang aku tak berapa gemar nak buat adalah bersukan. Dulu nak pergi latihan sukan pun sampai kena paksa dek cikgu. Biasanya macam-macam alasanla yang diberi. Cikgu pun dah lali dengan alasan murid-murid yang tak suka bersukan macam aku ni. Padahal dah dapat pun surat pelepasan sekolah agama. Still juga tak pergi latihan sukan, pergi sekolah agama. Masa tu fikir, “Ala pergi latihan sukan bukan dapat apa-apa pun. Baik pergi sekolah agama, dapat gak ilmu..” Hehe, bila habis sekolah rasa lega sebab tak payah nak bersukan lagi. Cuma bila aku masuk badan beruniform Kelana Siswa untuk subjek ko-ku masa kat IPT dulu kenalah bergerak aktif. Selamat cuma satu semester je. Tu pun dapat gak 4 flat. Fuh...

Malangnya pendirian aku tu aku kena buang mulai sekarang sebab minggu ni ‘terpaksa’ turun padang sebab kena wakil office main netball. Ni lah antara game yang aku paling tak suka. Tapi kena juga training sebab kena contribute dan juga secara tak langsung represent imej office aku. Ish, bab ni yang aku lemah. Nak mengelat macam masa kat sekolah dulu tak bolehla, warga office bukannya ramai. Jadi, nak tak nak kena juga involve. Haha..2 hari training badan dah sakit-sakit. Gara-gara jarang bersukan. Hehe..Wah, sakitnya badan...Sakitnya kaki...Sakitnya tangan...Uwaaa....

Kesimpulannya, jangan terlalu membenci sesuatu. Mungkin sampai ketikanya kita akan menyukai apa yang kita benci tuh...Isk, macam kena makan sumpah lak...

Iklan 1:

“Ni semua cikgu ke kakak-kakak eh?”
“Kakak la, bukan cikgu”
“Oho, kakak ni tingkatan berapa eh?”

“Kakak tingkatan empat la dik...”

Haha...Muka kitorang ni nampak muda-muda belia lagi rupanya...

Iklan 2 :

“Kak, nak tahu tak semalam lepas akak hantar saya balik cikgu lelaki depan rumah yang terserempak dengan kita tu ajak berbual.”
“La, apa masalahnya? Bagusla, beramah mesra dengan jiran-jiran...”
“Masalahnya, sebelum ni takde berbual pun. Tetiba je ajak berbual. Macam ada apa-apa je. Cikgu ni hensem tau kak”
“La, apa kaitannya pun? Hensem tak menjamin apa-apa pun...Ntah2 kasanova...”

Baca tak tu? Rupa paras tak menjamin apa-apa pun. Mungkin kalau dia makan gula-gula clorets ramai yang akan mengerumuni dia. Haha...

Leave a comment

Kurang Perasaan

Tahap ketenakan otak yang melampau sekarang ni. Nak online pun malas, nak update blog apa tah lagi. Hasilnya, bila nak update blog pagi tadi aku baru sedar yang akaun tmnet aku dah kena block. Sebabnya? Ada oustanding balance. Haha, aku pun tak sedar yang aku dah lama tak bayar bil. Sejak dah tak boleh nak bayar online ni kadar kelupaan aku pada bil ni semakin tinggi. Jadi, pagi tadi baru bayar. Kena bayar, kalau tak sangap pulak nak nak online memalam. Jadi moralnya, jangan sesekali tangguh bayar bil ye?

********
Orang yang takde perasaan biasanya di sifatkan sebagai sorang yang sentiasa menunjukkan muka yang tak berperasaan. Contohnya, bila kena marah pun boleh tunjuk muka selamba. Jatuh tangga pun boleh control ayu lagi, walaupun rasa malu tu dah capai tahap langit ke tujuh. Kena kutuk lagilah, macam takde rasa nak membalas. Sungguh sabar manusia itu. Lepas tu, tengok cerita seram pun boleh lagi buat muka selamba. Orang dah menjerit-jerit sampai nak terkeluar anak tekak pun dia boleh je duduk diam macam takde apa yang berlaku. Pernah tak jumpa orang macam ni?

Kebiasaanya orang macam ni jenis orang yang tak pedulikan keadaan sekeliling. Dunia nak terbalik pun dia tetap duduk dalam dunia dia. Muka yang takde ekpresi. Walau sebenarnya dia berperasaan. Cuma perasaannya kurang ditunjukkan. Macam tu la agaknya kot?

“Penat aku lambai kau semalam. Menonong je jalan kaki. Sikit pun kau tak toleh kiri kanan.”

“Aku nampak macam teruk je kau jatuh tadi. Tapi muka kau selamba je. Tak sakit ke?”

“Relaks je kau tengok cerita ni? Orang lain sampai tutup muka segala takut tengok cerita ni. Kau selamba jer...”


Salah satu ayat kat atas tu, selalu ditujukan pada aku. Sebenarnya, kawan-kawan aku selalu melabelkan aku kurang berperasaan. Tang mana kurang perasaannya pun aku kurang pasti. Mungkin sebab selalu buat muka ‘straight’ kot? Tapi bila aku sendiri jumpa dan berurusan dengan individu yang kurang berperasaan ni, aku tahu apa rasanya. Jadi aku lebih berperasaan sekarang, treat orang lain dengan lebih baik walaupun kekadang ada juga terlepas ‘straight face’ tuh. Hehe...

