Archive for April 2007

Money @ Love?

Tetiba terasa macam nak buat test ni....

You Would Choose Love

Money may buy a little happiness, but not the happiness of true love.
You rather have a true soulmate than a private jet.
And while many people may claim they would choose love too...
You're one of the few who would really do it.

Leave a comment

Macam-Macam Sajalah....

Salah satu kelebihan bidang kerja aku ni ialah, aku boleh selongkar segala maklumat kewangan sesebuah syarikat tu. Boleh tau gaji orang tu banyak mana. Apa jawatan dia. Siapa bos dalam company tu. Kedudukan kewangan syarikat tu, tapi benda-benda ni biasanya P&C antara aku dengan colleague aku jela. Nak usha orang pun boleh bila tau nama orang tu. Hehe...

2-3 hari lepas, masa kat office client ni aku tergerak hati nak tanya colleague aku yang sorang ni,

“Kak, saya rasa kan, mamat yang terserempak dengan kita kat tangga tadi tu mamat yang kita usha tahun lepas tu la. Ingat lagi tak?”

Kakak tu jawab, “ Ye ke? Kenapa macam lain? Nampak gemuk sikit dah sekarang ni...”

“Ala, gemuk sebab dah kawin kot? Ni pun pakai dah smart. Dah naik pangkat agaknya...”

Hari ni, sebelum kitorang tinggalkan office client tu. Kebetulan dia pun nak keluar. Tiba-tiba si officer yang entertain kitorang ni tegur dia,

“W (bukan nama sebenar), tolong buka kan pintu. Diorang nak balik.”

Sampai kat carpark, colleague aku ni bersuara,

“Oho, nama dia W. Baru akak ingat, kat company yang akak buat tu, ada bagi wedding gift untuk dia. Betulla dia dah kawin. Ish..”

Haha, itula yang bestnya bila kita dapat korek segala maklumat berkaitan company tu. Best tak? Best kan? Tapi lepas tu, sendiri mau ingat la....

******

Pagi tadi, sebelum keluar ke office client, aku call abang aku. Tanya dia sama ada nak pakai kereta atau tak. Bukan apa, kesian pulak bila tengok dia terperuk kat rumah bila semua orang pergi kerja. Sekurang-kurangya bila aku tinggalkan kereta boleh juga dia pergi ke mana-mana berjalan dengan anak-anak buah aku tu. Daripada kereta aku dok pegun kat carpark office tu, baikla aku tinggalkan kat rumah.

Lagipun, aku tau dia tengah ada masalah yang dia nak kena selesaikan. Nak tolong selesaikan masalah dia, aku tak mampu. Jadi, dengan cara ni je la yang aku mampu tolong. Hmm...aku harap masalah dia tu dapat la diselesaikan.

Bila balik maghrib tadi, semua orang tanya aku, balik naik apa? Hehe...best lak rasanya buat orang tertanya-tanya nih..

******

Petang tadi, oleh sebab malas nak sambung kerja lepas balik dari office client, aku pun balik jela. Tapi belum sempat balik dah kena kidnap dek supir dengan kekawan lain. Pergi berfoya-foya dan makan-makan kat McD. Oleh kerana takde pilihan, so terpaksa la ikut. Hehe, selalu sebab drive sendiri boleh je mengelak sana sini. Ni memang betul-betul kena kidnap. Lama dah tak naik kereta dengan supir aku ni. Dulu masa zaman sebelum ada kereta, dia lah supir yang setia untuk kami. Nak pergi mana je dia sanggup. Sampai dia boleh complaint, nak usha awek pun terbantut sebab asyik angkut kami naik kereta dia. Nak buat macam mana, dia pun rela. Kami pun gunakanlah sebaik mungkin kemudahan yang ada tu. Haha...

Lepak McD dapat la tengok gelagat orang. Tengok gelagat budak-budak kat playground tu. Macam-macam gaya dan rupa. Kelakar pun ada. Cuma aku tertarik dengan satu family ni. Memula nampak seorang ibu dengan 2 orang anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Tapi anak lelaki ni datang dengan gaya punk. Anak perempuan dia biasa aje, nampak sikit keletah. Biasalah, nama pun budak-budak. Lepas tu tengok bapaknya, lagi hebat. Bertindik kedua-dua belah telinga. Dengan rantai silver lagi. Fuh, tak heran la anak dia boleh bergaya macam tu.

