Kiri Atau Kanan?

Berselirat, macam-macam ada dalam fikiran. Cuma tak terhurai dengan perkataan jer. Bersimpang siur, banyak sangat jalannya sampai tak tau jalan mana yang nak di ikut. Agak-agaknya kiri ke kanan eh?

Minggu ni memang minggu yang terlalu sibuk, jadi masa nak online pun sangat terhad. Setelah hampir 3 minggu duduk melangut tanpa kerja, minggu ni sekali sampai 4 job bersusun depan mata. Fuh, mencabar pemikiran betul. Semuanya memerlukan penelitian dan penumpuan. Semuanya nak kena kejar dateline. Adui....

Tapi aku suka, sebab bila ada kerja masa untuk hal yang tak sepatutnya aku fikirkan jadi kurang. Kurang nak kepoh-kepoh pasal orang lain. Kurang mengumpat. Kurang berfikir, sebab bila balik rumah dah nampak katil melambai. Hehe...Tidur itu suatu nikmat yang tak terhingga. Cuma, untuk orang yang telah dijanji untuk ditolong tu jangan bimbang ye? Insya Allah, sesibuk mana pun, saya akan cuba membantu mana yang termampu.

Sekarang ni ada satu hal yang buat aku betul-betul jadi bingung. Kenapa perlu datang saat aku dah tenteram dengan kehidupan aku? Macam satu kebetulan walaupun aku sebenarnya dah boleh jangka benda ni akan datang pada aku. Entahla, malas nak fikir dah sebenarnya. Tapi sampai satu masa nanti aku tetap kena fikir juga. Hmm...biarlah, nanti aku fikir bila masanya dah sampai ye?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.