Jangan Pandang Belakang

Balik kerja tadi, sempatla jejak wayang. Tengok cerita Jangan Pandang Belakang. Hasilnya? Sampai saat ni aku masih lagi rasa fobia dan paranoid. Mana taknya, masa balik tadi, lalu kat kawasan kilang yang dah tak digunakan. Lebih tepat lagi kalau kita namakan kilang tinggal la. Boleh pulak ada yang menegur, “ Nampak seramkan kawasan ni?” Hu, rasa macam nak stapler je mulut dia masa tu. Jumpa kawasan gelap pun, terbayang-bayang ‘makhluk’ tu terbang. Huhu, paranoidnya... Memang kalau difikirkan, buat apa nak takut? Cerita je, bukannya muncul depan mata pun? Tapi....

Asalnya niat nak tengok cerita ni cuma nak tahu apa yang best dan lainnya cerita ni daripada cerita-cerita hantu lain. Memang lainla. Bukan macam cerita-cerita hantu sebelum ni. Mungkin betul apa yang dikatakan, pihak LPF dah semakin terbuka tentang filem-filem mistik ni. ‘Makhluk’ tu bukan setakat wujud dalam mimpi, siap merasuk orang lagi. Agaknya saka ni memang akan cari tuan dia balik ke selagi tak dibuang atau diputuskan hubungannya? Hish, seram tak abis lagi ni...

Antara dialog yang betul-betul beri kesan pada aku adalah dialog opah Darma,

“Ngape tak diajaknya kawan kamu naik sekali?”
“Kenapa buruk bebeno ghope kawan kamu tu, rambut tak bersikat. Hiii...”
“Meh la naik.....” (sambil melambai ‘kawan’ Darma)
“Boleh tak ambikkan opah air? Bawak 2 cawan ye? Untuk kawan kamu ni sekali (sambil tunjuk kerusi sebelah).”

Memang agak lawakla cara dialog tu dituturkan. Tapi cuba bayangkan, kalau kita kat situ, balik sorang-sorang dikatanya ada yang mengikut. Huhu...

Dah, lepas ni tak mau tengok cerita hantu lagi. Tapi Waris Jari Hantu tadi pun macam best jugak. Haha...Apa pun, Jangan Pandang Belakang ni dah berjaya menakutkan aku. Muzik latar dia memang tip top. Bunyian seram memang kena dengan suasana. Sampai aku pun keluar panggung je terus rasa nak balik rumah. Officemate ajak makan dulu pun aku tolak. Takut punya pasal, rasa nak cepat sampai rumah. Harap-harapnya bolehla tidur malam ni. Huhu...

Nampaknya cerita Heroes pun kena tunggu ulangan hari lain la kot? Adeih....

Rate : 4 drp 5 bintang

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Jangan Pandang Belakang

  1. ryn sbnrnye tingin nak tgk cite ni...tp takot arrr...kang ader tutup mata sepanjang masa dlm panggung tu kang

    ReplyDelete
  2. hehe, tengok sebalik tudung jela kalo cmtu...
    xpe, nanti kuar cd @ dvdnya tgk la kat rumah, lg besh...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.