Memang betul kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Tapi kalau dah dari kecik lagi diajar dengan perkara-perkara negatif, macam mana agaknya budak tu bila dewasa nanti yer? Mudah-mudahan masih mampu diselamatkan anak-anak bangsa kita ni...Amin..

Leave a comment

Zombie Mengganas!

Zombie Kampung Pisang. Lawak la cerita ni. Aku pun tak tahu macam mana boleh terlepas lak mengadap cite ni hari ni. Haha, ni gara-gara officemate aku yang teringin nak tengok Awie berlakon watak poyo. Tapi memang menjadi pun lakonan dia. Dengan muka selamba, tapi poyo! Haha, walaupun aku menyampah dengan perangai dia, tapi aku tabik dengan ke’versatile’an lakonan dia sekarang ni. Takde watak cintan-cintun dah. Yela, dah tua-tua ni takkan nak bercinta macam budak muda lagi, ye tak? Mau muntah hijau siapa yang tengok lakonan cintan-cintun dia tu.

Sebut pasal zombie ni, aku pun dah rasa macam nak jadi zombie je ni. Rasa macam nak makan orang dah ni. Otak! Otak! Haha...Ada lak psiko yang mengganggu hidup sekarang ni. Entahla, sebenarnya aku dh terlalu familiar dengan gangguan cara ni. Jadi aku dah malas nak melayan. Lantakla, misteri ke apa ke aku dah tak heran. To that particular person, saya tahu awak siapa. Stop pretending. Saya takkan tertipu untuk kesekian kalinya. Noktah!

Leave a comment

Kiri Atau Kanan?

Berselirat, macam-macam ada dalam fikiran. Cuma tak terhurai dengan perkataan jer. Bersimpang siur, banyak sangat jalannya sampai tak tau jalan mana yang nak di ikut. Agak-agaknya kiri ke kanan eh?

Minggu ni memang minggu yang terlalu sibuk, jadi masa nak online pun sangat terhad. Setelah hampir 3 minggu duduk melangut tanpa kerja, minggu ni sekali sampai 4 job bersusun depan mata. Fuh, mencabar pemikiran betul. Semuanya memerlukan penelitian dan penumpuan. Semuanya nak kena kejar dateline. Adui....

Tapi aku suka, sebab bila ada kerja masa untuk hal yang tak sepatutnya aku fikirkan jadi kurang. Kurang nak kepoh-kepoh pasal orang lain. Kurang mengumpat. Kurang berfikir, sebab bila balik rumah dah nampak katil melambai. Hehe...Tidur itu suatu nikmat yang tak terhingga. Cuma, untuk orang yang telah dijanji untuk ditolong tu jangan bimbang ye? Insya Allah, sesibuk mana pun, saya akan cuba membantu mana yang termampu.

Sekarang ni ada satu hal yang buat aku betul-betul jadi bingung. Kenapa perlu datang saat aku dah tenteram dengan kehidupan aku? Macam satu kebetulan walaupun aku sebenarnya dah boleh jangka benda ni akan datang pada aku. Entahla, malas nak fikir dah sebenarnya. Tapi sampai satu masa nanti aku tetap kena fikir juga. Hmm...biarlah, nanti aku fikir bila masanya dah sampai ye?

Leave a comment

3 Years Back

are u changing?
3 years ago..

How old were you?
23 tahun 8 bulan

Where did you go to school?
Sekolah formal + tak formal

Where did you work?
AICJB

Where did you live?
BBU

Where did you hang out?
Mana eh? Mana-mana pun ok, janji tak sampai lewat malam…

How was your hair style?
Botak, eheh, tataula tak ingat

Did you wear glasses?
Yup, tapi masa solat, tidur, mandi tanggal la…

Who was your best friend?
Ramai, tapi biasanya kawan tu dtg bersilih ganti…

Who was your regular-person crush?
Haha, yang ni pun ramai jer. Nama pun crush kan? Sekali jumpa lepas tu dah tak ingat dah…

What car did you drive?
Bas nombor 11

What was your worst fear?
Hilang orang-orang kesayangan

Had you smoked yet?
Are you nuts?

