Macam-Macam Sajalah....

Salah satu kelebihan bidang kerja aku ni ialah, aku boleh selongkar segala maklumat kewangan sesebuah syarikat tu. Boleh tau gaji orang tu banyak mana. Apa jawatan dia. Siapa bos dalam company tu. Kedudukan kewangan syarikat tu, tapi benda-benda ni biasanya P&C antara aku dengan colleague aku jela. Nak usha orang pun boleh bila tau nama orang tu. Hehe...

2-3 hari lepas, masa kat office client ni aku tergerak hati nak tanya colleague aku yang sorang ni,

“Kak, saya rasa kan, mamat yang terserempak dengan kita kat tangga tadi tu mamat yang kita usha tahun lepas tu la. Ingat lagi tak?”

Kakak tu jawab, “ Ye ke? Kenapa macam lain? Nampak gemuk sikit dah sekarang ni...”

“Ala, gemuk sebab dah kawin kot? Ni pun pakai dah smart. Dah naik pangkat agaknya...”

Hari ni, sebelum kitorang tinggalkan office client tu. Kebetulan dia pun nak keluar. Tiba-tiba si officer yang entertain kitorang ni tegur dia,

“W (bukan nama sebenar), tolong buka kan pintu. Diorang nak balik.”

Sampai kat carpark, colleague aku ni bersuara,

“Oho, nama dia W. Baru akak ingat, kat company yang akak buat tu, ada bagi wedding gift untuk dia. Betulla dia dah kawin. Ish..”

Haha, itula yang bestnya bila kita dapat korek segala maklumat berkaitan company tu. Best tak? Best kan? Tapi lepas tu, sendiri mau ingat la....

******

Pagi tadi, sebelum keluar ke office client, aku call abang aku. Tanya dia sama ada nak pakai kereta atau tak. Bukan apa, kesian pulak bila tengok dia terperuk kat rumah bila semua orang pergi kerja. Sekurang-kurangya bila aku tinggalkan kereta boleh juga dia pergi ke mana-mana berjalan dengan anak-anak buah aku tu. Daripada kereta aku dok pegun kat carpark office tu, baikla aku tinggalkan kat rumah.

Lagipun, aku tau dia tengah ada masalah yang dia nak kena selesaikan. Nak tolong selesaikan masalah dia, aku tak mampu. Jadi, dengan cara ni je la yang aku mampu tolong. Hmm...aku harap masalah dia tu dapat la diselesaikan.

Bila balik maghrib tadi, semua orang tanya aku, balik naik apa? Hehe...best lak rasanya buat orang tertanya-tanya nih..

******

Petang tadi, oleh sebab malas nak sambung kerja lepas balik dari office client, aku pun balik jela. Tapi belum sempat balik dah kena kidnap dek supir dengan kekawan lain. Pergi berfoya-foya dan makan-makan kat McD. Oleh kerana takde pilihan, so terpaksa la ikut. Hehe, selalu sebab drive sendiri boleh je mengelak sana sini. Ni memang betul-betul kena kidnap. Lama dah tak naik kereta dengan supir aku ni. Dulu masa zaman sebelum ada kereta, dia lah supir yang setia untuk kami. Nak pergi mana je dia sanggup. Sampai dia boleh complaint, nak usha awek pun terbantut sebab asyik angkut kami naik kereta dia. Nak buat macam mana, dia pun rela. Kami pun gunakanlah sebaik mungkin kemudahan yang ada tu. Haha...

Lepak McD dapat la tengok gelagat orang. Tengok gelagat budak-budak kat playground tu. Macam-macam gaya dan rupa. Kelakar pun ada. Cuma aku tertarik dengan satu family ni. Memula nampak seorang ibu dengan 2 orang anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Tapi anak lelaki ni datang dengan gaya punk. Anak perempuan dia biasa aje, nampak sikit keletah. Biasalah, nama pun budak-budak. Lepas tu tengok bapaknya, lagi hebat. Bertindik kedua-dua belah telinga. Dengan rantai silver lagi. Fuh, tak heran la anak dia boleh bergaya macam tu.

Memang betul kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Tapi kalau dah dari kecik lagi diajar dengan perkara-perkara negatif, macam mana agaknya budak tu bila dewasa nanti yer? Mudah-mudahan masih mampu diselamatkan anak-anak bangsa kita ni...Amin..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.