Terpedaya Tipu Daya

Nape ntah hari ni je aku dapat banyak sangat soalan yang sama. Umur berapa? Dah kahwin ke? Adui, jenuh nak menjawabnya. Paling best, bila sorang client ni boleh ingat aku cuti emergency hari tu sebab anak sakit. Haha, nak tergelak je masa tu. Ada macam muka mak budak ke?

Lepas tu sorang lagi tanya soalan, “Eh, kau dah kahwin ke belum?”

Oleh sebab terkedu, aku cuma jawab, “Saya cuma boleh jawab soalan berkaitan kerja je.”

Haha, padan muka dia. Taktik la tu, macam aku tak tahu. Takde rotan, akar pun berguna. Tapi aku tak mau jadi akar tu. Tak berbaloi. Hehe, mesti korang tak faham kan? Tapi memang saja pun tak mahu orang faham.

Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan rupa seseorang ye kawan-kawan? Rupa macam mak orang, tak semestinya dah jadi mak orang. (Sebenarnya masih tak puas hati sebab orang ingat aku dh jadi ibu, haih...)

****************

“Kak, kenapa akak rajin sangat layan call, sms dia? Tak ingat ke apa yang dia dah buat dulu?” (dengan gaya terlebih emosi)

Aku cuma boleh gelak je bila soalan tu ditanya petang tadi. Kelakar dengan gaya emo perempuan sorang ni. Aku bukannya manusia yang tak berperasaan. Cuma sampai bila nak marah dan memusuhi sesama sendiri andai kata apa yang dah dibina berkecai tengah jalan. Takde gunanya terus-terusan bermusuh dan bermasam muka. Islam pun tak galakkan permusuhan kan? Lagipun, letih hidup dalam perasaan benci ni Jadi, memaafkan itu lebih afdal..

Aku pun lebih suka friendship ends with friendship. Takde masalah kan? Aku lebih selesa macam tu. Tak payah bermusuh-musuhan. Bukan bermaksud mengharap, cuma tak mahu hidup dibayangi kisah silam yang memeritkan...

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.