Had you been arrested?
Nope, saya budak baekk, haha…

Single/Taken/Married/Divorced/Bitter?
Ada dalam tiada. Ahaha...

LETS SEE WHAT YOU ARE NOW !!!!!

2007

How old are you?
26 tahun 8 bulan

Where do you go to school?
Samela, sekolah formal + tak formal

Where do you work?
Tempat yang sama. I’m quite loyal you know..;)

Where do u live?
BBU

Where do you hang out?
Jarang keluar kecuali dah terlalu bosan atau ada hal yang nak diselesaikan

Do you wear glasses?
Yup, still wearing it until now.

Who are your best friends?
Macam biasa, masih lagi datang bersilih ganti..;)

Who is your crush?
Ada ke eh skrg ni? Oho, currently I’m crush to Mike He.. Ahaha…

What car do you drive now?
Pak Itam kesayangan.

Hair now?
Paras bahu kot???

Do you still smoke now?
Nope, I hate smokers… huhu…

What is your biggest fear?
Kehilangan

Have you been arrested?
Penjara? Lawat penjara pun tak pernah…

Has your heart been broken?
Banyak sangat, malas nak kira. Hehe..

Any regrets that you have from 3 years ago?
Tiada apa yang perlu dikesalkan kiranya keputusan tu telah pun diambil dengan rela hati. Tawakal dan redha pada setiap ketentuanNYA…

Dapat tag ni daripada Perindu. Haih, ade hutang 1 lagi tag ye cek du? Nantilah, bila free nanti saya jawab. Hehehe...

Malas nak tag orang, tapi sesiapa yang rasa nak buat, silakan. Jangan lupa tinggalkan mesej kat komen atau tagboard ye? ;)

Leave a comment

Terpedaya Tipu Daya

Nape ntah hari ni je aku dapat banyak sangat soalan yang sama. Umur berapa? Dah kahwin ke? Adui, jenuh nak menjawabnya. Paling best, bila sorang client ni boleh ingat aku cuti emergency hari tu sebab anak sakit. Haha, nak tergelak je masa tu. Ada macam muka mak budak ke?

Lepas tu sorang lagi tanya soalan, “Eh, kau dah kahwin ke belum?”

Oleh sebab terkedu, aku cuma jawab, “Saya cuma boleh jawab soalan berkaitan kerja je.”

Haha, padan muka dia. Taktik la tu, macam aku tak tahu. Takde rotan, akar pun berguna. Tapi aku tak mau jadi akar tu. Tak berbaloi. Hehe, mesti korang tak faham kan? Tapi memang saja pun tak mahu orang faham.

Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan rupa seseorang ye kawan-kawan? Rupa macam mak orang, tak semestinya dah jadi mak orang. (Sebenarnya masih tak puas hati sebab orang ingat aku dh jadi ibu, haih...)

****************

“Kak, kenapa akak rajin sangat layan call, sms dia? Tak ingat ke apa yang dia dah buat dulu?” (dengan gaya terlebih emosi)

Aku cuma boleh gelak je bila soalan tu ditanya petang tadi. Kelakar dengan gaya emo perempuan sorang ni. Aku bukannya manusia yang tak berperasaan. Cuma sampai bila nak marah dan memusuhi sesama sendiri andai kata apa yang dah dibina berkecai tengah jalan. Takde gunanya terus-terusan bermusuh dan bermasam muka. Islam pun tak galakkan permusuhan kan? Lagipun, letih hidup dalam perasaan benci ni Jadi, memaafkan itu lebih afdal..

Aku pun lebih suka friendship ends with friendship. Takde masalah kan? Aku lebih selesa macam tu. Tak payah bermusuh-musuhan. Bukan bermaksud mengharap, cuma tak mahu hidup dibayangi kisah silam yang memeritkan...

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."

Leave a comment

Cerita Gembira Dan Sedih....

