Cerita Gembira Dan Sedih....

Haha..dah seminggu rupanya blog ni bersawang. Takde apa yang nak diceritakan sebenarnya. Takde kesengalan kerja yang bertandang, maka tiadalah kesengalan untuk dilepaskan. Minggu ni memang minggu free la, takde kerja. Tapi rasanya bila kerja-kerja yang perlu diselesaikan masuk mengadap, memang takkan ada masa la nak bersantai macam sekarang ni. Balik kerja je boleh senang-senang hati menghadap drama-drama Taiwan dan Korea hasil usaha gigih men'download' oleh diri sendiri dan kawan-kawan. Melepak sepuas hati. Bes woo, bukan selalu ada kesempatan macam ni. Jadinya, gunakanlah kesempatan yang ada ni sebaiknya....

Hmm...minggu lepas setelah menyelongkar network kat multiply, aku terjumpa banyak lagu-lagu lama yang aku memang nak cari dari dulu lagi. Lagu-lagu dari zaman sekolah rendah sampailah zaman sekolah menengah. Berbelas tahun dah tu...Fuh, memang best lah. Akhirnya dapat juga lagu-lagu yang diidam-idamkan selama ni. Lantakla orang nak kata oldies ke apa ke, janji aku dah dapat. Haha...Kredit jugalah untuk tuan punya akaun yang bagi pinjam akaun multiply tu.

Oh, lupa pulak. Hujung minggu lepas, salah seorang officemate aku kehilangan ayah tersayang. Al-Fatihah untuk arwah... Memang sedihla berhadapan dengan situasi macam tu. Cuma pada aku, bila orang tu bersedih dan juga berada dalam situasi macam tu, kita sebagai orang luar ni janganlah bersedih sama. Kita ni yang sepatutnya kena bagi lebih semangat untuk dia teruskan hidup. Kalau kita bersedih, menangis dan berteriak kita sebenarnya lagi menggalakkan dia bersedih dan meratapi pemergian tu. Hmm...Kalau berdasarkan pengalaman sendiri pun, aku tak suka orang tunjukkan simpati berlebihan dan kalau boleh aku tak mahu orang bertanya macam-macam pada aku (maksudnya pertanyaan yang berkaitan dengan kesedihan yang aku alami tu la). Itu salah satu cara untuk melupakan rasa sedih aku, pada aku la...orang lain aku tak tahu....

Apa pun, aku harap dia tabah hadapi dugaan ni. Mudah-mudahan dugaan yang dialami mematangkan dirinya. Aku dah pernah lalui apa yang dia lalui. Jadi aku faham apa yang dia rasakan dan macam mana perasaannya sekarang. Aku cuma mampu membantu mana yang termampu je. Insya Allah... Adeh, tak mahu sedih-sedih laa...Life must go on...Yang dah pergi tetap pergi dan dah tentu tempatnya di sana. Kita ni la yang kena berbuat sebanyak mungkin amal ibadah untuk bekalan kat sana nanti....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.