Berubah?

Pantas sungguh masa berlalu. Sepantas tu juga manusia sekeliling aku berubah. Banyak perubahan yang aku dah nampak dan berlaku depan mata. Adakalanya perubahan tu perlu seiring dengan perubahan masa atau peredaran zaman. Adakalanya perubahan tu sengaja dilakukan agar tak dikatakan ketinggalan zaman. Entahla, pada aku kedua-duanya releven selagi tak melanggar batas agama dan adat resam kita sebagai orang Melayu yang bertamadun. Hmm..

Sepanjang dah lebih 20 tahun hidup ni macam-macam hal rasanya yang dah aku jumpa dan banyak juga perubahan sekeliling yang aku nampak. Yela, bukan senang rasanya nak mencapai kehidupan hingga ke tahap sekarang. Kadang-kadang terasa macam baru je semalam jejakkan kaki ke darjah satu, masuk sekolah menengah, melangkah pulak ke IPT. Masuk hari ni dah hampir setengah dekad berkhidmat dengan bos sekarang ni. Mencari rezeki sendiri untuk sesuap nasi. Tak boleh nak mengharap pada family lagi. Kalau dulu, masa belajar takde duit je boleh mintak bantuan. Tapi bila dah bekerja, nak tak nak kenalah uruskan hal kewangan sendiri dengan baik. Takkan nak mintak belas ehsan family lagi kot?

Dulu, sebelum tamat belajar, rasa sedih nak berpisah dengan kawan-kawan. Rasa macam tak sanggup nak habiskan final exam tu sebab tak mahu berenggang dengan kawan-kawan. Entah bila agaknya lagi dapat berseronok dengan student life tu. Bila tamat belajar, semua bawak haluan masing-masing. Sibuk dengan kerja dan kehidupan masing-masing. Jumpa pun bila ada kenduri kahwin kawan-kawan. Tapi lepas tu sorang demi sorang kawan yang kahwin. Berlaku lagi perubahan drastik dalam hidup, dapat pulak anak-anak buah yang comel dan cute. Alhamdulillah, perubahan yang memeriahkan hidup. Aku? Masih lagi kat sini. Bila orang tanya, “Bila lagi?” Aku cuma boleh senyum je. I’m not that desperate. Lagipun aku enjoy dengan life sekarang ni. Biarlah orang nak kata apa pun. Yang pasti suatu masa nanti kehidupan aku akan berubah juga. Cuma tak tahu bila masa dan ketikanya. Memang dah tertulis kitaran hidup kita macam tu kan? Sooner or later, setiap daripada kita akan melaluinya.

Sebenarnya aku tengah terfikirkan salah seorang kawan baik aku ni. Dari zaman aku praktikal sampailah aku bekerja satu office dengan dia, banyak perubahan yang dah berlaku pada dia. Kalau dulu, masa bujang semua benda boleh dikongsi, boleh ke mana je ikut kehendak hati. Tapi bila dah kahwin ni, tambah pulak dah ada anak ni, semuanya dah berubah. Hehe, aku bukan bersedih cuma terfikirkan cepat sungguh masa berlalu kan? Dari seorang kemudian berdua sekarang ni dah bertiga. Semoga dilimpahi segala kebahagian di dunia dan akhirat. Amin...

“Kalaulah Allah S.W.T. takdirkan dirimu sendirian di dunia fana, yakinlah di syurga ada kekanda yang setia menunggu sehingga saatnya tiba” - Kerana Kau Perempuan BS 119

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.