Haha..dah seminggu rupanya blog ni bersawang. Takde apa yang nak diceritakan sebenarnya. Takde kesengalan kerja yang bertandang, maka tiadalah kesengalan untuk dilepaskan. Minggu ni memang minggu free la, takde kerja. Tapi rasanya bila kerja-kerja yang perlu diselesaikan masuk mengadap, memang takkan ada masa la nak bersantai macam sekarang ni. Balik kerja je boleh senang-senang hati menghadap drama-drama Taiwan dan Korea hasil usaha gigih men'download' oleh diri sendiri dan kawan-kawan. Melepak sepuas hati. Bes woo, bukan selalu ada kesempatan macam ni. Jadinya, gunakanlah kesempatan yang ada ni sebaiknya....

Hmm...minggu lepas setelah menyelongkar network kat multiply, aku terjumpa banyak lagu-lagu lama yang aku memang nak cari dari dulu lagi. Lagu-lagu dari zaman sekolah rendah sampailah zaman sekolah menengah. Berbelas tahun dah tu...Fuh, memang best lah. Akhirnya dapat juga lagu-lagu yang diidam-idamkan selama ni. Lantakla orang nak kata oldies ke apa ke, janji aku dah dapat. Haha...Kredit jugalah untuk tuan punya akaun yang bagi pinjam akaun multiply tu.

Oh, lupa pulak. Hujung minggu lepas, salah seorang officemate aku kehilangan ayah tersayang. Al-Fatihah untuk arwah... Memang sedihla berhadapan dengan situasi macam tu. Cuma pada aku, bila orang tu bersedih dan juga berada dalam situasi macam tu, kita sebagai orang luar ni janganlah bersedih sama. Kita ni yang sepatutnya kena bagi lebih semangat untuk dia teruskan hidup. Kalau kita bersedih, menangis dan berteriak kita sebenarnya lagi menggalakkan dia bersedih dan meratapi pemergian tu. Hmm...Kalau berdasarkan pengalaman sendiri pun, aku tak suka orang tunjukkan simpati berlebihan dan kalau boleh aku tak mahu orang bertanya macam-macam pada aku (maksudnya pertanyaan yang berkaitan dengan kesedihan yang aku alami tu la). Itu salah satu cara untuk melupakan rasa sedih aku, pada aku la...orang lain aku tak tahu....

Apa pun, aku harap dia tabah hadapi dugaan ni. Mudah-mudahan dugaan yang dialami mematangkan dirinya. Aku dah pernah lalui apa yang dia lalui. Jadi aku faham apa yang dia rasakan dan macam mana perasaannya sekarang. Aku cuma mampu membantu mana yang termampu je. Insya Allah... Adeh, tak mahu sedih-sedih laa...Life must go on...Yang dah pergi tetap pergi dan dah tentu tempatnya di sana. Kita ni la yang kena berbuat sebanyak mungkin amal ibadah untuk bekalan kat sana nanti....

Leave a comment

Jangan Pandang Belakang

Balik kerja tadi, sempatla jejak wayang. Tengok cerita Jangan Pandang Belakang. Hasilnya? Sampai saat ni aku masih lagi rasa fobia dan paranoid. Mana taknya, masa balik tadi, lalu kat kawasan kilang yang dah tak digunakan. Lebih tepat lagi kalau kita namakan kilang tinggal la. Boleh pulak ada yang menegur, “ Nampak seramkan kawasan ni?” Hu, rasa macam nak stapler je mulut dia masa tu. Jumpa kawasan gelap pun, terbayang-bayang ‘makhluk’ tu terbang. Huhu, paranoidnya... Memang kalau difikirkan, buat apa nak takut? Cerita je, bukannya muncul depan mata pun? Tapi....

Asalnya niat nak tengok cerita ni cuma nak tahu apa yang best dan lainnya cerita ni daripada cerita-cerita hantu lain. Memang lainla. Bukan macam cerita-cerita hantu sebelum ni. Mungkin betul apa yang dikatakan, pihak LPF dah semakin terbuka tentang filem-filem mistik ni. ‘Makhluk’ tu bukan setakat wujud dalam mimpi, siap merasuk orang lagi. Agaknya saka ni memang akan cari tuan dia balik ke selagi tak dibuang atau diputuskan hubungannya? Hish, seram tak abis lagi ni...