Jangan tiru macam saya ye? -_-

Leave a comment

Banned?

Kebosanan yang melanda petang tadi membuatkan aku berlegar-legar dari blog ke blog. Meninjau apa yang terbaru dari kawan-kawan. Sampai kat blog Amirez, aku tertarik nak cuba cek sama ada blog ni kena banned atau tak kat sini. Ingatkan selamatla, kena banned juga rupanya. Haha...banyakla url yang kena banned termasuklah google dan juga wikipedia (???)

Tak percaya? Mehla cuba test blog korang lak kat sini....


Leave a comment

Alam Ria Ribena

Indahnya hidup zaman kanak-kanak kan? Bila mengajar anak-anak buah buat kerja sekolah tadi tetiba terimbau kenangan zaman kanak-kanak aku. Seronok je, tak payah fikir macam-macam. Fikir esok nak pergi sekolah, jumpa kawan-kawan. Bermain dengan kawan-kawan permainan zaman kanak-kanak dulu. Main teng-teng la, lompat gerah la, jebat tiang la, batu seremban la, galah panjang la. Pendek kata, macam-macam permainan zaman kanak-kanak dulu. Lepas tu fikir nak makan jajan yang glamer kat sekolah masa tu. Kalau boleh nak beli semua jajan yang ada dekat kaunter kantin sekolah tu. Sampai dulu pernah terfikir, bila besar, ada duit banyak, aku nak beli semua jajan yang ada jual kat mukabumi ni. Haha...kelakar je pemikiran zaman budak-budak dulu. Dah besar ni nak makan jajan pun dah tak lalu. Haih...

Ingat lagi, waktu rehat kat sekolah masa darjah 5. Kitorang suka lepak belakang kelas. Kebetulan kelas darjah 5 memang menghala ke pintu belakang sekolah. Kat pintu belakang ni ada pakcik ni jual pelbagai jajan untuk bebudak sekolah. Sebenarnya, sekolah tak bagi beli makanan dari luar dan juga student tak boleh keluar dari sekolah masa rehat. Tapi kitorang selamba aje order ngan pakcik tu macam-macam makanan waktu rehat. Pengawas tak pengawas pun sama jer. Dua kali lima. Lima kali dua. Jawapannya sepuluh. Haha...Last sekali bila cikgu dapat tahu, pakcik tu dilarang berniaga masa rehat. Dia cuma boleh berniaga masa bebudak balik sekolah aje. Kesian pakcik tu...Agak-agaknya dia berniaga lagi tak eh kat situ. Hmm...rindunya kat sekolah tu. Banyak dah perubahan agaknya...

Mengimbau zaman kanak-kanak ni memang betul-betul buat rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak. Tak mahu fikirkan masalah orang-orang dewasa ni. Pening. Kusut. Complicated. Putar belit. Serabut. Really missed the ‘little’ me. Huwaaa....

Leave a comment

Tag Pengsan!

Rasa macam nak pengsan. Waiting job aku je dah nak masuk 5. Fuh, tersangat mencabarlah tahun ni. Waktu aku takde kerja hari tu semua job tak nak datang. Ini bila dah datang 2 job besar yang memang biasa aku buat tetiap tahun, datang bertimbun-timbun pulak job lain. Macam mana nak handle ni? Rasa macam ada yang kena handover pada orang lain ni. Tak larat nak settle kan semua. Haih...

Bila fikir-fikirkan balik, memang dugaan aku untuk tahun ni la kot? Lepas satu, satu yang datang. Hehe, makin meningkat usia ni macam-macam pulak dugaan yang singgah. Redha kan aje lah. Insya Allah, mudah-mudahan ada hikmah yang menunggu kat depan tu. Dah tak larat nak fikir sebenarnya. Biarkan je ikut arus. Tapi jangan sampai hanyut sudahla...

******

Tag lagi? Huhu, dah kena sound dah, “Bila nak jawab tag?” Haha...buat tak paham je. Tersangat malas nak jawab tag ni. Tapi disebabkan takde idea nak menaip apa hari ni, maka dengan relanya aku menjawab tag cik adik In ni.

I’m very addicted to;

  • Computer, internet + downloading (25%)
  • Reading – mags (BS esp), novel, motivational + any other interesting books/ mags (23%)
  • Korean + Indonesian stuff – esp songs + movies la, bukan orangye ye? :p (18%)
  • Segala yang berkaitan dengan warna biru + hitam (8%)
  • Chocolate - any foods related to chocolate, nyum-nyum... (6%)
  • Kids esp baby girl, so cute....(5%)
  • Cats – so cute...(5%)
  • McD (4%)
  • Collecting stamps (3%)
  • Collecting bookmarks (3%)

Cukup 100%. Fuh, penat fikir. Nak tag orang lan tak eh? Macam malas pulak. Takpela. Aku dah jadi baik sekarang. Malas nak tag sesiapa dah.

Sesiapa yang nak buat + nak tag orang lain, these are the rules;

  1. Tulis sebanyak mana 'addicted' korang terhadap sesuatu benda.
  2. Then, jangan lupa letak berapa percent tahap 'addicted' korang tadi terhadap benda tersebut.
  3. Tapi dengan syarat, jumlah semua percent tu mestilah (100%)
  4. Boleh tag seberapa ramai orang, tapi jangan lupa terangkan rulesnya...

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.