Antara dialog yang betul-betul beri kesan pada aku adalah dialog opah Darma,

“Ngape tak diajaknya kawan kamu naik sekali?”
“Kenapa buruk bebeno ghope kawan kamu tu, rambut tak bersikat. Hiii...”
“Meh la naik.....” (sambil melambai ‘kawan’ Darma)
“Boleh tak ambikkan opah air? Bawak 2 cawan ye? Untuk kawan kamu ni sekali (sambil tunjuk kerusi sebelah).”

Memang agak lawakla cara dialog tu dituturkan. Tapi cuba bayangkan, kalau kita kat situ, balik sorang-sorang dikatanya ada yang mengikut. Huhu...

Dah, lepas ni tak mau tengok cerita hantu lagi. Tapi Waris Jari Hantu tadi pun macam best jugak. Haha...Apa pun, Jangan Pandang Belakang ni dah berjaya menakutkan aku. Muzik latar dia memang tip top. Bunyian seram memang kena dengan suasana. Sampai aku pun keluar panggung je terus rasa nak balik rumah. Officemate ajak makan dulu pun aku tolak. Takut punya pasal, rasa nak cepat sampai rumah. Harap-harapnya bolehla tidur malam ni. Huhu...

Nampaknya cerita Heroes pun kena tunggu ulangan hari lain la kot? Adeih....

Rate : 4 drp 5 bintang

2 Comments

Stressed?

Jumpa kuiz ni kat buletin board friendster. Nampak menarik, so I'm just try it out. Tak rugi apa-apa pun kan setakat mencuba. Hasilnya, mcm ape yg di paparkan kat bawah ni la...Huh? Am I?

Your Stress Level is: 55%

You are somewhat prone to stress, especially when life gets hard.
When things are good, you resist stressing over little problems.
But when things are difficult, you tend to freak out and find it hard to calm down.

Leave a comment

Berubah?

Pantas sungguh masa berlalu. Sepantas tu juga manusia sekeliling aku berubah. Banyak perubahan yang aku dah nampak dan berlaku depan mata. Adakalanya perubahan tu perlu seiring dengan perubahan masa atau peredaran zaman. Adakalanya perubahan tu sengaja dilakukan agar tak dikatakan ketinggalan zaman. Entahla, pada aku kedua-duanya releven selagi tak melanggar batas agama dan adat resam kita sebagai orang Melayu yang bertamadun. Hmm..

Sepanjang dah lebih 20 tahun hidup ni macam-macam hal rasanya yang dah aku jumpa dan banyak juga perubahan sekeliling yang aku nampak. Yela, bukan senang rasanya nak mencapai kehidupan hingga ke tahap sekarang. Kadang-kadang terasa macam baru je semalam jejakkan kaki ke darjah satu, masuk sekolah menengah, melangkah pulak ke IPT. Masuk hari ni dah hampir setengah dekad berkhidmat dengan bos sekarang ni. Mencari rezeki sendiri untuk sesuap nasi. Tak boleh nak mengharap pada family lagi. Kalau dulu, masa belajar takde duit je boleh mintak bantuan. Tapi bila dah bekerja, nak tak nak kenalah uruskan hal kewangan sendiri dengan baik. Takkan nak mintak belas ehsan family lagi kot?

Dulu, sebelum tamat belajar, rasa sedih nak berpisah dengan kawan-kawan. Rasa macam tak sanggup nak habiskan final exam tu sebab tak mahu berenggang dengan kawan-kawan. Entah bila agaknya lagi dapat berseronok dengan student life tu. Bila tamat belajar, semua bawak haluan masing-masing. Sibuk dengan kerja dan kehidupan masing-masing. Jumpa pun bila ada kenduri kahwin kawan-kawan. Tapi lepas tu sorang demi sorang kawan yang kahwin. Berlaku lagi perubahan drastik dalam hidup, dapat pulak anak-anak buah yang comel dan cute. Alhamdulillah, perubahan yang memeriahkan hidup. Aku? Masih lagi kat sini. Bila orang tanya, “Bila lagi?” Aku cuma boleh senyum je. I’m not that desperate. Lagipun aku enjoy dengan life sekarang ni. Biarlah orang nak kata apa pun. Yang pasti suatu masa nanti kehidupan aku akan berubah juga. Cuma tak tahu bila masa dan ketikanya. Memang dah tertulis kitaran hidup kita macam tu kan? Sooner or later, setiap daripada kita akan melaluinya.

Sebenarnya aku tengah terfikirkan salah seorang kawan baik aku ni. Dari zaman aku praktikal sampailah aku bekerja satu office dengan dia, banyak perubahan yang dah berlaku pada dia. Kalau dulu, masa bujang semua benda boleh dikongsi, boleh ke mana je ikut kehendak hati. Tapi bila dah kahwin ni, tambah pulak dah ada anak ni, semuanya dah berubah. Hehe, aku bukan bersedih cuma terfikirkan cepat sungguh masa berlalu kan? Dari seorang kemudian berdua sekarang ni dah bertiga. Semoga dilimpahi segala kebahagian di dunia dan akhirat. Amin...

“Kalaulah Allah S.W.T. takdirkan dirimu sendirian di dunia fana, yakinlah di syurga ada kekanda yang setia menunggu sehingga saatnya tiba” - Kerana Kau Perempuan BS 119

Leave a comment

Ye ke?

Macam best je tag ni....

My marriage age is..

You know when your birthday is, but how old should you really be getting married? (just put an x next to the things that apply to you)

[ ] I know how to make a pot of coffee.
[ ] I keep track of dates using a calendar.
[x] I own more than one credit card.
[ ] I know how to change the oil in a car.
[x] I know how to do my own laundry.
[ ] I vote every election.
[x] I can cook for myself...
[ ] I think politics are exciting.
[x] I balance my checkbook.
[x] My parents have better things to say than my friends.
Total: 5

[x] I show up for school/college/work every day early.
[x] I always carry a pen in mypocket/purse.
[ ] I've never gotten a detention.
[x] I have never gotten completely trashed.
[ ] I have forgotten my own birthday at least once.
[x] I like to take walks by myself.
[ ] I've watched talk shows.
[x] I know what 'credibility' means without looking it up.
[x]I drink coffee at least once a week.
Total: 6

[ ] I know how to do the dishes.
[x] I can count to 10 in another language.
[x] When I say I'm going to do something I do it...
[x] My parents trust me
[ ] I can mow the lawn.
[x] I can make adults laugh without being stupid.
[ ] I remember to water the plants.
[x] I study when I have to.
[ ] I pay attention at school/college.
[ ] I remember to feed my pets.
Total: 5

[x] I can spell 'experience' without looking it up
[x] I work out on a regular basis.
[x] I clean up my own mess.
[ ] The people at Starbucks know meby name.
[ ] My favorite kind of food is take out.
[x] I have gained weight since middle/high school.
[ ] The first thing I do when I wake up i get caffeine.
[x] I can go to the store without getting something I don't need.
[ ] I understand political jokes the first time they are said.
[x] I can type quickly.
Total:6

[ ] I have realized that the weather forecast changes every hour.
[ ] My only friends are from my place of employment.
[ ] I have been to a tupperware party.
[ ] I have realized that no one will take you seriously unless you are over the age of 25 and have a job.
[x] I have more bills than I can pay.
[ ] All my friends are older than I am.
[x] I can say no to staying out all night.
[x] I use the internet every day.
[x] My wardrobe hasn't changed in awhile.
[x] I can read a book and actually finish it...
Total: 5

Add up all the numbers and repost this as:
"My marriage age is 27"

Erk, are you sure? Haha….Ngeri betul!

Nota : baca boleh, percaya jangan….

Dapat tag ni daripada Cik Zura. Rasa mcm nak suruh orang lain gakla buat (muka jahat). Apa kata tag kat anak-anak gadis ni;

Akma
Ayrin
Famia
In
Mawar
Tee

Leave a comment

Gathering lagik

Setelah sekian lama tak update, maka dengan ini blog ini di update untuk pertama kalinya bulan April ni. Haha...Sibuk sangat dengan hal dunia sepanjang minggu ni sampai nak menaip pun jadi malas. Jadi untuk korang, tengokla gambar-gambar ni semua ye?

Thanks untuk semua yang datang, yang participate masa gathering 1/4 yang lepas ni. Thanks gak untuk BS team yang sentiasa rajin menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Insya Allah, panjang umur jumpa lagi ye?

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.